Showing posts with label Konvesyen Media sosial 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Konvesyen Media sosial 1Malaysia. Show all posts

17 March 2012

Kovensyen Media Sosial 1Malaysia

Datuk Salleh
LAUTAN biru, memenuhi dewan kulaih UMS pagi ini apabila lebih 1,500 pengamal media sosial 1Malaysia berkumpul mengikuti konvesyen media 1Malaysia; kalau pun ada yang bukan berbaju biru; adalah mereka yang daripada kumpulan puteri dengan warna tradisi mereka pink.

Rata2 yang hadir adalah penyokong totok BN berasaskan kepada gelagat mereka.

Pemudah cara, penceramah mengambarkan yang baik2 sahaja apa kah menyentuh negeri mahupun nasional.

Berasaskan kepada topik yang disampaikan dan cara penceramah menyampaikan, satu kesimpulan, dapat diambil, bahawa pengamal media sosial pro kerajaan, hendaklah menggambarkan yang baik2 dan positif sahaja mengenai kerajaan apabila berkomunikasi di dunia siber.

Speaker DUN Sabah-Datuk Salleh Tun Said, semasa penggulungannya, menekankan bahawa pemerinatahan BN, sejak dahulu telah mengambil kira kepentingan negeri termasuk rakyatnya.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno itu, kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan kepentingan rakyat Sabah, sebagai bukti, saban tahun peruntukan daripada kerajaan pusat terus mengalir. Selain itu, jawatan2 penting persekutuan telahpun diisi oleh anak2 tempatan.

Pembangunan UMS merupakan petanda keikhlasan kerajaan persekutuan, apabila universiti itu dibangun sebaik sahaja Umno/BN memerintah Sabah pada tahun 1994.

Pembangunan Koridor Sabah yang meliputi berbagai pembangunan dan mendapat peruntukan penuh daripada kerajaan persekutuan, merupakan usaha kerajaan pusat membela rakyat negeri ini.

Usaha gigih pembangunan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman terus dipertingkatkan, apabila bajet kerajaan negeri terus meningkat, malah bajet tahun 2012, melepasi RM4 bilion.

Kerjasama berpasukan antara pemimpin merupakan kekuatan BN-sabah, atas sebab itu, Sabah dianggap sebagai simpanan tetap BN pada PRU-13 akan datang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels