Showing posts with label Datuk Lajim Okin. Show all posts
Showing posts with label Datuk Lajim Okin. Show all posts

23 October 2012

PRU-13: Lajim mengigau

MP Beaufort Datuk Lajim Haji Ukin mengigau, apabila memberitahu penduduk Setapak, Kuala Lumpur, kononnya barisan Pembangkang akan menang 15 kerusi Parlimen di Sabah pada PRU-13 akan datang.

Walau bagaimanapun, Lajim tidak menyebut kawasan-kawasan itu ketika berucap didepan penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Umum mengetahui, bahawa pembangkang tiada sejarah menang lebih 2 kerusi Parlimen di Sabah, sejak sistem pilihanraya diadakan di Sabah bermula tahun 1967.

Sepanjang sejarah pilihanraya Sabah, hanya parti DAP yang pernah menang, itupun untuk kerusi Parlimen Sandakan atau Kota Kinabalu. Kemenangan DAP jarang serentak, kalau menang di Sandakan, maka kalah di Parlimen Kota Kinabalu, dan apabila menang di Kota Kinabalu, maka kalah di Sandakan.

Pada PRU-2004, DAP kosong kerusi di Sabah, manakala PRU-2008, DAP menang Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung (Tawau).

Pada PRU-13 akan datang, ada kemungkinan, DAP mengekalkan Parlimen Kota Kinabalu, akan tetapi pada kali ini akan kosong DUN. Sementara parti-parti lain termasuk parti Tempatan SAPP dan STAR, akan kosong kerusi Parlimen, akan tetapi mungkin menang satu-dua kerusi DUN. Manakala PKR kemungkinan akan mendapat kerusi DUN Kuala Penyu, jika John OT Ghani bertanding. Sementara PAS, akan meneruskan kegagalannya sepertimana pada PRU-PRU lalu.

Sementara itu Lajim mungkin akan menang di DUN Klias atas faktor sokongan kaumnya, sementara Parlimen Beaufort yang dimenanginya melalui tikit BN pada PRU-12 lalu, dalam keadaan 50-50. Jika BN mampu mencalonkan calon yang berwibawa, Parlimen Beaufort, masih dalam penguasaan BN.

29 September 2012

Beli Surat Cinta Anwar: Apa Yang Datuk Lajim Cuba Tunjuk

BELI Surat Cinta Anwar kepada Wan Azizah, apa yang Datuk Lajim cuba tunjuk? Harga sebuah surat cinta dengan harga RM50,000 yang dibayar Lajim kerana berjaya membida leloangan barangan berharga milik Wan Azizah semasa makan malam Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam.
 
Lajim adalah MP Beaufort yang melompat kepada Pakatan Rakyat 29 Julai lalu.
 
Lajim juga mempunyai rekod melompat pada tahun 1994 yang mengakibatkan Parti Bersatu Sabah kehilangan kuasa di Sabah.
 
Kali ini, Lajim menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan beliau juga dikaitkan dengan penubuhan Parti Baru... BUMI.
 
Baru-baru ini Lajim mendakwa antara sebab mengapa beliau keluar daripada Umno, kerana kebanyakan projek pembangunan dibolot oleh pemimpin tertentu, dan pada masa yang sama membiarkan rakyat miskin.
 
Melalui tindakan Lajim membeli sebuah surat cinta dengan  harga RM50,000 di mana sama nilainya dengan 10 buah rumah PPRT, menunjukan beliau bukan pejuang kepada rakyat miskin, seperti mana beliau uar-uarkan.

Secara perlahan-lahan rakyat akan tahu semua, matalamat Lajim.

29 August 2012

Lajim baru tahu siapa Anwar

AKIBAT gagal membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwari melenting dan kini  membuli Lajim

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Datu Amir Kahar serta Tan Sri Kasitah Gadam menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

"Janji" Anwar memberi "dana" untuk mendapatkan para wakil rakyat BN serta para pemimpin BN ternyata hanya tipu muslihat.
 
Kini Lajim sudah terpernagkap, no way back lagi. Sepatutnya sebelum Lajim menyertai Anwar, kena Tanya Pengalaman Dr Jeffery, semasa dalam Pakatan Rakyat.

1 August 2012

Ke mana sudah Datuk Lajim?

BENAR juga kata sebahagian besar pengamat politik Sabah, tindakan Datuk Lajim keluar BN, tidak berimpak.

Malah penggurannya sebagai Timbalan Menteri, Perdana Menteri menggunakan istilah PEMBATALAN perlantikan. Perkataan Pengguguran tidak sama dengan pembatalan.

Lajim yang menginginkan untuk DIPECAT akhirnya tidak kesampaian.. meloponglah ahli politik veteran itu. 

Apabila ditanya reaksinya terhadap istilah yang digunakan terhadap kedudukannya dalam kabinet, LAJIM melopong, tidak tercetus apa-apa jawapan daripada mulutnya... belum ada idea katanya.

Seorang yang menganggap dirinya seorang pemimpin.. syogianya siap siaga pada sebarang kemungkinan; hakekatnya tidak berlaku pada Lajim.

Lajim masih terkejut kerana tindakan yang dirancangnya tidak berimpak, atas sebab tiada tanda-tandapun ahli atau penyokong Umno/Bn turut ikut bersama-sama berjuang dengannya.

Kini, Lajim hanya menunggu untuk dipecat daripada Umno, Parti Umno menggunakan urus pentadbiran yang betul dengan menghantar surat tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada parti. 14 hari tempoh beliau menjawabnya, selepas itu, apa kah beliau menjawabnya, tindakan pembatatan keahliannya akan diteruskan.

Umno tidak boleh mempunyai ahli seperti Lajim, kerana tindakannya secara terang-terangkan bercanggah dengan perjuangan parti.
Yang peliknya selepas berbulan-bulan melakukan tindakan berlawanan dengan aspirasi parti dan kemuncaknya pada 29 Julai, kini kelibat Lajim menghilang, .... apa yang berlaku???

31 July 2012

Lajim Ukin: Undurlah secara baik: Musa Aman

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata mana-mana pemimpin dengan apa-apa jawatan sekalipun, harus berundur secara baik jika sudah tidak yakin dengan parti dan kerajaan yang mereka wakili.

Beliau berkata, pemimpin itu perlu berundur secara sukarela dan terhormat tanpa perlu diberhentikan daripada jawatan yang disandang.

"Di dalam parti dan kerajaan, kita ada peraturan dan etika. Kalau seseorang pemimpin itu, atau menteri itu, atau timbalan menteri itu, tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan parti, atau terhadap kerajaan yang mereka wakili, maka mereka harus berundur secara baik.

"Jangan perlu (tunggu) sampai diberhentikan. Sebagai 'gentleman' kita berhenti," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Umno Zon 6 yang merangkumi kawasan Parlimen Silam, Semporna, Tawau dan Kalabakan di Masjid Al-Kauthar malam ini.

Musa mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkuatkuasa serta-merta.

Sehubungan itu, beliau berkata tindakan kerajaan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional (BN) adalah wajar.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Sabah itu menasihatkan semua kepimpinan Umno dan BN di negeri ini agar tidak terikut-ikut atau membuang masa dengan isu Lajim kerana apa yang lebih penting ialah bekerja keras untuk membela nasib rakyat.

Musa juga berkata, kepimpinan Umno dan BN perlu terus memperkukuh perpaduan dan kerjasama selain terus bekerja kuat kerana mereka memikul amanah serta mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Kita tidak perlu gentar, kita tidak perlu takut, kerana kita mempunyai kerajaan yang terbaik, pemimpin yang terbaik. Kita ada trek rekod yang terbaik.

"Jadi, apa yang (perlu) kita malukan, apa yang (perlu) kita gentarkan, apa yang perlu kita susahkan. Kita berani kerana benar, takut kerana salah. Kita berada di landasan yang benar. Ini yang saya katakan kepada rakyat negeri Sabah, dan mereka mengerti. Orang Sabah matang berpolitik. Mereka tahu mana kerajaan yang mereka mahu pilih dan mana kerajaan yang mereka mahu sokong.

Jangan susah hati atau gundah gulana. Yang penting kita terus bekerja untuk rakyat dengan keikhlasan, bukan kepentingan peribadi," katanya.

Sehubungan itu, Musa meminta semua pemimpin Umno dan BN di Sabah mengutamakan keikhlasan kepada kerajaan, parti serta pemimpin, bukan kepentingan peribadi, kerana hanya melalui cara itu, kerajaan dan rakyat akan terus hidup sejahtera.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata Malaysia kini berada di landasan yang baik di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sentiasa berfikir serta prihatin bagaimana untuk mengatasi masalah dan membantu rakyat.

Berbeza dengan pemimpin 'songsang' atau pembangkang, Musa berkata mereka ini pura-pura buta dan pekak terhadap perubahan serta pembangunan yang berlaku di Sabah, namun rakyat mampu menilai mana yang buruk dan baik untuk mereka. - Bernama

11 June 2012

Lajim bercakap seperti pembangkang-tapi ahli pembangkang pula puji kerajaan

Datuk Lajim menepis ramalan bahawa beliau akan menyertai PKR semalam, semasa lawatan Anwar Ibrahim ke Sabah.

MP Beaufort itu berkata, disebabkan beliau bercakap seperti pembangkang, atas asas itulah beliau diisukan akan menyertai pembangkang.

Lajim mengakui pendekatannya seolah-olah seperti pembangkang, kerana kononnya kehendak rakyat yang diwakilinya.

Tetapi apa yang pelik, pembangkang pula memuji kerajaan, atas sebab itu pada Khamis 7 Jun lalu seramai 80 pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Beaufort bertukar haluan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis khas di Beaufort, Sabah.

Bekas pemimpin PKR yang juga calon bagi kawasan Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) lepas, Lajim Yusoff berkata keputusan menyertai BN kerana kepercayaan ke- pimpinan Ketua Menteri Sa- bah Datuk Seri Musa Aman yang membawa pelbagai pembangunan pesat di negeri ini.

“Kami menyertai BN kerana percaya BN betul-betul boleh memajukan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman kerana selama ini kami perhatikan semua projek Sabah khasnya di Beaufort semuanya berjalan lancar.

Kami tidak percaya lagi kepada parti pembangkang (PKR) yang hanya berangan-angan untuk memerintah negeri Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian Umno kepada Musa di kediaman Menteri Pembangunan Mas- yarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun di Kampung Limbawang di sini.

Lajim yang pernah menyertai PKR selama lapan tahun itu berkata sewaktu berkempen pada PRU12 lepas, pe- mimpin PKR hanya pandai menaburkan bermacam- macam janji, sebaliknya tidak ditunaikan untuk penduduk kawasan Beaufort.

Beliau berkata tindakannya dan rakan-rakan lain menyertai BN adalah secara sukarela selepas menyedari PKR tidak mempunyai hala tuju jelas dalam usaha membela nasib rakyat di negara ini.

Sementara itu, Musa yang mengalu-alukan penyertaan itu berkata penyertaan bekas penyokong PKR itu membuktikan mereka sedar hanya BN adalah satu-satunya parti yang sentiasa berjuang menjaga kebajikan rakyat terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mereka sedar tiada guna berada dalam pembangkang yang tidak buat apa-apa kebaikan untuk rakyat kerana BN sentiasa berjuang untuk kebaikan rakyat terutama perdana menteri (Najib) yang telah memberi pertolongan dan peruntukan untuk Sabah.

“Saya kagum dan senang hati atas kesedaran bekas ahli PKR yang masuk ramai-ramai (Umno) dan saya ucap tahniah dan terima kasih dan saya percaya banyak lagi anggota PKR akan sertai BN pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap Musa yang juga anak jati kelahiran Beaufort berkata kerajaan negeri bercadang me- wujudkan sebuah empangan di bahagian Hulu Sungai Padas iaitu di daerah Kening- au, Tenom dan Beaufort bagi mengatasi masalah banjir di daerah Beaufort.

“Perkara ini sedang diusahakan untuk mengatasi masa- lah banjir di kawasan Beaufort kerana saya amat memahami masalah (orang) Beaufort kerana saya juga anak Beaufort dan rakyat Sabah harus buat keputusan tepat dan paling baik berdasarkan track record BN yang berkhidmat dan mendahulukan rakyat di bawah pentadbiran perdana menteri (Najib),” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said,Bendahari Umno Negeri, Datuk Hajiji Haji Noor, dan para pemimpin tempatan.

29 January 2012

Mahukah Datuk Lajim buat kejutan?

Tahun 1994, Datuk Lajim membuat kejutan besar bersama Datuk Rubin Balang. Kejutan itu, membuatkan BN yang kalah melalui PRN Negeri mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

Bermulalah episod yang belum pernah berlaku di negara ini, yakni pengiliran Ketua Menteri setiap dua tahun.

Sebagai permulaaan kepada sistem penggiliran Ketua Menteri itu, dilantiklah Datuk Sakaran Dandai (kini Tun selepas dilantik TYT), kemudian diikuti oleh DSP Salleh bagi melengkapii dua tahun giliran bumiputera islam.

Selepas itu giliran kouta cina-Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah selama 2 tahun. Menjelang PRU- 1999, Datuk Bernard Giluk Dompok (kini Tan Sri) dilantik sebagai Ketua Menteri bagi kuota bumiputera bukan islam dan seterusnya beliau mengetuai PRN pada tahun 1999. Malangnya beliau tidak menang pada PRN tersebut,akibatnya giliran bumiputera islam pula mengambil jawatan Ketua Menteri.

Selepas dua tahun, giliran kuota cina pula.. walaupun Chong Kah Kiat (kini Tan Sri) hanya mempunyai 1 DUN, akan tetapi demi janji BN, maka beliau mengambil alih jawatan daripada Datuk Osu Sukam.

Selepas Chong Kah Kiat berundur pada tahun 2003, kerana tampat tempoh, maka giliran bumiputera islam pula, yang sepatutnya giliran bumiputera bukan islam, namun pada masa itu, wakil rakyat yang mewakili bumiputera bukan islam, tiada yang "layak' untuk dilantik sebagai Ketua Menteri, atas sifat masih baru dan mentah dalam politik.

Pucuk pimpinan BN masa itu memberi peluang kepada Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Musa Aman, yang kurang menonjol dan bersifat low profile.

Datuk Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri ke-13 Sabah pada tahun 2003 dan beliau mengetuai PRN Sabah pada tahun 2004.

Pada PRN tersebut, ternyata BN hampir menyapuh bersih semua DUN dan Parlimen, kecuali kalah satu dun Kuala Penyu dan Parlimen Sandakan.

Atas kejayaan BN dibawah teraju Musa itu, maka gabungan BN Sabah yang dipersetujui oleh pimpinan Pusat, telah menghapuskan sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri.

Selepas penghapusan tersebut, Musa terus menjadi Ketua Menteri sehingga kini.

Musa sebagai Pengerusi Umno/BN negeri telah membuat berbagai langkah perubahan semasa PRU-12. Pada PRU tersebut, Datuk Lajim yang sudah sinonim dengan DUN Klias, ditukar bertanding bagi kawasan Parlimen pula.

Sementara itu, pemimpin veteran seperti Tan Sri Pandikar, Datuk Salleh dan Datuk Amir Kahar, tidak dicalonkan.

Diambang pembuangan undi, ramai yang berspekulasi, bahawa BN Sabah akan kehilangan beberapa kerusi baik diperingan DUN mahupun parlimen, kerana tindak Datuk Musa yang sangat drastik tersebut. Namun semua anggapan itu, tidak benar, kerana Musa mengulangi keupayaannya, menang 24 daripada 25 kerusi Parlimen, prestasi sama seperti pada PRU-2004; demikian juga di peringkat DUN, BN menang 59 daripada 60 kerusi, sama dengan keputusan pada PRU-11.

Kemenangan BN Sabah yang luarbiasa tersebut bertolak belakang dengan prestasi BN di Semenanjung. Semenanjung dilanda tsunami politik, di mana daripada 166 kerusi yang ditandingi BN, BN hanya menang 84 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 82.

Berasaskan prestasi buruk BN itu, maka terpaksa berlakunya pertukaran pucuk pimpinan. Tun Abdullah Badawi-Perdana Menteri ke-5 Malaysia memberi laluan kepada DS Najib untuk dilantik sebagai PM-6.

Walaupun telah berlaku perubahan pucuk pimpinan, nampaknya kemampuan BN di Semenanjung masih samar-samar. Ada yang mengatakan bahawa pada PRU-13 akan datang keputusan yang BN perolehi di Semenanjung akan hampir sama dengan keputusan PRU-12 dripada segi jumlah kerusi parlimen. Atas sebab itu, kerusi-kerusi bagi Sabah dan Sarawak adalah penyumbang penting baik kepada BN mahupun PR.

Berasaskan kepada prespsi itu, maka ramailah para pemimpin di Sabah dan Sarawak mencuba nasib, agar jika berlaku "hang parlimen" maka suara dari Sabah dan Sarawak merupakan penentu.

Kemungkinan besar inilah yang berada dalam benak Dr Jeffery Kitingan- kini Presiden STAR Sabah Chapter dan cita-cita SBF (parti yang dijenamakan semula).

Yang menariknya.. SBF dikaitkan dengan Datuk Lajim Ukin, Timbalan Menteri Perumahan negara (persekutuan) merangkap wakil rakyat Beaufort, Sabah.

Sejak pengakhir tahun 2011, telah diisukan, bahawa Lajim akan mengetuai SBF, untuk bertanding di semua kawasan yang ditandingi Umno. Tujuannya adalah supaya semua calon Umno kalah, dan seterusnya mengusir parti yang memasuki Sabah pada tahun 1991 tersebut akibat tikam belakang PBS semasa PRU-1990 akan hilang tapaknya di Sabah.

Jika demikianlah perkiraan dibenak para pemimpin SBF dan STAR, telaan mereka itu mungkin akan berlaku pada tahun 80-an, bukan pada masa kini.

Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Musa Aman, telah melangkah ke era baru daripada segi pembangunan mahukan pendapatan negeri. Sabah kini, saban tahun, bajet tahunannya terus meningkat. Tahun 2012 sahaja bajet Sabah telah melepasi RM4bilion, satu bajet yang belum pernah dibentangkan sebelum ini. Manakala reserve kerajaan negeri pula telah melebih RM3bilion.

Pembangunan Sabah terus berjalan, baik dana daripada kerajaan negeri mahupun dana daripada persekutuan.

Rakyat melihat dengan kepala sendiri, bahawa pembangunan negeri terus rancak dijalankan, baik pembangunan yang bercorak ekonomi mahupun keperluan asas rakyat.

Kerajaan BN terus menunaikan janji, tiada janji kosong yang ditaburkan. Malah, penduduk sendiri yang kadangkala menolak pembangunan, umpama pembangunan Dam Tambutoan di Kota Belud.

Pembangunan Dam Tambutoan Kota Belud akan menelan belanja hampir setengah bilion ringgit untuk keperluan pengairan sawah lebih 10,000 hektar di kawasan Kota Belud dan keperluan air minum bagi 100,000 penduduk Kota Belud.

Pembankang hanya menabur janji, kononya apabila mereka mengambil alih kerajaan, maka royalti minyak akan dinaikan 20%, sekarang ini, sebenarnya peruntukan kerajaan pusat yang disalurkan kepada kerajaan negeri telah melampui 20%.

Dalam prinsip equalbrium, apabila satu bahagian ditambah, maka akan mengurangkan bahagian yang lain, sebenarnya inilah yang ingin disampaikan oleh pihak pembangkang. Kalau royaliti minyak naik 20%, maka peruntukan daripada pusat akan berkurang 20%, akhirnya come back to square one.

Benarlah kata Musa, menjelang pilihanraya, pembangkang akan menabur janji bulan dan bintang, kerana mereka tiada kometmen untuk melaksanakannya.

Lihatlah janji-janji pembangkang bagi semasa PRU-12, di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, walaupun telah 4 tahun memerintah negeri itu, janji2 seperti mana dalam manefesto mereka belum tertunaikan, alasan yang diberi.. mereka belum menguasai Putrajaya... satu alasan yang hanya mengelirukan rakyat.

Bagi para pemimpin Sabah yang sekarang ini berada dalam tampuk kuasa, janganlah turutkan nafsu, berilah sumbangan kepada parti yang memberi peluang kepada anda berkhidmat kepada rakyat.

Jangan mimpi, bahawa selamanya rakyat akan terpengaruh kerana tindakan pemimpin yang hanya berasaskan kepentingan peribadi.

11 January 2012

Datuk Lajim masih setia pada UMNO

Menurut sumber yang sahih, Datuk Lajim Okin yang merupakan AMT Umno, MP Beaufort dan Timbalan Menteri Persekutuan masih setia dan tetap bersama Umno/BN.

Desas-desus sebelum ini bahawa beliau merupakan dalang dibelakang Sabah People Front (SPF) adalah spekulasi pemimpin tertentu untuk melemahkan Umno/BN Sabah.

OKB difahamkan,Lajim telah menyatakan kesetiannya kepada Umno/BN selepas MP Beaufort tersebut betemu enam mata dengan Pengerusi Umno Sabah DSP Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Pegerusi Umno negeri DSP Salleh Tun Said baru-baru ini.

Lajim terpalit dengan spekulasi akan keluar Umno apabila Timbalan Menteri itu turut hadir pada satu majlis natal anjuran pemimpin Pakatan di Kuala Penyu baru-baru ini dan pada majlis tersebut beliau turut berucap.

Tidak menjadi kelajiman samada pihak pembangkang atau kerajaan membuat ucapan pada majlis anjuran masing-masing.

Zaid Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran kehadiarannya pada satu majlis PKR di Shah Alam pada tahun 2010. Zaid hanya hadir, tidak berucappun.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels