Showing posts with label Keluar Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Keluar Malaysia. Show all posts

8 June 2014

Bawa Sabah Keluar Dari Malaysia, Penghasut Wajar Dikenakan Tindakan Tegas: Rahman

KOTA BELUD Sabtu, 7 Jun 2014 - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan media sosial untuk menghasut rakyat membawa Sabah keluar dari Malaysia. 

Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Setiausaha BN Sabah itu berkata perbuatan membuat kenyataan yang mempunyai elemen berbau hasutan sedemikian amat berbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara serta perlu dibanteras segera sebelum menjadi lebih serius. 

"Sejak kebelakangan ini, saya dapati banyak 'posting' di Facebook yang agak keterlaluan, yang boleh dianggap sebagai kegiatan subversif atau melanggar Akta Hasutan, terutama yang ada kaitan dengan perbuatan membakar semangat atau mengajak rakyat untuk mengeluarkan Sabah daripada Malaysia atau Persekutuan.

"Kita kena ingat bahawa sejarah sudah terpahat bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dipersetujui oleh pejuang kemerdekaan kita terdahulu dan saya kira tidak betul dan tidak harus ia dirungkai semula sehingga menyebabkan kita berpecah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan
Peringkat Mukim Timbang di Rumah Kebudayaan Tobilung dekat sini hari ini. 

Beliau berkata oleh itu, semua posting di media sosial yang mengandungi unsur hasutan mesti disiasat dan diambil tindakan segera kerana dikhuatiri akan menjadi lumrah selain boleh mengelirukan serta mempengaruhi pemikiran rakyat.

Abdul Rahman berkata masa depan Sabah ialah dalam Malaysia dan pihak yang mempunyai masalah harus mennyelesaikannya mengikut saluran undang-undang, bukan memilih jalan menghasut rakyat kerana tindakan sedemikian tidak akan menyelesaikan apa-apa. 

Beliau berkata semua pihak harus menerima hakikat majoriti rakyat Sabah masih menyokong BN untuk menerajui kerajaan dan menganggap mereka yang cuba mengeruhkan suasana aman yang dinikmati penduduk Malaysia berbilang kaum, etnik dan agama di negeri ini adalah mereka yang kecewa dalam pilihan raya. 

Katanya, pihak yang memilih untuk berbuat demikian adalah tidak rasional serta kurang bijak mencari penyelesaian masalah sedangkan ruang perbincangan dan rundingan sentiasa terbuka sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. 

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata kawasan parlimen berkenaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa antara agama bagi mempertingkat interaksi dalam kalangan pemimpin pelbagai agama dan kaum. 

Beliau menyarankan agar perjumpaan pemimpin agama di kawasan parlimen itu diadakan selepas Hari Raya Puasa bagi membolehkan jawatankuasa berkenaan ditubuh. - Bernama

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels