Showing posts with label Nizam-Winnable Candidate. Show all posts
Showing posts with label Nizam-Winnable Candidate. Show all posts

8 April 2013

PRU-13 Sabah: Haji Nizam Abu Bakar Titingan-Antara muka Baru BN Sabah

SUDAH tiba masanya pemimpin pelapis seperti Tuan Haji Nizam Abu Bakar Titingan menggalas tugas sebagai wakil rakyat.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah itu, telah melalui liku-liku politik daripada peringkat bawah, sehingga pernah menduduki sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah, meangkap Ketua Pemuda BN Sabah, pernah menjadi exco pemuda Malaysia.

Kini, Nizam merupakan Naib Ketua Bahagian Umno Tawau.

Satu kesepakatan yang tidak tertulis, sesiapa sahaja yang menjadi Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri selama sepenggal, maka pada penggal berikutnya akan diberi peluang sebagai calon dalam pilihanraya.

Wakil Rakyat Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, sebelum menjadi wakil rakyat, juga pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Ada desas desus yang bertiup kencang, bahawa Tuan Haji Nizam bakal dicalonkan mewakili BN dalam PRU-13, namun kerusi mana beliau diberikan amanah untuk menggalas tugas itu belum dipastikan; samada  diperingkat DUN ataupun Parlimen.

Tawau mempunyai dua kawasan Parlimen, Parlimen Tawau dan Parlimen Kalabakan. Parlimen Tawau sebelum ini dimenangi calon SAPP ketika mewakili BN. Pada PRU-13 ini parlimen Tawau akan mendapat calon baru dan parti komponen BN mana yang bakal menggalas tugas akan diketahui seminggu sebelum penamaan calon.

Bagi kawasan DUN di Kawasan Tawau, dua kawasan DUN yang hangat diperkatakan bakal mendapat calon baru, dun tersebut adalah DUN Tanjung Batu dan DUN Sebatik, selain DUN Sri Tanjong.

Di peringkat mana Nizam bakal ditugaskan sebagai calon, juga akan diketahui seminggu sebelum penamaan calon.

SPR akan bermesyuarat pada 10 April untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian. 

Calon-calon BN akan diketahui selewat-selawatnya minggu kedua bulan April, dengan ramalan itu, maka kemungkinan besar hari mengundi jatuh pada 28 April, 2013.

22 February 2013

Nizam-Calon Muda Yang Punya Potensi

APAkah tradisi Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, selepas sepenggal berkhidmat akan diterjunkan bertanding dalam pilihanraya? 

Sebelum ini Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Rahman Dahalan dipilih untuk menggalas sebagai wakil rakyat pada PRU-2008.

Jawatan sebagai Ketua Setiausaha Politik adalah suatu jawatan yang menjadikan seseorang itu menjiwai politik dan akan mudah bagi seseorang itu berkhidmat dengan rakyat.

PRU-13 semakin sudah diambang pintu. Apa kah Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan bakal menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang calon bagi BN?

Melihat keaktifan Nizam di kawasannya Tawau, menggambarkan ada signal, bahawa beliau akan diberi mandat oleh pucuk pimpinan sebagai salah seorang calon pada PRU-13 ini.

DALAM politik semuanya berkemungkinan. Paling utama yang mesti ada pada seseorang calon itu adalah keupayaan dan merit yang ada padanya.

Nizam Datuk Abu Bakar Titingan membuktikan keupayaannya dalam tangga kepimpinan parti. Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah itu pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Sabah, dan kini sebagai Naib Ketua Bahagian UmnoTawau.

Di kawasannya baik di Bahagian Tawau mahupun Kalabakan, nama Nizam bukan asing pada rakyat di dua kawasan itu.

Untuk memasarkan namanya, jentera parti tidak sukar melakukannya, kerana namanya telah melekat pada rakyat akar umbi.

Sejak empat tahun lalu, ramai pengundi, malah pemimpin setempat, mahukan agar Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu diberi peluang mewakili mereka. jika demikian permintaan rakyat itu, maka para pengundi di kawasan itu, meminta pucuk pimpinan parti agar memberi peluang kepada pemimpin pelapis itu.

Kalau diberi peluang menjadi calon pada PRU-13, Nizam adalah winnable candidate samada bagi DUN N.59 Tanjung Batu atau DUN N.58 Merotai atau Dun N. 60 Sebatik. Namun, kawasan yang sangat sesuai bagi beliau adalah kawasan N.59 Tanjong Batu.

Adalah rahsia pemimpin Bn, bahawa kawasan Tanjong Batu, walaupun kawasan itu kawasan simpanan tetap Bn, namun pencapaian wakil rakyat yang ada dianggap kurang menyerlah sepanjang perkhidmatannya; terutama di gugusan Felda Umas-Umas. Keadaan ini menimbulkan kesangsian kepada jentera pilihanraya Bn bagi mengdahapi PRU-13, kerana terlalu banyaknya isu yang perlu dijawab.

Bagi berdepan ibu kepada pilihanraya negara ini, maka syogianya Bn perlu meminimakan perkara-perakara yang mengurangkan kemenangan calon-calon yang dikemukakan.

Dun Tanjong Batu yang mempunyai sekitar 13 ribu pengundi berdaftar, terdiri daripada 88 peratus bumiputera islam dan selebihnya terdiri daripada kaum-kaum lain termasuk cina 5 peratus.

Bagi Bn, siapapun yang akan diletakan pada kawasan itu, akan menang mudah, dengan syarat bahawa calon itu disukai rakyat, ertinya calon itu adalah calon pilihan rakyat.

Adalah dikhuatiri, walaupun kawasan itu mempunyai pengundi yang terdiri 88 peratus bumiputera islam, namun jika Bn tersalah letak calon, ada kemungkin calon itu boleh kalah, kerana tindakan protes.

Dun Tanjong Batu, adalah kawasan yang agak unik, kerana sejak tahun 1994, wakil-wakil rakyat bagi kawasan itu, jarang yang dikitar semula.

Pada PRU-13, jika Nizam diberi peluang bertanding di kawasan itu, penulis yakin, mantan Ketua Pemuda Umno Sabah itu akan bertahan berpenggal-penggal, kerana sifatnya yang sangat dekat dengan rakyat.

Dalam politik, kalau pemimpin atau wakil rakyat mengerti degup jantung rakyat yang diwakilinya, maka bertahan lama lah wakil rakyat itu.

22 May 2012

Muka baru yang perlu diketengahkan pada PRU-13

Perdana Menteri menekankan betapa pentingnya 12.5 juta belia negara ini untuk mencorakan hala tuju negara.


Para pemimpin yang bermula daripada belia, merupakan para pemimpin yang diharapkan untuk menjadi penyambung kepada kepimpinan negara.


Di Sabah, salah seorang daripada pemimpin belia itu, adalah Haji Nizam Abu Bakar Titingan (Gambar). Nizam merupakan mantan Ketua Pemuda Umno Sabah, dan terpaksa berundur kerana faktor usia.


Kini beliau, merupakan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Haji Nizam juga merupakan Naib Ketua Bahagian Umno Tawau dan P190 Tawau dimenangi BN pada PRU-12 lalu.

Kawasan Parlimen Tawau mempunyai Tiga DUN- N.55 Balung, N56-Apas dan N.57 Sri Tanjung.

Dua kawasan tersebut disandang oleh BN- Balung-Syed Abas Syed Ali dan Apas- Tawfik Abu Bakar Titingan, sementara Sri Tanjong-Jimmy Wong daripada DAP.

Berasaskan permintaan akar umbi- Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri ini, dimnta oleh berbagai pihak untuk bertanding di salah satu kawasan DUN- yakni N55-Balung dan N59-Tanjung Batu dalam Kawasan P191-Kalabakan.

Ramai yang menganggap bahawa beliau merupakan seorang yang "winnable candidate" bagi kawasan-kawasan tersebut, jika diberi peluang bertanding oleh pucuk pimpinan. Kekerapan turun padang, rapatnya dengan para pengundi, merupakan faktor penentu kemenangan beliau dalam PRU-13.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels