Showing posts with label kepimpinan Sabah. Show all posts
Showing posts with label kepimpinan Sabah. Show all posts

26 August 2010

Pemimpin ada akar umbi dan pemimpin sebagai pemain

Tun Mustapha adalah contoh pemimpin yang ada pengikut akar umbi. Maksud pengikut akar umbi di sini, bukan terhad pada satu kawasan sahaja, tetapi menyuluruh.

Datuk Harris Salleh adalah contoh pemimpin sebagai pemain politik. Pemimpin sebagai pemain adalah pemimpin yang berpeluang menggunakan masa, situasi, sentimen pada masa yang tepat.

Setelah Tun Mustapha, hanya Datuk Pairin yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang mempunyai sokongan akar umbi yang menyeluruh.

Bagi OKB, setakat ini belum ada pemimpin Sabah yang mempunyai sokongan akar umbi yang menyeluruh.

Namun sebagai pemimpin yang mahukan agar rakyat yang dipimpinnya maju jaya, sifat-sifat itu ada terdapat pada ketua menteri Sabah sekarang ini, yakni Datuk Musa Aman.

Atas sebab sifat-sifatnya tersebut, maka jika dahulu ada beberapa pemimpin Sabah yang tidak sehaluan dengannya; akhirnya, para pemimpin tersebut kini bergandingan bahu dengannya demi kemajuan negeri Sabah.

Jika Tun Mustapha mempunyai sokongan padu daripada akar umbi secara menyeluruh, Musa Aman mempunyai sokongan padu daripada para pemimpin akar umbi secara menyeluruh.

Hanya pemimpin yang mempunyai sokongan akar umbi yang menyeluruh yang boleh bertahan dalam politik.

Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris kalah dengan mudah kerana Datuk Harris tidak mempunyai sokongan padu daripada akar umbi. Para pemimpin yang menyokong beliau masa itu juga tidak mempunyai sokongan akar umbi. Hanya 6 kawasan yang boleh bertahan pada PRU-Sabah tahun 1985 yang menggunakan tikit Berjaya menang; dan kesemua pemimpin itu adalah mereka yang mempunyai sokongan akar umbi.

Kepimpinan Musa Aman adalah fotokopi kepimpinan Tun Mustapha, yang berbeza hanya dalam bentuk sokongan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels