Showing posts with label Pas dan Anwar. Show all posts
Showing posts with label Pas dan Anwar. Show all posts

4 May 2011

Sampai bila PAS pertahan Anwar?

DATUK Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu tidak gentar untuk menjalani ujian poligraf atau sebarang teknologi bagi membuktikan beliau tidak berbohong.

Ahli perniagaan itu berasa kagum dengan cadangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang mahu beliau menjalani ujian poligraf dan menyifatkan ia sebagai idea yang bernas.

Namun gesaan Husam itu mesti turut disahut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cabaran Husam itu tidak adil jika ujian itu hanya dilakukan kepada Eskay, di sebaliknya Anwar dikecualikan. Ini kerana Husam tidak menyebut pun Anwar patut sama-sama menjalani ujian poligraf.

Sedangkan bukti yang hendak dicari ialah siapa bercakap benar dan siapa berbohong mengenai lelaki di dalam video seks, selanjutnya mengesahkan sama ada lelaki itu ialah Anwar atau orang lain.

Kelmarin Husam mencabar trio Datuk T menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu mengaitkan Anwar.

Cabaran daripada Husam itu cukup menarik setelah pendirian pemimpin PAS sebelum ini dipersoalkan.

Sejak isu video seks itu terbongkar, pendapat beberapa pemimpin PAS dilihat berbelah bahagi. Yang jelas, pendirian PAS terhadap isu ini bertentangan dengan moral, etika dan agama yang selama ini dikatakan menjadi asas perjuangan parti itu.

Sebagai parti yang dikatakan berteraskan moral, etika dan agama, PAS sepatutnya meminta siasatan yang objektif, bukan membuat keputusan sambil lewa demi kepentingan politik untuk berkuasa.

PAS kini berada dalam persimpangan kerana berdepan dengan isu moral yang membabitkan Ketua Pembangkang itu.

PAS perlu menyokong usaha-usaha mencari kebenaran. Apakah PAS mahu melindungi seorang pemimpin yang tidak bermoral - di depan cakap lain, di belakang buat lain.

Jika pendirian ini diamalkan oleh PAS maka ia bercanggah dengan prinsip perjuangan PAS sendiri.

Kita sedia maklum terhadap ketetapan PAS yang mahu kekal dalam pakatan pembangkang walaupun siasatan polis mendapati DNA pelaku dalam kes liwat II disahkan adalah Anwar bin Ibrahim.

Masyarakat juga sudah mengetahui terlalu banyak skandal dan kontroversi moral yang melibatkan Anwar. Tidak selesai isu liwat, isu rakaman video seks pula dikaitkan dengannya.

Jelas, kredibiliti moral Anwar sudah banyak tercemar dan sampai bila PAS mampu untuk bertahan menyokong pemimpin seumpama ini.

Kini, PAS juga dilihat tidak berupaya untuk bersuara dan setiap kali mereka mengambil sebarang keputusan, ia kerap dipersoalkan oleh PKR dan DAP.

Walau apa pun, kebenaran harus diperjuangkan biarpun pahit.

Kenyataan Husam seolah-olah mahu menunjukkan PAS sebagai parti yang masih mempunyai integriti yang tinggi. Tetapi di sebaliknya ia turut menunjukkan suara pro-Anwar masih kuat dalam PAS

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels