Showing posts with label mic. Show all posts
Showing posts with label mic. Show all posts

13 September 2009

Samy Vellu DAN PASUKAN MENANG: HARAPAN PAKATAN CERAH

Penyandang jawatan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.

Beliau mendapat 629 undi manakala Datuk S Subramaniam (547 undi) dan Datuk S Sothinathan 280 undi.
Tiga calon naib presiden yang disokong oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu turut terpilih.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mendapat undi tertinggi dengan 1,260 undi, manakala timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany ditempat kedua dengan 1,122 undi dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan (1,030 undi).

Difahamkan, ramai calon yang disokong presiden menang jawatan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Sementara itu, Sothinathan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 1,469 perwakilan yang mengundi hari ini.

Manakala Subramaniam yang gagal lagi dapat percubaannya merebut jawatan timbalan presiden berkata, walaupun sedih, beliau mmenerima keputusan perwakilan hari ini.

Menurutnya, perwakilan gagal memahami nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat tahunan MIC pagi tadi.

Beliau meninggalkan PWTC - tempat berlangsungnya mesyuarat agung MIC - sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Keputusan tidak rasmi

Timbalan presiden

G Palanivel* - 629
S Subramaniam - 547
S Sothinathan - 280

Naib presiden (3 jawatan)

Dr S Subramaniam - 1,260
SK Devamany - 1,122
M Saravanan - 1,030
S Balakrishnan - 471
VKK Teagarajan - 215
P Subramaniam - 220
P Mariayee - 61

Ulasan Dr Mahathir melalui tamil osai yang mengatakan bahawa gang Samy Vellu lah penyebab rakyat india menolak MIC tidak menjadi pertimbangan dalam pemilihan kepimpinan MIC kali ini. Bagi mereka pemimpin lebih penting dibanding kemenangan dalam pilihanraya.

Kemenangan Samy Vellu and the gang ini adalah petanda, bahawa Pakatan mempunyai harapan yang cerah pada PRU akan datang. Rakyat sebenarnya telah menolak Samy Vellu dalam PRU-12 yang lalu, akan tetapi pantang bagi Samy Vellu mendengar isyarat yang telah diberikan.

BN akan semakin kehilangan sokongan rakyat terutama kaum india, kerana kehadiran Samy Vellu adalah penyebabnya.

12 September 2009

Menang Jawatan Parti, Kalah Pilihanraya: Mana Perlu pilih? Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak harus ghairah untuk meraih populariti di kalangan ahli parti sehingga menyebabkan mereka dibenci oleh rakyat.

Pengerusi BN itu berkata, tumpuan utama setiap pemimpin itu hendaklah untuk meraih populariti di kalangan rakyat bagi membolehkan BN menang pada pilihan raya akan datang.

“Populariti di kalangan ahli sahaja dengan menang jawatan dalam parti tidak mencukupi jika parti tidak lagi relevan dan dapat memenangi hati rakyat, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Sehubungan dengan itu katanya, mulai hari ini beliau telah menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang harus dipatuhi oleh MIC iaitu untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat India di negara ini.

Menurut laporan tidak rasmi, kumpulan Samy Vello menang sebahagian besar jawatan yang dipertandingkan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels