Showing posts with label belia sabah di kl. Show all posts
Showing posts with label belia sabah di kl. Show all posts

3 March 2010

Sabah Fixed Deposit BN Tapi Ada Belia Tersadai di Kuala Lumpur

Kajian apa lagi yang diperlukan. Sabah sudah diperintah BN sejak tahun 1994.Sudah 16 tahun BN memerintah Sabah. Lupakan pemerintah yang sebelumnya. Kalau dikira rancangan Malaysia, sudah bermula dari rancangan Malaysia ke-7.

OKB percaya, kerajaan negeri mempunyai data yang mencukupi mengenai taburan penduduk yang berada dalam usia belia. Namun, kenapa boleh terjadi penghijraan belia ke Kuala Lumpur atau sewaktu dengannya hanya semata-mata untuk mencari rezeki?

Pengalaman OKB selama 11 tahun di Semenanjung, anak-anak Sabah ini datang dari berbagai daerah terpencil di Sabah, bukannya daerah yang sudah maju seperti Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Sandakan atau Tawau.

Faktor penyumbang kenapa berlakunya penghijraan belia sabah ke Semenanjung adalah kegiatan agen-agen pekerjaan yang mengiklankan pendapatan yang lumayan, terutama pekerjaan yang berhubung kait dengan pembuatan.

Namun, kerana latar belakang para belia itu dimana taraf displin yang tinggi diperlukan untuk pekerjaan seperti itu,maka, mereka tidak mampu melakukannya. Akhirnya mereka diberhentikan, atau hanya lari selepas menerima gaji pada hujug bulan.

Selain itu sifat semulajadi belia Sabah adalah tidak berinsiatif, seperti pengalaman OKB memperkerjakan belia dan beliawanis yang berasal dari Sabah. Mereka bersifat passif, tidak gemar melakukan inovasi atau pembaharuan. Berlainan dengan belia dan beliawanis daripada Semenanjung, Sabahan atau Sarawakian, bersifat "lunda".

Namun permasalahan ini, tidak hanya dibebankan kepada sifat-sfat semulajadi para belia itu, kerajaan juga perlu mengambil insiatif, di samping alam pembelajaran semasa di sekolah menengah, namun pendedahan kepada akitiviti atau program-program latihan yang bercorak memperbaiki minda dan keyakinan diri, perlu dijalankan oleh kerajaan. Sekiranya tidak, demikian lah kejadian para belia dan beliawanis kita, di mana pun akan tersadai, dan kita cepat mengambil kesimpulan terutama orang politik, bahawa mereka tertipu.

Memang benar banyaknya lapangan pekerjaan yang di sediakan oleh kebun-kebun besar dan sektor perumahan, namun semua peluang pekerjaan itu adalah bersifat buruh dan sementara. Para belia dan beliawanis kita tidak sanggup menjadi buruh di depan mata keluarga mereka, kerana bagi mereka kelulusan peringkat SPM, sudah cukup memadai di daerah terpencil mereka. Salah kah mereka, jika tidak mahu menjadi buruh di negerinya sendiri?.

Sudah tiba masanya meskipun terlambat,kerajaan negeri yang diterajui oleh Datuk Musa Aman, memikirkan dan mengwujud sektor pembuatan di negeri ini, terutama yang berorentasi eksport, agar para belia kita dapat bekerja di situ, tanpa terkena sinaran matahari. Sengatan matahari ini lah punca utama, kenapa para belia dan beliawanis kita tidak mahu menjadi buruh di sektor perumahan dan pekebunan atau peladangan.

Cuba kita bertanya-tanya secara rambang di restoran-restoran india yang berada di sekitar kita, di situ terdapat anak-anak tempatan bekerja kekadang 24 jam sehari, dengan hanya menerima gaji 150.00 sebulan,namun mereka tetap memilih pekerjaan itu, kerana tidak terdedah kepada sengatan matahari.Jika dibanding dengan pekerjaan buruh pembuatan jalan misalnya, gaji purata sehari antara RM 25-35 sehari,kalau dikira-kira mencapai juga 700-1200 sebulan.

Cabaran kerajaan negeri pada ketika ini adalah pengwujudan lapangan pekerjaan yang mengeluarkan added value. Boleh Kah? Slogan Sabah Boleh mesti diteruskan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels