Showing posts with label RM40 Juta -Umno Sabah. Show all posts
Showing posts with label RM40 Juta -Umno Sabah. Show all posts

9 January 2013

RM40 Juta: ICAC Hong Kong Kata Buang Masa Siasat

HONG KONG, 9 Jan - Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong tidak akan mengkaji semula siasatan ke RM40 juta yang didakwa dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Menurut sumber, badan anti rasuah itu mendapati tiada bukti-bukti kukuh yang baru untuk dibawa kepada suruhanjaya itu dalam mengaitkan kes tersebut.

"Suruhanjaya mendapati bahawa tidak terdapat sebarang bukti baru bagi memulakan kembali siasatan.

"ICAC mengambil sikap dan prinsip tidak akan meneruskan kes-kes dan adalah jelas bahawa badan ini menjauhkan diri dari permainan politik," kata sumber.

ICAC, di bawah undang-undang, mewajibkan siasatan dijalankan jika terdapat sebarang aduan yang dilaporkan.

Sebelum itu, parlimen telah diberitahu mengenai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keputusan ICAC pada Oktober lalu membersihkan Musa dari dakwaan rasuah.

Walaubagaimanapun, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli telah melobi ICAC untuk membuka semula siasatan ke atas kes melibatkan Ketua Menteri Sabah itu.

Pada bulan November, Rafizi dan tiga pengamal undang-undang PKR telah membuat laporan dengan ICAC, menyenaraikan tiga sebab utama mengapa perlu agensi Hong Kong itu untuk membuka semula siasatan.

Tindakan tersebut dilakukan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu Parlimen pada Oktober bahawa Musa telah dibersihkan daripada sebarang dakwaan rasuah selepas SPRM dan ICAC mendapati bahawa wang tersebut bukan untuk kegunaan peribadi Musa.

Nazri memberitahu Parlimen bahawa wang RM40 juta adalah "derma politik" kepada Umno Sabah yang sebelum ini didakwa sebagai wang sogokan dari firma-firma perkayuan untuk Musa Aman.

Menurut sumber lagi, ICAC yang pada awalnya tidak menemui "bukti yang mencukupi untuk meneruskan kes itu", berkata tiada sebab untuk menjalankan siasatan semula buat kali kedua.

Berikutan dengan keputusan tersebut, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Henrynus Amin berkata keputusan oleh kedua-dua badan siasatan juga membuktikan bahawa dakwaan pembangkang adalah salah dan berbaur politik malah disifatkan sebagai pembangkang adalah dalang konspirasi untuk mencemar nama baik Ketua Menteri Sabah ini.

"Pihak pembangkang jelas mempunyai kepentingan dan telah sedaya upaya menghalalkan cara untuk mencapai matlamat mereka, iaitu untuk melemahkan kerajaan Barisan Nasional sebagai satu cara untuk sampai ke Putrajaya," katanya.

13 December 2012

Sejak bila pula Rafizi Ramli jadi jurucakap ICAC Hong Kong?

KERANA merasionalkan perjumpaan dengan ICAC Hong Kong bersama tiga orang pemimpin PKR, maka Rafizi melantik dirinya sebagai JURUCAKAP badan pencegah rasuah Hong Kong itu.

Dalam merasionalkan usaha memerangkap ICAC agar membuka semula isu RM40 juta sumbangan kepada Umno Sabah, kononya badan itu mengarahkan agar tiada lagi sebarang kenyataan daripada pihak pembangkang berhubung isu itu agar supaya tidak mengganggu kerja-kerja badan itu.

Rafizi juga menzahirkan bahawa tanda-tanda bahawa ICAC telah membuka isu itu semula, apabila dia dan rakan-rakannya akan kerap melawat Hong Kong.

Selain itu, Rafizi seolah-olah menjadi sebahagian daripada ICAC, menyatakan bahawa badan Hong Kong itu memberi janji akan meneliti semua dokumen yang diserahkan pihak beliau dan kawan-kawanya; kononnya sebagai bukti terbaharu berhubung isu itu, di mana menurut mereka ada keterkaitan antara Datuk Musa Aman dan seorang ahli perniagaan dari Sabah yang bernama Michael Chia.

Dakwaan pautan Musa dengan Chia mula heboh dimedia April lalu oleh Sarawak Report, yang mendakwa Chia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Hong Kong dengan wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura.

Pada ketika itu, Chia didakwa memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu adalah untuk Musa menyebabkan siasatan dimulakan tentang siri pemindahan dana dari Malaysia ke Hong Kong yang kemudiannya dipercayai penggubahan wang haram yang dijana daripada aktiviti pembalakan haram di Sabah.

Isu ini heboh menjadi tajuk utama sekali lagi bulan lepas apabila Nazri memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah tentang perkara itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC mendapati bahawa wang tersebut adalah “derma politik” untuk Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan Musa.

Berasaskan kepada kenyataan yang dibuat sendiri oleh Rafizi, nampaknya usaha pembangkang memerangkap ICAC mengikut telunjuk mereka telah gagal. 

Tindakan pembangkang untuk memperbesar-besar isu sumbangan kepada Umno Sabah adalah untuk mengwujudkan persepsi negatif terhadap Ketua Menteri Sabah itu, agar supaya rakyat menolak BN pada PRU-13 akan datang.

Yakinlah, usaha mengwujudkan persepsi negatif itu tidak akan berjaya, kerana rakyat Sabah sebenarnya telah maklum bahawa pendapatan daripada balak bukan lagi penyumbang utama kepada  pendapatan negeri itu, kerana sumber daripada balak bukan lagi sama seperti pada tahun sebelum 2003. Pendapatan daripada balak tidak sampaipun RM200 juta setahun, kerana kerja-kerja pembalakan untuk tujuan ekport sudah lama dikurangkan.

Bagi menolak dakyah pembangkang kononnya sumbangan itu berasaskan pengubahan wang yang dihasilkan daripada kegiatan pembalakan haram, agak mustahil dilakukan, kerana bukan sahaja banyaknya agensi yang terlibat memantau kegiatan itu jika berlaku, akan tetapi rakyat begitu peka terhadapnya. Jika sekiranya berlaku, kegiatan pembalakan haram, melalui perkembangan ICT yang telah canggih, dengan sekelip mata tersebar dan diketahui di mana-mana.

Namun setakat ini, di berbagai pelosok dan penjuru Sabah, belum ada tanda-tanda berlakunya pembalakan haram, malah pembalak yang berlesenpun menjadi sasaran pemberi maklumat dan dituduh sebagai pembalak haram; sehingga Jabatan hutan Sabah, kerap memberi kenyataan bahawa kegiatan pembalakan itu bukan haram, akan tetapi mempunyai konsensi tertentu pada kawasan-kawasan tertentu.

9 December 2012

RM40 Juta: Cubaan menjatuhkan Musa

PEMBANGKANG dan atau seteru dalaman Musa Aman tidak mempunyai apa-apa cara untuk berdepan dengan Ketua Menteri Sabah itu; atas sebab itu serangan yang bersifat peribadi terus dikayuh semata-mata untuk mengwujudkan persepsi negaif terhadap beliau.

Mereka tidak dapat menyerang Musa melalui perkembangan ekonomi negeri, pelaburan ekonomi, pembangunan mahupun kecekapan pengurusan kewangan negeri, kerana Ketua Menteri itu telah menunjukkan kecemerlangannya.

Serangan peribadi terhadap Musa sebenarnya bermula sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003. Usaha-usaha pihak-pihak tertentu untuk menghalang Musa dilantik telah diusahakan melalui rekayasa dokumen dan dokumen itu dinamakan dalil 88.

Selepas dua penggal berlalu, terbukti semua dakwaan dimana menurut pihak-pihak tertentu itu betul, ternyata berkesudahaan sebagai buih-buih laut.

Kini cubaan menjatuhkan Musa dispeksifikasikan sebagai Musagate berhubung sumbangan individu tertentu terhadap Umno Sabah yang bernilai RM40 juta.

Sumbangan RM40 juta ini menjadi makluman umum apabila berlaku pilihanraya kecil Permatang Pauh pada tahun 2008. Selepas PRK itu, Ketua Pemuda PKR membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa berlaku rasuah antara Musa dan seorang individu yang bernama MChia.

Sebagai badan yang cukup terkenal dalam memerangi rasuah (ICAC) bertindak membuka Kertas Siasatan (IP), dan sepertimana kenyataan Setiausaha Barisan Nasional Sabah- Datuk Rahman Dahalan yang juga ahli  Panel SPRM, bahawa pegawai penyisaat ICAC telah berada di Sabah lebih sebulan untuk menyiasat dakwaan itu.

Hasil daripada siasatan itu, pada Penggal terakhir Parlimen tahun ini, Parlimen diberitahu melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz menteri yang bertanggungjawab ke atas SPRM-bahawa SPRM dan ICAC mendapati tiada didapati hubungan antara Musa Aman dengan RM40 juta sepertimana dilaporkan, sebaliknya wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik individu yang tidak mahu dikenali kepada Umno Sabah.

Malangnya keputusan SPRM dan ICAC itu tidak dapat dierima oleh pihak Pembangkang, sambil menuduh badan itu bias dalam keputusannya. Keadaan berlainan, apabila pihak SPRM membuat keputusan berhubung akuan bersumpah bekas Penolong Gebanor Bank Negara- yang mendakwa bahawa Anwar Ibrahim mempunyai master akaun yang bernilai RM2bilion. Keputusan SPRM itu diterima dengan baik oleh pihak pembangkang, malah memberi high five kepada suruhanjaya itu.

Benarlah, disebabkan tiada faktor politik yang membolehkan mengecam Musa, maka perlu dicari faktor yang sukar dinafikan olehnya, yakni rasuah, kerana keputusan bersalah atau tidak bergantung kepada pihak ketiga. Selagi pihak ketiga itu tidak membuat keputusan, maka selagi itu dakwaan itu melekat.

Sebagai contoh, para pemimpin yang didakwa rasuah dan bertahun-tahun dakwaan itu melekat pada diri mereka, dan kemudian selepas itu, mereka dibebaskan dengan bersih- antaranya Tan Sri Kasitah Gadam, Datuk Saidin Thambi. Apabila mereka dibebaskan, musim kejayaan mereka telah berlalu, sebenarnya ini yang diinginkan oleh pihak-pihak tertentu terhadap Musa.

Di pihak Pembangkang, ketiadaan Musa agar menyenangkan mereka mempengaruhi pengundi, di pihak yang mahu Jawatan Ketua Menteri Sabah pula, jalan cepat dan pendek untuk mendapatkan jawatan itu; namun mereka terlupa, jawatan dan rezeki ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Seharusnya pihak-pihak tertentu yang kemaruk sangat dengan jawatan perlu mengambil iktibar dengan keadaan Anwar Ibrahim. Mantan TPM itu, secara terbuka diumumkan oleh Perdana Menteri pada masa itu, bahawa selepas Sukan Komonwel di Kuala Lumpur pada tahun 1998, maka Anwar akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Benarlah permainan politik boleh mengkhayalkan, juga boleh membunuh minda, politik boleh menghalalkan yang tidak halal, atas sebab itu dalam politik; prasa yang melekat padanya. in politics nothing is impossible.

25 November 2012

RM40 Juta-Diputar-putar terus

Datuk Musa Aman terpaksa keluar dari sarang berdiamnya. Beliau berkata, Pembangkang ketandusan politik aka bangkrup, kerana mereka terus memutar-mutar kisah lama, megulang-ulangnya agar supaya kelihatan betul.

Pembangkang benar-benar mengunapakai cara Nazi, menungulang-ulang isu palsu, agar supaya isu tidak benar menjadi betul dan menerimanya.

Pembangkang tidak boleh menerima tindakan ICAC Hong Kong yang memberishkan Musa dalam kes RM 40 Juta sumbangan kepada Umno Sabah.

Pembangkang melalui Rafizi Ramli sanggup ke Hong Kong untuk mengemukakan "bukti" rekayasa untuk mendesak badan pencegah rasuah Hong Kong itu membuka semula isu itu.

“Dari awal lagi, saya mempunyai keyakinan tinggi dengan integriti ICAC dan saya akan dilepaskan. Sekarang ICAC sudah membersihkan saya. Ia membawa pengakhiran kepada kesakitan dan penderitaan yang terpaksa keluarga saya lalui beberapa tahun kebelakangan ini,”katanya dalam satu kenyataan malam tadi, merujuk kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong." Petikan kenyataan Datuk Musa Aman.

Awal minggu PKR mengemukakan keterangan baru kepada pihak berkuasa anti-rasuah Hong Kong terhadap kes rasuah RM40 juta Datuk Musa Aman dan menghantar bukti lanjut terhadap pertuduhan pengubahan wang haram ketua menteri Sabah dengan ahli perniagaan Michael Chia.

Rafizi Ramli, yang mengetuai misi pencarian fakta empat anggota parti disana berkata masih belum jelas apa ICAC akan lakukan dengan bukti-bukti baru tetapi melahirkan keyakinan kes itu mungkin akan dibuka semula.

Dalam laporan PKR kepada badan pencegahan rasuah Hong Kong itu, tiga sebab disenaraikan bagi menggalakkan ICAC yang terkenal itu untuk membuka semula kes rasuah RM40 juta Musa dan Chia – tuntutan berasingan daripada dua Ahli Parlimen Sabah bahawa wang bukan satu sumbangan politik kepada Umno seperti didakwa; dan penerimaan kenderaan mewah dari Chia oleh menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, mungkin atas sebab-sebab rasuah.

Chia didakwa mempunyai kaitan dengan Musa pada April lalu oleh Sarawak Report, yang mendakwa beliau juga meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok, Hong Kong dengan wang bernilai RM40 juta dalam matawang Singapura.

Pada ketika itu, Chia didakwa memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu adalah untuk Musa.

Isu ini heboh menjadi tajuk utama sekali lagi bulan lepas apabila Nazri memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah tentang perkara itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC mendapati bahawa wang tersebut adalah “derma politik” untuk Umno Sabah dan tidak bermaksud untuk kegunaan peribadi Musa.

Musa mengatakan beliau tidak faham mengapa PKR tidak boleh menerima kebenaran.

“Apa lagi yang mereka mahu? Mereka cuba lagi untuk menggunakan aduan untuk mendapat keuntungan politik.

“Mereka mengulangi kisah lama yang sama. Saya fikir saya berhak untuk menyimpulkan bahawa pihak pembangkang bankrap politik. Kami berhak untuk melayan dakwaan ulangan mereka baru-baru ini dengan penghinaan yang layak mereka terima.

“Saya tetap merendah diri, tetapi sudah tentu terdapat had terhadap kesabaran seseorang.” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nazri, ICAC menutup kes itu selepas SPRM menemui dalam siasatan bahawa wang ditangan Chia bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan Musa.

Selepas penafian Nazri, Rafizi mengadakan sidang akhbar di Parlimen mendedahkan apa yang beliau katakana sebagai bukti fotografi bahawa Nazri menerima sogokan daripada Chia untuk membersihkan namanya, dalam bentuk kereta Hummer berharga RM459,000 diberikan kepada anak lelakinya.

PKR memulakan misi pencarian fakta ke Hong Kong minggu ini untuk mendedahkan apakah keputusan ICAC untuk menutup kes disebabkan kekurangan kerjasama dari SPRM.

Pada hari Rabu Nazri berkata dakwaan bahawa badan anti-rasuah Malaysia gagal untuk bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Hong Kong adalah “tidak benar”.

Menjawab soalan daripada pemberita yang menegaskan terdapat dakwaan bahawa siasatan telah ditutup oleh ICAC kerana tidak mendapat kerjasama oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menteri itu berkata:

“Tidak benar ... apabila ia melibatkan rasuah, mereka adalah rangkaian antarabangsa dan kita tidak boleh untuk tidak bekerjasama dengan badan pencegahan rasuah negara lain. Rasuah sekarang adalah jenayah yang tidak mengenal sempadan ... ia tidak benar.

“Jangan dengar cakap orang, orang boleh cakap macam-macam. Mereka bercakap tanpa fakta dan hanya membuat tuduhan, kita tidak harus mengambil serius dakwan-dakwaan seperti itu kecuali badan berkenaan sendiri mengatakannya ... apa yang penting adalah apa yang ICAC kata.”

23 November 2012

RM 40 juta derma untuk Umno Sabah- Rafizi dakwa ada Tiga Fail sebagai Bukti Baru

Mengapa hanya ada tiga fail? bukannya 10?..Rafizi membuat tuduhan bahawa kononnya kerajaan Malaysia yang beri tahu ICAC, bahawa RM40 juta daripada Hong Kong itu adalah sumbangan.. Berasaskan dakwaan baharu daripada Rafizi, seolah-olah, pihak ICAC menerima sahaja kenyataan daripada pihak Malaysia, atas sebab itu ICAC menutup kes itu.

Namun, Rafizi tidak merungkai, hasil sisatan lebih sebulan oleh ICAC di Sabah. Yang betul, apabila ICAC selesai membuat siasatan, badan pencegah rasuah Hong Kong itu berpuas hati, bahawa memang wang RM40 juta adalah sumbangan kepada Umno Sabah.

Kenyataan Rafizi berhubung dengan keputusan ICAC sebelum ini, seolah-olah badan itu terlalu bodoh.

Demi memutar belitkan fakta, Rafizi menuduh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri- Datuk Nazri Aziz berbohong di dewan rakyat, apabila menteri itu memberi jawapan sepertimana yang dikemukakan oleh pihak SPRM kepadanya.

Melalui jawapan yang disediakan SPRM itu, sudah tentunya dilampirkan keputusan daripada ICAC pihak yang melakukan siasatan.

Rafizi mahu mengwujudkan persepsi bahawa pihak SPRM yang melakukan siasatan, kebenarannya pihak SPRM hanya berkerjasama dengan ICAC semasa siasatan itu selama berlangsung lebih sebulan di Sabah.

Sayang SPRM bukan parti politik yang boleh memberi kenyataan bila-bila masa melalui media. SPRM tidak mempunyai bidang kuasa menjawab sebarang dakwaan politik, seperti mana yang ditimbulkan oleh Rafizi.

Rafizi hanya membuat tohaman dan dakwaan. Bagi dia, betul kah dakwaan itu, bukan penting, yang mustahak, dia mampu mengwujudkan persepsi negatif.

Inilah kebebasan kita di Malaysia, siapapun berhak membuat dakwaan, walaupun diketahui bahawa dakwaan itu hanya fitnah.

Sudah tiba masanya pihak mahakamah menjatuhkan hukuman berat, apabila ada kes seumpama ini di bawah ke mahakamah untuk pengadilan. Kita perlu hentikan, perbuatan ini, jika tidak, rakyat akan celaru.

21 November 2012

RM40 Juta untuk Umno Sabah:Sudah jadi Hantu pada Rafizi

Rafizi Ramli- "Pengarah Strategik" PKR tidak puas hati, apabila ICAC Hong Kong dan SPRM memberi jawapan, bahawa tiada sebarang unsur rasuah berhubung sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah.

Melalui jawapan itu, Rafizi mendakwa ada unsur ketidak telusan daripada pihak SPRM sendiri dan juga pihak Peguam Negara.

Rafizi juga mempersoal jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di dewan rakyat, dan mendakwa Nazri mengelirukan ahli dewan, apabila mengatakan bahawa ICAC Hong Kong telah membuat kesimpulan bahawa sumbangan RM40 juta bukan berunsur rasuah, dan ianya hanya melibatkan sumbangan, kerana penyumbang tiada keterkaitan dengan sebarang urusan dengan Umno.

Sebelum kenyataan Nazri itu, Setiuasaha BN Sabah Datuk Rahman Dahalan pernah membuat kenyataan bahawa pihak ICAC Hong Kong berpuas hati berhubung siasatan terhadap wang RM 40 juta melalui siasatan badan itu di Sabah yang mengambil masa lebih sebulan.

Pihak ICAC Hong Kong telah menjalankan siasatan terperinci mengenai perjalanan wang tersebut, bermula daripada bagaimana wang itu dihantar ke akaun Umno, sehinggalah kepada penggunaan wang tersebut.

Berasaskan kepada siasatan ICAC dan kerjasama dengan SPRM, kedua-dua pihak bersetuju, bahawa wang RM40 juta itu tiada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, melainkan wang itu semata-mata untuk kegunaan Umno Sabah dalam membiayai aktiviti parti.

Disebabkan wang RM40 juta telahpun menjadi HANTU kepada Rafizi Ramli, maka dia mengelirukan pengertian kenyataan Pengarah Pendakwaan Hong Kong Kevin Zervos, yang menyatakan melalui temubual dengan portal Malaysia yang Pro pembangkang, bahawa badan Hong Kong itu, bersedia membuka semula siasatan jika ada bukti-bukti baru.

Satu persoalan, bagaimana kah bukti-bukti baru boleh ditimbulkan? sedangkan kejadian itu berlaku pada tahun 2008, dan siasatan berhubung kes tersebut telahpun dijalankan secara terpeinci dan telahpun diketahui jawapannya.

Bukti-bukti baru bolehlah diwujudkan semula, jika ada lagi sumbangan daripada Hong Kong dan terus dimasukan ke akaun peribadi Musa Aman atau akaun Umno Sabah, dan kemudian wang itu diberikan langsung kepada Musa Aman.

Dikhabarkan Rafizi dan kawan-kawannya akan ke Hong Kong untuk mendesak ICAC membuka semula siasatan. Jika badan pencegah rasuah Hong Kong itu sanggup membuka semula kes itu, ini bererti, pihak Rafizi akan mengemukakan bukti-bukti baru, bukti rekayasa atau bukti-bukti palsu.

Yakinlah, kerana Rafizi telah menganggap wang RM40 juta itu sebagai Hantu yang mengejar-ngejarnya, maka dia dan kawan-kawannya berusaha agar boleh menterjemahkan khyalan mereka itu menjadi kenyataan sebagai gimik politik dalam menghadapi PRU-13.

Pihak Pembangkang, telah menjadikan FAKTOR PERSEPSI  terhadap BN dan para pemimpinya, bahawa kerajaan yang memerdekakan negara ini, merupakan kerajaan Rasuah.

Bukan persoalan kepada Pembangkang untuk mengwujudkan fitnah kerana mereka telah memutuskan mengambil pendekatan, menghalalkan sebarang cara untuk mendapat sokongan rakyat.

19 November 2012

Mengapa RM40 juta untuk Umno Sabah jadi Isu?

Sebenarnya ISU RM40 juta, sumbangan kepada Umno Sabah, tidak akan terdedah, jika tiada tali barut dalaman, dalam Umno Sabah yang mengetahui berhubung sumbangan itu.

Sumbangan itu dihebahkan oleh orang tertentu kepada pihak Pembangkang dan akhirnya Ketua AMK PKR pergi ke Hong Kong untuk membuat aduan kepada ICAC Hong Kong (badan pencegah rasuah Hong Kong sama seperti SPRM di negara kita).

Sebenarnya tujuan tali barut itu adalah untuk memerngkap Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, kerana kononnya wang itu untuk kegunaan Musa secara peribadi.

Selain itu, kononnya wang sumbangan itu, kononnya akan digunakan semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Pematang Pauh.

Isu RM 40 Juta sumbangan terhadap Umno Sabah, samalah kisahnya dengan Akuan Bersumpah mantan Penolong Gebanor Bank Negara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya mantan TPM itu mempunyai master akaun yang berjumlah RM2bilion.

Selepas kedua-dua dakwaan itu disiasat pihak pencegah rasuah, ternyata badan itu mengeluarkan kenyataan, bahawa dakwaan adalah tidak benar.

Yang ironinya, kenyataan pihak SPRM berhubung dengan Anwar diterima baik oleh pembangkang, manakala dalam isu RM40 juta, pihak pembangkang menganggap sebaliknya.

Di sini kita dapat menilai, bahawa pihak pembangkang adalah golongan-golongan yang hipokrit.

Penulis tidak sanggup berpemimpin daripada golongan yang hipokrit..

22 October 2012

Isu RM 40 juta- Pembangkang banyak mengkhayal- Rahman

Umno Sabah menafikan dakwaan bahawa parti itu mencampuri siasatan kes rasuah kontroversi membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak, Michael Chia melibatkan dana politik berjumlah RM40 juta.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, parti itu memberikan kerjasama penuh apabila Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) menjalankan siasatan mereka selama dua bulan di Sabah.

"Tidak ada mana-mana pegawai kami yang menghalang pihak berkuasa melakukan siasatan mereka," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Selain itu Abdul Rahman juga menolak dakwaan bahawa Michael ditahan di lapangan terbang Hong Kong kerana menyeludup 'secara fizikal' wang tunai berjumlah RM40 juta oleh pihak berkuasa Hong Kong.

"Siasatan itu bermula apabila ketua pemuda PKR (Parti Keadilan Rakyat) Shamsul Iskandar Mohd Akin pergi ke Hong Kong dan membuat aduan mengenai dakwaan ini.

"Jadi ICAC seperti semua badan-badan bebas, mereka akan menjalankan siasatan selepas menerima aduan. Tetapi dalam imaginasi mereka (pembangkang) bahawa wang berkenaan diseludup daripada Hong Kong," katanya.

Sebelum ini Jabatan Peguam Negara (JPN) memutuskan tiada elemen perbuatan rasuah dibuktikan terhadap Musa berkenaan dana berjumlah RM40 juta selepas meneliti keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

JPN mendapati dana tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.

Kes yang sama turut disiasat ICAC.

Selain itu Abdul Rahman turut mempersoalkan tindakan pemimpin pembangkang yang enggan menerima penemuan ICAC yang diktiraf di peringkat antarabangsa.

"Sebelum ini pembangkang banyak menyebelahi ICAC malah menggesa SPRM mencontohi tugas mereka dalam membanteras rasuah.

"Tetapi kini apabila ICAC bersihkan Ketua Menteri Sabah, mengapa mereka tidak boleh terima?" katanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels