Showing posts with label Senario calon2 Sabah PRU-13. Show all posts
Showing posts with label Senario calon2 Sabah PRU-13. Show all posts

17 March 2012

Kawasan SAPP parti mana yang lebih berhak?

APABILA SAPP parti komponen BN Sabah keluar daripada gabungan itu pada September, 2008; ekoran kegagalan Gerakan 16 September Anwar Ibrahim; maka BN Sabah sepatutnya kehilangan 4 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen. Akan tetapi, dua ADUN SAPP sebaliknya memilih lompat parti ke satu lagi komponen BN- Parti Gerakan.

Kini, kerusi2 yang ditandingi SAPP sebagai komponen BN pada PRU-12, ternyata kosong dan menjadi rebutan antara parti2 LDP, MCA, Gerakan dan PBS.

Jika melihat sejarah, kawasan2 itu adalah kawasan2 PBS sebelum ini, namun akibat perpecahan parti yang pernah memerintah Sabah dari tahun 1985-1994, maka kawasan2 tersebut dimenangi SAPP-serpihan parti PBS.

Jika menilai siapa yang lebih berhak terhadap kawasan2 yang kosong itu, dalam tarifan di pihak BN, maka PBS lah yang lebih berhak.

Namun, memandangkan dua kawasan yang dikosongkan oleh SAPP itu, kini penyandangnya juga merupakan ahli komponen BN, maka syogianya penyandang itu dicalonkan, kerana mereka masih merupakan winnable candidate. Kekosongan hanya berlaku bagi parlimen Sepangar dan Tawau, serta DUN Likas dan Luyang. Kawasan DUN Likas dan Luyang, kalau dilihat daripada perolehan calon SAPP, nampaknya kawasan itu seolah-olah tidak selamat bagi BN. Pada PRU-12, bagi kerusi Likas misalnya, BN hanya mendapat undi 4,097 berbanding jumlah undi pembangkang 5,305. Kalau bukan pertembungan antara PKR dan DAP, maka calon SAPP kalah dengan 1,208 undi. Demikian juga di DUN Luyang, undi BN hanya 5,073, sementara jumlah undi calon DAP dan PKR 6,457, bermakna undi calon SAPP kalah 1,384 undi. Namun, disebabkan pecah undi, maka calon SAPP boleh menang.

Pada senario sekarang, belum ada parti2 yang mempunyai the edge di DUN Luyang dan Likas; namun jika dilihat daripada peluang, PBS mempunyai peluang lebih baik di Luyang dan Umno di Likas.

Demikian juga Parlimen Sepanggar, nampaknya hanya calon daripada Umno yang mempunyai the edge, sementara di Parlimen Tawau, Tan Sri Liew Eun Fah, mantan ADUN Merotai mempunyai the edge.

Penulis merasakan bahawa pada PRU-13 akan datang, tiada perubahan ketara daripada alokasi kerusi antara komponen BN Sabah, kecuali, bagi kawasan2 yang ditinggalkan SAPP akan terdapat calon2 baru dan.. N44 Karamunting, yang kini disandang oleh Peter Pang En Yin (asal LDP dan kini Gerakan) masih merupakan satu persoalan yang perlu ditangani dengan jitu oleh pucuk pimpinan.

Yang menarik menjadi perhatian pada PRU-13 akan datang, adalah calon2 daripada LDP. Nampaknya calon2 LDP tidak lagi mendapat sokongan penuh daripada akar umbi Umno. Kritikan parti itu terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, DSP Musa Aman, masih lagi berbekas. Tidak mudah melupakan semua itu, kerana kritikan pedas terhadap pemimpin Umno itu, berpunca daripada Timbalan Presiden LDP sendiri.

Jika akar umbi Umno tidak menyokong calon2 daripada LDP, besar kemungkinan semua kawasan yang ditandingi parti itu akan kalah. Jika ini berlaku, maka merupakan kerugian besar kepada BN.

Tanggapan akar umbi terkini, DUN Tanjong Kapor, Kudat, dan DUN Merotai, Tawau, jika ditandingi LDP, besar kemunginan kawasan itu akan jatuh ke tangan pembangkang. Bagi Parlimen Sandakan pula, keadaan terkini, kawasan itu, masih wilayah Pembangkang, walaupun penyandangnya daripada BN.

Sebelum perkara itu berlaku, maka adalah elok, jika pucuk pimpinan BN memikirkan suatu tindakan yang jitu, sebelum memutuskan senarai calon2 terutama yang membabitkan calon LDP.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels