Showing posts with label Pendapatan Sabah. Show all posts
Showing posts with label Pendapatan Sabah. Show all posts

21 January 2014

Henti Tebang Hutan- Penyebab Pendapatan Sabah Meningkat

TINDAKAN Ketua Menteri Sabah membatalkan konsesi balak sebaik sahaja dilantik Ketua Menteri, kini sudah berbaloi.

Menurut Menteri Pelancongan Negeri, Datuk Masidi Manjun, pendapatan balak yang biasanya RM2bilion, kini diambil alih oleh sektor pelancongan, malahan pendapatan daripada sektor itu 3 kali ganda berbanding pendapatan daripada balak.

Pada tahun 2013 pendapatan Sabah daripada sektor pelancongan adalah RM5.7 bilion, pendapatan itu diperolehi daripada 3.2 juta pelancong yang melawat negeri di bawah bayu itu.

Tahun 2014 diperkirakan pendapatan daripada sektor pelancongan akan meningkat kepada RM6 bilion.

Sebenarnya, menjaga keselestarian alam dengan tidak merosaknnya, lebih menguntungkan manusia. Bencana banjir tidak menimpa, sumber udara bersih bagi keperluan bernafas akan senantiasa tersedia.

Cuba banyangkan jika hutan dara tidak ditebang, sudah pasti, air sungai di negeri ini, masih lagi jernih, tidak seperti sekarang, di mana air sungai sudah bertukar warna lumpur.

Jika dahulu sungai merupakan sumber air bagi penduduk di pedalaman, kini tidak boleh lagi, kerana air sungai tidak sihat lagi.

Nasib baiklah, Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, jika tidak, mungkin, kebanyakan hutan di negeri ini sudah gundul, dan sudah tentunya pendapatan daripada sektor pelancongan tidak akan diperolehi.

Satu fenomina yang diamati oleh OKB, mereka yang terlibat dalam sektor pembalakan suatu ketika dahulu, memang sungguh kaya dan mewah, namun kini, keadaan mereka, seperti hidup segan mati tak mahu, mungkin dosa yang ditanggung mereka cukup berat, kerana mereka tergolong kepada manusia-manusia perosak alam.

Sejak Sabah menolak sumber pendapatan daripada penebangan hutan, kerajaan Negeri senantiasa membuat rekod dalam bajet tahunan. Tahun 2014 misalnya, bajet negeri sebesar RM4.662 bilion, dan ianya merupakan satu lagi rekod.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels