Showing posts with label sodomy II. Show all posts
Showing posts with label sodomy II. Show all posts

11 July 2012

Sodomi II: Pendakwaraya beri 10 alasan mengapa Anwar perlu disabitkan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.

Katanya ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin telahpun membuat penemuan di akhir kes pendakwaan bahawa “male Y” yang diperolehi dari profil DNA yang dianalisis oleh ahli kimia, Dr Seah Lee Hong adalah dari ‘semen extract’ (ekstrak air mani) yang mana berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel yang diambil dari lokap yang dihuni dan digunakan oleh Anwar.

Ini adalah antara alasan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuan yang difailkan petang Isnin lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Dalam petisyen itu pihak pendakwaan mengemukakan 10 alasan.

Pihak pendakwaan berkata Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan juga telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.

Ia juga menyatakan bahawa hakim telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat itu dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.

Pihak pendakwaan juga berkata bahawa hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integrity sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful sedangkan hakim itu telahpun memanggil Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat itu di akhir kes pendakwaan.

“Yang arif hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan,” kata pihak pendakwaan.

Ia juga berkata Mohamad Zabidin telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menilai semula keseluruhan keterangan berkaitan dengan pengutipan, pengendalian dan analisis sampel-sampel DNA yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

Hakim itu telah memberi pertimbangan yang salah kepada keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan iaitu Dr David Wells and Dr Brian Mc Donald, yang menyatakan pendapat mereka yang berdasarkan teori-teori yang tidak lengkap dan tidak menyeluruh tanpa mengambil kira teori-teori-teori dan penulisan-penulisan oleh lain-lain pakar yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Pihak pendakwaan berkata hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menilai kepakaran dan pengalaman Dr Brian dalam pemeriksaan DNA.

Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menimbangkan bahawa Dr Seah dan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon telah memberikan pendapat mereka berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dibuat oleh mereka sendiri ke atas sampel-sampel DNA tersebut berbanding dengan Dr David and Dr Brian yang memberikan pendapat mereka hanya berdasarkan teori-teori sahaja.

“SP5 (Dr Seah) dan (Dr Nor Aidora) SP6 juga telah mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang ditimbulkan oleh saksi-saksi pembelaan semasa membuat pemeriksaan dan analisis ke atas sampel-sampel DNA tersebut,” kata pihak pendakwaan lagi.

Hakim itu juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang menunjukkan mana-mana bekas-bekas sampel DNA yang telah dimeteri itu telah dikacau ganggu.

Ini kerana Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengesahkan bahawa meteri pada bekas-bekas sampel DNA yang mereka perolehi daripada DSP Judy masih utuh.

Pihak pendakwaan berkata hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal mengambil kira bahawa terdapat lain-lain keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful sepertimana yang telah dinyatakan oleh hakim itu dalam penemuannya di akhir kes pembelaan.

Hakim itu telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi dari beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka.

“Oleh yang demikian, perayu memohon kepada mahkamah yang mulia ini supaya keputusan yang arif hakim Mahkamah Tinggi dalam melepaskan dan membebaskan responden (Anwar) diketepikan dan responden dengan itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” kata pihak pendakwaan.

Pada 2 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan.

Dalam penghakiman bertulis itu, Mohamad Zabidin memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful.

Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung kepada keputusan ujian DNA yang dilakukan oleh Dr Seah terhadap sampel berkenaan.

Pada 9 Jan, Mohamad melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar, 65, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.

15 December 2011

Sodomi II: Hujahan Peguam Anwar keluar tajuk- babitkan pula bekas IGP sebagai biang kerok

Barisan Peguam Anwar selain mereka-reka cerita mengenai mangsa, juga mengaitkan bekas IGP Tan Sri Musa Hassan.

Menurut peguam Anwar, bekas IGP itulah penulis skrip, dakwaan Saiful terhadap Anwar.

Barisan peguam Anwar tidak menjawab bukti-bukti yang diberikan di mahkamah, melainkan cerita-cerita baru mengenai mangsa liwat-Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Cerita-cerita baru tersebut, termasuklah-kononnya mangsa mencederakan duburnya sendiri dengan memasukkan plastik, supaya konsisten dengan perlakuan liwat.

Namun, pihak penguam Anwar tidak pula merungkai, bagaimana airmani Anwar berada dalam dubur Saiful.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari, 2012- keputusan Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah akan diketahui, apakah Anwar sabit kesalahan ataupun tidak.

Anwar berhadapan dengan penjara 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah.

22 September 2011

Kenapa Najib-Rosmah enggan jadi saksi sodomi II Anwar?

Pertanyaan di atas tiada yang boleh menjawab, kecuali yang empunya diri. Apa yang menjadi iktibar di sini, apabila ada saksi yang diperlukan oleh mahkamah suatu hari kelak akan ikut jejak pasangan nombor wahid negara itu.

Najib dan Rosmah telah disepina oleh Mahkamah yang mendengar kes Sodomi II Anwar, sebagai saksi pembelaan, namun pasangan itu enggan melayan sepina tersebut, sebaliknya mengemukakan permohonan agar sepina tersebut diketepikan.

Mahkamah hari ini telah memutuskan untuk mendengar permohonan pasangan negara tersebut pada 29 Septmember. Akibat keputusan tersebut, maka perbicaraan sodomi II yang berlangsung hari ini, ditangguhkan pada 3-7 oktober.

Sodomi II adalah pertuduhan ke atas Anwar yang membabitkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengaku diliwat oleh majikannya tersebut kali terakhir pada 26 Jun,2008 disebuah Kondominum di Jalan setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01-4.30 petang.

13 July 2011

Sodomi II:Imbas kembali Keputusan Hakim 13 Mei lalu-Anwar perlu membela diri

Walaupun sekitar 200 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba ‘ bikin sarkas’ di komplek Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Isnin namun undang-undang tetap undang-undang.

Setelah mengambil masa selama 1 jam 48 minit Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan dinanti-nanti mengenai kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sudah tertangguh banyak kali.

Keputusan beliau ialah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

Maka Ketua Umum PKR itu diperintah membela diri atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya.

Dalam merumuskan kes itu hakim mendapati Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai.

Menurut beliau keterangannya selaras dengan saksi-saksi pakar bahawa terdapat penetrasi zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan.

Anwar yang ditemui wartawan selepas itu seperti selalu member komentar dengan skrip biasanya.Dakwanya keputusan hakim itu sudah dijangka.

Katanya mereka akan fight all out untuk membela diri.

Sementara itu suasana sekitar mahkamah kecoh dengan pelbagai gelagat kalangan 200 penyokong Anwar sementara menanti pengumuman hakim.

Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lepas.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Ini merupakan tuduhan liwat kedua Anwar hadapi. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar.

Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara

16 May 2011

Twit Anwar menggambarkan kesedihannya-terpaksa membela diri meliwat

Anwar Ibrahim

24 March 2011

Karpal akan sapina Najib dan Rosmah jadi saksi sodomi Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dipanggil untuk membela diri dalam perbicaraan kes liwat beliau.

“Kami akan menentukan perkara ini kemudian, selepas penghujahan dikemukakan oleh kedua-dua pihak . . . akan memanggil mereka sebagai saksi, kemungkinan ada,” kata peguam bela Karpal Singh kepada pemberita di sini hari ini.

Karpal berkata mereka perlu menemu bual Najib dan Rosmah terlebih dahulu sebelum memanggil mereka sebagai saksi.

“Senarai saksi kami termasuklah Najib, Rosmah dan Dr Osman dari Hospital Pusrawi,” kata Karpal.

Pendakwa menutup kes mereka hari ini selepas mahkamah memutuskan untuk menerima tiga barang, yang diambil dari lokap, yang digunakan untuk mengambil sampel DNA Anwar.

Perbicaraan akan disambung 18 April ini bagi membolehkan kedua-dua pembela dan pendakwa mengemukakan hujah masing-masing.

14 February 2011

Sodomi II diteruskan Tanpa Karpal Singh

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini tanpa peguam Karpal Singh. Perbicaraan diterus dengan keteranngan ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheawe Feng berhubung borang perubatan pro-forma.

Pada sesi mahkamah yang lalu, Siew hanya mengemukakan borang pro-forma yang kosong untuk rujukan pihak pembelaan.

Doktor itu juga enggan merujuk kepada nota-nota perubatannya ketika disoal balas oleh pihak pembelaan tetapi kemudiannya sering-kali melihatnya semula ketika mahkamah berhenti untuk rehat.

Akibatnya, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah terpaksa mengarahkanya supaya menyerahkan nota itu kepada pihak pembelaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga kembali beraksi di mahkamah selepas mengalami keretakan tulang di kakinya.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian perwakilan asing di negara ini termasuk daripada Finland.

LAPORAN LANGSUNG

9.07am: Perbicaraan ditangguhkan atas permintaan peguam Param Cumaraswamy dan Sankara Nair supaya hakim menunggu selama 10 minit lagi untuk menantikan kehadiran Karpal.

"Dia ada sekitar ini dan dijadualkan meneruskan soal balas kerana ini adalah bahagiannya,” kata Param.

Adalah difahamkan Karpal berada di perbicaraan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Teoh Beng Hock yang sedang bersidang di bilik yang berasingan di kompleks mahkamah berkenaan.

9.05am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Mohd Zabidin mengambil tempatnya.

Peguam Karpal Singh masih belum tiba, Galeri awam agak penuh dengan kehadiran kira-kira 70 orang.

9.01am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masuk dan bersalaman dengan orang ramai.

Juga berada di galeri awam adalah ahli parlimen Machang yang juga setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution.

8.41am: Peguam Sankara Nair tiba dengan ahli patologi Australian, Dr David Wells, yang ditugaskanmembantu pihak pembelaan.

8.39am: Anwar tiba bersaam isterinya yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama puluhan penyokongnya.

Juga berada di mahkamah adalah bekas ahli parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad dari PAS, yang pada Jumaat lalu, dilepaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan tuntutan memalsukan dokumen, sembilan tahun lalu.

8.36am: Seorang perwakilan dari pejabat Suruhanjaya Tinggi australia juga hadir bersama ahli parlimen PKR, Johari Abdul, yang mewakili kerusi Sungai Petani, Kedah.

Tidak ramai wartawan, khususnya dari media berbahasa Cina. Kemungkinan, tumpuan mereka adalah pada perbicaraan Suruhanjaya Siasatan kes Teoh Beng Hock.

8.35am: Tidak ramai orang di mahkamah setakat ini. Ini mungkin kerana Diasatan Diraja mengenai kes Teoh bermula hari ini juga diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Wartawan dan orang ramai dibenarkan masuk ke mahkamah. Pihak pendakawaan diketuai oleh Peguam Cara II Negara, DatukMohd Yusof Zainal Abiden yang masuk melalui pintu yang berasingan.

8.29am: Pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersama bapanya, Mohd Lazim berada di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

13 February 2010

Saiful Hanya Mau Keadilan: Austarlia Jangan Ikut Campur: Ibrahim Ali

Tindakan 50 Ahli Parlimen Australia yang diketuai oleh Michael Danby dari Parti Buruh yang juga Pengerusi Hal Ehwal Luar Australia menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia semalam disifatkan sebagai tindakan untuk cuba mencampuri urusan dalaman negara ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata perbuatan itu adalah tidak sopan dan berniat jahat untuk memburukkan nama baik negara di mata dunia.

"Saya mengecam tindakan 50 Ahli Parlimen tersebut yang cuba mencampuri urusan negara ini.

"Setiap negara ada undang-undang dan tiada siapa boleh mengatasi undang-undang dan setiap rakyat berhak mendapat keadilan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kira-kira 50 penggubal undang-undang Australia yang menggesa kerajaan Malaysia supaya menggugurkan kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.

Sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman semalam dalam satu kenyataan berkata, kementeriannya akan mengambil inisiatif melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra untuk menjelaskan fakta perbicaraan kes tersebut kepada mereka yang berkenaan.

Dalam pada itu Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hairan kerana kes berkenaan didkwa oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan Anwar.

"Dia adalah seorang rakyat yang mahu keadilan untuk dirinya," tegasnya.

10 February 2010

Hakim Tetap 18 Februari Keputusan Sama Ada Tarik Diri Dengar Kes Anwar

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 18 Februari depan untuk memutuskan sama ada beliau akan menarik diri daripada terus mendengar kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad Zabidin berkata beliau memerlukan masa untuk meneliti hujah pihak pendakwaan dan pembelaan serta nas undang-undang yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak kepada permohonan Anwar yang meminta beliau menarik diri daripada mendengar kes itu atas alasan hakim dianggap berat sebelah.

Beliau menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar hujah peguam Anwar, Karpal Singh dan hujah jawapan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.

Pihak pembelaan yang seharusnya membuat pemeriksaan balas terhadap saksi pertama pihak pendakwaan, iaitu pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, pada Isnin lalu telah menangguhkan dua kali prosiding tersebut untuk membolehkan Anwar memfailkan afidavit untuk menyokong permohonannya serta pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan.

Pihak pembelaan membuat permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. - BERNAMA

Sodomy II Live Reports- Day 6

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels