Showing posts with label Pembangunan Sabah. Show all posts
Showing posts with label Pembangunan Sabah. Show all posts

18 March 2012

Rahman Dahalan salahkan topografi Sabah-penyebab negeri itu miskin

Sabah merupakan negeri kedua paling besar di Malaysia dengan keluasan tanah 73,610 km persegi atau 22.3 peratus daripada keluasan negara (330,436km persegi).

Daripada segi kepadatan penduduk; Sabah menduduki 2 tangga tercurut bersama Pahang dengan 38 orang/KM persegi; berbanding Pulau Pinang 1,400/KM persegi atau wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 5,000 orang/KM persegi. Sarawak tercurut dengan 17orang/KM persegi.

Sabah kaya dengan sumber-sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut.

Lebih kurang 60 peratus daripada tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah pertanian merangkumi 30 peratus.

Sumber perhutanan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri Sabah. Bahan mentah seperti minyak, tembaga, emas dan batu kapur juga didapati dinegeri ini.

Ekonomi negeri Sabah bergantung kepada ekspot komoditi utamanya seperti minyak kelapa sawit, koko, getah, petroleum, kayu balak dan papan lapis.

Sektor pengekspotan membentuk 70 peratus daripada jumlah pengeluaran.

Pada masa kini, negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia.

Selain daripada sektor kayu-kayan dan pertanian, sektor perkilangan dan pelancongan juga berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber ekonomi negeri Sabah.

Hampir 1/7 daripada kawasan Sabah adalah sesuai untuk pertanian. Dari segi penggunaan tanah, 12.9% telah digunakan untuk pertanian; 42.9% adalah pemeliharaan hutan; 1.2% untuk perikanan; 2.6% hidupan liar; 3.6% taman-taman negara dan 36.8% untuk lain-lain.

Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah adalah negeri yang termiskin di kalangan negeri-negeri Malaysia.

Pendapatan puratanya pada sekarang adalah di kalangan negeri Malaysia yang paling rendah, sedangkan kos sara hidupnya lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia.

Pada 2000, kadar pengangguran Sabah ialah 5.6 peratus, yakni yang tertinggi di Malaysia dan merupakan dua kali ganda purata nasional sebanyak 3.1 peratus.

Tahap kemiskinannya sebanyak 16 peratus merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia, yakni lebih daripada tiga kali purata nasional.

Sebahagian daripada masalahnya ialah pembahagian kekayaan yang tidak saksama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan pusat mengambil 95% daripada pendapatan negeri Sabah dan meninggalkan cuma 5% untuk keperluan tempatan.

Berasaskan kepada senario itu, maka Kerajaan pusat bermula dengan RMK-10, telah mencadangkan tiga puluh satu projek baru bernilai RM77.5 bilion.

Melalui cadangan projek2 itu diharapkan pendapatan purata penduduk Sabah akan meningkat kepada RM32,400 dan 150,000 pekerjaan akan membawa 3.2 juta penduduk Sabah dalam golongan berpendapatan sederhana tinggi.

Cadangan projek2 itu diakui sendiri oleh Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri Malaysia, adalah hasil daripada hubungan baik di antara Sabah dan Kuala Lumpur.

Najib menyatakan demikian kepada ketua menteri Datuk Seri Musa Aman ketika beliau tiba di Kota Kinabalu pada 16 Februari untuk lawatan dua hari bagi melancarkan Amonia Sabah dan Loji Urea di Sipitang serta hari terbuka Koridor Pembangunan Sabah.

Beliau berkata, hubungan kerjasama yang rapat dengan Musa menyebabkan kerajaannya membiayai Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) yang ada lebih daripada RM63 bilion pelaburan dalam pelancongan, minyak dan gas, kelapa sawit, pertanian, pendidikan, logistik dan pembuatan.

Dalam masa lapan tahun, Sabah akan ada pendapatan kasar RM110 bilion yang pasti memberikan setiap penduduk pendapatan purata RM32,400.

Projek2 yang bernilai RM77.5 bilion datang dari 31 projek dikenali sebagai projek entri poin dibawah program transformasi ekonomi gagasan Najib. Kerajaannya mensasarkan 9% pertumbuhan ekonomi bagi Sabah,

Walaupun purata pendapatan perkapita kebangsaan menjelang 2020 adalah RM48,000; namun perkembangan itu, cukup meletakkan rakyat Sabah dalam kategori berpendapatan sederhana.

Berasaskan kepada senario di atas, sebenarnya rakyat masih miskin, atas sebab tiada projek2 yang berimpak tinggi yang pernah di bawah ke negeri di bawah bayu itu.

Ladang2 kelapa sawit, adalah kepunyaan swasta, dan sebahagian besarnya berasal daripada tanah besar. Kerajaan negeri, hanya mampu mendapat cukai royalti, yang tidak sebenar mana.

Kalaulah, sejak 10 atau 15 tahun lalu, pendekatan sepertimana dilakukan Najib, pasti, awal2 lagi, rakyat Sabah telah mencapai pendapatan sederhana tinggi.

Belum terlambat, pembangunan untuk rakyat Sabah dan peningkatan pendapatan rakyat diambang pencapaian.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels