Showing posts with label Uniknya Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Uniknya Malaysia. Show all posts

24 December 2013

Tiada Tempat Bagi Pelampau Di Negara Ini: Tawiq

Merupakan satu keistimewaan dan keunikan negara ini, meskipun diduduki berbagai bangsa dan agama, namun kerukunan dan hubungan senantiasa terpelihara.

Adalah menjadi satu trade mark bagi negara ini, di mana setiap perayaan bukan sahaja diraikan oleh penganut agama itu, akan tetapi turut juga dirai oleh kaum agama lain.

Konsep rumah terbuka, yang biasanya diadakan sempena perayaan penganut agama islam, kini telah membudaya bagi penganut agama lain, sehingga satu ketika, tiga perayaan pernah berlaku serentak yang disebut KONGXIRAYA.

"Merayakan sesuatu perayaan keagamaan, yang turut disertai oleh berbagai pihak, bukan atas dasar toleransi lagi, melainkan hakekat telah diterima, bahawa rakyat di negara ini, hidup dalam kepelbagaian" demikian menurut Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawiq DSP Abu Bakar Titingan, sempena menyabut perayaan Natal yang diadakan kakitangan kementerian tersebut.

Hubungan antara kaum yang harmoni merupakan tonggak kekuatan negara. Atas sebab kekuatan ini dilihat sebagai faktor penyatuan, maka ada pihak-pihak tertentu mengapi-apikan dan menonjolkan kaum-kaum tertentu, agar supaya wujud kebencian dan seterusnya menghancurkan keharmonian.

Usaha pihak tertentu daripada pihak pembangkang yang menjalankan kempen tersusun, yang menonjolkan bahawa kaum melayu tertentu mendapat pembelaan daripada kerajaan, sementara kaum-kaum lain ditindas, merupakan unsur provokasi terancang, agar supaya menimbulkan kebencian dan sangkaan buruk.

Atas sebab itu, rakyat digesa agar berfikiran terbuka dan benar-benar mengamalkan, bahawa kekuatan negara ini, adalah atas faktor keharmonian hubungan antara kaum dan agama; yang tidak terdapat di negara-negara lain di dunia.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels