3 November 2011

Salleh ahli politik yang mempunyai kelas tersendiri

BAYANGKAN, daripada tiada jawatan politik, Salleh mampu kembali ke persada politik negeri.

Ramai yang telah membayangkan bahawa politik Salleh telah sampai ke penghujungnya apabila tidak dicalonkan pada PRU-12.

Namun selepas come back, melalui perebutan Ketua Umno Bahagian Kota Belud, selepas PRU-12 lalu, Salleh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno negeri.

Selepas dilantik ke jawatan politik, beliau sempat menjadi pengerusi Kraft Tangan Malaysia, sebelum membuat option menerima lantikan jawatan Penasihat Sains kepada Ketua Menteri Sabah.

Dalam politik semua boleh berlaku, sebelumnya Salleh align dengan Datuk Safie Apdal bersama Tan Sri Pandikar melalui pertubuhan USBO.

Sebelum PRU-12, Salleh merupakan ancaman kepada kedudukan Musa melalui USBO, faktor inilah yang mengakibatkan para pemimpin USBO tidak dicalonkan pada PRU-12.

Menurut sumber dalaman Umno, perlantikan Salleh ke jawatan Timbalan Pengerusi Umno negeri adalah atas permintaan Safie Apdal kepada Perdana Menteri, sebelum Safie bersetuju dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Strategi politik atas perlantikan Salleh adalah untuk mengimbangi kuasa dan cek and balance terhadap kepimpinan Musa.

Namun dalam politik semuanya berlaku, setia kawan dalam perjuangan boleh diketepikan, semata-mata kerana jawatan dan kuasa.

Peranan Salleh tercium oleh Datuk Musa, atas sebab itu, Salleh diberi peranan dalam pemerintahan Musa, kerana itulah matalamat sebenar Salleh, yakni platform dalam politik, yakni melalui jawatan.

Benar juga, apabila Salleh diberi peranan yang bermula sebagai Penasihat Sains dan kemudian sebagai speaker, maka politiking yang bergitu hebat sebelumnya telah kendur, malah semakin lenyap.

Kini, Salleh boleh dikatakan sebagai jurucakap Musa dalam menangkis isu-isu semasa, termasuk perbalahan dengan Timbalan Presiden LDP dan Wakil Rakyat Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Misi Salleh melalui skrip asal telah dibuang jauh-jauh, dan kini berpihak sepenuhnya kepada Musa.

Salleh kini, nampak sebagai team dalam kepimpinan Musa. Dengan itu, mudahlah bagi Ketua Menteri itu meneruskan HALATUJUnya membangun negeri.

Salleh pada setiap kesempatan melaungkan sokongannya terhadap kepimpinan Musa, malah semasa Ulang Tahun Ketua Menteri itu, Salleh berikrar untuk mempertahan kepimpinan Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu.

Musa telah berjaya menyempurnakan misi politiknya, apabila pemimpin yang dianggap cuba menggugat kedudukannya telah dijinakkan dengan mudah.

Musa bukan sahaja mempunyai rekod sebagai ahli perniaggan yang berjaya, juga berjaya sebagai ahli politik.

Cuba bezanya, Musa adalah ahli politik yang setiakawan, atas sebab itu, walau apapun kritikan terhadapnya berhubung perlantikan Peter Pang dan Raymond Tan dalam kabinet negeri, Musa tetap dengan keputusannya.

2 November 2011

Impak skim jawi-jawi

TIADA yang menafikan bahawa pembanguan adalah untuk rakyat, namun apabila pembangunan itu tidak dirancang dengan baik berakibat buruk.

Skim Jawi-jawi yang dibangun pada tahun 1968, memang telah melahirkan ramai peserta berduit ketika ini, akbiat penjualan tanah yang berlipat ganda harganya.

Tujuan skim itu sebenarnya adalah untuk meningkatkan produksi padi, namun kesilapan adalah apabila hak milik tanah diberikan kepada peserta.

Kini, hak milik tanah telah bertukar tangan, dan kebanyakan dimiliki mereka yang berduit.

Tujuan asal skim itu adalah untuk memberi impak perekonomian Kota Belud, namun tujuan itu melencong daripada sasaran, kerana perancangan yang silap.

Selain itu, impak pembangunan skim jawi-jawi terhadap alam sekitar cukup teruk, sehinggakan fauna dan flora di sungai Merabau dan Tawadakan punah.

Air sungai yang sebelumnya merupakan sumber pendapatan dan makanan berasaskan ikan atau udang, kini menjadi sumber penyakit terutama penyakit kulit.

Petani yang menggunakan air Tawadakan untuk pengairan sawah terdedah kepada penyakit kulit yang kronik.

Limpahan air yang tercemar daripada skim jawi-jawi telah menguasai seluruh perkampungan sekitarnya terutama perkampungan kaum iranun.

Impak kepada perespan air dalam tanah adalah air tanah yang dihisap untuk kegunaan harian oleh penduduk sekitar berakbiat kepada penyakit menahun, seperti kerosakan buah pinggang, keruntukan gigi, kerosakan hati dan penyakit hepititis.

Sayang, berdekad-dekad lamanya kaum iranun terdedah kepada pemusnahan tidak langsung, ini lah akbiat yang perlu diterima oleh mereka kerana perancangan yang buruk.

Pemimpin untuk rakyat atau pemimpin untuk kuasa-mana anda pilih?

Di Kota Belud ada dua kategori pemimpin politik, satu golongan mengunakan pentas politik untuk dapat kuasa untuk membina kepimpinan untuk diri sendiri dan satu golongan menggunakan pentas politik untuk membela rakyat.

Sesiapa sahaja penduduk Kota Belud dapat membezakan dua golongan ahli-ahli politik ini.

Bagi pemimpin politik yang menggunakan pentas politik untuk mendapat kuasa, biasanya akan mendekati rakyat di kala ada mahunya, namun bagi pemimpin yang menggunakan politik untuk membela rakyat, akan mendekati rakyat tidak mengira waktu.

Pada pemilihan Umno tahun 2008, pemimpin politik yang menggunakan pentas politik untuk mendapat kuasa sanggup meredah malam, kampung-kampung untuk hadir sesuatu majlis, apa kah majlis itu majlis kerian atau kedukaan. Namun selepas kuasa sudah ditangan, maka lakonan itu sirna, malah tidak mesra lagi.

Berlainan dengan pemimpin yang menggunakan pentas politik untuk membela rakyat, kegiatannya adalah sepanjang masa, kerana kepuasannya adalah apabila dapat bersama rakyat, apa tah lagi dapat mendengar keluh kesah rakyat dan dapat membelanya.

Terpulang kepada penduduk Kota Belud pada PRU-13 akan datang, jika sekiranya pemimpin yang menggunakan pentas politik untuk mendapat kuasa dicalonkan, tepuk dada tanya selera.

Ada juga pemimpin terselamat kerana keadaan

KALAULAH tsunami politik tidak melanda Semenanjung pada PRU-12, para pemimpin yang diketepikan pada PRU itu, mungkin sekarang ini hanya menjadi ahli persatuan mantan yang berhormat.

Apabila tsunami melanda, maka pucuk pimpinan BN tiada pilihan, melainkan perlu menghimpun semua kekuatan, mengurangkan pergeseran, maka berlakulah akomodasi dalam politik.

Sebenarnya, Sabah akan tetap menjadi simpanan tetap BN, walaupun tidak berlakunya akomodasi politik, namun pemimpin Sabah, terutama Datuk Musa Aman, terpaksa juga akur dengan keinginan pucuk pimpinan daripada Kuala Lumpur.

Selain itu, Musa juga ingin mengurangkan politiking di peringkat negeri, agar supaya beliau dan pasukkannya mampu berkerja mencapai sasaran HALATUJU Sabah, tanpa gangguan daripada kegiatan politiking.

Nah! benar juga, apabila politiking berkurang, maka Musa dengan tenang dapat meneruskan rentak kerjanya tanpa gangguan.

Malah, para pemimpin yang seharusnya diketepikan itu, sekurang-kurangnya menjadi jurucakap dalam menjawap isu-isu semasa, dimana dahulunya terpaksa dijawab oleh Musa sendiri.

Dalam isu, penentangan Timbalan Presiden LDP terhadap Musa, Musa tidak perlu mengeluarkan komen atau kenyataan akhbar, kerana dengan tangkas individu yang diketepikan sebelumnya menjawab bagi pihaknya.

Namun, di peringkat akar umbi, pemimpin yang diketepikan itu menabur isu, bahawa apabila Musa bersara, maka beliaulah yang akan menjadi pengganti; kerana menurut mereka, adalah lumrah apabila nombor satu turun, maka akan diganti oleh orang nombor dua. Keadaan ini berlaku, sejak Datuk Osu Sukam lagi menjadi Ketua Menteri. Namun, hakikatnya, jawatan nomobr satu silih berganti akan tetapi orang nombor dua tidak juga mendapat tempat jawatan nombor satu.

OKB sangat tertarik dengan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri pada 30 Oktober lalu bertempat di UMS, bahawa Kepimpinan Musa Aman, sebagai Ketua Menteri Sabah wajib diteruskan selama yang boleh, kerana melalui kepimpinan Musa, Sabah mengalamai pembangunan yang pesat, pertambahan wang simpanan negeri dan pengurusan kewangan yang mapan sesuai dengan perakuan Ketua Audit Negera.

Berasaskan kepada prasyarat itu, maka jika belakunya penggantian jawatan Ketua Menteri, maka pemimpin itu mesti mempunyai kualiti seperti Musa atau setanding dengannya.

Musa mempunyai pengalaman dalam perniagaan dan berjaya dalam mengurus perniagaan. Trek rekod seumpama itu, mesti ada pada penggantinya suatu hari kelak.

Musa tidak boleh diganti oleh seseorang yang hanya tahu berpolitik, tanpa visi yang jelas membangun negeri.

Semasa pemerintahan Musa, tidak terdengarpun, adanya GLC atau harta kerjaan yang dijual untuk mendapat kewangan bagi pihak kerajaan. Malah melalui pemerintahan Musa, GLC yang diswastakan melalui pentadbiran terdahulu diambil semula.

Sebelum Musa dilantik, banyak tanah kerajaan dijual kepada pihak swasta, malah ladang lembu negeri di Darwin, Australia telah dijual; tanah di Tanjung Aru diserahkan kepada swasta kononnya akan dibangunkan, dan kini hanya tempat riadah; beratus ekar tanah di Kota Marudu dijual kepada pihak swasta, untuk tujuan mendapat kewangan bagi pihak kerajaan negeri.

Malah kawasan hutan, diserahkan kepada pihak swasta melalui FMU, di mana tindakan ini merugikan kerajaan negeri dan seterusnya rakyat.

Apakah trek rekod yang terpalit kepada pemimpin tertentu itu akan diberi peluang lagi untuk memimpin Sabah, yang sudah itu sudah lah, jangan berangan-angan lagi. Bersyukurlah kerana keadaan menyelamatkan; sekurang-kurangnya masih bertempat dipersada politik negeri di bawah bayu ini.

Jengoklah ke belakang, kawasan yang diwakili berpenggal-penggal, ramai rakyatnya masih merimpat. Datanglah ke kg Songsong, Tanjung Batu dan Lingkudon, faktanya nyata terbentang di sana.

1 November 2011

Calon boleh menang Kota Belud

APBILA Najib mengumumkan bahawa calon BN pada PRU-13 adalah individu yang BOLEH MENANG, maka persyaratan itu, ada pada wakil-wakil rakyat Kota Belud yang sedia ada.

Wakil rakyat Parlimen misalnya; Datuk Rahman Dahalan, walaupun sepenggal, tetapi mampu menyelesaikan masalah air bersih Kota Belud. Walaupun, saluran air bersih belum sampai ke rumah-rumah pada masa ini, namun jaminan telah diberikan bahawa pada penghujung tahun 2012, masalah air bersih Kota Belud akan siap sepenuhnya.

Pembangunan sumber pendapatan rakyat terus berjalan melalui projek Jelapang Padi yang meliputi tiga kawasan Tempasuk, Usukan dan Kedamaian. Selain itu, projek Agropilitan yang merangkumi projek tenusu, perkebunan dan sanggar ikan terus berjalan.

Walaupun projek-projek tersebut mendapat sabotej daripada pemimpin tertentu, namun sikap cekal Pembantu Menteri Pertanian, Datuk Musbah, MP Datuk Rahman dan ADUN Usukan Datuk Japlin, selain sokongan padu Ketua Menteri Sabah, maka projek-projek tersebut berjalan mengikut jadual.

Selain itu, projek-projek yang dikenal pasti untuk kepentingan rakyat seperti pelancongan, pendidikan dan industrti kecil dan sederhana sedang berjalan sesuai dengan 5 entry point pembangunan yang terkandung dalam HALATUJU pembangunan Sabah yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Malah untuk tahun 2011 sahaja, Datuk Musa telah memberi komitmen mengenai pembangunan Kota Belud sebanyak tiga kali melalui ucapannya semasa turun padang di Kota Belud.

Kota Belud mengecap pembangunan apabila, satu tindakan berani Musa menncalonkan orang-orang baru di kawasan Kota Belud pada PRU-2008. Seikiranya tiada tindakan berani itu, Kota Belud hingga kini masih terlena tanpa pembangunan yang bercorak ekonomi.

Bagi rakyat Kota Belud, mereka mahu adalah wakil rakyat yang membela mereka, dari segi pengwujudan sumber pendapatan, agar supaya pendapatan mereka terus kekal sepanjang hayat. Mereka tidak mahu pemimpin yang berpoilitik sepanjang masa, kerana pemimpin seumpama itu, hanya mahu kuasa atas dirinya demi kepentingan dirinya serta kerabatnya.

Bukti nyata di Kota Belud, apabila sebelumnya diwakili oleh pemimpin yang berpolitik, sebagai akibatnya rakyat terus merimpat, papa kedana, ulun, meminta-minta dan seterusnya bergantung pada huluran 100-200 atau malah 500 daripada pemimpin berkenaan.

Kata orang; berbudi pada tanah adalah untuk mendapat produk yang boleh disumbangkan oleh tanah itu, namun pemimpin berpolitik berbudi pada rakyat untuk mendapat kuasa dan pada gilirannya menumpuk harta, namun membiarkan rakyat terkapai-kapai.

Di Kota Belud gema terlalu kuat, bahawa pemimpin dalam kategori berpolitik akan kembali, kononnya kesilapan lalu akan ditebus; percayalah, apabila ini berlaku, rakyat Kota Belud akan kembali keadaannya seperti tahun 1990-an, tanpa arah yang jelas, kerana dibenak pemimpin berpolitik itu, orang Kota Belud sukar diatur, dan membiarkan mereka miskin agar mudah menjadi bank votes semasa sebarang pemilihan.

Sesuai dengan resolusi Parti PBS semalam, jangan ganggu winnable candidate tahun 2008, kerana formula tahun itu, masih relevan dan mampu mememangkan BN Sabah dengan cemerlang.

27 October 2011

BN Sabah akan terus memerintah selepas PRU-13

PERGOLAKAN politik antara para pemimpin BN-Sabah, tidak banyak membawa impak kepada kemampuan BN Sabah dalam pilihan raya akan datang. Samada wujudnya pergolakan itu ataupun tidak, prestasi BN Sabah akan sama, sesuai dengan trend pengundian semasa, akibat perubahan politik di peringkat kebangsaan dan negeri, terutama keputusan PRU-12 lalu.

BN Sabah tidak boleh memperlekeh keluarnya SAPP daripada BN, akibat keluarnya parti pimpinan Datuk Yong Teck lee itu, sekurang-kurangnya akan berpengaruh di 20 kawasan DUN. Ertinya, BN-Sabah ada kemungkinan akan terlepas 20 kerusi DUN pada PRU-13 akan datang.

Kawasan-kawasan kelabu tersebut adalah: N2-Tanjong Kapor, N3-Pitas, N4-Matunggong, N5-Tandek, N7-Kedamaian, N9-Tamparuli, N11-Kiulu, N12-Karambunai, N13-Inanam, N14-Likas, N15-Api-api, N16-Luyang, N17-Tanjong Aru, N19-Kepayan, N20-Moyog, N28-Sindumin,N33-Bingkor, N37-Sook, N47-Kuamut dan N57-Sri Tanjong. Diantara yang disenaraikan, hanya N57-Sri Tanjong adalah kerusi DAP.

Meskipun, BN mungkin kalah di semua DUN tersebut, BN-Sabah masih mempunyai kuasa 2/3 di DUN, kerana jumlah yang diperlukan adalah 40. Jumlah keseluruhan kerusi DUN Sabah adalah 60.

Namun jika trend pengundian akan berlaku sama pada peringkat parlimen, maka Sabah akan kehilangan antara 6-7 kerusi parlimen. Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen. Pada PRU-12 lalu, BN Sabah hanya kalah di parlimen Kota Kinabalu, melalui calon PBS kepada DAP.

25 October 2011

Kata pemimpin itu-orang Kota Belud punya dua cita-cita: Mahu jadi YB atau cari Projek

MAJLIS hariraya seharusnya acara bersilaturahim antara sesama warga, samada antara rakyat biasa, antara pemimpin atau pemimpin dengan pemimpin. Namun, setiap acara jika tiada ucapan, rasanya sesuatu majlis tidak sempurna.

Demikian juga pada satu majlis Hariraya yang berlangsung di Kota Belud, seminggu selepas semua umat islam selamat berjamaah di seluruh masjid dan surau bersembayang dua rakaat sunat idul fitri.

Dalam majlis tersebut, seorang pemimpin diminta berucap sempena majlis tersebut; isinya adalah; "Orang Kota Belud hanya ada dua cita-cita: Mahu menjadi wakil rakyat dan atau mencari projek daripada kerajaan".

Sepintas lalu, apa yang dikatakan pemimpin itu adalah benar, kerana untuk menjadi kaya cepat, maka apabila menjadi wakil rakyat atau mendapat projek daripada kerajaan. Persepsi apabila menjadi YB maka akan jadi kaya, mempunyai bukti yang nyata, demikian juga mereka yang mendapat projek, dengan cepat status meningkat.

Sebenarnya untuk menjadi kaya, bukannya apabila menjadi Yang Berhormat atau mendapat projek; yang menjadikan orang cepat kaya adalah apabila peluang perniagaan terbuka luas. Sebagai contoh, kebanyakkan mereka yang kaya di pekan-pekan atau bandar-bandar, bukan kerana mereka itu menjadi wakil rakyat atau mendapat projek, akan tetapi melalui peluang perniagaan yang ada tersedia. Peluang perniangaan akan mudah tersedia, apabila ada permintaan, ertinya penduduk atau rakyat mempunyai wang sehingga dayabeli rakyat kuat.

Tugas kerajaan melalui pemimpinnya adalah bagaimana mencipta agar rakyat mempunyai wang. Atas sebab itu, infrastruktur yang mengarah kepada peluang perlu disediakan. Syarikat swasta tidak mampu mengadakannya, apatah lagi rakyat biasa.

Di Kota Belud misalnya, apabila infrastruktur yang mendukung agar penduduknya dapat menguasakan tanah pertanian mereka dengan mudah tersedia, maka dengan sendirinya boleh melahirkan peluang-peluang yang membolehkan enterprenur cepat kaya. Ini tidak, penduduk terpaksa membiarkan tanah pertanian mereka tidak produktif, atas sebab infra yang tidak tersedia.

Kerana sifat homogen antara penduduk demikian, maka apabila ada seorang yang terpilih menjadi wakil rakyat, kemudian tiba-tiba jadi kaya atau ada seorang yang mendapat projek; kemudian jadi kaya, maka, sifat homogen itu menjadi cita-cita oleh setiap orang yang menganggap dirinya berpotensi.

Sebenarnya bukan silap mereka yang berpotensi itu, akan tetapi naluri manusia pada tempat itu adalah demikian. Mereka tiada pilihan, melainkan mesti jadi YB atau dapat projek untuk jadi kaya, kerana peluang lain masih tertutup.

Yang boleh membuka peluang adalah kerajaan, kerana kerajaan mempunyai wang. Namun, kerajaan tidak akan dapat membuka peluang, jika pemimpin tempatan tidak mempunyai visi dan perancangan. Rakyat tidak boleh berharap pada kakitangan kerajaan untuk membuka peluang, kerana sifat mereka yang terbiasa dengan arahan "Top-bottom"; jarang yang berfikiran "bottom-up" approach; kerana keterhadan mereka dalam merancang.

Berasaskan senario di atas, atas sebab itu, Kota Belud mempunyai senarai rakyat yang miskin, malah untuk kategori miskin tegar, Kota Belud adalah pemegang piala.

Sepatutnya Kota Belud tidak perlu berada dalam kategori daerah miskin, jika perancangan pembangunan yang berupa infra telah dibuat oleh para pemimpin tempatan.

Apa kurangnya Kota Belud? Kota Belud pernah melahirkan tiga orang Ketua Menteri Sabah, menteri-menteri termasuk menteri kewangan, pertanian dan Kerjaraya. Malah Kota Belud, melahirkan pemimpin nasional, termasuk menteri di peringkat persekutuan.

Dimana silapnya? pertama-kononya penduduk Kota Belud sukar diatur, kedua faktor kemiskinan adalah Bank Votes semasa pilihanraya.

Terlalu sukar memerlihara jati diri dan pendirian semasa pilihanraya, apabila 99 peratus dalam benak pemilih adalah periuk nasi. Para pemimpin veteran atau yang sedang naik,telah terpahat dibenak mereka, bahawa siapapun boleh mereka takluki semasa pilihanraya, dengan kekuatan wang. Atas sebab itu, selama sepenggal digunakan oleh para pemimpin itu untuk mengumpul wang untuk digunakan semasa pilihanraya.

Atas faktor apa mereka boleh berjaya mendapat undi melalui wang? atas sebab faktor kemisikinan. Cuba bayangkan, jika N.7 Tempasuk, N.8 Usukan dan N. Kedamaian atau P.169 Kota Belud itu, berada di Wilayah Kuala Lumpur, bertimbunpun wang ringgit ditaburkan, apabila parti atau calon itu tidak disukai, pasti akan kalah.

Akibat faktor kemiskinanlah, maka Kota Belud, hingga kini merupakan bank votes parti dan pemimpin tertentu.

Kapan kah penduduk Kota Belud boleh merdeka semasa pilihanraya? jawabnya apabila penduduk Kota Belud mempunyai sumber pendapatan yang mapan. Faktor inilah yang sebenarnya menakutkan para pemimpin Kota Belud, atas sebab itu mereka bangga apabila Kota Belud terus miskin. Fikir-fikirkan lah.

Pengajaran daripada kematian Gaddafi

Gaddafi mati dengan hinanya ditangan rakyatnya sendiri. Walaupun memerintah negaranya selama 42 tahun dengan mengutamakan rakyatnya melalui negara berkebajikan, seperti rumah percuma, perubatan percuma, pendidikkan percuma, sumber makanan percuma, pun demikian ada segelintir rakyatnya yang masih tamak, dan bersengkongkol dengan barat untuk menjatuhkannya melalui kekerasan.

Melihat cara Gaddafi digulingkan dan cara pembunuhannya, bahawa alah kebebasan menurut negara besar adalah melalui penaklukkan dan pembunuhan.

Sebenarnya negara-negara barat cemburu dengan Gaddafi, kerana meskipun berdekad negara-negara barat melakukan berbagai sekatan, termasuk sekatan ekonomi, pun demikian negara Islam itu tidak jatuh muflis.Malah, Gaddafi berjaya mengubah padang pasar menjadi ladang pertanian yang subur.

Manakala negara-negara barat, dengan sistem demokarsi dan cara pengurusan ekonomi yang mereka banggakan, telah mengakibatkan ada beberapa negara itu jatuh muflis, antaranya Greece, Spanyol dan Portugal.

Akibat kelemahan sistem kapitalis yang diamalkan oleh negara-negara barat, maka negera-negara membangun juga, seperti Malaysia terkena tempiasnya. Malahan, pada krisis mata wang tahun 1997-1998, adalah akibat sistem kapitalis yang bercorakkan ketamakkan.

24 October 2011

Ada pemimpin Kota Belud bangga kerana daerah Kota Belud tersenarai salah satu daerah termiskin

JIKA tahun 90-an, daerah Pitas dan Kota Marudu, merupakan daerah termiskin di Sabah, namun bermula pada tahun 2004 hingga kini, Kota Belud tersenarai sebagai daerah yang paling ramai rakyat miskin.

Sejak merdeka, Kota Belud diwakili oleh kerajaan yang memerintah, baik pada era Usno, Berjaya, PBS dan kini Umno/BN.

Kota Belud paling ramai melahirkan Ketua Menteri Sabah, pertama melalui Tun Mustapha Datu Harun, diikuti Tun Said Keruak dan era Umno/BN Datuk Salleh Tun Said Keruak.

Demikian juga mengenai jawatan menteri di peringkat negeri mahupun persekutuan, Kota Belud selalu sahaja diwakili.Walaupun sejak tahun 2004, Kota Belud tidak diwakili lagi dalam kabinet negeri, namun jawatan pembantu menteri atau pengerusi GLC kerajaan negeri, tetap saja ada wakil daripada Kota Belud.

Walaupun Kota Belud selalu melahirkan pemimpin di peringkat negeri mahupun nasional, namun Kota Belud begitu lama tertidur daripada segi pembangunan; pembangunan dalam ertikata yang bersifat sustainable, yang bisa dinikmati oleh penduduk Kota Belud dalam jangka panjang.

Walaupun ada Skim penanaman Padi Kota Belud yang dibangun pada pada tahun 1968, namun perancangan skim itu tidak mempunyai visi jangka panjang. Akibat daripada perancangan yang timpang, penghuni skim itu, kini dihuni oleh golongan rakyat yang "rosak" sosialnya, malah penempatan itu menjadi sarang penagihan dadah, sarang anak-anak yang tercicir.

Selain itu, impak skim itu, kepada alam sekitar sungguh teruk, sehingga perkampungan yang tertempias daripada larutan kimia dan racun daripada limpahan penggunaan baja dan racun membunuh fauna dan flora di sungai yang merentasi perkampungan suku iranun.

Akibat pembinaan yang tiada piawaian, maka limpahan larutan racun menerepa sebahagian besar tanah perkampungan apabila banjir meluap.

Impak kepada penduduk kampung adalah melalui sumber air untuk kegunaan harian, kerana 100 peratus perkampungan iranun masih bergantung kepada tube well, selepas sungai langsung tidak boleh digunakan lagi kerana tercemar dengan teruk akibat pembinaan skim itu.

Kota Belud adalah kawasan pertanian dan perikanan dan perkebunan, namun tiada bentuk dalam sektor itu yang bersifat komersial, yang ada adalah dalam bentuk tradisonal, tahapnyapun belum mampu ke tahap saradiri.

Namun, penduduk Kota Belud, perlu berterima kasih pada kerajaan Persekutuan, kerana tempat untuk menimba ilmu telah disediakan. Boleh dikatakan di setiap kampung ada sekolah kerajaan.

Namun demikian, kehadiran sekolah-sekolah tersebut hanya untuk menghapuskan buta huruf dikalangan anak-anak, jauh sekali untuk melahirkan pelajar yang cemerlang apatah lagi yang terbilang.

Tidak mungkin melahirkan pelajar yang cemerlang, jika tahap pemakanan untuk melahirkan minda dan fizikal yang mantap tidak tersedia.

Mandeknya pembangunan Kota Belud akibat sifat politiking yang luar biasa antara para pemimpin Kota Belud. Sebagai contoh, isu politiking antara para pemimpin sepatutnya tamat pada PRU-1999, namun kerana ketamakan, maka ada pemimpin yang berpotensi dinafikan. Akibatnya politiking terus berlaku. Mujurlah pada PRU-2008, pemimpin luar mengambil keputusan yang berisko tinggi, apabila para pemimpin utama Kota Belud diketepikan dalam pilihanraya. Tujuan keputusan tersebut, agar Kota Belud terhindar dalam kanca politiking yang teruk sehingga mengorbankan pembangunan Kota Belud.

Kini Kota Belud baru mula mengecapi pembangunan yang sustainable, bekalan air bersih akan siap sepenuhnya tahun depan, Jelapang Padi sudah bermula yang melibatkan seluruh tanah landai, projek Agropoilitan sudah bermula, jelapang lautpun demikian, akan bermula tidak lama lagi, perkebunan dibekalkan dengan bibit-bibit yang berdaya maju.

Selain itu, beberapa GLC akan membangun kawasan-kawasan pelancongan di mana rakyat akan terlibat langsung melalui koperasi rakyat. Tanah-tanah rezab untuk perkampungan akan diusahakan melalui koperasi, dengan menjemput para pelabur melalui sistem kontrak dengan penduduk. Melalui sistem ini, maka akan terhindar pemilikan tanah secara individu, kerana menurut rekod, setiap geran tanah yang diberikan kepada penduduk, sungguh cepat bertukar tangan-akibat dijual.

Sistem ini juga akan menghindar cara lampau, apabila syarikat besar diberikan hak ke atas tanah rezab, akhirnya tanah itu berakhir di tangan bank, atau orang-orang tertentu yang berduit.

Melalui pendekatan baru yang dilakukan oleh para pemimpin kini, yang disokong sepenuhnya oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, semoga Kota Belud terkeluar daripada rekod kemiskinan, yang gagal dinyahkan oleh para pemimpin terdahulu, walaupun peluang terbuka luas kepada mereka, melalui jawatan-jawatan politik yang mereka ada.

Atas sebab itu, bagi OKB, para pemimpin terdahulu, perlu memberi peluang kepada wakil rakyat yang sedia ada, meneruskan perancangan pembanguan Kota Belud, demi generasi akan datang. Masa Datuk-Datuk, telah berlalu, bersaralah secara terhormat, biarkan pemimpin pelapis meneruskan kehendak rakyat yang belum tertunaikan.

22 October 2011

Apa istimewanya Parti Gerakan, sehingga pemimpin BN Sabah bertelagah?

Kemuncak pertelegaan para pemimpin BN Sabah mengenai kehadiran Parti Gerakan di Sabah, apabila wakil rakyat Kalabakan, Datuk Haji Abdul Ghapur Salleh, meminta DS Najib agar tidak meletakkan sebarang calon mewakili Parti itu di Sabah pada PRU-13 akan datang.

Pendapat Ghapur itu mendapat beberapa reaksi daripada para pemimpin Sabah sendiri, pertama daripada Pengerusi BN Sabah dan kedua daripada Timbalan Perhubungan Umno Sabah, di mana kedua-dua pemimpin itu sependapat, bahawa gesaan wakil rakyat Kalabakan itu, hanya merupakan pendapat peribadi dan tidak mewakili pandangan UMNO Sabah.

Namun, semalam salah seorang Ahli Majlis Teringgi Umno, Datuk Lajim Haji Okin, sependapat dengan Datuk Ghapur, sambil menambah- parti Gerakan sepatutnya mengutamakan bagaimana mendapatkan semula sokongan rakyat di Semenanjung umumnya dan Pulau Pinang khasnya, sebelum berura-ura bertanding di Sabah, kerana menurut Presiden Gerakan, rakyat Sabah yang lebih terwakili melalui Parti Gerakan.

Tambah Datuk Lajim, rakyat Sabah telah cukup terwakili oleh parti-parti yang ada di Sabah, buktinya pada dua PRU (2004 dan 2008), BN Sabah telah menyumbang jumlah kerusi yang sepatutnya kepada kerajaan Pusat.

Keharmonian parti-parti di Sabah, seharusnya jangan diganggu gugat lagi. Pendapat Ghapur, memang merupakan suara akar umbi, kerana Ghapur adalah pemimpin peringkat akar umbi, demikian kata Datuk Lajim.

Lajim juga menyeru agar pendapat wakil Rakyat Kalabakan itu diambil kira oleh pemimpin negeri, kerana menyanggah suara akar umbi boleh membawa kepada malapetaka kepada BN Sabah.

Apa keistimewaan parti Gerakan, sehingga menyebabkan para pemimpin BN Sabah bertelagah? sedangkan parti itu telah ditolak hampir secara total di Semenanjung?

Sebenarnya, isu Parti Gerakan ini, tidak akan menjadi isu, jika tiga ADUN yang memenangi kerusi masing-masing melalui BN, terpaksa masuk ke dalam Parti Gerakan, ekoran parti yang mereka sertai sebelumnya meninggalkan BN, manakala seorang lagi, kerana pertelengkaan antara pemimpin BN sendiri.

Kenapa Kota Belud lambat membangun?

SATU pertanyaan yang kurang sopan!!! Kenapa Kota Belud lambat membangun?

KOTA BELUD, adalah paksinya politik Sabah, sejak merdeka; BAPA kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustpaha, sebahagian besarnya masanya diluangkan di Kota Belud; malah KOTA BELUD adalah anak sulung UMNO.

Selain daripada itu, Kota Belud juga melahirkan seorang pemimpin tempatan, Tun Said Keruak, ayahanda kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah sekarang, Datuk Salleh Tun Said.

Siapa yang tidak kenal dengan dua pemimpin itu? Tun Mustapaha mempunyai rekod sebagai Ketua Menteri dan TYT, demikian juga Tun Said pernah menjadi Ketua Menteri dan TYT.

Bagi anak watan Kota Belud, anak Tun Said, Datuk Salleh meneruskan kepimpinan ayahandanya, apabila beliau mewakili Usukan. Kerjaya Salleh dalam bidang politik terserlah selepas BN yang diterajui UMNO menubuhkan kerajaan BN pada tahun 1994. Salleh adalah Ketua Menteri kedua dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Selepas itu, Salleh menjadi anggota kabinet negeri dengan berbagai kapasiti termasuk menteri kewangan negeri.

Berasaskan kepada keadaan itu, seharusnya Kota Belud sudah membangun, namun kenapa Kota Belud lambat membangun?

Sebelum tahun 2004, Kota Belud bagaikan pekan rimba, dengan deretan kedai-kedainya yang usang. Terima kasih, kerana deretan kedai itu terbakar dan dibangun semula berasaskan konkrit.

Kalau bukan kehadiran Sabah Kredit, deretan kedai-kedai baru, mungkin tidak akan wujud; terima kasih kepada Datuk Abdullah Sibil, kerana memudah cara pembanguan kedai-kedai baru di Pekan Kota Belud.

Demikian juga Tamu Kota Belud, sehingga penghujung tahun 2000, Tamu Terbesar itu, adalah gelanggang lembu berkeliaran, terima kasih kepada kepimpinan Tan Sri Chong Kah Kiat, Tamu Kota Belud masuk sebagai maskot pelancongan negeri. Terima kasih, kepada Wakil Rakyat Kota Belud terbaru, Datuk Rahman Dahalan,walaupun sepenggal, namun mampu mendapatkan peruntukan menaik taraf Tamu Besar,Kota Belud.

Terima kasih kepada Datuk Musbah Jamli, walaupun pernah menjadi ADUN Tempasuk dua penggal, namun pada penggal 2008-kini, impak kehadirannya sebagai wakil rakyat cukup terserlah. Pada zaman Musbahlah, lahirnya Jelapang Padi yang berkos RM1 bilion akan dibina di Kota Belud, demikian juga projek Agropilitan lahir pada tahun 2008.

Kenapa pembangunan Kota Belud Lambat bermula?

Fahaman para pemimpin terdahulu bahawa rakyat Kota Belud sukar diatur, telah terpahat di benak mereka. Satu lagi fahaman yang tersembunyi, adalah mereka dengan sengaja membiarkan penduduk Kota Belud miskin, agar mudah diperkotak katik semasa pilihanraya.

Disebabkan kedaifan, maka setiap pilihanraya, sogokan serendah RM10, membolehkan para calon itu mendapat undi. Bukan sesuatu rahsia lagi, bahawa setiap pilihanraya, kemenangan mereka bukan berasaskan kepada faktor kepimpinan, namun kerana habuan yang mereka berikan.

Walaupun, pada tahun 2008, ada sebahagian penduduk telah terbangun, bahawa perlunya suatu perubahan, namun Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Musa Aman, lebih dahulu membaca keadaan itu.

Datuk Musa, membuat suatu tindakan yang sangat berani, kerana menurut hemat Pengerusi Perhubungan Umno itu, jika perubahan tidak dilakukan, maka Kota Belud tidak akan bangun-bangun.

Untuk memberikan komitmen kepada perubahan itu, setiap kali Ketua Menteri itu melawat Kota Belud, beliau dengan terus terang menyokong komitmen pembangunan Jelapang Padi, Agropolitian dan pembangunan kawasan pelancongan agar supaya, penduduk Kota Belud mengecap pembangunan yang sudah terlambat itu.

19 October 2011

Jawatan politik suku Iranun

Walaupun pada zaman pemerintahan PBS ada dari kalangan suku iranun dilantik ke jawatan politik, tetapi jawatan-jawatan itu hanya bersifat jawatan individu, tidak mempuyai kuasa politik. Atas sebab itu tidak mampu memberi sumbangan kepada kaum iranun secara keseluruhan.

Melihat hakekat ini, pada tahun 1989, seorang ahli politik daripada suku iranun; Pandikar (kini Tan Sri) yang mengambil alih perjuangan kaum iranun, menubuhkan sebuah parti yang boleh dianggap serpihan Parti Bersatu Sabah (PBS)-parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR), kerana penubuhannya disertai oleh para pemimpin parti itu termasuk Pandikar.

Pada pilihan raya tahun 1990, AKAR bertanding namun, tiada sebarang kerusi yang dimenanginya.

Sebelum PRU-1994, AKAR bergabung dengan UMNO dan LDP membentuk BN-Sabah. Pandikar bertanding di DUN N.7 Tempasuk dan menang. Pada tahun itu juga PBS kehilangan kuasa, apabila dua ADUNnya keluar- Robin Balang dan Lajim Ukin menyertai Umno.

Sejak tahun 1994- Sabah terus diperintah BN sehingga kini.

Malangnya semasa pemerintahan BN, tiada pertambahan perlantikan ke jawatan politik daripada suku iranun.

Pemimpin yang senantisa diberi peluang adalah Tan Sri Pandikar. Pandikar pernah menyertai kabinet negeri sejak tahun 1994- 1999, dengan berbagai kapasiti antaranya Menteri Kerjaraya, Pertanian serta kebudayan dan sukan.

Diperingkat persekutuan pula beliau dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana menteri di era Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah badawi. Kini, TS Pandikar adalah speaker Dewan Rakyat, selepas tidak dicalonkan pada PRU-12 lalu.

Pada zahirnya perjuangan Pandikar dibidang politik telah berjaya, namun beliau tidak mampu melahirkan pemimpin sepertinya di gelanggang politik baik peringat negeri mahupun persekutuan. Walaupun demikian, kehadiran Pandikar di dunia politik, sedikitnya telah memartabatkan suku kaum iranun yang pada awalnya dianggap sebagai warga kelas 2.

Untuk sementara, hanya Tan Sri Pandikar memegang jawatan dalam kerajaan, yakni Seaker Dewan Rakyat, sementara Datuk Almudin Kaidah, Timbalan Presiden PBS kuota Islam, hanya memegang jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan.

Melalui Pandikar dan Almudin, harapan suku iranun sungguh menggunung, namun hasrat tidak kesampaian.

Walaupun bekalan elektrik telah sampai ke perkampungan iranun pada tahun 1990, namun hakekatnya sumber air bersih pembangunan lain yang boleh menjana perekonomian masih belum dinikmati oleh semua perkampungan iranun.

Mujurlah pada PRU-12, terjadi kejutan politik yang luar biasa, kerana pada kebiasaannya hanya keluarga Tun Mustapha sahaja yang memegang rekod boleh menang sebagai calon payung terjun, bagi kawasan Kota Belud, itupun hanya Tun Mustapha sendiri dan anaknya Datuk Abdul Hamid yang pernah menang, manakala Datu Badarudin kecundang di medan laga.

Pada PRU-12, seorang anak muda daripada Tuaran dipilih sebagai calon BN untuk kawasan P.169 Kota Belud. Pemilihan anak muda daripada Tuaran itu, mengenepikan para pemimpin Kota Belud sendiri terutama penyandang parlimen Kota Belud sebelum pembubaran-Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak. Selain itu, penyandang DUN Tempasuk Tan Sri Pandikar juga diketepikan.

Semasa pilihanraya tersebut, walaupun Salleh dan Pandikar masih setia kepada Umno dan BN, namun protes daripada kalangan penyokong kedua-dua pemimpin itu telah berlaku, perkara ini terbukti apabila di semua peti undi di kawasan kaum iranun, BN kalah dan majoriti yang diperoleh calon BN, yakni Rahman Dahalan (kini Datuk) merosot sekali.

Pada waktu berkempen pada masa PRU-12 itu, calon BN- Rahman Dahalan berikar akan menyelesaikan masalah utama penduduk- iaitu keperluan air bersih dan akan berusaha membawa pembangunan yang boleh menjana perekonomian.

Malah telah berlaku kesepakatan pada masa itu, jika semua calon BN menang, maka masing-masing mempunyai peranan. Datuk Musbah Jamli diberi peranan untuk membangun sektor pertanian dan perekonomian, Datuk Rahman Dahalan dibidang pendidikan, Datuk Japlin Haji Akim dibidang infrastruktur, manakala Datuk Herbert Timbon Lagadan dibidang kebajikan.

Ditakdirkan semua calon BN menang dibawah Pengarah pilihanraya BN masa itu, Datuk Haji Musbah.

Selepas keputusan PRU-12 itu, Musbah kebetulan dilantik sebagai Pembantu Menteri Kementerian Pertanian dan Asas Tani Negeri, manakala Japlin berpindah tempat ke Kementrian Infrastruktur (JKR), dan Timbon di Kementerian Kebajikkan. Manakala, Datuk Rahman dilantik sebagai Pengerusi sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri dan Timbalan BBC Parlimen.

Disebabkan sebahagian masa Rahman Dahalan di Kuala Lumpur, maka peluang yang ada itu beliau gunakan memperjuangkan janji pilihanrayanya, yakni keperluan air bersih bukan sahaja bagi perkampungan iranun, malah seluruh perkampungan di kawasan Parlimen Kota Belud.

Sekalung bunga perlu diberikan kepada wakil rakyat Kota Belud itu, walaupun hanya sepenggal, namun beliau berjaya juga mengotakan janjinya semasa pilihan raya tahun 2008, bahawa sebelum penggalnya usai, masalah bekalan air bersih untuk kawasan Kota Belud akan selesai.

Peruntukan yang mencecah hampir RM100 juta untuk membina dan menyalurkan air bersih bagi seluruh perkampungan di kawasan P.169 telahpun diluluskan, malah kerja-kerja telah bermula sejak tahun 2010, dan menurut Blog wakil Rakyat Kota Belud itu, jika tiada masalah akan timbul, maka pada penghujung tahun 2012, bekalan air bersih akan sampai di semua rumah penduduk.

Kalaulah sejarah boleh ke belakang, mungkin jika Rahman Dahalan telah mewakili Kota Belud sejak tahun 1994, mungkin pembangunan Kota Belud telah rancak. Sebenarnya, banyak peraancangan pembangunan di Kota Belud, termasuk saluran paip gas yang telah dipindahkan ke Kimanis Sabah.

Kini Kota Belud akan dijelmakan sebagai kawasan Jelapang Padi dan agropilitan, malangnya hanya Datuk Musbah Jamli dan Datuk Rahman Sahaja yang beria-ia agar projek yang berimpak kepada petani itu menyokongnya. Cerdik pandai Kota Belud mendakwa, mana ada petani boleh kaya, demikian alasan mereka. Bukti kukuh kata mereka, Kedah dengan Jelapang Padinya, namun para petaninya tidak juga kaya-kaya.

Kota Belud tidak mempunyai sumber asli seperti emas, kayu balak, tanahpun tidak seluas seperti Lahad Datu, yang boleh diusahakan untuk tanaman kelapa sawit. Tanah Kota Belud, hanya sesuai untuk padi, getah dan tanaman kontan lainnya. Walaupun pada tahun 60-an, 70-an dan 80-an dikatakan bahawa tanah Kota Belud tidak sesuai untuk tanaman padi.

Kota Belud hanya mempunyai pantai yang terpanjang di negeri ini, laut yang luas. Pendek kata, Kota Belud hanya sesuai untuk pelancongan, aktiviti mengangkap ikan dan bertani. Kecualilah, jika fokus pembangunan negeri dialih ke Kota Belud, misalnya memimbina lapangan Terbang antarabangsa ke-2, melaluinya, maka pembangunan industri akan merebak ke kawasan cowboy town of the east itu.

Bagi OKB, pencapaian seorang wakil rakyat adalah bagaimana wakil rakyat itu membawa pembangunan bagi rakyat yang diwakilinya. Adalah tidak dinafikan bahawa wakil-wakil rakyat terdahulu ada membawa berbagai projek, namun semua projek itu tidak berimpak tinggi, seperti bekalan air bersih, jelapang padi dan Agropolitan.

Suatu kejayaan apabila kita dapat menyaksikan bahawa suatu idea itu dirasai dan dinikamti berpanjangan, bukan hanya dalam masa pendek seperti pembahagian pukat, enjin sangkut, alat penyembur racun atau jalan lorong kaki. Fikir-fikirkan lah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels