Showing posts with label ADUN Lompat. Show all posts
Showing posts with label ADUN Lompat. Show all posts

12 November 2013

Tiada Sebab Musa Beli ADUN Pembangkang

Kenyataan Anwar Ibrahim bahawa ADUN Pembangkang daripada PKR yang keluar daripada parti itu, kononnya kerana tawaran wang ringgit, hanya kenyataan politik untuk menutup kelemahan beliau.

Sebenarnya di Sabah, isu lompat melompat ini bukan perkara baru bagi wakil-wakil rakyat yang kurang pendirian. Isu lompat melompat ini, sebenarnya mencapai puncaknya pada tahun 1994, apabila sebuah kerajaan tumbang. Kemudian, perkara yang sama menular di Negeri Perak Pada tahun awal tahun 2009, juga menyebabkan sebuah kerajaan tumbang.

Selepas itu, isu keluar parti bukan lagi menyertai parti akan tetapi, wakil rakyat yang meninggalkan parti, menyatakan sebagai wakil rakyat bebas, namun mesra parti yang memerintah, kecuali keluarnya Lajim daripada Umno dan Bumburing daripada Upko yang mesra pembangkang.

Anggapan berberapa pemimpin pembangkang atau pemimpin yang tidak sehaluan dengan Musa, kononnya keluarnya dua ADUN PKR kerana atas sebab dibeli, sebenarnya suatu kenyataan yang amat hodoh dan tidak berasas.

Kerajaan Sabah yang ditubuhkan selepas 5 Mei 2013 adalah kerajaan yang mempunyai kuasa 2/3. Ertinya sebarang polisi kerajaan yang dibentangkan melalui Dewan Undangan Negeri, tiada rintangan untuk mendapatkan kelulusan. 

Sebenarnya sesebuah parti politik yang memerintah memerlukan kuasa 2/3 atau majoriti agar supaya apa-apa polisi yang dibentangkan melalui DUN mudah untuk mendapatkan kelulusan dewan. Memandangkan, DUN Sabah dikuasa 2/3 oleh parti-parti kompnen Sabah, di mana daripada 48 kerusi, 31 adalah daripada parti tunjang kerajaan, yakni Umno. Berasaskan kepada keadaan itu, tidak perlu bagi Musa untuk membeli ADUN Pembangkang. Lagipun apa manafaatnya kepada BN?

Memang benar, bahawa pada PRU-13 lalu, Sabah kehilangan 12 kerusi DUN, berbanding tahun 2008; perlu diingat kebanyakan kerusi itu bukan datangnya daripada Umno, di mana Musa adalah Pengerusi Perhubungannya. 

Kekalahan Umno bagi kerusi DUN Klias kepada Lajim Ukin dengan undi 179, bukan kerana masalah parti, memandangkan kawasan itu adalah kawasan Lajim Ukin sejak tahun 1985. Adalah sukar menewaskan seseorang wakil rakyat yang berpenggal-penggal mewakili kawasan itu, dan kebetulan pula kawasan itu adalah kawasan kaum bisaya, di mana Lajim sendiri adalah Pemimpin utama atau Janang Gayuh suku itu. Namun, berasaskan majoriti yang dimenangi Lajim amat tipis, tambahan lagi, petiseyn pilihanraya masih berlangsung di Mahakamah Kota Kinabalu, kerana dikatakan Lajim menang kerana berlakunya proses pembelian undi besar-besaran semasa PRU itu.

Pada PRU-13 lalu, semua kerusi yang ditandingi Umno di peringkat Parlimen dimenangi Umno, termasuk kawasan baru Parlimen Sepanggar. Sebenarnya kalau dilihat daripada kejayaan parti, maka Umno mencapai kejayaan cemerlang. Jadi, soal Musa kononnya terdesak untuk mendapatkan populariti melalui pembelian ADUN Pembangkang, adalah hanya tuduhan pihak tertentu, yang hanya mahu menafikan kejayaan Musa.

Bagi Musa sebenarnya, adalah beliau mengetuai pemerintahan yang amat selesa dengan kuasa 2/3; namun perhatian beliau kepada kawasan-kawasan yang dimenangi Pembangkang memandangkan kawasan itu adalah rakyat Sabah juga, maka adalah elok sesuatu kawasan itu mempunyai wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan; agar supaya polisi dengan mudah disalurkan dan implimintasi. 

Sebenarnya, tujuan Ketua Menteri Sabah itu, menginginkan sesebuah kawasan diwakili oleh wakil rakyat yang sependapat dan sepasukan dengan kerajaan agar supaya, rakyat dapat menikmati pembangunan yang dilaksanakan kerajaan. Sebenarnya itulah tujuan Ketua Menteri itu, apabila menyambut keluarnya ADUN Pembangkang yang mengistiharkan mesra BN. Dengan kata lain, bahawa pembangkang tidak dapat menafikan, bahawa hanya BN sahaja yang mampu membangun rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels