Showing posts with label Datuk Tawfik ABT. Show all posts
Showing posts with label Datuk Tawfik ABT. Show all posts

14 May 2013

Visi Datuk Tawfik sebagai Menteri Belia dan Sukan

Datuk Tawfik bersama-sama Staffnya
Sebaik mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan Negeri, Adun Apas itu menyuarakan salah satu visinya, iaitu mendekati seramai mungkin golongan belia, samada di luar bandar mahupun bandar melalui pendaftaran persatuan-persatuan belia.

Melalui pendaftaran persatuan-persatuan, maka mudah bagi kementerian merangka bantuan dan program yang perlu bagi keperluan para belia.

Sesuai dengan manifesto tambahan Bn pada PRU-13 lalu, yang membawa tanjuk "Sasaran Terhadap Pembangunan Belia dan Sukan" antaranya- menyediakan lebih banyak kemudahan latihan untuk para belia bagi melengkapkan mereka menjadi aset penting dalam pembangunan negara; memperkukuhkan kejurulatihan dan kemahiran pengadilan, menyediakan kemudahan-kemudahan sukan bagi melahirkan generasi atlit yang mengharumkan negeri dan negara; serta memperluaskan program-program yang menggalakkan gaya hidup sihat.

Janji-janji Bn itu kini berada dipundak Menteri Belia dan Sukan yang baru; dan perlu berjaya dalam lima tahun.

Semalam Datuk Tawfik telah memulakan tugas barunya. 

23 March 2013

Peluang BN pertahan semua kawasan cerah: Tawfik Titingan

Tajuk di atas merupakan kenyataan Pembantu Menteri Kewangan Negeri- Datuk Tawfik Datuk Haji Abu Bakar Titingan; apabila ditanya tentang kekuatan Bn Sabah berhadapan dengan PRU-13.

"Kita sudah berkerja keras sejak lima tahun lalu, bukan bermusim, tetapi secara berterusan, melalui berbagai program termasuk program turun padang janji ditepati". 

"Bukan saja saya, akan tetapi seluruh jajaran kepimpinan Bn, yang dikemudi oleh Ketua Menteri Sabah selaku Pengerusi Bn Sabah merangkap Ketua Perhubungan Umno Negeri menjelajah pelosok negeri serta kawasan masing-masing".

"Kalau bukan kerana krisis Lahad Datu, sudah pasti- gerakan jentera bagi kawasan Pantai Timur sudah semakin mantap, sementara menunggu pembubaran DUN dan Parlimen".

"Memang diakui, krisis Lahad Datu akbiat pencerobohan Pengganas Sulu, sedidikit sebanyak mengganggu memontum gerak kerja kita- sehinggakan Ketua Menteri sendiri berkampung di Ground Zero". "Akan tetapi disebabkan gerak kerja kita sudah bermula sekian lama, usaha pihak-pihak tertentu menganggu gugat jentera kita, tidak akan terjejas, kerana kita mempunyai jentera yang mantap".

"Memang kawasan Pantai Timur, senarionya mungkin berbeza sedikit sebelum kejadian pencerobohan Kg Tanduo, namun kita yakin, rakyat mengerti dan faham, atas sebab itu, kita tiada keraguan, bahawa akar umbi masih menyebelahi kita".

"Krisis Pantai Timur Sabah, tidak memberi kesan di kawasan-kawasan lain, atas sebab itu, kita yakin bahawa Bn Sabah masih sebagai simpanan tetap Bn".

" Belum pasti saya bertanding dimana- tergantung kepada keputusan pucuk pimpanan" demikian jawapan Ketua Bahagian Umno Tawau merangkap ADUN Apas itu, apabila ditanya apakah beliau telah siap mempertahankan kawasan N56 Apas.

Untuk rekod, Datuk Tawfik menang tanpa bertanding pada PRU 2004 bagi kawasan Dun Apas, dan berjaya mempertahankan kawasan itu pada PRU-12, dengan majoriti 3,608 apabila beliau mendapat undi 5.409 berbanding lawannya daripada PKR 1,801 undi.

Kawasan Apas merupakan kubu kuat Bn, dan dijangka Bn akan mempertahankan kawasan itu.

"Kita terpaksa berkerja kuat, kerana salah satu Dun bagi Parlimen Tawau dimenangi oleh DAP pada PRU-12 lalu, apabila calon Bn daripada PBS kalah". " Kita juga yakin mempertahankan P190 Tawau" "Berasaskan tinjauan sikap para pengundi yang kita ada- harapan cerah untuk merampas N57 Sri Tanjong, selain memperatahankan Dun Balung".

"Jentera pilhanraya Bn Tawau sudah siap sedia, malah kita sudah mengenal pasti semua pengundi di kawasan itu melalui sistem yang kita ada" "In Sha Allah kita Menang".

Catatan ringkas pertemuan dengan Datuk Tawfik Haji Abu Bakar Titingan di Pejabatnya pada Rabu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels