Showing posts with label Media baru untuk Kota Belud. Show all posts
Showing posts with label Media baru untuk Kota Belud. Show all posts

21 October 2010

Sejauh mana pendekatan laman sosial seperti FB-Blog-Twitter berperanan pada Umno Kota Belud?

Rata-rata pemimpin atasan Umno mengatakan bahawa laman sosial seperti FB, blog dan twitter merupakan pendekatan baru untuk memperkasa Umno.

Pertanyaannya sejauh mana laman sosial ini memberi impak kepada ahli umno Kota Belud khasnya dan para pengundi amnya?

Tidak dinafikan kepimpinan Umno Kota Belud telah menggunakan laman-laman sosial ini sejak beberapa tahun lalu, namun seperkara yang membimbangkan apa penetrasi laman web ini boleh menembusi sasaran.

Kota Belud adalah kawasan yang masih terbelakang. Terbelakang daripada semua perkara. Tidak dinafikan, Kota Belud ada perbankan, ada pejabat kerajaan, ada pekan, namun dari segi ekses ke alam cyber, Kota Belud sungguh ketinggalan.

Bukan sahaja infranya yang ketinggalan malah pengguna alam cyber bagi daerah itu sungguh minima sekali.

Apabila melihat pada laman sosial persendirian, hanya beberapa kerat sahaja pemimpin Umno kawasan ini menggunakan laman sosial itu, majoriti belum menggunakannya atas sebab belum celik. Mereka masih mengamalkan cara lama dalam pendekatan baik terhadap ahli parti mahu rakyat biasa.

Berasaskan keadaan ini, maka ada pemimpin yang melihat dengan sinis usaha para blogger dalam memperkasa lawan sosial untuk menyampaikan maklumat dan pendapat melalui laman blog. Malah "pemimpin itu" bertanya berapa ramaikah penduduk Kota Belud membaca blog, FB atau twitter?.

Malah "pemimpin" itu menganggap bahawa usaha para blogger untuk memperkasa penggunaan laman web adalah sia-sia dan tidak berimpak dalam mempengaruhi perubahan pola pengundian di kala pilihanraya.

Persepsi negatif ini lah yang menajadikan pihak pembangkang menguasai minda pemuda di beberapa pilhanraya lalu, kerana UMNO-BN menganggap bahawa kuasa media ketiga itu tidak berimpak tinggi.

Kini, kita menyaksikan media ketiga yang dikuasai pihak pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian insider, Malaysia Today, mempunyai pembaca berkali-kali lipat ramainya dibanding media arus perdana seperti Utusan, berita harian, strait times, juga TV1 dan TV3.

Sudah tiba masanya bagi pemimpin Umno Kota Belud untuk mengwujudkan laman media ketiganya bagi menyalurkan semua maklumat untuk memperkasa parti. Bermula daripada kecil, kerana sedikit-sedikit itu lama-lama menjadi bukit. Fikir-fikirkan lah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels