Showing posts with label irranun dan halatujunya. Show all posts
Showing posts with label irranun dan halatujunya. Show all posts

7 August 2010

Irranun dan halatujunya

Petang tadi beberapa orang pemimpin irranun termasuklah Timbalan presdien PBS Encik Alimudin Kaida dan pemimpin veteran Tuan Haji Jabarkhan Napi telah berkumpul di Citarasa restoran, Kota Belud.

Ramai juga yang datang termasuk AJK Umno bahagian dan pemuda, beberapa pegawai kerajaan berketurunan Irranun juga datang. Selain itu, ada juga kontraktor dan peniaga turut juga hadir dan mengambil bahagian dalam sesi percambahan minda.

Setiausaha bahagian Umno Kota Belud Sdr Adlan Lunoh telah membuka mukadimah dan seterusnya perjumpaan itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PBS itu  dari permulaan hinggalah ke acara penutup.

Setelah percambahan pendapat didengar dan semua yang hadir tiada seorangpun yang terlepas memberi hujah dan pandangan, seperti mana anggapan generasi muda sdr Mohd Pkaruddin, bahawa pertemuan tidak rasmi itu, agak bersifat melepas “geram”.

Bagi OKB, sangat bersetuju dengan persepsi anak muda itu, kerana ada kemungkinan “percambahan” antara “pemimpin” irranun sudah lama tidak kedengaran, setelah PISBA sirna.

Semasa kewujudan PISBA pada tahun 90-an, suara-suara percambahan pendapat masih boleh terdengar, namun setelah persatuan irranun itu dimuktamadkan, maka hanya petang tadi ada pertemuan yang bersifat informal, namun boleh juga dikatakan formal, atas sebab itulah, kebanyakan hujah bersifat melepaskan geram.

Sebenarnya tiada yang dicari lagi pada masyarakt irranun. Dari segi pendidikan, ramai yang berpendidikan. Kerana adanya pendidikan maka berjaya dilantik ke jawatan tertentu dalam kerajaan. Dari segi ekonomi, ada juga suku irranun yang berjaya dalam segi ekonomi,namun jumlahnya yang sangat sedikit, kerana itu tidak ketara. Ertinya belum boleh disandarkan untuk membawa suku tersebut ke mercu kejayaan secara keseluruhan.

Dari segi politik, ada juga suku irranun yang berkerjaya dalam bidang politik, namun jumlahnya terlalu sedikit, malah sukar dilihat.

Titik pertemuan para pemikir irranun petang tadi adalah untuk menentukan WADAH bagaimana suku irranun yang sedikit itu menjadi mudah dilihat dan dengan meminjam kata-kata politik adalah menjadi PENENTU.

Sedikit kesimpulan daripada percambahan pendapat suku irranun petang tadi adalah- agar sesiapa sahaja individu daripada suku tersebut mendapat tempat baik dari segi jawatan, ekonomi mahupun politik, hendaklah memberi sumbangan kepada masyarakatnya. Jangan terbuai dengan semuanya semasa ada kuasa, kerana semuanya itu akan hilang apabila tiba masanya. Atas dasar itulah, mereka-mereka yang berkesempatan tersebut perlulah menampilkan pelapis, penerus dan hadiah kenang-kenangan kepada suku bangsanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels