Showing posts with label Politik Negara. Show all posts
Showing posts with label Politik Negara. Show all posts

6 January 2019

BN KALAH PRU-14 KERANA UMNO PECAH

UMNO pecah, bukan kerana dasar parti, parti itu pecah, kerana pemimpinnya berpecah,

Tahun 2016, adalah masa Umno terakhir berpecah. Di Semenanjung terwujudnya PPBM, di Sabah terwujudnya Parti Warisan Sabah.

Di Semenanjung, Tun Dr Mahathir, Tan Sri muhiyiddin dan yang lain-lain mampu swing lebih 500,000 pengundi melayu pada PRU-14, manakala di Sabah, Shafie mampu mendapat sokongan 1/4 daripada ahli dan penyokong Umno, yang kemudiannya secara akumulatif disokong oleh hampir 500,000 pengundi daripada 1.104juta pengundi berdaftar Sabah. 

Sebagai impak kepada perpecahan itu, maka Umno kalah 15 kerusi DUN, kalah 7 kerusi Parlimen.

Di Sabah, pada PRU-14, secara keseluruhan, di peringkat DUN, PWS menang 21, parti rakannya DAP-6 dan PKR-2, di peringkat Parlimen secara keseluruhan mereka menang 14 kerusi Parlimen, berbanding Umno/Bn hanya 10; 7 Umno, 1PBS, 1UPKO dan 1PBRS.

PRU-14 juga menunjukkan dengan jelas, berpecahnya bumiputera islam pada dua bahagian, antara PWS dan Umno. Untuk kaum cina, jelas melekat pada DAP dan sedikit pada PKR. Manakala KDM, masih menyokong parti yang mewakili kaum itu, meskipun terbahagi-bahagi.

Apa yang jelas menerusi PRU-14 kumpulan yang diterajui Umno, ditolak oleh kaum cina. PWS pula, tidak boleh mengaku mendapat sokongan kaum cina dan KDM, kerana parti itu hanya menang 6 kerusi kawasan campuran.

Di Sabah kini, Umno Sabah yang suatu masa kukuh, namun bermula sejak tahun 2016 berpecah, dan kini telah menjadi 3 kumpulan, kumpulan PWS, kumpulan bebas bersatu dan kumpulan Umno Sabah.

Tiada sifir politik yang boleh mendakwa, sesebuah parti yang pecah, dikatakan masih kukuh dan kuat. Jika ada yang berhujah demikian, maka ianya hanya seperti kata peribahasa meneggakkan benang basah.

Datuk Shafie berpandukan pada sejarah politik Sabah. Parti yang kehilangan kuasa tidak mampu bangkit, kecuali bertindak diluar perjuangan. Usno tidak pernah bangkit selepas kehilangan kuasa tahun 1976. Kerana parti itu bertindak diluar perjuangan, menerusi pembubaran dan secara enblok menyertai Umno Sabah, maka merasa menjadi kerajaan selama 24 tahun bermula tahun 1994 sehingga 10 Mei, 2018. Demikian juga PBS, selepas kehilangan kuasa pada tahun 1994, bergabung semula dengan Bn pada tahun 2002, dan tindakan itu parti menjadi sebahagian daripada kerajaan bermula tahun 2004 sehinggalah PRU-14. Parti Berjaya yang pernah memerintah Sabah daripada Tahun 1976-1985, terkubur tanpa nisan. Berasaskan kepada pandangan itu, maka Shafie dan parti beliau berusaha menyekat kemasukkan PPBM ke Sabah, untuk mempertahankan monopoli parti itu di kawasan bumiputera islam. Shafie tahu, bahawa sebahagian ahli Umno selepas PRU-14, telah menyertai parti yang beliau pimpinan.

Apa yang difikirkan Shafie itu, juga difikirkan oleh kumpulan Bebas Bersatu yang diketuai Datuk Hajiji Haji Noor, yang mana sebelum 12-12-2018, ADUN Sulaman itu merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. Pada 12-12-2018, semua exco Umno Sabah keluar parti kecuali Datuk Bung Moktar Radin. 

Kerana Shafie memerpergunakan sejarah politik Sabah sebagai panduan, seharusnya beliau sedar, parti sedemikian hanya mampu bertahan 2 penggal. Seharusnya beliau mencontohi apa yang dilakukan Bn Sabah yang menggabungkan berbagai parti dan pemimpin sehinggakan dapat memerintah 24 tahun tanpa putus.

Shafie perlu melihat, bergabungnya bumiputera islam dalam satu pasukan, tidak semestinya separti, boleh mengwujudkan kestabilan politik, untuk jangka masa yang panjang.

Shafie, yang lahir daripada kilang Umno, perlu sedar, bahawa mantan-mantan pemimpin Umno juga mempunyai latar belakang seperti beliau. Shafie perlu mengenepikan peristiwa lalu,kerana perbalahan itu bukan berpunca daripada mantan-mantan rakan beliau yang kini dalam kumpulan BEBAS BERSATU.

Shafie kena akur, gandingan parti beliau dengan PPBM, adalah gandingan menang-menang, pada masa yang sama, mantan-mantan ahli Umno yang suatu masa lalu juga merupakan penyokong beliau, akan terbela. Shafie kena yakin, akar umbi yang pernah meletakkan beliau ke puncak, akan juga menyokong beliau, tidak semestinya mereka itu perlu menyertai parti beliau.

15 August 2012

Politik Tanah air : berlakunya Give and Take

PERKEMBANGAN terbaru, mantan Timbalan Presiden PAS-Ustaz Nasharudin Mat Isa yang juga wakil rakyat Bachok Kelantan terlihat berjinak-jinak dengan Umno. Berdasarkan perkembangan semasa, besar kemungkinan pemimpin PAS itu akan menyeberang.

Ustaz Nasha suatu masa dulu, selepas sahaja PRU-12, bersama-sama dengan Presiden Pas-Datuk Haji Hadi Awang pernah mencetuskan Kerajaan Perpaduan dengan Umno (UG), namun tindakan itu tidak menjadi, kerana tentangan daripada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Atas sebab idea UG itu, Ustaz Nasha dipulaukan dalam Pas sendiri, malah semsa PRK Manek Urai, Kelantan, Pas Kelantan mengeluarkan arahan, Nasha dan Hadi tidak dikehendaki dan gambar poster mereka tidak dibenarkan dinaikan semasa PRK itu.

Akibat idea UG itu, Ustaz Nasha terus tidak mendapat sokongan akar umbi Pas, sehinggakan beliau kehilangan jawatan Timbalan Presiden Pas apabila kalah kepada Mat Sabu.

Hampir empat tahun, akar umbi dan penyokong serta sebahagian Pemimpin PAS menganggap Nasha sebagai gunting dalam lipatan.

Berdasarkan perkembangan terkini, ramai penyokong Pas mahu Nasha meletakan jawatan sebagai MP Bachok dan meminta mantan Presiden itu menyatakan pendiriannya.

Jika berlaku bahawa Nasha akan meninggalkan Pas, maka beliau akan diperkiarakan akan berganding bahu dengan Datuk Dr Hassan Ali Presiden JATI yang mesra BN berdepan dengan Pakatan Pembangkang pada PRU-13 akan datang.

Politik tanah air kini, ibarat GIVE AND TAKE antara BN dan PR, hanya tergantung kepada para pemimpin yang menyeberang, apa kah impak mereka terhadap parti yang mereka sertai.

Di Sabah misalnya, dua MP BN menyeberang kepada pembangkang dan sertai oleh seorang senator. Di kaca mata rakyat majoriti Sabah, tindakan mereka itu, tidak akan mengubah status quo yang ada. Ini kerana mereka bukanlah prime mover politik Sabah.

Perkara yang sama berlaku di Semenanjung, para pemimpin pembangkang yang menyertai BN atau mesra BN, juga tidak mengubah status quo kerana para pemimpin pembangkang yang menyeberang itu juga bukan daripada kalangan yang prime mover.

Bagi Suara Rakyat, apapun yang berlaku sebelum PRU-13, tidak mengubah keadaan, tindakan-tindakan yang berlaku hanya merupakan sebahagian daripada permainan politik-GIVE AND TAKE.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels