Showing posts with label UPKO Keluar BN. Show all posts
Showing posts with label UPKO Keluar BN. Show all posts

9 August 2012

UPKO keluar BN?

SUMBER dalaman daripada parti UPKO mengatakan bahawa UPKO akan keluar daripada BN bersama-sama dengan masa Timbalan Presidennya Datuk Welfred Mojilip Bumburing mengumumkan keluar daripada 13 gabungan parti-parti yang lebih dikenali sebagai Barisan Nasional pada 29 Julai lalu.

Keputusan UPKO keluar daripada BN, menurut sumber itu telah diputuskan pada suatu mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu, namun disebabkan masa yang ditentukan bertembung dengan bulan puasa, maka niat tersebut ditangguhkan untuk sementara waktu, bagi menghormati bulan suci  Ramadhan.

Menurut perkiraan UPKO, jika mereka bertanding atas nama BN, besar kemungkinan semua calon-calon parti itu akan kecundang semasa PRU-13 akan datang.

Perkiraan yang sama pernah berlaku pada kepimpinan PBS pada tahun 1990, atas sebab itu, mereka keluar daripada BN diambang pembuangan undi.

Selain faktor bulan Ramadhan tidak diketahui lagi faktor apa yang menyebabkan tertangguhnya tindakan UPKO itu; sehinggakan Presidennya  mengeluarkan kenyataan, "bahawa melalui BN kemahuan UPKO" akan tertunaikan.

Selepas kenyataan itu Dompok juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi pemimpin UPKO akan bertindak keluar parti selepas Bumburing dan beberapa pemimpin lain termasuk Senator Datuk Maijol Mahap dan Herman Tiongsoh.

Sebelum ini banyak dispekulasikan bahawa dua MP UPKO dan beberapa ADUNnya akan turut keluar daripada BN akan tetapi akan tetap setia pada parti mereka. Melalui tindakan wakil-wakil rakyat itulah jika berlaku, maka Presiden UPKO-Tan Sri Bernard Giluk Dompok, tiada pilihan, melainkan terpaksa keluar daripada BN.

Tindakan UPKO keluar daripada BN lebih kepada persepsi, bahawa kononnya kaum KDM tidak lagi menyokong BN kerana termakan isu borneosisasi dan sentimen perkauman yang ditiupkan.

Pada tahun 1990-an, corak keputusan pilihanraya lebih condong kepada sentimen perkauman, berbanding isu-isu lain, termasuk pembangunan. Namun, selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya yang berkuatkuasa pada tahun 1999, sentimen perkauman bukan lagi menjadi faktor kemenangan sesebuah parti, walaupun itu terus dimainkan.

Parti Bersatu Sabah (PBS) pada PRU-1999, terus memainkan isu perkauman, namun gagal mendapat sokongan, sebaliknya kemenangan kepada BN yang mengetengahkan isu pembangunan.

Isu pembangunan terus mendapat tempat di hati rakyat Sabah, atas sebab itu pada PRU-2004 dan 2008, BN Sabah hampir menyapu bersih semua kawasan baik negeri mahupun parlimen.

Berasaskan kepada kejayaan BN Sabah itu, maka pimpinan pusat BN mengkategorikan bahawa BN Sabah adalah simpanan tetap BN.

Namun berasaskan kepada perkembangan terkini, bahawa berlakunya tindakan keluar parti beberapa pemimpin BN, yang bermula tahun 2008, apabila SAPP pimpinan Yong Teck Lee meninggalkan BN untuk menjadi pembangkang, kemudian pada 29 Julai diikuti oleh dua MP BN-Datuk Lajim Haji Ukin daripada Umno dan Datuk Welfred Mojilip Bumburing daripada UPKO; maka dikalangan pembangkang menginterprestasi perkembangan itu, bahawa Sabah bukan lagi simpanan tetap BN.

Persepsi pembangkang itu, disangkal oleh kepimpinan BN Sabah terutama daripada Pengerusi Perhubungan Umno dan Timbalannya, kerana menurut mereka, tindakan para pemimpin yang berpaling tadah itu, bukan kerana berpaksi kepada permintaan akar umbi, sebaliknya atas keinginan perbadi.

Walaupun ada sanggahan daripada pemimpin nombor satu dan dua Sabah, bahawa rakyat Sabah secara amnya masih dibelakang BN, tidak menjamin UPKO akan tetap bersama BN, kerana mereka termakan isu, bahawa kaum KDM tidak lagi bersama BN. Mereka juga, mengenepikan bahawa sokongan Tan Sri Pairin Kitingan sebagai Presiden PBS dan Hoguan Siau KDM kepada BN tidak lagi mampu menarik sokongan KDM kepada BN.

Sejauh mana kebenaran persepsi para pemimpin KDM terutama daripada UPKO, hanya rakyat yang menentukannya pada PRU-13 akan datang. Renung-renungkan lah.

3 August 2012

UPKO tetap setia dengan BN: Dompok

KAMI tetap setia dengan Barisan Nasional. Hanya melalui gabungan ini, tugas kami berbaloi. Dalam perjuangan yang penting hasilnya, bukan tempoh masa sesuatu permintaan itu. Demikian ulasan Presiden UPKO berhubung desas desus kononnya UPKO akan meninggalkan BN, ekoran keluarnya Timbalan Presiden Parti itu-Datuk Welfred Mojilip Bumburing pada 29 Julai lalu.

"Ada yang berfikir, bahawa menyeberang ke tempat lawan,maka keadaan lebih baik; mereka silap" kerana dalam perjuangan yang penting adalah hasil daripada perjuangan itu. Sesesuatu perjuangan perlu masa, kesabaran dan determinasi, bukannya kerana janji-janji muluk dan retorik.

Pihak pembangkang memang akan menabur bermacam-macam janji, kerana mereka tahu, mereka tidak perlu menenuaikannya, kerana mereka bukan kerajaan.

Berhubung keluarnya Lajim dan Bumburing daripada BN, itu bukanlah pengakhir, kerana kalau dilihat daripada jumlah wakil rakyat yang bertukar parti, pakatan masih mendahului dengan jumlah 13, manakala BN hanya 6, 4 MP dan 2 ADUN( 4 MP itu termasuklah Lajim dan Bumburing, 2 daripada SAPP, ditambah 2 ADUN juga daripada SAPP).
 
BN tidak ketandusan pemimpin pelapis, untuk menggantikan para pemimpin yang telah keluar; BN akan semakin kuat kerana ada suntikan darah baru daripada segi kepimpinan.Dengan keluarnya para pemimpin veteran, maka memudahkan BN melakukan regenerasi kepimpinan.
 
Dalam perkembangan yang berasingan, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-Datuk Salleh Tun Said berkata, perjuangan melalui BN adalah perjuangan parti secara berpasukan, bukan perjuangan berasaskan perorangan.

Pemimpin boleh datang dan pergi, akan tetapi parti kekal selama-lamanya. Untuk itu, setiap pemimpin dan ahli parti, perlu berjuang akan parti tetap kekal dan seterusnya memerintah negara.
 
Setiap ahli dan rakyat akan mendapat manafaat daripada parti yang kuat. Tiada parti yang akan membelakangkan ahli dan penyokongnya; tiada parti yang membentuk kerajaan akan mengabaikan rakyat.
 
Kerajaan yang bertanggungjawab sepertimana yang diamalkan oleh kerajaan BN, yakni Janji Ditepati; merupakan perjuangan sepanjang hayat. Percayalah melalui BN, tiada rakyat akan diketepikan,termasuk juga penyokong pembangkang.
 
Tindakan kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) misalnya diberikan kepada segenap lapisan masyarakat berpendapatan di bawah RM3,000 tanpa memandang latar belakang penerima daripada segi fahaman politik; demikian juga bantuan kepada semua pelajar rendah dan meneangah serta bantuan baucer buku kepada pelajar-pelajar perguruan tinggi.
 
Sebenarnya, hanya mereka yang tidak mahu bersyukur akan menentang kerajaan BN, juga mereka yang mabuk kuasa yang menggunapakai rakyat untuk mencapai agenda peribadi.
 
Yakinlah, kerajaan yang berpengalaman seperti BN mampu mentadbir negara dengan baik berbanding mereka yang baru cuba mahu memerintah. Cuba, lihat di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang mempunyai pemerinatahan baru; mereka sebenarnya tidakpun melakukan apa-apa yang luarbiasa, sebaliknya hanya meneruskan asas pemerinatahan yang telah tersedia yang direka dan dirancang oleh kerajaan BN sebelumnya, malah tokoh tambah mereka, tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat, malah memudaratkan.
 
Rakyat perlu berfikir sebaiknya pada PRU-13 akan datang, agar supaya tidak tersalah pilih, sehingga merugikan mereka secara berpanjangan.




13 July 2011

UPKO parti Tan Sri Bernard Dompok akan keluar BN?

ROTOGDAILY.COM melaporkan bahawa sumber yang boleh dipercayai dan ada hubungan dengan UPKO parti Komponen BN Sabah pimpinan Tan Sri Bernard Giluk Dompok akan keluar BN dalam masa terdekat.

Pengumuman UPKO keluar BN mungkin akan dibuat sewaktu pemimpin tertinggi negara masih berada  di London.

Menurut sumber itu lagi sepertimana dipetik portal berita itu, dalam mesyuarat kabinet yang berlangsung hari ini, presiden UPKO yang juga menteri telah bangun dan menyatakan rasa tidak puas hatinya dalam beberapa isu di negeri Sabah. Bagaimanapun sumber itu tidak memberi maklumat sebenar tindakan yang dilakukan oleh Dompok dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Keadaan ini pada awalnya telah diramalkan akan berlaku berdasarkan analisis politik yang dinyatakan oleh Musli Oli dalam Blognya http://muslioli.blogspot.com/. Menurut Musli Oli, UPKO merupakan senior partner BN kurang berpuas hati berikutan layanan istimewa yang diberikan kepada parti PBS oleh kepimpinan UMNO.

PBS yang menyertai semula BN pada januari 2002 telah mendapat dua jawatan Timbalan Ketua Menteri bagi kuota bumiputera bukan Islam dan kuota Cina. UPKO juga pernah menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu paip gas asli yang disalurkan ke wilayah di Sarawak . UPKO meneruskan agenda politik KDM yang hanya boleh direalisasikan jika keluar BN.

Kenapa kepimpinan BN tidak mengambil berat luahan dan rasa kurang senang UPKO walhal kerana sokongan padu UPKO menyebabkan kelangsungan politik BN di Sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels