Showing posts with label Datuk Lajim Ukin. Show all posts
Showing posts with label Datuk Lajim Ukin. Show all posts

19 January 2013

Datuk Lajim hebat

BAYANGKAN hanya beberapa bulan keluar daripada Umno, kini Lajim menobatkan dirinya bakal Ketua Menteri Sabah, jika Pakatan Rakyat menang di Sabah pada PRU-13 akan datang.

Lajim mengunapakai nama Anwar Ibrahim menjajah penobatannya sebagai bakal KM Sabah. Setidak-tidaknya itulah kehebatan Lajim.

Rupanya dalam Pakatan Rakyat, orang lama seperti Ansari Abdullah, Tamrin Zaini dan ramai lagi, tidak memdapat kepercayaan daripada Anwar, kerana memilih Lajim menjadi boss kepada pemimpin kanan PKR negeri atau Pakatan Rakyat negeri; setidak-tidaknya itulah maksud daripada kenyataan Lajim yang dibawanya ke sana ke mari.

Satu lagi kehebatan Lajim adalah, setiap lawatannya akan diiringi sekurang-kurangnya 70 pengikutnya, maknya, jika tempat yang dituju ada 30 orang, maka kelihatan majlis itu dihdiri 100 orang.

Rupanya, dakwaan Lajim bahawa dia keluar daripada Umno, kerana kononnya untuk membela rakyat, rupanya hanya gimik, kerana niat sebenarnya adalah mahu jawatan KM.

Lajim tiada pilihan, kerana dalam Umno sendiri, nama Lajim Ukin bukan lagi winnable candidate, ertinya dia akan direhatkan pada PRU-13, kalau dia masih dalam Umno/Bn.

Lajim tidak mahu tersunggur ditengah jalan, kerana dia masih merasa bahawa dia masih layak sebagai calon mewakili umno/Bn, namun persyaratan yang diperlukan oleh pucuk pimpinan umno/Bn, adalah seseorang mestilah mempunyai kretiria sebagai calon yang boleh menang, namun syarat-syarat itu tidak dimilikinya lagi.

Lajim lupa, bahawa senario politik sudah berubah, bukan lagi berada pada tahun 1980-an atau 1990-an, di mana pada itu dia masih mempunyai ramai penyokong. 

Rakyat telah membuka mata, lebih 26 tahun Lajim mewakili Klias dan kemudian Beaufort, masalah utama rakyat di kawasan itu belum dapat di atasi.

Kini Lajim serupa Anwar, hanya mempunyai cita-cita untuk mengejar jawatan dan sanggup mempergunakan rakyat dengan berbagai janji retorik dan pembohongan hanya untuk mengejar cita-cita peribadi.

Bodohlah rakyat menyokong pemimpin seumpama ini.

6 January 2013

Lajim akui BN bawa pembangunan

PADA Jumaat Datuk Lajim Ukin mengadakan sidang medianya di Pejabat PPS Putatan kononya untuk menangkis kenyataan MP Kota Belud yang mempersoalkan pencapaian beliau selama 26 tahun sebagai wakil rakyat dan anggota kabinet baik negeri mahupun persekutuan.

Dalam sidang media itu, Lajim menguraikan pencapaiannya sepanjang menjadi menteri di Peringkat negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah dan pencapaiannya sebagai Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan.

Melalui uraian itu, Lajim tidak sedar bahawa semua kenyataannya terkini sejak keluar daripada Bn pada 29 Julai 2012 menunjukkan bahawa kerajaan Bn benar-benar peka terhadap keperluan rakyat.

Lajim dengan bangga menyatakan bahawa pembangunan infrastrutur di kawasan yang diwakilinya Beaufort dan Klias lebih 80 peratus telah diupgrade, ertinya jalan-jalan di kawasan itu telah diaspal.

Lajim juga dengan bangganya memberi tahu, bahawa Yayasan Usaha Maju adalah ideanya, dan melalui agensi itu, ramailah penduduk luar bandar menikmati perkidmatan agensi itu.

MP Beaufort itu juga bangga memberitahu bahawa pembinaan Wisma Pertanian di mana semua agensi kementerian Pertanian dan Kementerian itu beribu pejabat dapat dibangun semasa beliau menjadi Menteri Pertanian negeri.

Selain itu, Lajim juga mengakui bahawa beliau pernah membantu MP Kota Belud untuk mendapatkan dana projek pembinaan sebatang jalan di kampung Bobot Kota Belud dengan nilai RM300,000.00.

Juga, Lajim dengan bangganya mengakui bahawa Program Jelapang Padi di Kota Belud adalah ideanya, sedangkan program itu telah lama dicadangkan sebelumpun Lajim menjadi wakil rakyat.

Melalui kenyataan Lajim pada sidang akhbar itu, telah menemplak dirinya yang menghambur berbagai dakwaan kononnya kerajaan Bn tidak membawa pembangunan kepada rakyat Sabah.

Lajim kini dalam keadaan bercelaru, sehingga tidak tahu apa yang diperjuangkannya. Namun, yang jelas, beliau mabuk pangkat dan jawatan. Kerana beliau mengimpikan jawatan Ketua Menteri sama dengan Anwar ibrahim mengimpikan jawatan Perdana Menteri. Malangnya, impian mereka berdua ini tinggal impian.

4 January 2013

Apa Sumbangan Lajim Ukin?

MUNGKIN Lajim ada sumbangan pada suku sakatnya di kawasannya; tetapi bukan kepada keseluruhan rakyat di kawasan yang diwakilinya 26 tahun lalu.

Di kawasannyapun beliau tidak mempunyai sumbangan yang ketara, apatah lagi di kawasan-kawasan lain.

Lajim pernah menjadi menteri kabinet negeri pada beberapa kementerian, antaranya Kementerian Pertanian dan perumahan. Cuba tanya rakyat apa sumbangan Lajim?

Semasa ditampuk kuasapun tidak mampu memberi sumbangan, kini pula menyenaraikan perjuangannya melalui PPS dengan menggariskan berbagai janji. Rupanya beliau baru terbangun dari tidur yang amat lena sepanjang lebih 26 tahun sebagai wakil rakyat.

Padan muka Anwar, kerana kerja pembohongannya kepada rakyat kini berbalas dan terpaksa menerima lakonan Lajim; kononnya MP Beaufort itu mampu menggalas sokongan rakyat Sabah merealisasikan impiannya ke Putrajaya.

Anwar lupa, bahawa Lajim sudah mula ditolak oleh sebahagian besar pengundi yang diwakilinya, atas sebab itu semasa Lajim dalam barisan nasional, bukan cerita rahsia lagi di kalangan pengundi, bahawa beliau bukan winnable candidate bagi Bn; atas sebab Lajim mahu juga memaksa menjadi calon, maka beliau tiada pilihan, melainkan keluar daripada Bn.

Pada Sabtu malam, Anwar mengumumkan bahawa calon pembangkang bagi parlimen Beaufort dan Dun Klias adalah Lajim Ukin. Lajim akhirnya jadi calon juga pada PRU-13, tidak kiralah menang atau kalah, janji jadi calon.

Nafsu besar Lajim, biasalah dalam permainan politik bohong, kalaupun cacat tetap mengaku sihat, kalaupun tiada kemampuan, tetap mengaku berkemampuan, kerana dalam politik bohong, yang berbicara adalah isi bakul sendiri dan kemudian angkat sendiri.

Dalam paparan Lajim melalui PPS yang dilancarkan semalam, ketara sangat, bahawa apa yang dicakapnya sungguh mengarut. Beliau fikir, zaman ini zaman kuda gigit besi lagi, beliau lupa bahawa zaman sekarang adalah zaman IT dan zaman kebijaksanaan.

Penulis malas nak ulas janji-janji Lajim memlalui PPSnya, kerana tiada unsur ilmupun, tiada unsur ekonomik dan tiada pengajaran yang mampu diperolehi.

Hanya mereka yang buta hati, buta akal, buta mata dan tiada pelajaran yang boleh tertarik apa yang dicakap Lajim. Selagi rakyat bukan tergolong dalam kategori ini, adalah pasti mentertawakan apa yang Lajim katakan.

Sebenarnya para pemimpin dalam pembangkang mengetahui kedalaman ilmu dan kemampuan Lajim, apakan daya, tiada manusia lagi menjadi pilihan sestandard Lajim. Jadi, tanya diri sendiri bagaimana kualiti para pemimpin pembangkang.

30 December 2012

Lajim Dapat Durian Runtuh: Anwar Umum calon Parlimen Beaufort

Anwar Ibrahim sekali lagi meneruskan sessi jelajah pembohongannya di Sabah. Selaku Ketua Umum PKR mengharapkan satu-satunya peluang beliau yang terakhir iaitu pengundi-pengundi Kristian di Sabah untuk memastikan Pakatan Pembangkang berdaya saing di dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13). Masyarakat di Semenanjung sudah muak dengan janji-jnaji retorik beliau. Pakatan Pembangkang juga gagal melebarkan pengaruh di Sarawak.

Kita semua telah maklum bahawa pada Pilihanraya Negeri Sarawak April tahun lalu di mana hanya DAP yang mampu bertapak di Sarawak. Tidak PKR dan jauh sekali PAS! Mahu tidak mahu Anwar terpaksa mengharapkan peluangnya yang terakhir iaitu di Sabah. Itupun selepas beliau digula-gulakan oleh dua pemimpin Sabah yang berpaling tadah iaitu Lajim Ukin danWilfred Bumburing, yang bercita-cita tinggi untuk terus bertanding di dalam PRU13.

Selepas siri lawatan pembohongan di Sabah, hari ini Anwar terpersona dengan dakwaan Lajim, bahawa MP Beaufort itu mampu menawan Parlimen Beaufort, Dun Klias dan Dun Kuala Penyu, melalui PPSnya.

Serentak dengan itu, Anwar Ibrahim telah mempersonakan Rakyat Kuala Penyu dengan lagu Sabah sudah goyang dan mengumumkan Lajim Ukin kekal sebagai calon bagi Parlimen Beaufort dan John Ghani sebagai calon Kuala Penyu. Bagi Lajim Ukin, cita-citanya untuk terus dicalonkan tercapai. Perdulikan sekiranya beliau tidak dapat mempertahankan kerusi berkenaan, Janji sifat tamaknya dipenuhi.

Lajim Ukin adalah seorang yang opportunis. Masakan tidak seoarang yang menghabiskan RM50,000 semata-mata untuk membodek Anwar Ibrahim dengan membeli surat cinta Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah yang dihantar daripada Penjara Sungai Buluh. Surat yang dibida harga pembukaan RM50,000 dibeli oleh beliau pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati, Shah Alam tidak lama dulu.

Rakyat tahu hubungan Anwar Ibrahim-Lajim Ukin bukan ikhlas untuk membantu Rakyat sebaliknya masing-masing mempergunakan masing-masing dengan satu matlamat iaitu untuk berkuasa. Lajim Ukin mahu terus bertanding mempertahankan kerusinya. Ini tidak dapat diberikan oleh partinya terdahulu disebabkan ada tanda-tanda awal Rakyat Beaufort sudah menolaknya. Anwar Ibrahim seperti biasa terus dengan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 dan mengunakan sisa-sisa pengaruh Lajim Ukin yang ada untuk terus membohogi dan mempergunakan Rakyat Sabah. 

Apapun  Rakyat Sabah tidak tertipu dengan slogan “Ini kalilah!”

14 December 2012

Lajim berpolitik kerana mengejar jawatan

RAMAI yang tidak lupa, bagaimana Lajim mengamok kerana tidak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri sebaliknya, Datuk Baharom AB Titingan, meskipun mantan ADUN Balung itu, tewas pada PRN Sabah semasa Sabah diperintah Parti Bersatu Sabah.

Di kalangan Umno sendiri, ramai yang tahu bagaimana Lajim turun naik ke Putrajaya pada tahun 2003 kerana melobi jawatan Ketua Menteri untuk menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat yang akan tamat tempoh.

Lajim berkecimpung dalam politik semata-mata untuk mengejar jawatan; atas sebab itu, apabila Anwar "menawarkan" jawatan Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat menang di Sabah, menjadikan dia mabuk dan lupa diri.

Lajim tidak mampu menilai dirinya sendiri apakah mempunyai kemampuan untuk mengurus atau mentadbir.

Lajim mendapat jawatan dalam politik, bukan disebabkan kemampuannya, akan tetapi berasaskan peras ugut. 

Apabila Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, Lajim dilantik sebagai Timbalan Menteri, kerana pada masa dan ketika itu keadaan poiltik bagi BN cukup rentan dan gawat, ekoran kasak kusuk yang berlaku. Tambahan pula ada ura-ura Lajim akan keluar Umno/BN jika tidak diberi jawatan. 

Apabila keadaan politik tenang, Najib sukar sudah untuk digertak, atas sebab itu, Najib sanggup kehilangan Lajim, apabila MP Beaufort itu mendesak Najib, agar Musa Aman diganti sebagi Ketua Menteri Sabah. Bukan sahaja Najib menolak mentah desakan Lajim itu, malah menegaskan, Musa akan tetap menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PRU-13.

Pengertian Lajim terhadap pemimpin apabila pemimpin itu mendapat jawatan; akan tetapi dia lupa, ukuran sebenar pemimpin itu adalah daripada aspek kemampuan, keikhlasan dan perjuangannya. Pemimpin seperti ini akan terus berada dalam persada kepimpinan negara, sebaliknya individu yang merasa menjadi pemimpin kerana tindakan peras ugut, sampai satu ketika akan hanyut dan tidak mendapat tempat lagi. Perkara ini, disadari oleh Lajim, atas sebab itu dia keluar daripada Umno/BN, kerana dia tahu, bahawa masanya telah tiba untuk direhatkan selama-lamanya.

Lajim lupa, Islam tidak suka perasaan tamakkan jawatan tanpa sebab yang berasas yang ALLAH reda. Keinginan mendapatkan kedudukan politik untuk kepentingan diri atau sebagai kebanggaan adalah dilarang dalam agama ini.

Ini jelas daripada hadis-hadis, antaranya sabda Nabi Muhammad SAW: “Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Baginda juga pernah menasihati `Abd ar-Rahman bin Samurah: “Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong).

Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Islam melihat kerakusan inginkan jawatan disebabkan perasaan sukakan kedudukan dan nama hanya akan penyesalan di akhirat dan melemahkan jawatan itu sendiri. Namun dalam masa yang sama, seseorang boleh berusaha mendapatkan jawatan politik jika dia merasakan dia dapat memberikan khidmat yang lebih baik daripada orang lain.

Ini seperti yang al-Quran ceritakan tentang permintaan Nabi Yusuf: (maksudnya) Yusuf berkata: “Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Surah Yusuf, 55-56).

Kata Ibn Taimiyyah rh (meninggal 728H): “Nabi Yusuf meminta jawatan kepimpinan untuk kebaikan agama, itu bukan sesuatu yang mencanggahi pergantungan kepada ALLAH, tidak juga termasuk dalam permintaan jawatan yang dilarang” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 8/68, Riyadh: Maktabah al-Abikan)

Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) mengulas ayat ini: “..demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Lajim hina Jawatan Speaker

Kenyataan Datuk Lajim Ukin sepertimana disiarkan oleh Daily Express 13 Disember 2012 yang berbunyi "Salleh a nobody in Sabah politics today" sebab itu beliau dilantik sebagai Speaker DUN Sabah. 

Lajim terlupa bahawa Salleh adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Ketua Bahagian Umno Kota Belud adalah jawatan politik. Apa kah Lajim tidak tahu bahawa jawatan Speaker  juga adalah jawatan politik?

Sejak Lajim keluar dariapada Umno pada Julai lalu, kebanyakan kenyataannya bercelaru dan tidak menggambarkan bahawa MP Beaufort itu seorang ahli politik veteran.

Kenyataan Lajim yang disiarkan DE pada 13/12, menunjukkan bahawa MP itu menghina jawatan Speaker, kerana menurut apa yang dinyatakannya, bahawa Salleh a nobody in Sabah politics today, sebab itu dilantik sebagai speaker, seolah-olah jawatan speaker itu adalah jawatan reject dimana seorang ahli politik yang masih diiktiraf, maka tidak akan dilantik pada jawatan itu.

Suara Rakyat tidak ingin memberi komen, jika ada persengkitaan peribadi antara Lajim dan Salleh, yang ingin Suara Rakyat komen adalah kenyataan mengenai jawatan speaker.

Jawatan Speaker mempunyai kedudukan yang tinggi daripada segi protokol berbanding kedudukan Yang berhormat samada ADUN ataupun MP ataupun menteri kabinet. Kedudukan Speaker adalah yang ketiga selepas TYT dan Ketua Menteri. Apa kah Lajim tidak mengetahui kedudukan ini? 

Kalaupun ingin menghentam Salleh, janganlah menghentam jawatan yang disandangnya, kerana jawatan itu merupakan salah satu undang-undang tubuh kerajaan negeri. Bagaimana kah Lajim memperjuang kepentingan rakyat, jika undang-undang tubuh kerajaanpun, beliau tidak mengetahui dan menghinanya pula.

Rakyat Sabah perlu membuka mata, bahawa Lajim bukan seorang pemimpin yang boleh membela rakyat, kerana kalau diberi peluang, maka bukan sahaja negeri menjadi kelamkabut, malah rakyat akan semakin kusut.

12 December 2012

Akuan Bersumpah RM40 Juta: Rendahnya politik Lajim

LAJIM khayal membaca arus perjalanan politik. Bagi dia, keputusan yang dibuatnya melalui politik, dianggapnya senantiasa menyebelahinya.

Lajim bersandar kepada pengalamannya sendiri apabila pada tahun 1986 bertanding melalui PBS dan menang, walaupun pada ketika itu, nama beliau dalam politik negeri Sabah, tiada yang mengenalpun.

Nama Lajim menghangat kembali apabila beliau meninggalkan PBS pada tahun 1994 membawa sekali kerusi yang dimenanginya pada PRN Sabah yang hanya berlabuh berapa bulan sebelumnya, melalui perbuatan itu, PBS kehilangan kuasa dan membuka peluang kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Melalui peristiwa yang dilalui Lajim itu, beliau melakukannya untuk kali ketiga, yakni pada Julai lalu meninggalkan BN dan menubuhkan PPS yang pro pembangkang. Tindakan beliau itu adalah puncak daripada spekulasi seawal tahun 2004, bahawa beliau akan berpaling tadah.

Dengan bertemakan, kuasa dan jawatan bukan matalamat perjuangannya, beliau memberi alasan penyebab utama meninggalkan BN. Apabila keluar bergemalah suara-suara kecil beliau yang dinyaringkan, kononnya, selama dalam BN, kawasannya tidak di bangun dan kerajaan yang disertainya sejak tahun 1986-1994; 1994-2012, kononnya tidak membangun rakyat. Lajim memerlukan masa 26 tahun untuk mendapatkan ilham dan idea.

Selama 26 tahun, mata beliau kabur terhadab pembangunan yang berlaku, hanya selepas Julai 2012, secara tiba-tiba mata beliau telah menjadi terang benderang. Bukan sahaja matanya, akan tetapi tindakannya juga kononnya menjadi hebat.

Kini, seteru politik beliau lebih tiga dekad menjadi temannya, penasihatnya. Beliau tidak sedar, bahawa beliau sebenarnya telah terjual hidup-hidup tanpa menyadarinya.

Contoh terkini, bagaimana Lajim digambarkan sebagai ahli politik yang tiada apa-apanya dicerminkan melalui pengakuannya sendirinya melalui akuan bersumpad (SD) berhubung wang RM 40 juta sumbangan kepada Umno Sabah. "Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai(nya)," demikian kata beliau dalam akuan bersumpah yang diedarkan kepada media.

Berasaskan kepada pengakuan itu, beliau bukan lagi secara tersirat mengakui, bahawa beliau sebagai ahli politik yang tidak dipercahayai, malah kawan-kawannya pun beranggapan, bahawa beliau tidak mempunyai kredibilti politik yang tinggi, atas sebab itu, beliau tidak dilibatkan mengetahui hal-ehwal parti demi keterjaminan agar strategi parti tidak diketahui oleh pihak lawan.

Benarlah kata-kata Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang disokong oleh Timbalannya, sebaik sahaja  beliau keluar daripada parti; bahawa pemergian beliau daripada Umno atau BN tidak mempunyai impak apa-apa terhadap kekuatan parti.

Sekarang, telah jelas dan terang, bahawa dikalangan para pemimpin rupanya telah lama mengetahui paras politik Lajim; walaupun ahli-ahli perwakilan Umno pernah mengundinya untuk jawatan AMT, kerana faktor yang hanya diketahui oleh perwakilan itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels