Showing posts with label Parti KDM Sabah. Show all posts
Showing posts with label Parti KDM Sabah. Show all posts

22 February 2011

Apa kah KDM ulangi sejarah 1990?

Terkini desakan daripada kaum Kadazan Dusun dan Murut (KDM) menjadi-jadi. Bermacam-macam desakan ditimbulkan-bermula daripada penggunaan Kalimah Allah, permintaan pengajaran injil di sekolah-sekolah, permintaan agar Datuk Bandar Kota Kinabalu diberikan kepada KDM, perlantikkan guru-guru terlatih, penubuhan suruhanjaya mengenai PATI dan banyak lagi.

Rakyat Sabah terutama bumiputera islam perlu ingat- bahawa kemasukkan UMNO di Sabah pada tahun 1990 (rasminya 1991) ekoran penindasan pemerintahan PBS terhadap kaum itu.

Pada masa itu peluang bumiputera islam sangat terhad-kecuali keluarga yang ada hubungkait dengan keluarga Abu Bakar Titingan (Baharom Titingan adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah masa itu-walaupun hanya ADUN Lantikan).

Tahun 1985-1994 adalah masa-masa suram bagi golongan bumiputra islam. Disemua peringkat, baik peluang pekerjaan samada di jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi kerajaan seperti SAFODA, SFI, KPD, Innoprise, SLDB dan sebagainya sebahagian besar dikuasai oleh kaum KDM.

Perlantikan di jabatan-jabatan kerajaan pada ketika itu sungguh pilih kasih-walaupun kaum bumiputera islam ada kelayakan daripada segi akademik-tidak mudah mendapat pekerjaan.

Think-Tank Sabah IDS pada masa itu dikuasai sepenuhnya oleh kader-kader PBS-demikian juga people development catalyst atau pedecat yang diketuai oleh Dr Jeffery Kitingan.

Yayasan Sabah pada masa itu dipenuhi oleh kader-kader PBS yang diberi gaji tinggi-peluang pemberian biasiswa melalui kerajaan negeri mahu YSabah-hampir tertutup terhadap bumiputera islam.

Tindaakan PBS yang mengutamakan kaum kadazan pada masa pemerintahannya- bukan sahaja menindas kaum bumiputera bukan islam-malahan bumiputera bukan islam seperti dusun. (Dusun terpisah dengan KDM pada ketika itu: Kadazan-dibawah naungan KCA: Pertubuhan kebudayan Kadazan-Presidennya Datuk Pairin; Dusun- USDA: Pertubuhan Dusun Sabah bersatu-Presidennya Datuk Mark Koding (kini mendiang).

Akibat penindasan PBS terhadap USDA-maka Datuk Mark Koding keluar PBS menubuhkan AKAR pada tahun 1989-walaupun pada masa itu Mark Koding adalah Timbalan ketua Menteri Sabah.

Pada tahun 1990- semasa pilihanraya Umum- sebelum hari pengundian-PBS yang pada masa itu adalah komponen BN bertindak keluar daripada BN dan bergabung dengan S-46-DAP dan Pas melalui barisan Alternatif.

Akibat tikam belakang PBS itu- maka Pengurusi BN masa itu Dr Mahathir mengumumkan kemasukan Umno ke Sabah atas jemputan parti Usno. Berikutan itu parti Usno dibubarkan dan semua ahlinya secara enblock masuk Umno.

Pada tahun 1990 ramailah para pemimpin menjadi penyaja Umno seperti Datuk Zulkefli Hamid, Datuk Karim ghani, Datuk Husein Dali, sedangkan ketua-ketua bahagian Usno secara automatk menjadi ketua penyaja Umno bahagian.

Tun Mustpaha dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno yang kedua selepas Tun ghafar Baba dan kemudian Tun Sakaran Dandai.

Setelah lebih empat tahun kemasukan Umno di Sabah (1991-94) dan berganding bahu dengan AKAR-LDP dan dibantu oleh pemimpin Persekutuan seperti Anwar Ibrahim (Masa itu TPM bermula tahun 1993)BN Sabah berusaha menawan kerajaan Sabah,namun kemampuan BN hanya mendapat kerusi 23 daripada 48 kerusi pada pilihanraya 1994. PBS dibawah kepimpinan Pairin masih menang dengan 25 kerusi-dengan majoriti mudah itu, maka Pairin selama tiga hari berkampung di Istana untuk minta dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah. Akhirnya Pairin dilantik juga sebagai Ketua Menteri Sabah-namun dua bulan kemudian-Kerajaan Pairin tumbang-kerana kehilangan majoriti di DUN-ekoran keluarnya ADUN Kemabung-Rubin Balang dan ADUN Klias-Lajim Ukin daripada PBS ke Umno.

Pada tahun 1994 bermulalah pemerintahan BN sehiingga ke hari ini. Selepas melalui PRU 1999, 2004 dan 2008-BN terus berkuasa di negeri di bawah bayu itu.

Parti PBS di bawah Pairin telah berpecah melalui 4 parti- PDS(kini UPKO dengan Presdiennya bernard Dompok; PBRS dengan presidennya Joseph Kurup dan SAPP presdiennya Yong Teck Lee).Serpihan PBS ini bergabungpula dengan Bn-Sabah. (SAPP telah keluar daripada BN selepas PRU-2008- kini sebagai parti pembangkang di peringkat negeri).

PBS masih merupakan parti pembangkang pada PRU-1999, namun pada PRU-2004, PBS merupakan komponen BN semula hingga kini.

Setelah lama menyepi dan bersifat low profile dalam BN-parti-parti yang berasaskan KDM kini mula menunjukkan taring-ekoran bergolaknya kaum melayu di Semenanjung ekoran tsunami politik melanda BN di Semenanjung pada PRU-12 lalu.

Melihat bahawa sokongan terhadap BN di Semenanjung mula goyah, maka parti-parti KDM di Sabah-mengambil kesempatan itu, untuk menuntut bermacam-macam seperti yang disebutkan di permulaan tulisan ini.

Kepada pemimpin bumiputera islam OKB suka mengingatkan-jangan terlengah dengan perkembangan ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels