Showing posts with label suku minoriti. Show all posts
Showing posts with label suku minoriti. Show all posts

8 April 2013

PRU-13: Apa Yang Orang Iranun dapat lakukan?

AWAL-AWAL lagi Perdana Menteri menekankan, bahawa kriteria calon-calon BN adalah "winnable candidate" ertinya calon-calon itu selain diterima rakyat juga merupakan pemimpin akar umbi pada satu-satu kawasan.

Winnable candidate adalah seseorang pemimpin yang berjasa kepada rakyat secara amnya dan khususnya akar umbi, selain dekat dengan rakyat.

To the point sahaja.. untuk sementara adakah kalangan kaum iranun memenuhi kriteria itu? Setahu penulis individu yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik adalah Tan Sri Pandikar, pun demikian, pada PRU-13 ini, Speaker Dewan Rakyat itu telah membayangkan tidak akan menyertainya.

Memang ramai kalangan kaum iranun yang suka dan berminat dalam politik, namun kaki mereka tidak sepenuhnya dalam politik, kaki mereka sebahagian terikat dengan majikan. Mereka rata-ratanya bukan ahli politik tetapi berminat bermain politik.

Bagaimana kah rakyat dapat menilai mereka? sedangkan kalau adapun sumbangan kepada rakyat, bukannya berpunca daripada kerjaya politik, tetapi iksan daripada majikan, atas sebab mereka menggunakan kedudukan jawatan mereka untuk berpolitik.

Penulis bukannya merendahkan keupayaan suku iranun, kerana penulis juga daripada suku itu, tetapi penulis kena mengukur baju di badan sendiri.

Penulis yakin, dalam sanubari suku iranun, berkecamuk apa yang penulis tulis, kerana mereka juga tidak dapat lari daripada kenyataan ini.

Senario di atas adalah jika dalam barisan nasional, akan tetapi jika bercakap di pihak pakatan, maka terdapat beberapa orang yang benar-benar berkecimpung dalam politik sepenuh masa. Dalam pakatan tidak timbul rayuan agar suku iranun perlu dicalonkan, kerana memangpun salah satu pemimpin iranun itu adalah pilihan utama untuk bertanding. Ambil contoh Setiausaha PAS Sabah- Saudara Laiman Haji Ikin, sudah pasti beliau akan menjadi pilihan partinya bertanding; demikian juga Saudara Safian Saluddin Timbalan bendahari PKR Sabah, merupakan pilihan partinya untuk bertanding.

Di pihak BN, setakat ini hanya ada Datuk Almudin Kaida yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik, namun disebabkan beliau mewakili  parti komponen yang dianggap daripada KDM, maka sukar baginya dipilih bagi kawasan yang bukan bermajoriti kaum KDM.

Berasaskan kepada ulasan di atas, apapun desakan kaum iranun, untuk sementara belum dapat dilayan, kerana belum ditemuinya individu iranun yang benar-benar berkerjaya sebagai ahli politik, dan juga  mempunyai sumbangan dan jasa kepada rakyat. 

Pemilihan calon daripada suku iranun, tidak boleh menggunapakai  slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan sepertimana ungkapan WARIS yang baru ditubuhkan.Fikir-fikirkan lah

31 January 2010

Jangan Perlekeh Kaum Kecil: Kaum Itu juga Penentu kemenangan: Mahathir

Parti politik atau pemimpin parti politik jangan sekali memperlekeh kaum minoriti. Dalam pilihanraya kaum minoriti ini juga boleh menentukan kemenangan. Untuk menang dalam pilihan raya hanya cukup 100-102 undi lebih dibanding lawan untuk menang. Demikian kata-kata Tun Mahathir ketika merasmikan Perkasa Pribumi Selangor semalam.

Perkara ini katanya telah berlaku sendiri kepada beliau,kerana pada tahun 1969 beliau pernah kalah kepada Yusof Rawa (calon Pas=PIMP) dengan kekurangan undi 989.

"Pada masa itu saya berjuang dan membela melayu, kerana itu apabila saya menang dengan mudah di Kota Setar Kedah pada tahun 1964 dengan majoriti 4,000 lebih, maka itu saya tidak memberi perhatian kepada undi cina yang tidak sampaipun 5,000; sedangkan undi melayu melebihi 28,000"

Akibat anggapan Tun Mahathir pada ketika itu, bahawa pengundi melayu yang majoriti pasti mengundi beliau, kerana beliau memperjuangkan kaum melayu. Akan tetapi sangkaan Tun Mahathir itu salah, atas sebab itu lah beliau kalah.

Berasaskan kepada pengalaman tersebut, Tun Mahathir berpesan kepada parti politik dan pemimpin politik, jangan ambil remeh kaum-kaum minoriti. Mereka juga merupakan penentu kemenangan.

Di kawasan Kota Belud misalnya, suku kaum irranun adalah suku kaum minoriti, baik bagi kawasan DUN Temapsuk yang sekarang diwakili oleh Datuk Haji Musbah Jamli, maupun DUN Usukan yang sedang diwakili oleh Datuk Japlin Akim.

Suatu ketika dahulu, suku kaum irranun ini tidak perlu diambil berat sangat oleh parti-parti politik mahupun pemimpin politik, baik pemimpin politik dari suku kaum Bajau mahupun Dusun.

Disebabkan kurang menjadi perhatian,maka suku kaum irranun pada masa itu secara perlahan bangkit, bukan melalui parti pemerintah tetapi melalui parti pembangkang.

Saudara Pinjaman Hassin salah seorang pelopor pembentukan Parti USAP (United Sabah Action Parti). Kewujudan parti USAP ini sekurang-kurangnya suku irranun yang minoriti tersebut menjadi perhatian,kerana dalam pilihanraya negeri pada ketika itu, sdr Pinjaman Hassin mencoba untuk bertanding, namun gagal kerana halangan-halangan birokarsi pilihanraya dan samseng-samseng politik.

Atas tipu helah parti memerintah masa itu, maka parti USAP dibubarkan. Sdr Pinjaman Hassin tetap juga tidak menyertai parti pemerintah yakni USNO (United Sabah National Organisation) tetapi masuk pula Parti PEKEMAS parti pembangkang dari Semenanjung yang diketuai oleh Dr Tan Sie Kon (Bapak kepada Dr Tan sing Giew- MP DAP Kepong ketika ini).

Saya masih ingat perjumpaan rakyat bersama Dr Tan di Tamau Kota Belud Sabah. Pada masa itu berkumpullah seluruh masyarakat Irranun,kecuali keluarga tertentu pengampu kepada pemimpin Usno pada masa itu.

Pada perjumpaan tersebut Sdr Pinjaman Hassin berucap dengan berapi-apinya. Ucapan beliau berkisar tentang diskriminasi kepada kaum irranun oleh suku majoriti daerah.

Dalam ucapan itu juga, sdr Pinjaman menerangkan bagaimana sekelompak keluarga kaum irranun yang sungguh daif dan miskin tidak diberikan ransum "beras" jika kualiti masa kini diambil kira, ayam atau itik pun tidak sudi mematuknya.

Masa berjalan. Tahun 1976, Parti Usno kecundang di tangan berjaya. Kemudian Parti berjaya kecundang kepada parti PBS. Pada pilhanraya tahun 1986, sdr Pinjaman diberi kesempatan bertanding atas tikit PBS di DUN Usukan, namun tewas di tangan Bapak Kemerdekaan Sabah Tun Mustapha. Nasib malang bagi sdr Pinjaman, walaupun sebagai calon yang kalah, tetapi tidak dilantik sebagai ADUN dilantik, sebaliknya PBS melantik Salleh Said Keruak sebagai ADUN dilantik.

Pada masa itu peranan kaum minoriti suku kaum irranun belum lagi terserlah. Namun setelah ada persempadanan baru, dimana undi suku kaum irranun akan menjadi penentu, dimana sahaja mereka bersatu untuk menyokong, maka bermula era politik suku kaum irranun.

Di DUN Tempasuk misalnya, di mana sahaja suku kaum irranun memberikan undinya pasti calon tersebut akan menang. Robert Minggir misalnya merasakan itu semua. Pandikar Amin juga turut merasakannya. Musbah Jamli juga turut merasaknnya.

Melalui seruan Tun Mahathir semalam semasa merasmikan Perkasa Pribumi Selangor, perlu lah diambil iktibar oleh parti politik atau pemimpin politik bagi daerah Kota Belud, suku kaum minoriti juga boleh menentukan kemenangan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels