Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

31 May 2011

Nik Aziz dakwa dipujuk 5 kali oleh Umno

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Sementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.

Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, beliau sendiri pernah dikaitkan dengan perkara itu apabila menghadiri majlis dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang turut dihadiri perdana menteri di ibu negara.

Nik Aziz bagaimanapun menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara kerana ia hanya majlis santapan malam.

25 November 2009

Ada Yang Mahu Nik Aziz Nilai Kedudukan: Isu Menantunya

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menilai kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan berikutan kegagalannya menangani isu pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Dali Hussin, berkata sudah sampai masanya Nik Aziz melihat sama ada beliau masih layak memimpin kerana sudah ada anggota Pas yang tidak menghormatinya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri Kijang di sini hari ini, beliau berkata kegagalan Nik Aziz menyelesaikan isu pelantikan menantunya Abdul Arifffahmi Abdul Rahman telah mendorong kepimpinan tertinggi Pas menasihatkan beliau supaya mengarahkan menantunya itu melepaskan jawatan berkenaan.

Dali berkata Umno khuatir jika isu itu berpanjangan ia boleh merugikan rakyat Kelantan.

2 October 2009

Nizar-Pas Kata: Ibrahim Ali Merayu-rayu Guna Logo PAS

Tahukah anda Dato’ Ibrahim Ali terpaksa merayu berkali-kali supaya diberi peluang bertanding menggunakan lambang bulan menjelang pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Malah dia menebalkan muka berceramah di pentas PAS bagi menarik simpati terhadapnya, biar pun isi ceramahnya kasar dan tidak sesuai dengan perjuangan Islam.

Kemuncak kepada muslihatnya apabila dia menulis surat dengan bahasa merendah diri merayu dibenarkan bertanding menggunakan logo PAS.

Dan segala dokumen itu masih lagi disimpan PAS Kelantan bagi menggambarkan siapa sebenarnya Ibrahim. Dia merupakan pemimpin paling acap keluar masuk parti.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, segala dokumen mengenai rayuan Ibrahim supaya dibenarkan bertanding menggunakan logo PAS masih disimpan.

Katanya, ketika itu bekas pemimpin Umno itu memohon dengan rendah diri supaya dibenarkan menggunalan lambang bulan di kertas undinya biar pun tidak menyertai PAS.

“Sekarang Ibrahim telah melupakan segala-galanya ihsan diberi PAS sehingga menang di kerusi Parlimen Pasir Mas. Hari ini dia sanggup mengecam pula orang yang memberi peluang kepadanya ketika bertanding tahun lalu.

“Tidakkah itu dinamakan tindakan biadap apabila menggigit tangan orang yang menghulur bantuan kepadanya,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis hari raya anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Isnin lalu.

Ibrahim sebelum ini mendesak Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan sebagai Menteri Besar kerana didakwanya sudah nyanyuk dan kerap uzur.

Takiyuddin berkata, Ibrahim tidak lebih sebagai pengemis politik yang sanggup meminta sedekah bagi kepentingan politik jangka pendeknya.

Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Haji Abdul Fatah Harun berkata, Ibrahim terpaksa mencipta glamour kerana masih belum diterima menjadi ahli Umno sehingga sekarang.

“Melalui tindakan mengecam pemimpin PAS mungkin diharapnya diterima semula menjadi pemimpin Umno di Pasir Mas,” katanya.

Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu sebagaisebagai kacang lupakan kulit.

Ketuanya Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pemimpin yang tidak mampu menghargai jasa dan sumbangan orang lain tidak mungkin bertahan lama dalam arus politik.

Katanya, tiada tempat bagi pemimpin seperti itu kerana rakyat tidak mampu diperbodohkan dengan kenyataan bersifat kebudakan.

“Siapa tidak kenal Ibrahim Ali. Pemimpin yang bermuka-muka macam itu hanya mampu hadir sekejap sahaja dan akan terus dilupai.

“Kehadirannya tidak lagi menjadi sebutan orang. Masanya akan menghukum segala tindak tanduknya sekarang,” katanya.

Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, tindakan Ibrahim yang menghina Menteri Besar akan mempercepatkan lagi kejatuhannya.

Kata beliau tidak ada pemimpin yang mampu mempertahankan sebuah kerajaan negeri sehingga lima penggal berturut-turut di tengah-tengah asakan Umno dan BN serta jentera kerjaaan dari pelbagai hala kecuali Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Paling tidak pun Ibrahim seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru Nik Aziz dapat mencerminkan siapa sebenarnya pemimpin berkenaan,” katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Ustaz Mahadi Mat Zain mendesak Ibrahim memohon maaf secara berdepan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekiranya mahu bertahan sebagai pemimpin politik.

Sepanjang penglibatan Ibrahim dalam politik beliau tidak pernah memenangi pilihan raya tanpa bantuan PAS.Ini terbukti sokongan padu penyokong PAS membolehkan beliau memenangi kerusi parlimen Pasir Mas pada 1990 ketika bertanding di atas tiket Semangat 46.

Bagaimanapun pada 1995 selepas menyertai Umno, beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut.Dan sekali lagi dengan bantuan PAS Ibrahim memang di Pasir Mas kerana bertanding menggunakan lambang bulan purnama.

Sebelum menyertai Semangat 46, Ibrahim pernah terlibat dengan Berjasa.

24 August 2009

Teringkat istilah plastik: islam plastik: Kata Husam

Tahun 1989 semasa kempen di Pilihanraya kecil Ranau, pertandingan antara mendiang Datuk Mark Koding mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, lawan Siringan Gubat, teringkat masa itu, istilah plastik. Pandikar Amin Mulia (kini Tan sri) menuduh YB Bagai Basirun Adun Kedamain masa itu, sebagai dusun plastik, kerana walaupun YB Bagai dilahirkan sebagai Dusun dan ahli USDA, tetapi tidak menyokong presiden Usda masa itu (Datuk Mark koding), akan tetapi lebih condong kepada KCA (Kadazan).
.
Istilah plastik kali ini muncul semula, apabila Husam Musa, menafikan bahawa Nik Aziz ada kata, bahawa islam penyokong Umno itu sama dengan islam palestin, kerana itu tidak akan masuk syurga. Sebaliknya menurut Husam, bukan islam palestin yang Nik Aziz maksudkan, akan tetapi islam plastik.

Nik Aziz mengatakan bahawa ucapan beliau diputar belitkan, beliau akan menyaman surat khabar yang memutar belitkan ucapannya tersebut.

Sama-sama kita tunggu kesudahnya.

21 August 2009

Alangkah eloknya jadi Nik Aziz

Nik Aziz mempunyai kelebihan di banding manusia biasa. Nik Aziz mampu melihat bahawa seseorang itu boleh masuk neraka atau syurga. Nik Aziz juga mempunyai kelebihan, kerana hanya beliau sahaja yang boleh mengatakan bahawa penyokong Umno atau ahli Umno itu tidak masuk syurga.

Semasa PRK Manek Urai, Nik Aziz kata, orang Umno tidak beriman, kerana mengatakan bahawa Umno itu menolak islam. Senjata ini yang diulang-ulang oleh Nik Aziz, walaupun belum ada bukti bahawa Umno itu menolak islam.

Jika Umno dikatakan menolak islam kerana berkerjasama dengan MCA, MIC dan parti-parti lain yang bukan islam, apa kah kedudukan Pas yang berkerja sama dengan DAP dan pada suatu ketika dahulu, Pas dengan syaitanpun boleh berkerjasama, jika syaitan itu mampu memenangkan Pas dalam pilihanraya.

Sampai bila kah kemampuan Nik Aziz ini boleh bertahan? Apa kah setelah Nik Aziz pergi untuk selama-lamanya, apa kah kunci menilai tersebut beliau akan tinggalkan. Jika ya, kepada siapa?

17 August 2009

NIK AZIZ KATA AHLI UMNO TAK AKAN MASUK SYURGA

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels