Showing posts with label Kongress LDP-Saabah. Show all posts
Showing posts with label Kongress LDP-Saabah. Show all posts

16 December 2012

Kongres LDP: Kehadiran Tun Dr Mahathir mendapat tepukan gemuruh

TERHARU sekali apabila nama Tun Dr Mahathir disebut apakah oleh Perdana Menteri mahupun Presiden LDP, tepukan gemuruh daripada perwakilan mahupun pemerhati pada Persidangan LDP kali ke 23 yang berlangsung di Sandakan pada Ahad, menunjukkan mantan Perdana Menteri itu mempunyai sokongan khasnya daripada kaum cina dan rakyat secara umumnya.

Kehadiran Tun Dr Mahathir semasa pesidangan parti LDP, parti tempatan yang mewakili kaum cina khasnya Sabah mempunyai signifikan kepada kepimpinan parti itu.

Parti LDP yang ditubuhkan pada tahun 1989, dimana pada penubuhannya merupakan parti pembangkang di peringkat negeri Sabah, akan tetapi mesra BN Pusat.

Pada tahun 1991, parti itu diterima dalam keluarga BN, apabila umno mengembangkan sayapnya ke Sabah, dan bersama-sama parti AKAR (kini telah dibubarkan) membentuk komponen BN Sabah dan menjadi parti pembangkang di Sabah.

LDP, walaupun parti kecil, namun kesetiaannya kepada perjuangan BN tidak pernah luntur, malah komitmen parti itu kepada BN terus menebal.

Dikeranakan kesetiaan parti itu, parti itu pernah diberi peluang menerajui kerajaan Sabah, apabila mantan Presidennya Tan Sri Chong Kah Kiat dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2001, walaupun parti itu hanya mempunyai satu kerusi DUN, di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Meskipun parti itu telah menyertai beberapa pilihanraya sejak tahun 1990, hanya pada PRU-12, kesemua calon-calon daripada parti itu menang; malah kawasan Parlimen yang dimenangi calon pembangkang pada PRU-2004, berjaya dirampas semula melalui Presiden LDP sekarang ini.

Pada persidangan LDP yang ke-23, julung kalinya perasmiannya dilakukan oleh Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri, dan ironinya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turut sama; yang mengingatkan nostalgia parti itu, bahawa pada kongres pertamanya dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir.

Kehadiran Perdana Menteri dan Tun Dr Mahahir pada kongres LDP, membuktikan bahawa dalam BN, tiada diskriminasi terhadap parti-parti kecil; dan selagi parti dan pemimpinnya setia kepada perjuangan BN, maka parti dan pemimpin parti itu dianggap sebagai pemimpin BN.

Sebenarnya ini yang berlaku kepada parti LDP dibawah kepimpinan Datuk Liew Vui Keong. Kepimpinan LDP mendapat penghormatan daripada para pemimpin tunjang BN, yakni Umno; kerana pada kongres parti itu yang berlangsung di dewan Ballroom Hotel Four Point Sandakan, bukan sahaja kehadiran Perdana Menteri bersama isteri, malah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berserta isteri juga turut hadir.

Para pemimpin parti itu mendapat penghormatan daripada segenap lapisan kempimpinan Umno, apabila turut hadir, Speaker DUN Sabah merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-Datuk Salleh Tun Said, Timbalan Speaker Dewan Rakyat-Datuk Ronald Kiandee, wakil daripada parti komponen termasuk daripada Sarawak yang diwakli oleh Datuk Salang Gandum; malah kongres itu juga dihadiri ramai anggota kabinet Negeri Sabah, antaranya Datuk Yee Moh Chai.

Dalam ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri, membayangkan bahawa Parlimen Sandakan akan tetap berada ditangan BN, mengikat sokongan daripada berbagai pihak yang dibuktikan melalui persiadangan itu.

Sepanjang ucapan Persiden parti itu, tepukan gemuruh daripada perwakilan terus menerus berkumandang, keadaan ini menunjukkan bahawa VK Liew yang merupakan ahli parlimen Sandakan, mendapat sokongan dan dianggap sebagai winnable candidate bagi BN di kawasan P.186 Sandakan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels