Showing posts with label Dap takut Hudud. Show all posts
Showing posts with label Dap takut Hudud. Show all posts

18 October 2011

DAP masih dirasuk Islamophobia

Ada beberapa ketetapan yang perlu dijadikan pedoman bila menghadapi isu Islamophobia ini.  Panduan dan penyuluh jalansedia ada ini bukan peringatan baru. Ia telah dianugerahkan kepada individu Muslim, pihak berkuasa dan kerajaan Islam. Ia jadi batu sempadan yang tegap, terang dan tekal.
azlanKecurigaan, ketakutan dan kebencian terhadap Islam bukan fenomena baru. Hakikat ini amat mudah difahami oleh umat Islam hari ini. Persepsi negatif atau prasangka ini sudah digariskan Allah dalam kalam yang dianugerahkanNya kepada umat Islam sejak lebih 1,400 tahun lalu.
Pedoman pertama ialah apabila Allah memperakukan bahawa Islam adalah agama yang sempurna dan hanya satu-satunya agama yang diredhaiNya:
“…Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamaMu…” (Al Maidah ayat 3).
Maknanya, Islam sudah lengkap. Dan, hudud adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang komprehensif. Bagi PAS yang menjadikan Islam dasar perjuangan, pelaksanaan hudud adalah tuntutan suci.
hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramCuma pihak yang dirasuk Islamophobia sahaja yang tidak mengerti, enggan mengerti dan tidak mungkin mengerti.
Lantas, kalimah “langkah mayat saya dulu sebelum laksanakan hudud” oleh pengerusi DAP, Karpal Singh beberapa tahun lalu, kini terngiang kembali.
Fasakhkan konsep negara Islam
Yang menjadi persoalan, adakah Pakatan akan menunggu untuk menyelesai dan mengimbangkan kecenderungan PAS dan DAP sehingga setelah berjaya menguasai Putrajaya? Jika, ini berlaku apakah ini bermakna pula PAS perlu berkompromi melunakkan konsep hudud seperti ia dengan berat hati terpaksa memfasakhkan konsep negara Islam yang diperjuangkan sebelum 2008?
Pakatan Rakyat, bak kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibentuk bersandarkan persefahaman pendekatan dan strategi politik.
azlanApakah selepas strategi politik ini berjaya membantu Pakatan menakluki Putrajaya persefahaman ini boleh dileburkan begitu sahaja hanya kerana pengikat persefahaman – kebencian terhadap Umno dan BN – telah dapat dilunaskan?
Jika demikian keadaannya, tidakkah kerajaan Pakatan yang baru menapak di Putrajaya kelak akan menjadi satu malapetaka kepada rakyat Malaysia? Negara akan jadi huru-hara dan kestabilan serta kesejahteraan akan terancam bila bantrakan berlaku antara kerabat Pakatan!
Realiti ini menakutkan. Jika diselusuri prestasi kerabat Pakatan sejak 2008, yang lebih banyak mencatat kejayaan politik ialah DAP. Ia berjaya menambah bilangan kerusi parlimennya di Sibu dan menang lebih banyak kerusi berbanding kerabat Pakatan lain pada pilihan raya negeri Sarawak.
NONEJika alur trend ini berterusan, tidak mustahil ramalan dan keyakinan DAP sendiri bahawa ia akan mampu menawan 60 kerusi parlimen, akan dapat dicapai.
Jika ini berlaku, dapatkah PKR dan PAS menyaingi pencapaian itu? Jika ditakdirkan, isu hudud dapat disejukbekukan sementara memandangkan DAP sudah jadi “abang besar” dalam Pakatan bagaimanakah nasib Islam dan orang Melayu?
Ini kerana Islamophobia DAP terhadap cabang Islam – hudud – masih (dan semakin) menebal.
Rakan kerdil Pakatan
Dalam keadaan begitu, sanggupkah PAS bertahan dalam Pakatan dan menjadi “rakan kerdil” dalam Pakatan itu?
azlanPKR pula bagaimana? Umum tahu, ia sentiasa mempotretkan citra politiknya sebagai parti pelbagai fahaman dan kaum? Sanggupkah PKR masuk kancah perselisihan faham di antara PAS dan DAP ini?
PAS tegas. Hingga Sabtu lalu, Hadi tetap tegas dalam soal hudud.
DAP masih meracau dengan rasukan Islamophobia. Jika orang Islam dalam PAS, PKR dan Umno mahu kembali kepada ketetapan pertama perbincangan ini bahawasanya Islam itu sudah lengkap dan sempurna, apakah mereka tidak mahu ambil peduli peringatan Allah:
“Wahai Nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
“Dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
NONE“Dan bertakwalah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara” (Al Ahzab ayat 1hingga 3).
PAS ingin berkongsi strategi politik dengan DAP dan PKR tetapi DAP tidak ingin hukum hudud yang menjadi dasar PAS. Sementara itu, umat Islam Malaysia disergah dengan gerakan lebih aktif beberapa pihak yang ingin memesongkan aqidah umat Islam. Maka Mufti Perak, Tan Sri Harussani mengesyorkan sebuah Akta Anti-Murtad dilembagakan.
Sanggupkah atas nama Islam, PAS menyapa saudara seagama dalam PKR dan Umno untuk menimbangkan cara bagaimana membenteng keluhuran, kemurniaan dan maruah Islam dari terus disergah dan disergap oleh kawan politik yang semakin ghairah menjadi “abang besar” politik Pakatan Rakyat?

Begitu juga dengan PKR. Buat masa ini memang ia parti majmuk. Tetapi bila ada “abang besar” dalam kerabat yang homogenous bukan Melayu-Islam, tidakkah ia juga akan terbelah oleh perbedaan pandangan yang dikuasai Islamophobia?
hadi awang and pasKetegasan Hadi tidak harus dilihat dalam kerangka dan lingkaran politik PAS sahaja. Ia wajib meluas hingga melilit setiap umat Islam yang cintakan agama mereka di Malaysia.
Dengan nisbah hampir 60 peratus rakyat Malaysia hari ini ialah umat Melayu-Islam mahukah PAS, PKR dan Umno menggalas dosa memecahbelahkan kekuatan umat Islam hanya kerana menganggap diri masing-masing lebih baik, mulia dan ‘alim berbanding pihak lain?
Islamophobia tidak akan mati. Sebab itu, Allah kerap mengingatkan setiap muslim bahawa pihak kafir tidak akan berhenti menyergap dan mengepung Islam dari setiap aspek kehidupan sehingga mereka (muslimin) kembali mengikut agama mereka. Dipetik dari:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels