Showing posts with label Prk Merlimau-Kerdau. Show all posts
Showing posts with label Prk Merlimau-Kerdau. Show all posts

7 March 2011

Merlimau-Kerdau: kemenangan Besar BN satu ENDORSEMENT

Kemenangan besar BN pada PRK Kembar- Merlimau-Kerdau bukan sahaja satu endorsement kepada BN secara keseluruhan, akan tetapi satu penerimaan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri-DS Najib.

Kemenangan besar tersebut, bukan sahaja membuatkan parti pembangkang membisu, akan tetapi juga membuatkan para pemimpin mereka gusar-tentang cita-cita mereka merampas Putrajaya.

Kecenderungan pengundian pada PRK2 akhir-akhir ini menunjukkan bahawa sokongan rakyat majoriti telah kembali kepada BN.

Pada PRK Kembar semalam- Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi N.27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila calonnya, Roslan Ahmad, menewaskan calon PAS, Yuhaizat Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.

Roslan yang sudah dijangka akan menang mudah, memperoleh 5,962 undi berbanding Yuhaizat yang hanya memperoleh sebanyak 2,319 undi.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, calon BN, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berjaya mengekalkan kerusinya apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.

Berdasarkan rekod-rekod pilihan raya sebelum ini, DUN Merlimau merupakan kubu kuat BN yang diwakili UMNO dan belum pernah terlepas ke tangan pihak pembangkang.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengundi DUN Merlimau kerana terus memberikan mandat dan kepercayaan kepada BN untuk memacu kemajuan di kawasan ini, dan amanah ini akan saya pergunakan sebaik mungkin demi rakyat di DUN ini.” kata Roslan.

Berdasarkan daftar undi sehingga 20 Januari 2011, jumlah pengundi di DUN Merlimau ialah 10,679 orang iaitu Melayu sebanyak 64.1 peratus, Cina (20.84 peratus), India (14.67 peratus) dan lain-lain bangsa (0.39 peratus).

Roslan, 44, merupakan anak jati Merlimau dan merupakan anak kepada Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Ithnin, menjejaki kesinambungan jejak langkah Allahyarham ayahnya untuk memberikan khidmat terbaik untuk rakyat DUN Merlimau.

Beliau sebelum ini menjanjikan kepada penduduk Merlimau bahawa beliau akan cuba menyelesaikan isu dan masalah setempat di sekitar DUN itu dan berjanji akan menjadi wakil rakyat yang mendahulukan rakyat selain menjamin pembangunan berterusan di kawasan tersebut.

Sementara itu, calon BN di PRK N.28 DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, berjaya mengekalkan tradisi parti itu dengan memenangi kerusi DUN tersebut dengan majoriti sebanyak 2,724 undi, naik 69 peratus berbanding 1,615 undi pada 2008.

Pengurus pilihan raya kecil Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, calon BN memperoleh 5060 undi, berbanding calon lawan dari PAS yang memperoleh sebanyak 2,336 undi.

DUN Kerdau yang tradisinya merupakan kubu kuat BN mempunyai jumlah pengundi sebanyak 8,999 orang yang merangkumi 7,988 (88.77 peratus) pengundi Melayu, 454 (5.05 peratus) pengundi Cina, 298 (3.31 peratus) pengundi India, 236 (2.62 peratus) pengundi Orang Asli, 22 (0.24 peratus) untuk lain-lain dan seorang bumiputera Sarawak.

Menepati ramalan di atas kertas, Pegawai Penasihat Agama Menteri Besar Pahang itu dilihat sebagai calon wakil rakyat yang bersih dari sebarang konstroversi atau isu dan mampu membawa kemajuan dan membela nasib rakyat di DUN Kerdau.

“Tidak ada sebarang isu yang mampu menafikan kepimpinan Ustaz Syed Ibrahim sebagai wakil rakyat di DUN Kerdau ini”, ulas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

PRK N.28 DUN Kerdau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim, pada 12 Feb yang lalu akibat serangan jantung."

4 March 2011

PRK Merlimau-Kerdau: Kempen kotor sebenarnya dilakukan pembangkang

Kempen kotor seperti penyebaran rislah-risalah lucah, pembakaran tempat-tempat pembangkang, memecah cermin kereta penyokong pembangkang, sebbenarnya muslihat parti pembangkang itu sendiri.

Parti pembangkang telah tahu bahawa peluang mereka untuk menang bagi kedua-dua PRK itu amat tipis, atas sebab itu mereka menggerakkan perang saraf seperti itu, untuk mendapat simpati.

Adalah tidak wajar bagi BN untuk membuat onar atau angkara seperti itu, kerana BN telah tahu bahawa kedua-dua kawasan itu adalah kubu kuatnya.

Hanya parti yang tidak mempunyai harapan sahaja yang membuat angkara bersifat buruk tersebut, kerana hanya itu sahaja cara mereka mendapat perhatian para pengundi.

Benarlah kata pemimpin Bn misalnya oleh Datuk Ahmad Maslan, bahawa pihak pembangkang akan menempuh berbagai cara untuk menarik simpati, benarlah juga, apabila pihak DAP membakar markas mereka sendiri. Penyokong Pas memecah cermin mereka sendiri.

Perbuatan-perbuatan perang psikologi yang bersifat ganas ini, memang sinonim dengan parti Pas, sejak dahulu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels