Showing posts with label DUN PKR Keluar Parti. Show all posts
Showing posts with label DUN PKR Keluar Parti. Show all posts

6 November 2013

Musa Tidak Perlu Beli Wakil Rakyat Pembangkang

ADALAH melucukan apabila Tian Chua- MP Batu Wilayah Persekutuan daripada PKR mendakwa bahawa keluarnya ADUN Kedamaian daripada PKR untuk menjadi ADUN Bebas mesra BN, kononnya dibeli Musa. Musa adalah Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Sabah sekaligus Pengerusi Bn Sabah.

Musa tidak perlu membeli wakil rakyat pembangkang; sebabnya kerajaan Sabah yang ditubuhkan selepas 5 Mei lalu, mempunyai kuasa 2/3. Daripada 60 Kerusi DUN, 48 adalah kerusi Bn.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah, wakil rakyat etnik KDM dalam Pakatan Rakyat, merasa diketepikan, apabila mereka yang dari mula lagi sebagai pemimpin PR, namun apabila melantik Pengerusi Pakatan Rakyat Sabah, pemimpin yang hanya setahun jagung bersama parti itu, itulah diberi kepercayaan. Wakil Rakyat PKR itu merujuk kepada Perlantikan Lajim Ukin.

Desas desus bahawa dua ADUN PKR, iaitu daripada Matunggong- Jelani Hamdan dan Jeremy Malajad daripada Kedamaian, memang bertiup kencang di Sabah, sebaik sahaja Lajim Ukin menggantikan Tamrin Jaini, sebagai Pengerusi PKR Sabah.

Sebenarnya, keluarnya wakil rakyat PKR itu, bukan kerana dibeli, akan tetapi mereka telah hilang kepercayaan kepada pemimpin Umum PKR- Anwar Ibrahim.

Lagipun, apa manafaat kepada BN apabila dua DUN PKR itu menjadi ADUN Bebas? Walaupun mereka menyatakan mesra BN, namun dari segi manafaatnya kepada wakil rakyat BN di DUN Sabah, sebenarnya tidak memberikan apa-apa.

Melihat kepada keadaan itu, tuduhan Tuan Chua, bahawa Musa adalah dibelakang keluarnya wakil rakyat pembangkang daripada parti mereka, hanya tuduhan murahan, kerana mereka tidak mempunyai alasan lagi untuk diberikan kepada penyokongnya.

Harapan PR untuk menguasai Putrajaya pada PRU-14, hanya tinggal angan-angan, kalau tidak lagi mampu mendapat kerusi daripada Sabah atau Sarawak.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels