Showing posts with label Sabah-dianak tiriksn. Show all posts
Showing posts with label Sabah-dianak tiriksn. Show all posts

18 October 2010

Projek Pembangunan: Sabah dan Sarawak dianak tirikan

Walaupun Sabah dan Sarawak penyumbang terbesar kepada pendapatan negara, terutama hasil minyak dan perladangan, namun agihan projek pembangunan bagi ke dua-dua negeri itu terlalu sedikit.

Dalam RM-10 misalnya sejumlah RM 110 billion projek dialokasikan di Semenanjung, namun bagi Sabah dan Sarawak hanya berjumlah RM 10 bilion.

Sebagai rekod sejak 5 tahun lalu, pendapatan tahunan negara daripada minyak adalah RM60 bilion setahun, dimana 40% daripadanya adalah sumbangan Sabah dan Sarawak.

Namun dari segi agihan pembangunan terutama melalui RM-10, Sabah dan Sarawak menerima kurang daripada 10% daripada jumlah kos projek yang dilaksanakan di Semenanjung.

Walaupun Sabah dan Sarawak telah menyeretai Semenanjung untuk membentuk negara Malaysia sejak 47 tahun lalu, keadaan infastruktur di dua negeri itu cukup ketinggalan.

Bekalan air bersih umpamanya, masih merupakan masalah utama penduduk negeri itu. Sementara kadar kemiskinan, masih di atas 10%.

Melalui bajet 2011 yang dibentangkan oleh Najib pada jumaat lalu, Sabah dan Sarawak hanya menerima RM 2.1 bilion untuk pembangunan infrastruktur, manakala di semenanjung hampir RM7 bilion.

Semenanjung juga akan menerima pembangunan sebanyak RM 40 bilion melalui pembinaan MRT di Lembah Klang, bangunan Warisan Merdeka dengan kos RM5 Bilion, RM 26 bilion untuk KLIFD (KL International Financial District) dan RM 10 bilion pembangunan hartanah di Sungai Buloh, Selangor.

Di mana kah silapnya?

Apa kah UPEN Sabah tidak mengemukakan kertas cadangan untuk tujuan permohonan bajet?

Apa kah yang dilakukan oleh para wakil rakyat Sabah? Apakah mereka dijangkiti sindrom malu? Atau kah mereka tidak tahu merancang?

Untuk membuat suatu perancangan, selain pengetahuan, juga jalinan antara para pegawai di Semenanjung sangat perlu. Apa kah para pegawai negeri hanya tersipu-sipu di kandang sendiri?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels