Showing posts with label Lajim Ukin Lompat lagi.. Show all posts
Showing posts with label Lajim Ukin Lompat lagi.. Show all posts

31 July 2012

Akhirnya Lajim ikut Anwar untuk kedua kalinya

PERJALANAN politik Lajim penuh dengan habuan. Tanpa habuan, beliau tidak akan bertindak.

Tahun 1994, Lajim keluar PBS kerana habuan jawatan-Timbalan Ketua Menteri Sabah, selain habuan-habuan tersembunyi yang lain.

Jangan lupa, cara Lajim meninggalkan PBS-usaha itu dilakukan oleh Anwar sendiri selaku Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Pilhanraya Sabah pada masa itu.

Kini untuk kedua kalinya Lajim ikut Anwar juga kerana habuan. Malangnya, tindakan Lajim kali ini, tidak mempunyai sebarang impak kepada kerajaan. Jika pada tahun 1994, PBS gagal mempertahan kerajaan atas sebab kehilangan majoriti di DUN Sabah, kerana tiga ADUN PBS melompat ke dalam Umno antaranya Lajim sendiri.

Menurut bacaan Lajim, pada PRU-13 BN akan kecundang, bercanggah dengan temuan ahli-ahli akademik atau pengamat politik tanah air, bahawa BN akan terus memerintah negara.

Perkiraan Lajim ini sama dengan perkiraan Yong Teck Lee dan Bernard Giluk Dompok serta beberapa pemimpin PBS tahun 1990, bahawa pada masa itu menurut perkiraan mereka BN akan kalah kepada Angkatan Perpaduan Ummah yang diketuai oleh Tengku Razalegh Hamzah sebagai Persiden S-46; serpihan Umno.

Sejarah membuktikan bahawa perkiraan para pemimpin PBS itu silap dan hingga kini BN masih memerintah negara walaupun berlaku tsunami politik pada tahun 2008.

Berasaskan kepada perkiraan Lajim itu, maka beliau tidak ingin ketinggalan untuk menyertai kerajaan baru yang akan dibentuk; dan mungkin beliau menjadi "Ketua Menteri" sebagai "janji" Anwar terhadapnya. Percayalah, pasti "ada" perjanjian antara Anwar dan Lajim; jika tidak-Lajim tidak akan bertindak, kerana sejarah perjalanan politiknya mesti disertai dengan habuan untuk diri sendiri.

Apapun, Suara Rakyat mengucapkan selamat kepadanya, untuk mencapai impiannya; namun di pihak BN, para pemimpin serta penyokong BN akan buktikan, kali ini Lajim tersilap langkah dan perhitungan.

29 July 2012

Tidak selamanya Pemimpin Katak jadi penentu

DATUK LAJIM Haji Ukin, masih ingat, kerana tindakannya pada tahun 1994, kerajaan PBS yang dianggotainya tumbang, apabila beliau dan Datuk Rubin Balang serta Datuk Zaini Isa (ADUN lantikan) bertindak keluar PBS untuk menyertai Umno.

Lajim lupa, bahawa sekali air bah, maka pantai berubah. Lajim lupa bahawa senario masa itu berlainan dengan senario masa ini.

Lajim terlupa bahawa mendung tidak selalunya hujan rahmat datang; jika pun hujan turun, hujan yang berakibat banjir.

Lajim mengkambing hitamkan Datuk Musa Aman sebagai alasan untuk keluar Umno dan BN. Lajim merajuk atas sebab kata duanya kepada PM agar menjamin, Musa tidak dilantik lagi sebagai Ketua Menteri tidak mendapat layanan.

Sebenarnya, pemberontakan Lajim bermula sejak di dalam PBS lagi. Lajim pernah mengamuk disebabkan tidak dilantik oleh Pairin ke jawatan Timbalan Ketua Menteri, sebaliknya melantik Datuk Baharom Titingan, calon yang kalah pada pilihanraya di DUN Balung, Tawau.

Lajim juga secara senyap melakukan pemberontakan sebelum Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, di mana beliau membuat desakan kepada mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad, agar melantik sesiapa sahaja ke jawatan Ketua Menteri, asalkan bukan Musa Aman(ABMA).

Kini semua harapan Lajim berkecai, walaupun beliau melakukan "homework" dan gerakan agar Musa diketepikan; atas sebab itu beliau tiada pilihan lagi, terpaksa keluar.

Percayalah rakyat tahu bahawa tidak selamanya pemimpin katak menjadi faktor penentu.

1 June 2012

Tidak selamanya Lajim jadi faktor penentu

Jika tahun 1994, Lajim merupakan faktor penentu kepada BN Sabah membentuk kerajaan, mungkin itu yang difikirkan  Presiden PBBS itu ; atas sebab itu, untuk beberapa waktu, beliau mengatur strategi untuk melakukan langkah yang sama dengan menyertai Pembangkang melalui PKR.
Lajim menggunakan taktik lama-wait and see dan demand sesuatu daripada pucuk pimpinan sepertimana taktik para pemimpin Sabah yang pernah keluar daripada parti asal samada menubuhkan parti baru ataupun menyertai parti lawan. 

Awal tahun ini, angin bertiup kencang, bahawa Lajim akan keluar Umno untuk mengetuai sebuah parti yang dijenamakan semula, namun spekulasi itu dinafikan sendiri oleh beliau.

Walaupun penafian demi penafian yang dilakukan oleh AMT Umno itu, sebaliknya di peringkat penyokongnya, tetap berkeyakinan bahawa Timbalan Menteri itu akan tetap keluar Umno, kerana angin kencang cukup kuat bertiup, bahawa beliau tidak akan dicalonkan lagi atas sebab bukan calon winnable.

Kedudukan Lajim pada masa terkini, bukan lagi berupa spekulasi, akan tetapi pasti, apabila beliau mengorak langkah, memberi kata dua kepada Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Salleh Tun Said agar menarik balik pandangan Speaker DUN Sabah itu mengenai P20.

Lajim turut mengancam, bahawa beliau akan mengadakan demonstrasi sempena lawatan Najib ke Sabah pada 9 Jun, jika Salleh tidak menarik balik pandangannya dalam tempoh 10 hari.

Ramai yang melihat, bahawa ancaman Lajim secara terbuka kepada Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu, merupakan taktik untuk menzahirkan bahawa beliau akan keluar Umno. 

Sebenarnya, sejak sekian lama, Lajim mencari kaedah atau taktik, bagaimana beliau keluar daripada Umno. Nah, secara kebetulan pada perasmian siber trooper pemuda BN pada 25 Mei lalu, Salleh mengutarakan pandangannya mengenai P20. Akibat pandangan itu, maka lajim mengambilnya secara sempit, seolah-olah Salleh menidakan memorandum yang dikemukakan berbagai parti kepada IGC sebelum pembentukan Negara Malaysia.

Sebenarnya tiada silappun mengenai pandangan Speaker DUN Sabah itu mengenai P20; oleh kerana Lajim mencari, kambing hitam untuk beliau keluar parti, maka beliau mengangkat pandangan Salleh itu.

Spekulasi bahawa MP Beaufort tersebut akan keluar Umno, kononnya akan juga turut disertai MP Tuaran, yang juga Timbalan Presiden UPKO dan beberapa mantan pemimpin yang sudah expired-antaranya Tan Sri Kasitah Gadam. dan Datuk Osu Sukam.

Apa kah tindakan Lajim kali ini akan berjaya? atau kah mencurahkan air di tempayan bila mendengar guruh di langit... hanya rakyat yang menentukan. Jika benarlah Lajim keluar Umno bersama Welfred Bumburing, maka jelaslah perjuangan mereka bukanlah untuk rakyat, sebaliknya untuk diri sendiri,

Nota: Lajim dan Bumburing  serta Kasitah adalah mantan Pemimpin PBS.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels