Showing posts with label Penyerahan sara hidup nelayan. Show all posts
Showing posts with label Penyerahan sara hidup nelayan. Show all posts

8 March 2012

Selepas BR1M-Golongan nelayan pula dapat perhatian

Kota Belud: Penyerahan sara hidup golongan nelayan sebanyak RM200 seorang merupakan salah satu majlis yang diadakan di Kota Belud hari ini.

Penyerahan elaun sara hidup kepada kira 400 orang nelayan daerah Kota Belud disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani Persekutuan, Datuk Seri Noh Omar, bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud.

Majlis itu turut dihadiri oleh Speaker Dewan negeri Sabah, DSP Salleh Tun Said, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri makanan Negeri, Datuk Haji Musbah Jamli dan Pembantu Menteri Infarastruktur Negeri, Datuk Japlin Akim.

Selepas majlis tersebut, Datuk Noh Omar juga turut hadir pada Mesyuarat Bahagian Umno Kota Belud, yang mana beliau adalah bapa angkatnya.

Majlis penyerahan sara hidup kepada nelayan merupakan salah satu bantuan kerajaan kepada para nelayan yang telah berlangsung sejak sekian lama. Bantuan ini, merupakan bantuan selain BR1M, yang dibayar secara one-off kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000, di mana para nelayan adalah sebahagian daripadanya.

Kerajaan yang prihatian seperti kerajaan BN, perlulah diteruskan, agar supaya pembelaan kepada rakyat yang memerlukan dapat diteruskan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels