Showing posts with label Parlimen Tenom. Show all posts
Showing posts with label Parlimen Tenom. Show all posts

22 August 2012

Tiada kewajaran lagi PBS tuntut Parlimen Tenom

MEMANG diakui sehingga tahun 1995, kawasan Parlimen Tenom adalah kubu Parti Bersatu Sabah (PBS), namun selepas parti itu tewas pada PRU-1999, maka kawasan tersebut bukan lagi kubu kuat PBS.

PBS "meminta" semula kawasan tersebut melalui Ketua Bahagian PBS Melalap Datuk Radin Malleh semasa persidangan tahunan parti itu pada Sabtu.

Isu Parlimen Tenom dikembalikan kepada PBS sepatutnya tidak timbul, atas sebab kawasan tersebut, bukan diambil oleh Umno secara bermaufakat, sebaliknya kawasan tersebut diperolehi BN melalui pilihanraya umum.

Sewajarnya kawasan-kawasan yang dimenangi parti-parti tertentu pada PRU-1999, perlu dikekalkan status quonya, kerana itu basis awal pembahagian kerusi.

PBS sehingga tahun 2001 adalah parti pembangkang kepada BN, dan hanya pada tahun 2002 menyertai semua Barisan Nasional.

Pada PRU-2004, kerusi-kerusi PBS yang dimenangi pada tahun 1999, terus dikekalkan oleh parti itu, dan demikian juga pada tahun 2008.

Kerusi Tenom berjaya dirampas oleh BN melalui calon Umno pada PRU-1999, apabila calonnya Datuk Rizalman@Sumin bin Abdullah@ Sumbing mendapat undi 11,179 melawan calon PBS Datuk Radin Malleh yang mendapat 7,537.

Pada PRU-2004 dan 2008, kerusi Tenom terus dipertahankan oleh BN melalui calon Umno-Raine Unggi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels