Showing posts with label dr asri. Show all posts
Showing posts with label dr asri. Show all posts

18 November 2009

Nizar News: Saya Tidak SALAH: Dr Asri: Perbicaraan 5 Januari 2010

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar agama atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.Sebelum ini, Dr Mohd Asri telah ditahan Jais kerana didakwa mengajar agama di Ulu Kelang tanpa tauliah pada 1 November lalu.

Mahkamah membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM3,000 dengan dua orang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan kes ini didengar pada 5 Januari depan di mahkamah yang sama.

Dr Mohd Asri tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi bersama dengan bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut hadir memberi sokongan ialah kira-kira 80 pengikut dan bekas anak murid Dr Mohd Asri.

Mahkamah mula mendengar 9.18 minit dalam dewan mahkamah yang sesak dengan orang ramai.

Turut hadir ialah Datuk Paduka Marina Mahathir.

12 November 2009

Nizar News: Dr Asri TidaK Tahu Menahu Tentang Pendakwaannya

APABILA Dr Asri ditanya tentang perkembangan pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadapnya berhubung isu mengajar tanpa tauliah awal bulan ini, Dr Mohd Asri berkata beliau tidak pasti tentang perkara itu kerana tidak dimaklumkan.

"Kenyataan bahawa saya akan didakwa esok (Jumaat) itu berdasarkan kenyataan di media. Saya rasakan ini sebuah kenyataan yang ajaib.

"Siapa mereka untuk memberitahu bila saya akan didakwa? Adakah mereka pendakwaraya? Saya pun belum terima apa-apa makluman pun," katanya pagi ini.

Semalam, penolong pengarah perhubungan awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani dilaporkan berkata, kertas siasatan kes Dr Mohd Asri "hampir siap".

Mohd Hidayat juga berkata, Jais akan juga mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah Gombak untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Syariah Shah Alam kerana ia dianggap kes "berprofil tinggi".

6 November 2009

Nizar: Persatuan Peguam Syarie Minta Maaf Pada Dr Asri

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Difahamkan pihak berkenaan telah menghubungi Mohd Asri sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu.

"Draf permohonan maaf tersebut telah dilakukan di hadapan Datuk Jamil yang turut menurunkan tandatangannya sebagai saksi," jelas sumber itu.

PGSM bersetuju menarik balik segala tuduhan negatif terhadap Mohd Asri seperti yang terkandung di dalam memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong tempoh hari.

"Permohonan maaf itu akan disiarkan di dalam laman web PGSM dan akan dihantar kepada semua media tidak lama lagi," kata sumber itu lagi.

Ketika dihubungi, Mohd Asri yang sedang dalam perjalanan pulang ke Mengkuang, Bukit Mertajam berkata, beliau akan memberi komen berhubung perkara ini setelah melihat sendiri permohonan maaf itu secara rasmi.

"Saya hanya akan beri komen setelah melihat permohonan maaf itu secara hitam putih," katanya. Dalam pada itu, sebelum ini Mohd Asri mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Mohamad Isa, Jamil Khir dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz di ibu negara hari ini.

Pertemuan itu dalam usaha untuk menyelesaikan apa jua salah faham di antara mereka dalam suasana harmoni dan baik. Dalam satu wawancara eksklusif dengan mStar Online di Menara Star hari ini, Mohd Asri berkata, pertemuan itu berlangsung dalam suasana yang harmoni dan saling hormat menghormati bak seperti kata pepatah Melayu; “Buang yang keruh, ambil yang jernih.”

Bagaimanapun Mohd Asri enggan mengulas lanjut mengenainya sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang lain yang turut terlibat dalam pertemuan itu. Pendekatan ini katanya, bersesuaian dengan amalan dan ajaran Islam itu sendiri yang menganjurkan umatnya agar saling bermaaf-maafan dan menerima sesuatu perkara itu dalam keadaan berbaik sangka.

"Kami telah mengadakan pertemuan, saya harap sesuatu yang baik akan dapat dicapai daripada pertemuan ini... kita tunggu sahaja berita dari pihak sana," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai butiran pertemuan yang mengambil masa lebih satu jam itu.

Pertemuan ini dipercayai hasil daripada kenyataan Presiden PGSM, Mohamad Isa sebelum ini yang sedia bersemuka dengan Mohd Asri bagi menjelaskan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membantah tawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada bekas mufti itu.

Manakala penglibatan Jakim dalam pertemuan tersebut dipercayai berkaitan dengan kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jakim, Zamihan Mat Zain Al-Ghari dilaporkan mendakwa Mohd Asri memalsukan kelayakan Syariah kerana Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah.

Zamihan dipetik berkata, pengkhususan sebenar Mohd Asri ialah Bahasa Arab dan Sastera, bukan Syariah. Mohd Asri, 38, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) sebaliknya melabelkan kenyataan Zamihan sebagai satu fitnah ke atasnya.

Dalam pada itu, difahamkan juga penglibatan Jamil Khir dalam pertemuan tersebut adalah sebagai 'orang tengah' bagi meleraikan kekusutan yang timbul ekoran isu berkenaan terutamanya dakwaan yang mengatakan Dr Asri adalah pengikut fahaman wahabi.

5 November 2009

Nizar News: Kalau JAIS Tak Tangkap Dr Asri: PGSM Tak Akan Minta Maaf

Nizar News: Kelab Penyokong Dr Asri Dilancarkan

SEJAK timbulnya isu penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas dakwaan berceramah tanpa tauliah, ramai pihak termasuk rakan artis yang bersimpati dan menyokong bekas Mufti Perlis itu.

Bukan sekadar untuk meluahkan kata-kata dan mesej untuk menyemarakkan semangat Dr Asri mempertahankan dirinya, salah seorang pengurus artis dari Embun Records, Aszuad Zakaria telah membuka kelab penyokong ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ di laman web FaceBook.

Bagi Aszuad, 39, dia telah lama mengikuti perkembangan Dr Asri sejak dulu lagi dan apabila berlaku kontroversi sekarang, dia nekad untuk mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong Dr Asri. Laman web ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ yang baru sahaja dilancarkan semalam

turut memuatkan artikel dan video berkaitan Dr Asri.

Aszuad berkata dia telah lama memikirkan untuk membuka laman web itu sebelum melihat ada sebuah laman web kelab penyokong lain yang menggunakan nama penuh Dr Asri "Dr Asri Zainul Abidin" yang telah berjaya mengumpul lebih 4,000 peminat.

Aszuad Zakaria meminati dan menyokong Dr Asri sejak dulu lagi. -foto ihsan ASZUAD

“Saya baru sahaja menyiapkan laman web kelab penyokong itu. Sebelum ini memang saya nak buat tetapi apabila saya pantau di internet, sudah ada orang yang membuka kelab penyokong Dr Asri.

“Saya bimbang juga kalau saya buat yang baru nanti seolah-olah seperti meniru pula. Tetapi saya nekad juga untuk membuatnya atas dorongan kawan-kawan,” katanya yang mengikuti ceramah Dr Asri di YouTube dan blog.

Aszuad yang pernah mengurus penyanyi Imran Ajmain ini menambah, sesetengah rakan-rakannya yang menyokong Dr Asri juga melakukan perkara yang sama jika mereka tidak berkesempatan menontonnya secara langsung. “Saya juga mendapat tahu tentang perkembangan Dr Asri menerusi blog dan YouTube.

Misalnya apabila dia berada di luar negara,” ujarnya yang turut aktif melawati blog Dr Asri. Jelasnya lagi, dia semakin teruja untuk mengenali Dr Asri selepas mendapat tahu daripada rakan artis seperti kumpulan nasyid Rabbani.

“Saya hormati dengan pendekatan yang Dr Asri gunakan,” tuturnya yang menyarankan kepada semua penyokong pensyarah USM ini supaya sama-sama menyertai kelab ini di FaceBook. Aszuad turut menggalakkan rakan-rakan artis di bawah pengurusannya, penyanyi Naizle, Sabhi Saddi dan kumpulan nasyid In Heart untuk turut sama menyokong tokoh agama itu.

Sesiapa yang berminat, bolehlah sertai Kelab Penyokong ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ di FaceBook.

Sementara itu, Dr Asri meluahkan rasa terima kasihnya atas sokongan peminat. "Terima kasih di atas semua sokongan. Saya menghargai semua sokongan yang diberi," kata Dr Asri.

3 November 2009

Nizar News: Nik Aziz Marah Kenapa Dr Asri Ditangkap

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa dukacita di atas penangkapan yang dilakukan ke atas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Ketika dihubungi beliau berkata, tindakan berkenaan amat tidak wajar dilakukan ke atas seorang pendakwah apa lagi kesalahannya belum dapat dipastikan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden tangkapan yang berlaku ke atas pendakwah berkenaan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur.

Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu juga mengngagap ia satu tindakan yang melampau kerana menangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti.

"Penangkapan itu amat tidak masuk akal, masih ramai lagi orang yang patut ditangkap, tetapi kenapa seorang pendakwah, dia mengajar agama dan bukannya buat huru hara atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama,"ujarnya lagi Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

"Nasihat saya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia dan seterusnya merosakkan imej golongan pendakwah itu sendiri," katanya.

Beliau meletakkan masaalah itu seharusnya dibincang terlebih dahulu antara Asri dengan JAIS dan bukannya terus menangkap tanpa pasti kesalahannya. Katanya, kalau benar dia telah melakukan kesalahan di sisi undang-undang, barulah tindakan diambil terhadapnya dan bukannya menangkap begitu sahaja tanpa mengetahui hujung pangkalnya. "Masyarakat juga menjadi keliru dengan kejadian itu," ujarnya lagi,_

Nizar: Kenapa Tuduh Dr Asri Penganut Wahabi: Jais Kena Jelaskan

Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan.

Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.

Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung.

Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi? "Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi.

Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut.

"Hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi dan majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi.

"Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam.

"Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.

Ditanya bagaimana perasaannya sekarang, hingga isu penahanannya mendapat liputan nasional dan meluas, Dr Asri berkata, dia tidak sangka fitnah yang datang akan menjadi seteruk ini.

"Memanglah saya tahu....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi saya tak dapat bayangkan orang-orang yang melakukan ini adalah orang-orang agama dan duduk di institusi negara. "Dan saya melihat sendiri sikap-sikap seperti ini di depan mata," kata Dr Asri.

Dalam satu sidang media semalam, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ada menyatakan jabatan itu akan mengambil tindakan mendakwa Dr Asri setelah selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. Dan dakwaan ke atas Dr Asri kemungkinan besar akan dilakukan pada Isnin depan.

"Itu media yang tulis. Saya belum diberitahu apa-apa pun," kata tokoh agama yang menulis di dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia.

Menurut Khusrin, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels