Showing posts with label CNY Sabah 2013. Show all posts
Showing posts with label CNY Sabah 2013. Show all posts

3 February 2013

Pembangunan Sabah: Pembangkang bohong: Musa Aman

Desoka Kota Kinabalu
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengecam pemimpin pembangkang, terutamanya pemimpin kitar semula yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) hanya kerana kemahuan mereka tidak dipenuhi, apabila mendakwa BN tidak membawa sebarang pembangunan di Sabah. Dakwaan itu, katanya, tidak berasas sama sekali.

"Lihatlah di sekeliling anda dan anda boleh nampak sendiri pembangunan di Kota Kinabalu dan keseluruhan negeri ini. Kerajaan Barisan Nasional mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dan kami ada perancangan seperti Program Transformasi Ekonomi serta Program Transformasi Kerajaan yang akan membawa lebih banyak kemajuan.

"Kami sedar ada banyak dakwaan yang dilempar terhadap kerajaan tetapi semua ini hanyalah pembohongan yang disebar oleh mereka yang cenderung untuk menukar kerajaan," katanya ketika berucap pada karnival Tahun Baharu Cina di Lintasan Deasoka di sini malam Ahad.

Musa berkata pembangkang membuat banyak janji tetapi "ini hanyalah janji kosong, dan merupakan pembohongan bagi memperdayakan masyarakat".

Mengenai pembangunan, beliau berkata kerajaan negeri menggariskan perancangan terperinci dan menyeluruh dengan mengambil kira keperluan serta kehendak semasa di kawasan yang berlainan di negeri yang luas ini.

"Sebagai contoh, di sesetengah kawasan luar bandar, kami menyebarluas pengetahuan mengenai pertanian komersil yang mendatangkan pulangan lumayan, dan kami turut menyediakan prasarana bagi memastikan produk tempatan boleh dipasarkan.

"Kerajaan sedar pembangunan mesti disediakan untuk semua, dan kerana sebab ini, banyak perhatian diberi kepada kawasan luar bandar. Usaha diteruskan untuk merapatkan jurang wilayah dan mengurangkan paras kemiskinan," katanya.

Beliau berkata kerajaan komited untuk memastikan pembangunan holistik tanpa mengira hubungan politik, kaum dan faktor lain.

Mengenai Tahun Baharu Cina, beliau berkata perayaan itu disambut semua kaum dan tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.

"Kita lihat pelbagai lapisan masyarakat memakai bukan hanya pakaian kebangsaan kaum Cina tetapi juga batik dan baju kurung merah atau berwarna terang, sememangnya melambangkan semangat muhibah. "Saya harap karnival anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Pejabat Dewan Undangan Negeri Api-Api ini akan dijalankan secara berterusan. Apa yang dimulakan sebagai suatu majlis lapan tahun lepas berjaya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat," katanya.

Musa berkata amat menyedihkan apabila konflik dan peperangan masih melanda beberapa negara di dunia.

"Di Malaysia dan Sabah ini, kita boleh menjalani kehidupan tanpa rasa bimbang, dan kita bebas meneruskan tugas seharian.

"Saya menggesa semua pihak agar melindungi keharmonian yang kita nikmati hari ini dan tidak membenarkan sesiapapun menjejaskan usaha memperkukuhkan perpaduan," katanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels