Showing posts with label KDM akan Setia pada BN selagi Pairin Ada. Show all posts
Showing posts with label KDM akan Setia pada BN selagi Pairin Ada. Show all posts

16 March 2010

Musa Aman Juga KDM: KDM Tidak Pernah Rugi

Musa Aman juga daripada suku Kadazan Dusun Murut, keluarga Gunsanad dan Sudang. KDM tidak pernah dirugikan sepertimana dakwaan Lim Kit Siang.

Pengurusi IDS, Clerence Bongkos Malukun telah awal-awal menafikan dakwaan Lim Kit Siang itu. Malah, Malukun telah menyeneraikan para menteri KDM baik di pusat mahupun negeri.

Sebenarnya yang dirugikan dalam politik negeri Sabah kini, adalah golongan USBO,kerana USBO adalah mewakili kaum-kaum terbesar di Sabah. Berbanding KDM, jumlah penduduk dalam rumpun USBO jauh lebih banyak.

Lim Kit Siang tersalah analisis, jika seandainya penasihat DAP berkata, bahawa kaum-kaum USBO dirugikan dalam BN, itu ada kebenarannya.

USBO yang mewakili berbagai rumpun yang kini diketuai oleh penasihat Sains dan teknologi kepada ketua menteri Datuk Salleh Said dan dinaungi oleh menteri pembangunan luarbandar persekutuan, Datuk Safie Afdal.

Sebagai catatan sejarah kerusi Ketua menteri Sabah pernah diduduki kaum KDM pada seawal pasca merdeka lagi iaitu Donald Stephens 1963-1965, kemudian di lantik semula pada tahun 1975-1976, di susuli oleh Datuk pairin Kitingan 9 tahun selepas itu , iaitu pada tahun 1985-1994, kemudiannya yang terakhir ialah Tan Sri Bernard Dompok itupun hanya 8 bulan (1998-1999 ) sebelum tewas kepada calon PBS di Moyog.

Sejak itu, suku KDM tulien hanya tinggal "mengidam" kerusi itu biarpun sudah mengandunglebih 10 tahun sejak 1994. Oleh sebab itu, bagi pemerhati pro PR di Sabah, menganggap kenyataan Lim Kit Siang bahawa KDM rugi di bawah BN, lebih merujuk kepada isu KDM tidak akan berupaya menduduki kerusi Ketua Menteri, kerana di dominasi oleh UMNO.

Walaupun ada tanggapan bahawa kedapatan juga pemimpin KDM dalam UMNO Sabah seperti Datuk Masidi Manjun dan beberapa orang lain, namun tempoh yang agak lama diperlukan untuk merealisasikan matlamat itu disamping menghadapi saingan dari tokoh -tokoh suku lain seperti Datuk salleh Tun Said, Datuk Shafie Afdal dan juga suku bukan 'teras' dalam UMNO Sabah yang sudahpun menduduki kerusi itu lebih awal.

Justeru itu timbul dalam isu politik di Sabah...adakah perlunya KDM sekali lagi  menolak  BN untuk menjamin kelangsungan penguasaan mereka dalam jawatan Ketua Menteri Sabah?.

Kalaupun diukur kepada penglibatan 3 buah parti KDM dalam BN seperti UPKO, PBRS dan PBS, nyata hanya parti PBS sahajalah yang mampu menunjukkan 'taring' politik yang berbisa. Malahan kejatuhan kerajaan PBS suatu ketika dulupun bukan disebabkan kerana penolakan suku KDM kepada parti itu, tetapi disebabkan tindakan lompat parti yang mengaibkan politik Sabah hingga saat ini.

Sama ada PBS berada dalam 'zon selesa' sebagai parti komponen BN di Sabah atau berada dalam situasi 'menentang" iaitu dalam zon pembangkang, bukanlah persoalan yang penting bagi suku KDM. Malahan mereka telah membuktikan walaupun PBS berada di luar parti pemerintah, namun ia tetap mendapat sokongan dari suku itu. Inilah kelebihan politik KDM di negeri ini. Oleh itu isu 'perlunya 'penderhakaan' itu akan menjadi isu terbesar PRU 13 di Sabah.

Namun, selagi Datuk Pairin Kitingan bersama BN, nampaknya kalaupun ada uumphh daripada kalangan suku KDM, tidak akan dapat menganggu gugat sokongan KDM kepada BN. Kawasan-kawasan KDM akan terus dimenangi oleh BN apa kah melalui PRU-13 atau pilihanraya umum berikutnya. Yang penting, kepimpinan Datuk Pairin masih diperlukan oleh suku kaum KDM. Mereka tidak akan menolak kke tepi Pairin, sebagaimana keputusan-keputusan PRU yang lalu-lalu.

Pairin tidak pernah ditolak oleh para pengundi kaum KDM, yang menolak Pairin adalah para pemimpin meraka, kerana kemaruk kuasa, sanggup meninggalkan Pairin.Itu lah yang berlaku.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels