Showing posts with label One-Vote-One-Value-system. Show all posts
Showing posts with label One-Vote-One-Value-system. Show all posts

26 May 2013

Pakatan mahu Persempadan semula Kawasan Pilihanraya berasas "One-Vote-One- Value-system"

Fakta perjanjian Pembentukan Malaysia: Suara Sabah dan Sarawak perlu 34 peratus di Dewan Rakyat atau mana-mana Jabatan, Kementerian, GLC dan sewaktu dengannya; namun pada masa sekarang hanya yang dapat dilihat adalah jumlah kerusi dewan rakyat-iaitu 56 daripada 222 yang hanya  25 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen, kerana Sabah (25), Sarawak (31) berbanding di Semenanjung 166 termasuk Wilayah Persekutuan Labuan yang merupakan 75 peratus.

Sabah yang mempunyai pengundi seperti yang digunapakai pada PRU-13 seramai 981,814 dan Sarawak 1,083,972 hanya 15 peratus daripada 13,268,007 pengundi seluruh negara.

Persempadan semula kawasan Parlimen atau dewan negeri sepatutnya dijalankan pada tahun 2011, kerana menurut undang-undang, persempadan semula perlu dilakukan setiap 8 tahun.

Persempadan semula boleh digunapakai jika mendapat kelulusan 2/3 ahli dewan rakyat.  Kini, persempadan semula sukar mendapat kelulusan dewan rakyat kerana tiadanya parti yang menguasai 2/3 jumlah kerusi yang ada dalam dewan itu.

Pakatan Rakyat sudah awal-awal akan menyokong persempadan semula kalau berasaskan 'ONE-VOTE-ONE-VALUE-SYSTEM', kalau lah ini yang berlaku, maka suara rakyat Sabah dan Sarawak akan terus tenggelam.

Diandaikan jika persempadan semula menjadikan jumlah kerusi parlimen adalah 250. Maka berasaskan sistem yang dikehendaki Pakatan Rakyat, maka Sabah dan Sarawak akan hanya mempunyai 39 kerusi dewan rakyat, sementara Semenanjung 211.

Rakyat Sabah dan Sarawak perlu membuka mata, kecenderungan ini akan berlaku; maka dengan itu, suara rakyat dua negari itu akan tidak di dengar lagi.

Sebenarnya, jika perjanjian pembentukan Malaysia digunapakai sebelum ini dalam persempadan  kawasan-kawasan pilihanraya, dengan mengunakan pakai 34 peratus suara Sabah dan Sarawak, maka daripada 222 kerusi dewan rakyat yang ada pada hari ini, maka  seharusnya Sabah dan Sarawak mempunyai 75 kerusi Parlimen-iaitu Sabah 36 dan Sarawak 39 berbanding Semanjung dan Wilayah Persekutuan 147.

Berasaskan PRU-13 lalu, di mana Sabah dan Sarawak menyumbang 47 kerusi parlimen atau 84 peratus daripada kerusi yang ditandinginya, maka jika berdasarkan jumlah kerusi 75, boleh diterjemahkan kepada 63 kerusi dewan rakyat. Oleh kerana BN di Semenanjung menang 85 kerusi, maka jumlah keseluruhan kerusi BN adalah 148. Jumlah kerusi itu merupakan angka kuasa 2/3 dewan rakyat.

Sayang, disebabkan ada "niat" memandang rendah pandangan rakyat Sabah dan Sarawak pada masa itu, sehingga mereka-mereka yang ditampuk kuasa terlepas padang keadaan ini.

Kata orang menyesal kemudian tidak berguna lagi. Penafian suara Sabah dan Sarawak sejak sekian lama, kini menjadi salah satu faktor penyesalan yang tidak sudah-sudah.

Suara Rakyat Sabah dan Sarawak yang telepas daripada mulut harimau akan masuk ke mulut buaya, apabila Pakatan Rakyat menginginkan agar persempadanan semula kawasan pilihanraya berasaskan kepada "one-Vote-One-Value- System". Kepada rakyat Sabah dan Sarawak-- mungkin sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat tidak melihat kepada fenomena ini?.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels