Showing posts with label Antara kawan dan politik. Show all posts
Showing posts with label Antara kawan dan politik. Show all posts

11 March 2012

Antara kawan dan politik

Perbezaan pegangan politik bukan faktor merenggangkan hubungan persahabatan. Musli Oli adalah seorang penyokong tegar BN sebelum 3 Desimber,2011. Sementara Datuk Musbah adalah pemimpin Usno dan kini Umno.

Suatu ketika, sepertimana dituturkan sendiri oleh ADUN Tempasuk itu, Musli salah satu idolanya, sebelum beliau berkecimpung dalam dunia politik.

Perbezaan antara kedua sahabat ini adalah, Datuk Musbah senantiasa setia kepada perjuangan parti yang dikutinya, samada parti itu dalam kedukaan, apa tah lagi dalam keadaan memerintah.

Tahun 1990, Musbah bertanding atas tikit Usno di DUN Tempasuk, namun tewas kepada calon PBS Robert Ripin Minggir, akibat perpecahan undi bumiputera islam. Pada pilihan raya itu, calon2 di kalangan pembangkang telah menurunkan calon2 terkuat mereka. Akar diwakili oleh Pandikar Amin Haji Mulia (kini Tan Sri), dan Calon lain adalah Datuk Mohd Noor Mansor, mantan ADUN Tempasuk dan Menteri Kewangan negeri-era Berjaya.

Walaupun tewas, Musbah dengan setia bersama Usno sehingga parti itu dibubarkan bagi memberi peluang kepada Umno mengembangkan sayapnya di Sabah. Bagi pengikut setia Usno; Umno adalah Usno.

Musli sebenarnya mempunyai peluang cerah dalam dunia politik pada satu ketika apabila beliau menyertai Umno sekembali daripada luar negeri atas pelawaan Ketua bahagian Umno masa itu, Datuk Salleh Tun Said.

Entah silap di mana, penulis senasi dan blogger tersebut, beralih kepada Pakatan Rakyat, jitunya kepada PKR, dengan perjuangan barunya, mahu menggantikan BN memerintah negara.

Pegangan politik, tidak semestinya memutuskan persahabatan. Masing2 mempunyai tugas untuk meneggakkan prinsip parti masing2.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels