Showing posts with label Calon BN Kota Belud. Show all posts
Showing posts with label Calon BN Kota Belud. Show all posts

13 November 2012

Siapa calon-calon BN Kota Belud?

BERASASKAN kepada senario politik semasa, nampaknya hanya berlaku perubahan sedikit mengenai calon-calon BN Kota Belud.

Ketua Umno Bahagian merangkap Timbalan Pengerusi Umno negeri-Datuk Salleh Tun Said memasuki semula gelanggang pilihanraya, apabila beliau akan bertanding di N.8 Usukan. 

Datuk Salleh akan mengambil tempat ADUN sekarang Datuk Japlin Haji Akim, kerana penyandang itu telah awal-awal menyatakan hasratnya memberi laluan kepada Speaker DUN Sabah itu.

Kota Belud merupakan anak sulung Umno, atas sebab itu, sesiapa sahaja yang dicalonkan pada pilihanraya pasti menang dan bakal ditabal sebagai wakil rakyat.

Kota Belud mempunyai tiga kawasan DUN, N.6 Tempasuk yang diwakili Datuk Musbah Jamli, N.8 Usukan dan N.9 Kedamaian yang diwakili Datuk Herbert Timbon Lagadan daripada PBS; sementara Parlimen P.169 diwakili Datuk Rahman Dahalan.

Pada PRU-13 akan datang, nampaknya BN Kota Belud tidak akan goyah dengan kehadiran ramai calon-calon pembangkang. Perkara ini disebabkan, untuk sementara, pembangkang belum mampu mengetengahkan calon-calon yang berkelibar menentang calon-calon BN.

Tidak dinafikan pembangkang akan mendapat undi, kerana dalam sistem demokarsi tiada yang boleh mengatakan mendapat undi 100 peratus. Namun undi pembangkang belum lagi mampu mencapai kemenangan. 

Demi kemeriahan demokarsi, kita juga mengalu-alukan kehadiran pembangkang, agar supaya calon-calon BN tidak merasa di zon selesa.

Kehadiran calon-calon pembangkang berperanan sebagai check and balance, demi mengwujudkan suasana demokrasi yang mapan, selain itu, memastikan calon-calon BN yang bakal ditabalkan sebagai wakil rakyat berkerja keras demi rakyat yang diwakilinya.

Melihat kehadiran pembangkang pada setiap daerah mengundi, menjadi katalis kepada akar umbi BN berkerja keras dan mempraktekkan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Demikian juga para pemimpin BN senantiasa mengunapakai pendekatan itu dan ditambah pula dengan Janji Ditepati.

Rakyat pada umumnya diuntungkan dengan pendekatan yang dilakukan semua pemimpin BN termasuk para wakil rakyatnya, terutama sifat terbukanya para pemimpin sekarang ini, senang didampingi, mudah dihubungi, responsif dan mengambil tahu soal-soal permasalahan rakyat.

Namun yang paling penting, para pemimpin Bn sekarang ini, lebih fokus kepada membantu rakyat dalam semua bidang, terutama bidang perekonomian dan pendidikan, selain usaha berterusan membina infrastruktur  demi kemudahan rakyat.

Sejak Najib mengambil alih jawaan Perdana Menteri, nampaknya perubahan besar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial terus berkembang maju. Perkembangan ini sungguh menguntungkan rakyat. Suara Rakyat merasakan, tiada sebab rakyat tidak memilih kerajaan BN pada PRU-13 akan datang.

10 July 2012

PRU-13 Kota Belud: Siapa bakal calon?

Satu fenomena baru telah berlaku. Kini, rakyat tidak gemar bertanya, parti mana yang bertanding, akan tetapi gemar bertanya siapa calon yang bakal bertanding.

Nampaknya fokus rakyat, bukan lagi kepada parti, melainkan individu yang bakal bertanding. Kenapa perkara demikian berlaku? jawapannya mudah sahaja, parti tidak akan mampu melakukan apa-apa tanpa gerakan atau tindakan seseorang bakal Yang Berhormat.

Suatu masa dahulu, ada seorang pemimpin utama Kota Belud, pernah berkata, Kota Belud adalah kilangnya para pemimpin. 

Sebut sahaja pemimpin yang mempunyai nama di negeri ini- Tun Mustapha Datu Harun, Tun Mohd Said Keruak, Datuk Mohd Noor Mansor, Datuk Yahya Lampong, Datuk Hamid Tun Mustapha, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Datuk Seri Salleh Tun Said, dan generasi pelapis- Datuk Musbah Haji Jamli- Datuk Abdul Rahman Dahalan dan Datuk Japlin Haji Akim.

Diantara nama-nama yang disenaraikan di atas, tiga pemimpin pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, dua orang pernah menjadi TYT Sabah, dan selainnya pernah menjadi menteri/timbalan/pembantu menteri baik di peringkat persekutuan mahupun negeri, kecuali Datuk Rahman, kerana beliau hanya sepanggal menjadi Yang Berhormat.

Kedudukan terkini, dua pemimpin Kota Belud menjadi speaker, seorang Speaker Dewan Rakyat dan seorang lagi Speaker Dewan undangan Negeri. Sementara itu, tiga ADUN menjadi pembantu menteri di peringkat negeri.

Di sebabkan ramainya pemimpin di Kota belud, maka semasa memilih calon, tidaklah sukar dilakukan. Oleh kerana keterbatasan kawasan untuk ditandingi, maka pada satu-satu masa, ada sahaja pemimpin yang terpaksa direhatkan.

Pada PRU-12, dua orang pemimpin handal direhatkan daripada bertanding, namun selepas sahaja PRU itu selesai, mereka diberi peranan lebih penting, yang seorang di peringkat persekutuan dan yang seorang lagi di peringkat negeri.

Jawatan Speaker Dewan Rakyat, bukan calang-calang jawatan, demikian juga jawatan Speaker Dewan Undangan negeri. Jika ditakdirkan bahawa kedua-dua pemimpin Kota Belud ini (Tan Sri Pandikar dan DSP Salleh) melepaskan jawatan itu, entah bila lagi jawatan itu boleh disandang oleh pemimpin berasal daripada Kota Belud.

PRU-13 sudah diambang pintu. Hanya 10 bulan lagi, Parlimen dan DUN yang ada sekarang tamat tempoh.

Kretiria calon yang diinginkan pucuk pimpanan telahpun dijelaskan. Pertama calon itu adalah winnabale candidate, kedua- kerap turun padang dan ketiga- mempunyai peratusan yang tinggi menyelesaikan masalah-masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Masalah rakyat Kota belud sebenarnya hanya sedikit, yakni masalah infrastruktur, baik yang berkaitan dengan keperluan asas mahupun yang berkaitan dengan perekonomian.

Keperluan asas adalah ada kaitan dengan keperluan air bersih dan lampu letrik. Keperluan air bersih diperkirakan akan selesai tidak lama lagi, kerana peruntukan hampir 100 juta telahpun berjalan sejak awal tahun 2010. Sementara bekalan litrik, kini hampir 95 peratus perkampungan telah mempunyai bekalan litrik.

Infrastruktur yang berkaitan dengan perkembangkan perekonomian sedang berjalan rancak, selari dengan program pembangunan Jelapang Padi Kota Belud, Program Agropiltan, Program Pelancongan dan menyusul Program Minyak dan Gas.

Disebabkan mudahnya aliran maklumat, selain surat-surat khabar, juga ditambah oleh media alternatif seperti blog, facebook dan twitter-yang begitu pantas sampai ke pengertahuan rakyat atau akar umbi.

Rakyat amnya dan para penggundi khasnya telah tahu siapa para pemimpin yang bertungkus lumus membawa pembangunan kepada rakyat. Atas sebab itu, mereka berminat kepada soal calon, bukannya parti semasa pilihanraya ke-13 akan datang.

Berasaskan kepada fenomena ini, maka adalah mustahil bagi calon-calon pembangkang untuk menang, kerana rakyat tahu mereka tidak mempunyai sumbangan dalam bentuk apapun demi kebaikan rakyat, melainkan menabur janji-janji kosong dan memfitnah kerajaan. Malah mereka juga penyumbang kepada terbantutnya pembangunan, sebagai contoh.. apabila sekumpulan individu cuba menghalang program/projek Agropolitan di Kampung Pintasan Kota Belud.

Menghadapi PRU-13 akan datang, pucuk pimpinan terpaksa memeras kepala, siapa-siapa kah bakal untuk dicalonkan bagi Kota Belud, kerana semua pemimpin yang ada sungguh mempunyai kelebihan masing-masing.

Apapun, sesuai dengan moto Ketua Menteri-DSP Musa Aman dan Timbalan Perhubungan Umno Negeri-DSP Salleh Tun Said, kerja berpasukan amat penting. Ertinya, sesiapapun dicalonkan oleh pucuk pimpinan perlu disokong oleh semua pihak, sesuai dengan semangat berpasukan.

Pucuk pimpinan terpaksa memilih calon-calon yang mampu deliver untuk dirinya juga untuk pemimpin lain agar supaya kemenangan dirai dengan mudah.

Melihat kepada keadaan terkini, nampaknya Untuk Parlimen- piliahan hanya kepada Datuk Rahman Dahalan, walaupun penyandang ini berhadapan dengan suara-suara sumbang daripada bukan pronya, akan tetapi beliau dilihat mempunyai merit yang cukup berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat. 

Di Usukan pula, tiada pilihan lagi selain daripada Datuk Salleh, jika beliau memutuskan untuk bertanding, demikian juga untuk Tempasuk- Datuk Musbah adalah pilihan.

Masalah sukuan di Kota Belud akan selesai apabila persempadan semula selepas PRU-13. Pada persempadanan itu, secara automatik ada DUN yang bermajoriti Iranun, bermajoriti samah dan DUN Campuran daripada tiga suku di Kota Belud.

24 January 2012

Politik Kota Belud: Apabila pendekatan basi digunapakai semula

Ada pemimpin mengulangi pendekatan basi dalam penentuan calon bagi mewakili BN pada PRU-13 akan datang.

Menurut pemimpin itu, jangan banyak songeh, siapa sahaja calon yang diketengahkan oleh parti, maka perlu disokong. Alasannya, pemimpin saling pergi dan berganti, namun yang tertinggal adalah parti. Jika demikian pendekatannya, parti yang tidak boleh berkata-kata itu, akan menjadi malang, atas sebab diwakili oleh pemimpin yang ada penyakit tidak setia pada parti.

Najib dalam pendekatannya adalah mengutamakan calon yang "winnable candidate" ertinya calon itu mempunyai grassroot, suka turun padang, mudah didekati dan dekat dengan rakyat, kemudian ditambah oleh Muhiyidin calon itu mesti capable, kerana itu calon itu boleh menjamin kemenangan pada parti.

Atas sebab itu, pada PRK Tenang, Johor, orang luar daripada parti Azhar ibrahim dicalonkan mewakili BN, dan terbukti, Azhar menang besar mengalahkan calon glamour Normala Shamsuddin.

Di Kota Belud kini, sungguh ramai yang berura-ura untuk menjadi calon-calon samada mahu mewakili BN atau Pembangkang. Mereka itu terdiri daripada mantan-mantan YB atau pegawai2 kerajaan yang masih berkhidmat atau presiden2 persatuan atau pegawai2 kerajaan yang telah pencen.

Namun yang menarik adalah "cubaan" para mantan YB yang telah gagal semasa zamannya sebagai wakil rakyat mencuba melalui pintu belakang untuk kembali dicalonkan mewakili BN, kononnya untuk meneruskan perancangan yang tidak sempat dilakukan semasa menjadi YB berpenggal-penggal.

Percayalah jika usaha mereka ini berjaya, yakinlah kawasan yang bakal diwakili nanti, akan kembali kepada "square one" bukan bertambah maju, sebaliknya bertambah mundur. Kenapa demikian? dalam benak mereka, memajukan rakyat sama dengan membunuh masa depan mereka, kerena semakin maju masyarakat maka akan terbuka minda mereka untuk memilih pemimpin yang mampu dan ikhlas membantu mereka.

Bagi suara rakyat, para YB Kota Belud yang ada perlu dipertahankan, walaupun ada terdapat beberapa kekurangan, namun pasukkan ini, telah membuka mata dan fikiran rakyat Kota Belud.

Datuk Rahman Dahalan walaupun ada yang menganggap wakil rakyat itu terlalu moden dalam pendekatannya, namun selama hampir 4 tahun, keupayaannya sebagai wakil rakyat boleh diberi markah "A", demikian juga Datuk Musbah di Tempasuk mendapat markah cemerlang, bagi Japlin pula, walaupun tidak mendapat markah cemerlang, namun kepimpinannya masih ada ruang untuk mendapat markah cemerlang.

Walaupun para YB ini bukan pemimpin parti diperingkat Bahagian, kecuali Japlin Naib ketua bahagian, namun mereka adalah pemimpin yang boleh diketengahkan oleh parti kerana mereka adalah "winnable candidate". Jangan ganggu sesuatu yang telah baik, kerana takut2 seperti Tikus membaiki labu. Fikir2kan lah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels