Showing posts with label NFC dan Shahrizat. Show all posts
Showing posts with label NFC dan Shahrizat. Show all posts

14 December 2011

Projek Lembu: Suami Shahrizat akan bertindak? Tindakan apa?

APA kah suami Shahrizat Abdul Jalil- Dr Mohd Salleh Ismail akan bertindak pada laporan Ketua Audit Negara?

Projek Lembu/NFC menjadi isu, apabila Ketua Audit Negara mendedahkan, bahawa terdapat salah urus mengenai pinjaman RM250 juta yang diberikan kerajaan untuk tujuan menternak lembu pedaging di Gemas.

Sebahagian daripada wang pinjaman tersebut digunakan untuk membeli kondominum di One Menerung, Bangsar seharga RM13.9 juta pada tahun 2009, sebahagian lagi digunakan membeli kereta mewah, lot tanah di Putrajaya dan biaya percutian ke luar negara.

Shahrizat menjadi sasaran daripada kalangan pemimpin Umno dan BN serta Pakatan Rakyat, berhubung projek tersebut, atas sebab-projek NFC tersebut diurus oleh suami dan anak-anaknya.

Malah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, perlu berundur, kerana akibat kemelut tersebut Ketua Umno itu menjadi liabilti kepada parti.

Seharusnya, sejak awal-awal lagi Shahrizat perlu mengeluarkan kenyataan, bahawa sesiapa yang terlibat salahguna penggunaan pinjaman RM250 juta yang sepatutnya untuk tujuan peternakan lembu, dibawah ke muka pengadilan, walaupun melibatkan keluarganya sendiri.Namun, Senator itu, tidak melakukan demikian, malah membawa bersama Pergerakan Wanita Umno, kononnya serangan terhadapnya adalah serangan kepada pergerakan itu.

Kini, disebabkan isu NFC, maka Umno diserang habis-habisan, bukan sahaja oleh ahlinya sendiri, malah terlalu kuat daripada Pakatan Rakyat.

Isu NFC, bukan didedahkan oleh sesiapa, akan tetapi oleh Ketua Audit Negara-Tan Sri Ambarin Buang.

12 December 2011

Projek Lembu: Suami Shahrizat perlu bertanggungjawab

ISU Projek Lembu kini berkembang, selain melibatkan Shahrizat Abdul Jalil isteri kepada Dr Mohd Salleh Ismail, CEO NFC yang diberikan pinjaman RM250 juta oleh kerajaan, juga pihak pembangkang mengheret Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani dimana dana tersebut disalurkan.

Dr Mohd Salleh, sebagai penerima pinjaman tersebut perlu bertanggungjawab, untuk menjawab semua isu yang timbul, agar supaya Kerajaan tidak dilibatkan.

Salahguna pengunaan pinjaman tersebut seperti membeli kondomimum, kereta mewah, lot tanah, percutian yang tiada kaitan dengan peternakan lembu, perlu dijawab oleh CEO NFC.

Jangan membiarkan orang lain menjadi "punching bag" demi menyelamatkan diri sendiri.

Shahrizat seharusnya dari awal-awal lagi membuat pendirian, bahawa sesiapa yang terlibat menyalahgunakan kuasa atas pinjaman tersebut, perlu diheret ke muka pengadilan, walaupun ianya membabitkan keluarganya sendiri. Namun, Ketua Wanita Umno itu, tidak membuat pendirian itu.

Projek Lembu: Shahrizat terus membisu

Senator dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi mengelak desakan supaya beliau meletakkan jawatan berhubung penyelewengan dalam projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dimiliki syarikat suaminya.

Sejak kontroversi itu timbul, Shahrizat dibidas pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan NFC yang diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan tetapi membelanjakannya dengan membeli kondominium mewah, kereta mewah dan membiayai perjalanan luar negara.

Ketika diasak oleh wartawan di pintu masuk Dewan Negara hari ini, Shahrizat ditanya mengenai desakan pelbagai pihak yang mahu beliau berundur. Ketua Wanita Umno itu bagaimanapun memilih untuk tidak menjawap dan sekadar berkata "tidak, tidak" sebelum beredar meninggalkan premis itu dengan kereta rasmi kementeriannya.

Semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Umno dua minggu lalu, Shahrizat enggan menjawap sebarang soalan yang berkaitan dengan projek lembu itu selepas membidas pembangkang pada ucapan dasar beliau.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa dirinya terbabit dengan syarikat yang dikendalikan oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan menegaskan bahawa beliau tidak kena mengena dengan projek itu.

Antara pemimpin dan ahli parlimen Umno yang menuntut beliau supaya berundur, termasuk - Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan).

Bagaimanapun, Shahrizat mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata beliau TIDAK TERLIBAT SECARA LANGSUNG dalam skandal berkenaan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels