Showing posts with label Minyak Sabah. Show all posts
Showing posts with label Minyak Sabah. Show all posts

15 November 2015

Minyak Sabah

1. Sedih, apabila terbaca, bahawa Sabah merupakan pengeluar minyak terbesar dalam negara, namun hanya dibayar sekitar RM1bilion setahun. 

2. Kalau melihat kenyataan daripada Shell, bahawa daripada 600 boe keluaran negara, hampir 50 peratus daripada keluaran itu datangnya daripada Sabah. 

3. Cari gali minyak dan gas bermula tahun 1974, apabila Petronas ditubuhkan. Perjanjian bayaran dimuktamadkan pada Tahun 1976, di mana Sabah dibayar tunai 5 peratus daripada keluaran kasar, sebabnya, di atas kertas, keuntungan 15 peratus, dibahagi tiga, 1/3 bagi operator, 1/3 untuk persekutuan dan 1/3 lagi negeri pengeluar.

4, Selama 40 tahun, sebagai pengeluar minyak dan gas, tiada mercu tanda yang mengambarkan bahawa Sabah merupakan pengeluar minyak utama negara, sebaliknya, wilayah yang bukan pengeluar mempunyai mercu tanda, seperti Kuala Lumpur dengan KLCCnya,Melaka dengan penapis minyak dan kini Johor juga dengan pusat lojistik minyaknya.

5. Memang beberapa tahun lalu dibina SGOT di Kimanis Sabah, untuk saluran gas ke Bintulu, namun ianya wujud selepas beberapa dekad.

6. Kalaulah dilihat masa puncak harga minyak, di mana Sabah mengeluarkan sekurang-kurangnya 300ribu boe, maka Sabah dalam setahun mengeluarkan RM47bilion setara minyak, walaupun kini hanya separuh daripada jumlah itu, akibat penurunan harga minyak global.

7. Tidak dapat dibayangkan impak pembangun ke atas Sabah, jika keluaran hasil minyaknya digunakan untuk membangun Sabah, mungkin impak ekonominya tidak mengakibatkan penghijrahan.

8. OKlah, belum terlambat, jika selama 40 tahun hasil minyak Sabah ditumpukan untuk pembangunan Semenanjung, maka sudah tiba giliran Sabah pula untuk tempoh masa yang sama membangun negeri itu, agar on-par apa yang dikecapi penduduk Semenanjung, cara itu, barulah dikatakan adil dan seadilnya. 

9. OKB rasa, hanya melalui kepimpin DS Najib Razak dan kepiminan Datuk Musa Aman sahaja, ianya boleh berlaku. Sama-sama kita tunggu.

2 May 2014

Kontrak Minyak dan Gas: Sabah Tidak Perlu Syarikat Broker

APA yang sebenarnya betul adalah Sabah memberikan kontrak operasi minyak dan gas, bukan sebaliknya. Akan tetapi akibat ketimpangan PDA 1974 dan perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Sabah ditandatangi pada tahun 1976, menyebabkan berlaku bahawa Sabah terpaksa menangih kontrak; di mana sepatutnya Sabahlah yang memberikan kontrak.

Sebenarnya pada masa pemerintahan Berjaya, telah ditubuhkan sebuah syarikat yang berurusan dengan operasi minyak dan gas; namun entah apa yang menyebabkan, bahawa anak syarikat yang berkait dengan operasi minyak dan gas telah dijual oleh syarikat itu. Atas penjualan itu, maka syarikat milik kerajaan Sabah itu, hanya beroperasi secara token yang hanya melibatkan 2juta isipadu gas sehari di kawasan KKIP.

Di zaman pemerintahan PBS, anak syarikat Yayasan Sabah Innoprise Sdn Bhd, pernah menubuhkan syarikat yang berfungsi untuk operasi minyak dan gas, namun syarikat itu gagal ditengah jalan, atas sebab, Petronas kurang memberi sokongan.

Kini, kerajaan Sabah dilaporkan telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu anak syarikat Bank Pembangunan Sabah(SDB) yang dipanggil M3Energy Sdn Bhd. Nama syarikat ini, disebutkan oleh Ketua Menteri Sabah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri penggal ke-2 tahun 2014 yang berakhir pada minggu ke-2 April.

Tujuan pengwujudan syarikat ini, dikatakan untuk mendapatkan kontrak daripada Petronas, dan kemudian kontrak-kontrak itu disub-kontrak dengan vendor-vendor tempatan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels