Showing posts with label perkasa pribumi. Show all posts
Showing posts with label perkasa pribumi. Show all posts

21 December 2014

PERKASA, ISMA =UBF, SSKM PEROSAK KERHARMONIAN BAGI SABAH DAN SARAWAK

KEHADIRAN NGO Perkasa, ISMA, UBF, SSKM hanya menyumbang kepada ketidak harmonian di Sabah dan Sarawak.

Budaya yang cuba diketengahkan oleh NGO-NGO ini adalah budaya ekstrim yang menuju kepada kehacuran hubungan antara kaum, agama dan budaya.

Perkasa dengan isu agama dan ketuanan melayunya, Isma dengan islam radikalnya, UBF dan SSKM dengan pendekatan perkauman yang tebal, boleh menyumbangkan kepada keadaan lebih teruk berbanding keadaan di Bosnia, Afganistan, Iraq dan negera-negara timur tengah yang sedang bergolak.

Tulisan, kenyataan yang bertali arus daripada salah seorang pemimpin Sabah-Datuk Salleh Said Keruak berhubungan dengan ancaman NGO-NGO ekstrim itu menunjukkan bahawa jika tindak tanduk kumpulan ekstrimis itu tidak dibendung, ianya akan menjadi api yang sukar dipadam. Di mana akhirnya Sabah dan Sarawak akan berdepan dengan perbalahan perkauman yang amat ngeri.

Sabah dan Sarawak dengan puluhan kaum, berbagai kepercayaan agama dan budaya, selain latar belakang sosial yang berbeza, tidak sanggup berdepan dengan pendekatan/tindak tanduk kumpulan yang ekstrim seperti Perkasa, Isma, UBF dan SSKM.

IMPAK NEGATIF IBRAHIM ALI PADA BN SABAH DAN SARAWAK

PEMBANGKITAN isu AGAMA DAN MELAYU oleh Ibrahim Ali dan Perkasa MUNGKIN BERIMPAK POSTIF kepada Umno Semenanjung, tetapi berimpak negatif terhadap parti Komponen Bn lain, selain terhadap Sabah dan Sarawak.

Sarawak sudah terkena tempias itu pada PRN negeri itu pada tahun 2011, demikian juga semasa Pilihanraya parlimen pada tahun 2013.

Sabah juga demikian, terkena tempiasan pada PRU-13, di mana untuk pertama kalinya selepas tahun 2004, Bn Sabah kalah sedozen kawasan DUN dan Pembangkang menambah kerusi untuk Parlimen.

Semenanjung mempunyai 165 kerusi Parlimen dipertandingkan. Daripada jumlah itu BN menang 85 kerusi. Ironinya, jumlah yang dimenangi untuk tahun 2008 dan 2013 identical, meskipun Umno menambah 8 kerusi di wilayah itu. Apa yang berlaku adalah Umno menambah kerusi, akan tetapi komponen Bn seperti MCA dan Gerakan kehilangan kerusi yang sangat signifikan. 

Pada PRU-14 akan datang, Komponen BN akan kehilangan banyak kerusi lagi, terutama komponen Parti yang berasaskan bukan islam. MCA diperkirakan akan kehilangan banyak kerusi, diikuti parti Gerakan, sementara MIC mungkin menang 1 atau 2 kerusi.

Kerusi BN untuk Sabah dan Sarawak masih mungkin boleh dipertahankan, atas sebab dua negeri itu boleh bertindak mengenepikan dakwaan Ibrahim Ali dan Perkasa melalui pengharaman kumpulan Ngo itu, selain menghalang kemasukan Presiden Ngo itu ke negeri-negeri itu.

Tindakan ekstrim Perkasa langsung tidak sesuai untuk Sabah dan Sarawak. Pembangkitan isu-isu ekstrim berkaitan agama dan ketuanan melayu, berimpak negatif terhadap kerharmonian beragama di Sabah dan Sarawak.

Salah seorang pemimpin Sabah Datuk Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah pernah memberi kenyataan bahawa tindak tanduk Perkasa dan Isma hanya mendatangkan impak negatif dari segi politik kepada Sabah dan Sarawak. Sebabnya, sejak merdeka masalah agama bukan masalah pokok di dua negeri itu. Malah di awal kemerdekaan, Sabah tidak mempunyai agama rasmi.

Pada Mesyuarat Tahun Ngo ekstrim melayu itu minggu lepas telah memberi amaran kepada 5 pemimpin Umno antara lain kepada Salleh Said Keruak agar tidak mencampuri tindak taduk Perkasa dan ISMA.


Sebenarnya Salleh tidak pernah mencampuri urusan Perkasa, malah satu ketika pernah merasmikan Protem Ngo itu di Sabah. Namun tindakan ekstrim Ngo itu terutama Presidennya, yang hanya bermatalamat menjual bangsanya dan agamanya untuk kepentingan tertentu. 

Salleh sebagai ahli politik yang berpandangan jauh memberi pandangan bahawa tindak tanduk Perkasa boleh mengancam keharmonian beragama dan hubungan sosial antara penduduk di Sabah dan Sarawak.

Tiada kesilapan berkaitan kenyataan Salleh itu, malah selepas itu, Ketua Menteri Sarawak juga pernah berkata bahawa tindak tanduk Perkasa tidak boleh menyebar di bumi kenyalang.

Adalah belum terlambat bagi Sabah dan Sarawak, bertindak berkaitan kehadiran kumpulan Ngo ekstrim itu di dua negeri itu.

21 December 2009

Hak Melayu dan Pribumi Akan Hilang Kerana Asas Kesamaan Pakatan: Presiden Perkasa

KANGAR 20 Dis. – Hak ketuanan Melayu akan hilang di Malaysia jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas terus diperalatkan DAP untuk menumbangkan UMNO menerusi sistem pilihan raya umum.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tanda-tanda ke arah itu semakin ketara ditunjukkan terutama di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini golongan bukan Melayu terutama Cina dan India semakin berani mempertikaikan hak ketuanan Melayu dan bumiputera di Malaysia.

“Mereka yang terdiri daripada ahli-ahli politik itu kian berani bertindak kerana puak-puak ini bersekongkol dengan PKR dan Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Perkasa Perlis yang dihadiri kira-kira 500 orang di Hotel Putra Palace di sini malam tadi.

Ibrahim memberitahu, salah satu sebab bukan Melayu kian berani mempertikaikan hak ketuanan di negara ini ialah kerana mereka bersekongkol dan mendapat sokongan daripada PKR dan Pas.

Contohnya, kata beliau, apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri terus diperalatkan bukan Melayu terutama DAP.

“Anwar sahabat saya. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri dan menggunakan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita itu. Anwar menjanjikan pelbagai ganjaran mengikut kemahuan orang Cina dan India yang menyokongnya.

“Orang Melayu di Malaysia perlu sedar, bahawa kedudukan mereka di tanah air sendiri kini umpama telur di hujung tanduk,” tegasnya.

Selain itu, Ibrahim menyatakan bahawa UMNO kini sedang berlumba- lumba dengan Pas untuk mendapatkan sokongan bagi meraih undi Cina melalui pilihan raya.

“Perkasa mendapati bukan sahaja Pas cenderung meraih undi Cina, UMNO pun sama. Dalam hal ini, Perkasa mengingatkan semua parti jangan sesekali menggadai maruah dan hak ketuanan Melayu hanya kerana kepentingan parti,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli Perkasa agar sentiasa berani bertindak demi hak pribumi di Malaysia.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels