Showing posts with label Hadi dengan Media Arus Perdana. Show all posts
Showing posts with label Hadi dengan Media Arus Perdana. Show all posts

26 February 2011

Hadi tidak habis-habis dengan media arus perdana dan SPR

Jika benarlah dakwaan Hadi Awang disebabkan media arus perdana dan SPR maka PAS tidak boleh menang-kenapa kah Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan- dikuasai oleh pembangkang?

Kalau lah media seperti RTM, TV3, utusan Malaysia dan berita Harian dan SPR penyebabnya calon-calon PAS kalah di PRK-PRK mutahkir ini, kenapa kah Pakatan termasuk PAS boleh menang pada 8 PRK selepas sahaja PRU-12?

Disebabkan tiada isu-maka, Presiden PAS itu mengkambing hitamkan media arus perdana khasnya utusan dan Berita Harian-kerana pemegang saham terbesarnya adalah UMNO.

PAS juga mempunyai media-Harakah, ada TV Pas, ada TV Selangor; ditambah dengan beribu blogger mereka, apa kah itu belum cukup memenangi hati rakyat terutama kaum melayu?

Sebenarnya kaum melayu telah tergores hatinya terhadap parti itu, terutama pemimpinnya Nik Aziz-yang pernah berkata "Tidak bangga jadi melayu".

Kaum melayu juga tergores hati kerana sesiapa yang tidak mengundi PAS adalah jahiliah.

Kaum melayu juga tergores kerana PAS mempergunakan agama, untuk kepentingan politik, untuk kepentingan para pemimpinnya. Sungguh malang bagi mereka yang telah taksub, kerana kebenaran sukar diterima lagi.

Cara PAS, adalah pemaksaan, menggunakan agama untuk memaksa, namun cara itu bukannnya menambah sokongan kepada PAS, malah sokongan semakin merosot.

PAS, bermain wayang, jika dahulu HARAM berkerjasama dengan DAP, misalnya tahun 1990- PAS hanya berkerjasama dengan S-46 melalui Angkatan Perpaduan Ummah, tidak sama sekali dengan DAP.

Namun, pada hari ini PAS telah menelan, menjilat, melanggar sendiri pendiriannya, Pas kini tampil bukan sahaja berkerjasama dengan DAP, malah menjadi pembela kepada parti itu. Alasan mudah bagi Nik Aziz- Pas mahu memperkenalkan islam kepada DAP.

Apabila PAS membuat pendirian demikian, jangan salahkan kaum melayu mmenolaknya, jangan kambing hitamkan SPR dan semacamnya.

Pas kenalah terima hakikat, bahawa parti itu serupa dengan parti DAP, yakni parti politik, bukan parti islam, sepertimana yang mereka maksudkan.

Kini, Pas berada dipersimpangan, Pas terpaksa akur apa sahaja kehendak para pemimpin DAP, asalkan hati para penyokongnya yang majoritinya kaum cina itu tidak tergores. Pas boleh berbangga, jika dahulu haram bagi kaum cina mengundi PAS, demikan juga PAS-haram mengundi calon DAP. Namun kali ini, para penyokong DAP mengundi PAS. Pada setiap PRK, ramailah undi kaum cina mengundi PAS, namun undi itu belum cukup bagi calon PAS untuk menang.

Kecenderungan ini akan berlanjutan. Pada PRK Merlimau dan Kerdau-sekali lagi PAS akan merasakan ditolak oleh kaum melayu- walaupun masih dapat undi kaum melayu, atas sebab apa? Parti PAS telah menjadi parti songsang-kerana memesongkan matalamatnya kerana mengejar kuasa.

Yakin lah PAS-lama kelamaan akan di tolak oleh kaum melayu-termasuk di Kelantan. Kaum melayu menyaksikan bagaimana kaum melayu di pemerintahan DAP di Pulau Pinang. DAP dengan gimik memberi elaun RM 100 pada guru-guru kafa sempena hari kebesaran islam, tetapi dilain pihak merobohkan tempat-tempat kediaman kaum melayu dan gerai-gerai cari makan- untuk diberikan kepada kaum cina.

Kepada Haji Hadi-janganlah kambing hitamkan media arus perdana dan SPR- kerana bidalan berkata: Tak tahu menari dikatakan lantai jongkar balik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels