22 January 2012

Zahid sangkal peluang BN hanya 50:50 tawan negeri diperintah Pembangkang

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal analisis pengamat politik bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang.

"Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang. Bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datoh berkata BN harus mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan rakyat tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.

Beliau berkata pemimpin BN perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.

Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang suka mengeksploitasikan isu kerana mereka mempunyai agenda politik tersembunyi.- Bernama

Pemimpin Pembangkang istihar Harta pada umum? BN bila lagi?

Pemimpin Pembangkang menarik penyokong melalui pengistiharan harta mereka kepada awam secara sukarela. Namun menurut Menteri dijabatan Menteri Datuk Nazri Aziz, tindakan seumpama itu amat bahaya, kerana pihak kriminal mengetahui harta sebenar seorang pemimpin.

Manusia mengumpul harta berbagai cara. Cara menyimpannyapun berbagai cara. Tidak semestinya mereka yang mengisthar harta pada pengetahuan awam itu, tidak mempunyai harta melalui penggunaan "proxy".

Rakyat perlu menilai keupayaan seorang pemimpin itu atau kerajaan membawa pembangunan kepada rakyat secara menyeluruh, bukannya pada segelitir sahaja. Yang dilihat adalah polisi atau dasar. Kerana melalui dasar itu, misi sesebuah kerajaan dilihat secara keseluruhan.

Misalnya, dasar kerajaan untuk mengawal harga keperluan asas. Sehingga ini dasar itu berjalan dan kerajaan memberi subsidi pada keperluan asas itu, agar semua lapisan masyarakat menikmatinya.

Dasar kerajaan memberi perubatan percuma dan pendidikan percuma daripada tadika ke sekolah menengah. Dasar itu terus dilaksanakan.

Dasar kerajaan memberi insentif kepada petani padi, dasar itu terus berjalan yang meliputi semua masyarakat.

Dasar kerajaan memberi subsdi minyak kepada nelayan kecil, terus diteruskan, juga tidak mengira bangsa dan keturunan.

Dasar kerajaan memberi peluang kepada 30 peratus bumiputera daripada semua segi, bertujuan untuk menseimbangkan status sosial antara berbagai kaum negara ini. Tujuannya, jika bumiputera/melayu mempunyai bahagian 30peratus, maka dayabeli mereka akan bertambah, pada giliriannya kaum lain juga yang mendapat untung, kerana kaum cina misalnya, 90 peratus adalah peniaga. Seorang peniaga sudah tentunya perlu pelanggan. Pelanggan yang teramai adalah kaum melayu/bumiputera.

Kalau melayu/bumiputera yang teramai ini tidak mempunyai kekuatan daripada segi ekonomi, maka mereka tidak akan menjadi pelanggan yang baik. Malah jika kemiskinan melanda mereka, maka sipeniagapun tidak akan merasa aman, jumlah jualan yang rendah. Ertinya keadaan rugi-rugi akan menjadi jawapan.

Sebaliknya, jika menang-menang yang diambil pendekatannya, maka situasi menang-menang juga akan wujud.

Namun, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, Anwar sudah awal-awal mengatakan bahwa dasar 30 Peratus akan dihapuskan, sebaliknya pembahagian kekayaan negara berasaskan merit.

Jika itu yang berlaku, hanya mereka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman sahaja yang senantisa mendapat peluang. Malah, pada masa itu, pengetahunan dan pengalaman sukar dikongsi lagi, kerana takut kerjaya atau usaha mereka akan terlangkaui.

Pada masa itu, keadaan akan menjadi yang Telah kaya akan terus bertambah kaya dan yang miskin akan bertukar kepada papa-kedana.

Dengan mengetahui harta sebenar seorang pemimpin apa kah dasar yang diamalkan oleh kerajaan akan terpengarhui? kalau terpengaruhi daripada faktor apa?

21 January 2012

Ikhlaskah Mereka?

Setelah menonton video hasilan seorang vlogger Malaysia yang sedang menuntut di Australia, saya tertarik dengan ayat terakhir dalam video tersebut, "Kami sengaja kosongkan jiwa kami sebab otak kami dah penuh dengan bullshit politik yang hangpa dok main". Saya rasa inilah antara sebabnya remaja sekarang banyak yang buta dan tuli politik. Kalau adapun yang aktif menyokong, sokongan buta dan tuli juga yang mereka berikan.

Belum ada sebarang penyelesaian yang hendak saya cadangkan di sini, dan isu politic game juga tak berselera saya sentuh. Cuma, ada soalan yang bermain dalam kotak fikiran saya. Berapa kali sudah saya fikirkan, namun soalan ini belum lagi penat bermain sebab jawapan yang ditunggu belum sampai.

Apabila saya lihat situasi politik di tanah air kita sekarang, pihak yang terlibat semakin rajin mengeluarkan bermacam ragam kenyataan, propaganda, mahupun tuduhan kepada pihak lawan. Fakta atau auta, Allah saja yang tahu. Selaku seorang penonton yang bakal mengundi 2-3 tahun lagi, keadaan ini macam boxing match, saling bertumbukan, bergigitan, berludahan. Penyokong peninju masing-masing sangat kreatif untuk menggamatkan suasana. Ada yang bawa banner, ada yang main bom, ada yang main lawyer, ada yang pakai surat khabar, main blog, macam-macam ada. Disebabkan keadaan perlawanan ini amatlah bising dan huru hara, orang yang bukan peminat tinju politik pun mengambil keputusan politik ini kotor dan keji. Jangan salahkan mereka, sebab itulah sebenarnya imej politik di negara ini. Padahal kalau kita lihat sebenarnya, politik itu suci, bersih dan murni. Kalaulah politik itu jijik, Islam takkan mengajar umatnya untuk mentadbir negara.

Tapi begitulah sebenarnya. Politik Malaysia sememangnya penuh dengan bullshit, yang busuk lagi membusukkan. Tohmahan, cacian serta fitnah sesama sendiri sudah jadi satu bentuk sapaan. Seolah-olah kalau tiada benda-benda ini, tidak sah satu hari. Surat khabar pun tak laku kalau politik tak bising satu hari.

Politik bagi saya merupakan satu seni mentadbir negara, memajukan kehidupan rakyat untuk kepentingan bersama. Sebab itulah ada pilhan raya, supaya orang yang paling layak dapat dipilih untuk menjadi pemimpin untuk mengepalai kerajaan. Nama pun pemimpin, maksudnya kenalah berjalan bersama-sama rakyat sebab tugasnya sebagai pemimpin. Contohnya, kalau kita memimpin tangan nenek kita melintas jalan raya, bukankah kita pegang erat tangan mereka kemudian berjalan bersama-sama untuk ke sebelah sana? Kalau nenek jalan selangkah, takkan kita jalan 3 langkah pula? Tapi apa yang saya lihat, pemimpin sekarang ada yang sudah berlari laju, sampai tertinggal rakyat di belakang.

Berbalik kepada situasi politik negara yang penuh dengan maki hamun segala, dapatlah saya simpulkan bahawa keadaan ini terjadi sebab masing-masing mahu jadi juara. Mahu kuasa, mahu nama. Bukannya mahu hidupkan rakyat agar sejahtera. Saya kata begini sebab saya lihat kerajaan dan pembangkang tak pernah setuju dalam satu perkara. Walaupun idea satu pihak itu cukup hebat, yang satu lagi cakap banyak cacat. Kalau program yang satu banyak khasiat, satu lagi kata penuh muslihat. Semuanya ralat. Begitulah hari-hari, tak penat-penat. Jika betul perjuangkan rakyat, kenapa yang bermanfaat pun disekat? Jika benar khidmat untuk negara, mengapa berebut-rebut kuasa? Tidak bolehkah duduk semeja, bincang seeloknya supaya senang sama-sama, susah sama-sama? Ini asyik rebut kerusi sana sini, macam budak-budak dalam kenduri.

Sejarah sudah merekodkan, pemerintahan yang agung pada zaman dahulu kala, ditadbir sama ada secara demokrasi, ataupun diktator. Empayar agung Rom dan China dijalankan secara tirani, memang besar tapi sebab itulah selalu tukar dinasti. Demokrasi pula, contohnya empayar Islam, pun hanya ada satu khalifah, tapi usul-usul tetap dibincang dalam Majlis Syura. Bukannya saya kata Malaysia tidak berbuat begitu, tapi yang dibincang selalunya bab undang-undang. Kalau projek bangunkan negara, semuanya ikut suka. Asyik mahu menangkan kroni sendiri sahaja.

Akibat pihak kerajaan yang selalu bergaduh dengan pembangkang, saya pun hairan. Benarkah pemimpin sekarang mahu majukan negara? Memang banyak bukti yang menunjukkan kesungguhan politikus negara, tapi kenapa masih mahu tuduh-menuduh? Kenapa pihak yang satu mesti jatuh? Bukankah kita sama-sama rakyat Malaysia, punya IC yang bukan warna merah, mahukan yang terbaik untuk negara? Kalau usul yang satu itu baik, terima sajalah. Kenapa mesti dibantah kalau projek yang terlaksana dikibar lain bendera? Ikhlaskah mereka? Jika negara diutamakan, saya pasti fitnah dan maki hamun takkan bertebaran seperti ini.

Jika kita ambil pengajaran daripada keruntuhan Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin, kita dapat lihat institusi itu jatuh disebabkan Muawiyah menginginkan jawatan khalifah. Sebab dia ingin namanya disebut. Begitulah yang terjadi di Malaysia. Tidak boleh kalau orang lain yang dapat nama. Idea yang disuarakan dan dibincang bersama, mesti dilaksanakan dengan poster serta cetakan nama. Tujuannya meraih penyokong dan pendukung. Kalau benar pemimpin ikhlas, orang lain takkan dicantas. Pendapat bernas dikumpul, kemudian dijalankan betul-betul.

Saya tidaklah ingin menyatakan bahawa pihak pembangkang dan kerajaan perlu bersatu sepenuhnya, sebab kalau satu pihak sahaja yang berkuasa, tiadalah pihak yang dapat menegur kalau ada kezaliman. Tapi saya cuma berharap, parti-parti politik di Malaysia boleh berhenti mencaci sesama sendiri dan duduk bersama, fikir langkah berkesan agar kepentingan rakyat terjaga.

Tulisan ini adalah hasil karya Anak Saya berumur 17 tahun, masih menunut dan sedang menunggu keputusan SPM. Ikuti blognya disini

17 January 2012

RM 120 juta naik taraf Lapangan Terbang Sandakan

Kerajaan telah memperuntukkan RM120 juta untuk menaik taraf lapangan terbang Sandakan untuk menaikkan statusnya kepada Lapangan Terbang Antarabangsa, kata Datuk VK Liew.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, melalui penaiktarfan LT Sandakan adalah untuk membantu mempercepat pembangunan di kawasan itu terutama daripada segi pelancongan.

Sabah kata VK, perlu mendapat peluang daripada sasaran pendapatan negara daripada sektor pelancongan yang mensasarkan RM161 bilion pada tahun 2020.

Satu perkahbaran yang mengembirakan bahawa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan langsung KLIA- Sandakan bermula 18 Februari ini selepas dihentikan penghujung tahun lalu.

Pemberhetian perkhidmatan MAS untuk sektor KLIA-Sandakan itu mendapat kritikan hebat daripada berbagai pihak terutama MP Sandakan-VK Liew.

fb VKLIEW: MH flight from KL to Skan is to Resume with immediate effect.. Hooray..

fb Ronald Kiande: Org sabah di sandakan perlu maklum bahawa skim tambang murah mas sebaik malah lebih baik dari asia air.

15 January 2012

Anwar sokong gay

Hanya beberapa hari selepas bebas tuduhan liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mempertahankan hak golongan homoseksual semasa temubual dengan BBC.

Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan Mahkamah Tinggi memutuskan tidak dapat menjamin 100% sampel DNA yang dikemukakan tidak terusik.

Pengakuan Anwar menyokong gay disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia bertajuk “Anwar ulas isu gay” sementara Berita Harian pula dengan tajuk “Tindakan Anwar sokong homoseksual dikecam”.

Mingguan Malaysia berkata ketua pembangkang itu semasa temubual dengan BBC mengatakan undang-undang berkaitan hak golongan seksual di Malaysia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

Wartawan BBC bertanya kepada Anwar, sama ada beliau bersedia untuk menolak idea anti-diskriminasi hak golongan gay yang menjadi kebimbangan di mana beliau berkata “kami akan kaji semula undang-undang lapuk ini.”

“Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.” kata Anwar kepada BBC.

Anwar juga berkata pandangan Pakatan Rakyat adalah “kami tidak menggalakkan homoseksual di domain awam dan kami tidak perlu meminta maaf.”

Laporan Utusan itu menegaskan pembebasan Anwar diterima baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Sementara itu Berita Minggu, edisi mingguan Berita Harian mengkritik Anwar kerana menyokong hubungan sesama jenis.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.

“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya dipetik Berita Minggu.

Bekas ahli Parlimen PKR Wee Choo Keong berkata keberanian Anwar adalah untuk mewujudkan undang-undang membela hak golongan gay dalam manifesto Pakatan Rakyat.

“Setahu saya, homoseksual perbuatan serius dalam hukum syariah Islam dan sebarang pandangan mengenainya perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini, seharusnya Anwar lebih faham berbanding saya,” kata Ahli Parlimen Wangsa Maju ini.

14 January 2012

Umno Kota Belud pasang "gear 5" menghadapi PRU-13

Kelihatan Salleh, Musbah, Rahman dan Japlin semasa mesyuarat tersebut.

SEMALAM Umno Bahagian Kota Belud bermesyuarat bagi persiapan menghadapi PRU-13.

Selepas Mesyuarat tersebut, Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri DSP Salleh Tun Said berkata, Umno Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman telah bersiap sedia menghadapi PRU-13, jika iapun diadakan secara mengejut.

Mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud tersebut telah dihadiri oleh ADUN daripada Umno dan MP Kota Belud.

Pada PRU-12, Daripada 60 DUN yang dipertandingkan di Sabah, 59 dimenangi BN, sementara Parlimen, 24 dimenangi BN dan satu oleh DAP.

Sabah dianggap sebagai Simpanan Tetap.

11 January 2012

Datuk Lajim masih setia pada UMNO

Menurut sumber yang sahih, Datuk Lajim Okin yang merupakan AMT Umno, MP Beaufort dan Timbalan Menteri Persekutuan masih setia dan tetap bersama Umno/BN.

Desas-desus sebelum ini bahawa beliau merupakan dalang dibelakang Sabah People Front (SPF) adalah spekulasi pemimpin tertentu untuk melemahkan Umno/BN Sabah.

OKB difahamkan,Lajim telah menyatakan kesetiannya kepada Umno/BN selepas MP Beaufort tersebut betemu enam mata dengan Pengerusi Umno Sabah DSP Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Pegerusi Umno negeri DSP Salleh Tun Said baru-baru ini.

Lajim terpalit dengan spekulasi akan keluar Umno apabila Timbalan Menteri itu turut hadir pada satu majlis natal anjuran pemimpin Pakatan di Kuala Penyu baru-baru ini dan pada majlis tersebut beliau turut berucap.

Tidak menjadi kelajiman samada pihak pembangkang atau kerajaan membuat ucapan pada majlis anjuran masing-masing.

Zaid Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran kehadiarannya pada satu majlis PKR di Shah Alam pada tahun 2010. Zaid hanya hadir, tidak berucappun.

10 January 2012

Anwar bebas: Apa kata Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.

“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.

“Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, sebelum ini pun kerajaan pernah kalah dalam beberapa kes di mahkamah termasuklah Umno diharamkan oleh mahkamah.

Ini, kata Dr Mahathir menunjukkan di Malaysia, sistem kehakiman negara adalah bebas dan berkecuali dan tidak ada mana-mana pihak termasuklah kerajaan mahupun pembangkang boleh campur tangan,” katanya lagi.

9 January 2012

Azmin gagal himpun 100,000

Mereka yang datang berhimpun di tempat letak kereta Mahkamah Jalan duta pagi tadi, adalah mereka yang ikut serta himpunan Bersih2.0. Jumlahnya dianggarkan 5,000.. oklah 10,000 untuk menyenangkan hati Azmin Ali.

PKR yang mengerakkan 901-Bebaskan Anwar berikrar akan mengumpulkan 100,000 penyokong Anwar pagi tadi, namun Azmin gagal total.

Bagi penyokong BN, sama-sama kita saksikan, bahawa gembar gembur Pakatan, hanya omong kosong.

Anwar sebak selepas dibebaskan

SEBAK...Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan sebak selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik. Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail

8 January 2012

Akhirnya Pas pecat Dr Hassan Ali

PAS hari ini mengambil keputusan memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkuatkuasa serta-merta tindakan yang dipercayai ekoran kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di ibupejabat PAS Jalan Raja Laut di sini.

Tindakan memecat Dr Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

"Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa pAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Dr Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS," kata satu kenyataan di HarakahDaily.

Dr Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang "menongkah arus".

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Keputusan dibuat setelah meneliti, mengadakan rundingan dan memberikan nasihat kepada beliau (Dr Hasan) tapi beliau tidak mempedulikan arahan parti dan masih melakukan perkara yang bercanggah dengan dasar parti.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

5 January 2012

9 Januari: Akan adakah perintah berkurung di Kuala Lumpur?

Penyokong Anwar sudah menyebarkan bahawa akan ada 100,000 manusia berkumpul di kawasan Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari. Jumlah itu 10 kali ganda berbanding Bersih2.0 9 Julai,2011.

Ada maklumat, bahawa para penyokong upahan, dibekalkan RM1,000 seorang untuk turut serta berkumpul pada hari itu. Hari penentuan bagi Anwar Ibrahim.

Sejak Pertengahan Disember lalu dan hingga kini, Anwar menyerang negeri-negeri berpenduduk majoriti Melayu, untuk meminta simpati dan turut serta dalam demo 901 BEBASKAN ANWAR.

Kempen 901 Bebaskan Anwar, adalah sokongan kepada individu yang bernama Anwar Ibrahim, agar supaya pihak Hakim akan takut memberi keputusan yang tidak memihak kepada Anwar.

OKB yakin, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah tidak akan terpengaruh dengan desakan dan gertakan para penyokong Anwar, walaupun hari itu akan diistiharkan PERINTAH BERKURUNG di Kuala Lumpur.

OKB yakin, apapun keputusan Hakim adalah berdasarkan kepada fakta yang dikemukakan kepadanya, bukannya berasaskan kepada faktor-faktor yang bercanggah dengan undang-undang.

Penyokong Anwar telah tahu bahawa Anwar akan didapati bersalah disebabkan pihak pembelaan tidak mampu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan kepada Anwar.

Penyokong Anwar, mendesak, walaupun fakta menunjukkan bahawa Anwar adalah peliwat, namun mereka tetap tidak mahu menerimanya.

OKB yakin, pihak pasukan keselamtan mampu mengatasi para penyokong Anwar ini, kerana mereka hanya sebahagian kecil daripada rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels