Showing posts with label Open House Pairin. Show all posts
Showing posts with label Open House Pairin. Show all posts

25 December 2012

Disebalik Open House

BAGI rakyat Malaysia yang pernah jalan-jalan di negara lain dan kebetulan, bertepatan dengan hari-hari perayaan keagamaan, sudah pasti secara automatik akan terkenang negara sendiri pada saat-saat itu.

Suasana Open House, hanya mungkin terdapat di negara ini. Dahulu, apabila ada hari-hari perayaan, biasanya mereka yang berkunjung dari rumah ke rumah hanya terdiri daripada saudara-saudara terdekat. 

Waktu demi waktu, perubahan telah berlaku. Mereka yang berkunjung dari rumah ke rumah bukan lagi terhad kepada sanak saudara, akan tetapi meliputi teman-teman terdekat, kemudian berkembang dan terus berkembang, sehingga tidak lagi terhad kepada tradisi itu. Kini, penghujung rumah terbuka, tidak lagi berasaskan satu agama, satu bangsa akan tetapi meliputi semua kaum tanpa mengira latar belakang agama, suku; malah warga luar negara juga turut terlibat.

Rumah terbuka, menjadi keunikan negara ini. Kini setiap hari-hari perayaan keagaman, tidak sah, kalau tidak diiringi dengan rumah terbuka.

Melalui rumah terbuka, perbezaan yang ada antara rakyat dilupakan untuk bersatu merayakan kepelbagaian. Kini, kebelbagaian itu merupakan satu produk penyatuan, bagai rakyat negara ini yang terdiri daripada berbagai etnik dan agama.

Hari ini, kita menyaksikan lagi acara rumah terbuka, sempena menyambut Hari Natal tahun 2012. Pemimpin beragama kristian serta rakyat yang merayakannya menyediakan rumah mereka untuk dikunjungi. Bagi mendapatkan ruang yang lebih besar, maka dewan atau bankuasi ditempah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman berserta kabinet negeri sempat berkunjung ke rumah-rumah terbuka para pemimpin yang merayakan Natal. Seperti dalam gambar, Musa berkunjung ke rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Hoguan Siau KDM-Tan Sri Pairin Kitingan.

Semangat rumah terbuka, bukan sahaja merayakan perayaan agama, juga sebagai satu kaedah penyatuan untuk mengwujudkan bangsa Malaysia yang harmoni, sesuai dengan visi 1Malaysia.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels