Showing posts with label Determinasi Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Determinasi Pembangkang. Show all posts

20 November 2012

Isu-isu Yang Dispin Pembangkang

SERONOK juga apabila bertanya khabar pada penduduk yang bertahun tersenarai dalam daftar pengundi. 

Borak-borak tidaklah mengambil masa yang lama, sekadar bertanya.. Apa isu semasa yang dimainkan di perkampungan oleh ahli-ahli politik, baik peringkat akar umbi atau pemimpin yang datang dan pergi.

Satu ungkapan popular.. sering berulang  NI KALI LER.. namun, apabila disingkap pengertian ungkapan itu, rupanya hanya merupakan expresi bersifat selebriti, bukannya keputusan untuk memilih parti mana yang perlu diundi pada PRU-13 akan datang.

Sebenarnya ISU yang diharungi rakyat terutama di perkampungan adalah isu PERSEPSI yang ditimbulkan oleh pihak Pembangkang. Persepsi itu mampu menelan usaha kerajaan sejak empat tahun lalu. Rakyat lebih update dengan isu-isu persepsi, misalnya isu korupsi, isu gelang Rosmah; isu RM40 juta sumbangan kepada Umno sabah manakala, isu Anwar jalan-jalan naik jet, ramai yang tidak pasti malah ramai yang tidak mendengarnya.

Ramai yang terpukau dengan retorik pembangkang terutama mengenai penurunan harga minyak,  kenaikan royalti minyak, penghapusan PTPTN dan Pendidikan Percuma, berbanding usaha-usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat melalui Jelapang Padi, Agropolitan, PIOC, kilang baja atau program-program yang dijalankan SEDIA melalui Sabah Development Corridor.

Usaha kerajaan melalui berbagai pendekatan seperti GTP, ETP, NKRA masih merupakan perkara baru kepada penduduk, sehingga ramai yang tidak faham apa lagi mengerti mengenai akronim-akronim itu.

Nampaknya pihak pembangkang mampu memunculkan isu-isu yang dekat dengan rakyat; walaupun pembangkang tidak menyebut bagaimana menyelesaikan isu-isu itu, namun setidak-tidak pembangkitan  isu-isu membangkitkan rasa geram mereka.

Rakyat tidak mampu menganalisis, bahawa semakin banyaknya kereta di jalan raya atau sukarnya mendapat letak kereta di kawasan kompleks beli belah, sesaknya kompleks beli belah, menjamurnya pembangunan peumahan atau rumah-rumah kedai, merupakan petanda ekonomi semakin baik; namun atas putar belit pihak pembangkang, menjadikan keadaan itu sebagai beban kepada rakyat, bukannya suatu peluang.

Nampaknya dalam masa empat tahun terakhir, pembangkang mampu meracuni kebanyakan rakyat dengan isu persepsi, sehingga sukar bagi mereka menilai mana program yang berguna kepada mereka. Rakyat terbuai dengan janji manis, sehingga mencairkan komitmen kerajaan melalui Janji Ditepati.

Bayangkan bantuan kerajaan melalui BR1M, bantuan kepada pelajar dari tahun satu hingga tingkatan enam, bantuan baucer buku kepada pelajar perguruan tinggi, dan kini BR1M 2.0 telah meliputi rakyat yang bujang yang berumur antara 21-30 tahun dan rebet RM250 kepada golongan ini yang membeli Handpon 3G, mampu diselewengkan oleh pihak pembangkang sebagai usaha membeli undi.Pembangkang mampu menukar upaya kerajaan itu, bahawa program ini adalah sebahagian daripada menghidupkan kroni, terutama yang terlibat dengan telekomunikasi.

Di mana silapnya? Kerajaan mempunyai semua jentera, ada TV ada Surat Khabar, ada agensi-agnesi seperti JASA, KEMAS dan sebagainya, mengapa  semua ini boleh berlaku?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels