1 April 2018

SELEPAS 44 TAHUN-40% GERAN KHAS KEPADA SABAH DIKEMBALIKAN

GERAN Khas 40% daripada pendapatan Persekutuan daripada Sabah dibayar sehingga tahun 1974. Asas kepada pembayaran itu, dikaji setiap 5 tahun. Namun, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri yang mengetuai kajian itu telah meninggal dunia, maka kajian itu terbantut.

Apabila pemimpin Sabah & Sarawak membangkitkan perkara itu di era Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, PM ke-6 negara itu bersetuju melihat semula geran khas itu.

Kini, Geran Khas itu dipersetujui dibayar semula. Pengiraan berapa amaun atau jumlah adalah perkara pentadbiran. Apa yang mustahak, adalah geran itu dibayar semula. Memetik Pengerusi bersama mengkaji bayaran itu- Menteri Luar- Datuk Anifah Aman, menyifatkan bayaran itu sangat bermakna buat rakyat Sabah.

Rakyat Sabah patut berterima kasih kepada kerajaan Bn yang diterajui Dato Seri Najib, kerana kalau bukan PM ke-6 itu, bayaran itu tidak akan terealiasai.

Selama 44 tahun, bayaran seumpama itu diketepikan, malah semasa era Tun Dr Mahathir, sesiapa sahaja pemimpin Sabah bercakapnya mengenainya dianggap anti Malaysia, malah ditangkap menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Iktibar yang perlu diambil daripada keputusan membayar semula geran khas itu, betapa berimpaknya jika ada kerjasama erat antara kepimpinan Negeri dan Persekutuan.

Sesungguhnya, kemajuan Sabah dan rakyatnya juga mencerminkan kemajuan negara, seperti mana kerap diucapkan oleh Perdana Menteri, "kita ini merupakan keluarga besar' "saling membantu antara satu sama lain".

Menjelang PRU-14, rakyat Sabah perlu tunjukkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, dengan memberi kemenangan kepada Bn.

Penerusan Kerajaan Bn, akan memacu kemajuan & pembangunan Sabah lebih cepat lagi, kerana Perdana Menteri penuh komitmen & komited memajukan Sabah setara dengan pembangunan negeri-negeri di Semenanjung.

PRU-13 PELUANG PEMBANGKANG TAWAN PUTRAJAYA

JIKA diamati, peluang keemasan pembangkang merampas Putrajaya adalah pada PRU-13, bukannya pada PRU-14.

Kemuncak kekuatan pembangkang adalah pada PRU tersebut. Bukti bahawa kemuncak sokongan kepada pembangkang, apabila berjaya menafikan undi popular Bn, sejak diadakannya pilihanraya di negara ini.

Hanya kerana sistem pilihanraya negara menggunakan first past the post seperti mana amalan demokrasi yang digunakan oleh negara-negara seperti Amerika, United Kingdom, di mana undi popluar bukan penentu kemenangan, akan tetapi jumlah kerusi, manakala di Amerika dipanggil electoral college. 

Berdepan dengan PRU-14, pembangkang (Pakatan Harapan) tiada isu terpusat (central issue) yang boleh menggamit sokongan rakyat, selain dakwaan-dakwaan dan perkataan-perkataan boombastik seperti pencuri, perompak dan sebagainya. Perkataan-perkataan boombastik seumpama ini, telah digunakan oleh kumpulan reformasi pada tahun 1998, di mana masa itu, perkataan, MAHAZALIM, MAHAFIRAUN, KKN (koruptor, kroni, nepotisme) digunakan.

Seperti hukum ekonomi, tingkat kepuasan yang mencapai maksima dan optima, maka akan menurun semula. Bukti itu didapati pada PRN Sarawak pada tahun 2016, di dua PRK Berkembar, Kuala Kangsar, dan Sungai Besar, di mana pembangkang kalah teruk.

Sebelum dua PRK itu, di PRK Teluk Intan, Perak, Bn merampas kerusi DAP.

PRU-14, tidak serupa PRU-13, kerana Pakatan Rakyat tidak sama dengan Pakatan Harapan. Adalah hakikat, bahawa kekuatan PR lebih kuat berbanding PH. 

Tun Dr Mahathir tidak boleh menganggap bahawa PPBM boleh menarik dengan mudah sokongan ahli/penyokong Umno, kerana telah dibuktikan sebelum ini, S46 dan PKR telah gagal. Manakala Amanah, akan bermimpi untuk menarik sokongan daripada ahli/penyokong Pas. 

Adalah tidak boleh disamakan ahli/penyokong Pas dan Umno dengan ahli/penyokong MCA dan Gerakan yang mudah beralih kepada DAP.

Memang Lim Kit Siang mengharapkan tsnuami melayu, supaya PH yang diterajui parti itu membentuk kerajaan. Memang di atas kertas, Perdana Menteri & Timbalan adalah melayu, seperti mana kerajaan PR di Perak selepas PRU-12, MB adalah melayu, namun dalang dibelakang adalah Ngo & Ngeh (dua pemimpin DAP yang bersepupu).

Hakikat yang perlu diterima, kaum melayu, belum bersedia menguburkan Umno/Bn, apatah lagi sokongan rakyat Sarawak & Sabah masih kukuh terhadap gabungan 13 parti itu.

DISEBALIK 'SWING VOTES"

Pemimpin Yang Mengharapkan Swing Votes
SEDAR atau tidak, faktor yang menyebabkan "swing votes" atau undi beralih, bukan kerana parti atau polisi kerajaan akan tetapi disebabkan oleh berbagai peringkat yang membabitkan berbagai dakwaan, termasuk fitnah, pembohongan dan cerita palsu.

Atas sebab itu pemimpin PH, menumpukan kepada pembunuhan karakter baik membabitkan perorangan mahu agensi kerajaan seperti SPR untuk membangkitkan sentimen dan emosi rakyat agar swing votes berlaku.

PH mengharapkan 15% swing votes daripada kaum melayu menyokong mereka. Jika ini berlaku, maka ianya dikategorikan sebagai tsunami melayu.

Pada PRU-12 & 13, berlaku tusnami cina. PR masa itu, berjaya manafikan kuasa 2/3 Bn di Dewan Rakyat, selain mendapat undi popular pada PRU-13.

Hanya menerusi tsunami melayu, PH akan mengatasi kerusi Bn daripada 165 yang dipertandingkan di Semenanjung.

Pada PRU-13, Bn menang 85, manakala lawan 80. PH akan mendapat majoriti mudah, jika menang 103 daripada 165, dan 9 daripada Sabah & Sarawak.

Jika PH menang 103, bermakna, semua parti komponen Bn di Semenanjung kalah kecuali Umno menang 62, berkurang 12 kerusi daripada 74. 

Perkiraan PH itu, 100% menafikan undi ahli & penyokong parti Pas, dengan kata lain, mereka mengandaikan, parti Pas juga akan kosong kerusi seperti mana parti MCA, Gerakan dan MIC.

Dalam politik memang berlaku segala kemungkinan. Namun adalah perkiraan keterlaluan bahawa Umno akan kecundang di 12 kerusi, MCA, Gerakan, MIC serta Pas kosong kerusi, adalah perkiraan di atas kertas yang termasuk syiok sendiri.

PAKATAN HARAPAN TIADA WOWW FACTOR!!!!

MESKIPUN Pakatan Harapan (PH) berjela-jela dengan anti GST, yang mereka dakwa sebagai punca kenaikkan sara hidup, namun ianya bukan woww factor yang boleh menarik sokongan rakyat.

Daripada 10 pengundi, hanya 2 orang yang percaya, bahawa pemansuhan GST dengan menggantikannya dengan SST (sistem percukaian lama) boleh menurunkan harga barang. Sementara yang lain berpendapat kenaikkan harga barang sesuai dengan hukum ekonomi, permintaan dan penawaran menentukan harga.

Dalam sistem ekonomi bebas (terbuka), tiada kerajaan yang mampu memaksa harga turun, melainkan, jika kerajaan mahu berbelanja besar dan semua barangan dikawal kerajaan menerusi pasar monopoli. Jika itu ditempuh, maka ekonomi akan menguncup, kemudiannya menjadi malapetaka kepada penurunan pendapatan negara dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan untuk pembangunan.

Melihat kepada manifesto PH, meskipun dirangka berbunga-bunga, namun ianya sukar dilaksanakan, dan rakyat yang celik akal, tidak percaya bahawa manifesto seumpama itu bakal dilaksanakan sesebuah kerajaan.

Pakatan Harapan hanya memomokan propaganda mereka dengan berselindung pada isu 1MDB yang mereka reka cipta. Kini, dakwaan mereka yang bersandarkan kepada laporan DOJ Amerika, semakin hari semakin terdedah, bahawa laporan DOJ itu bermotifkan politik, kerana sebagai contoh dakwaan berkaitan yact mewah Equanimity, sebenarnya milik orang lain yang tiada kaitan dengan 1MDB.

Dakwaan tipu helah pemimpin PH yang mendakwa, wang yang dibekukan kerajaan Swiss berasal daripada 1MDB, terbukti, wang itu, bukanpun berpunca daripada 1MDB, akan tetapi wang yang melibatkan denda yang dikenakan pada berbagai bank yang beroperasi di negara itu.

Jelas kini, semakin hari, dakwaan-dakwaan pemimpin PH semakin terdedah bukan sahaja cerita bohong, tetapi boleh dimasukkan sebagai berita palsu.

Cara pemimpin PH menghidupkan peluang dan kekal relevan, adalah menerusi dakwaan-dakwaan karut, umpamanya, dakwaan Tun Dr Mahathir, bahawa SPR akan merampas kemenangan mereka menerusi undi pos, kerana peti undi itu akan disorokkan dengan undi palsu.

Kelojikan pada dakwaan Tun Dr Mahathir itu, jika diteliti, memangpun sukar diterima, kerana sekian lama PRU atau PRK di negara ini, tiada bukti bahawa undi pos menentukan kemenangan dalam pilihanraya.

Pada PRU-14, sejumlah 14.8juta pengundi berdaftar, dan hanya 1juta daripadanya undi pos. Daripada 14.8 juta pengundi itu 3.5juta adalah ahli Umno, belum lagi termasuk ahli-ahli parti komponen lain yang tersebar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Kenampakan sangat, PH tiada Faktor terpusat yang mendorong rakyat menyokong, selain keasyikan mereka sendiri kononnya mendapat sokongan.

31 March 2018

PRU-14: CALON NOMAD

KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri- Dato Seri Dr Zahid Hamidi semasa melancarkan Jentera Pilihanraya Negeri Johor, untuk menolak calon nomad, membawa implikasi seorang calon daripada Sabah yang terpaksa berpindah tempat, kerana tidak lagi menjadi pilihan parti dan pemimpin setempat.

Memang kenyataan TPM itu merujuk kepada Lim Kit Siang, kerana penasihat DAP itu merupakan calon nomad.

Jika lah, pengundi mengambil iktibar kepada kenyataan TPM itu, maka jika ada calon Bn dalam kategori yang sama, maka ianya boleh digunakan oleh parti lawan untuk merai undi.

Jalinan komunikasi pada era ini, tidak lagi terhad, di tempat di mana sesuatu kenyataan itu diucapkan. 

Kenyataan TPM itu, sudahpun digunapakai oleh parti lawan dan disebarkan melalui media alternatif, cerita-cerita kedai kopi. Nampak gayanya, kenyataan TPM itu, boleh menjadi penghalang kepada calon "nomad" Bn Sabah pada PRU-14. 

Apa kah menerusi kenyataan TPM itu, boleh mempengaruhi keputusan Bn Sabah mencalonkan calon "nomad"? kerana, kenyataan itu, boleh menghalang kemenangan.

KEHADIRAN CERAMAH DAN JUMLAH UNDI

JUMLAH undi seseorang calon ditentukan oleh pengundi yang mendaftar di kawasan itu, sedangkan kehadiran pada sesebuah ceramah politik, analog dengan undi popular, tidak mencerminkan undi pada sesebuah kawasan.

Memang daripada segi propaganda, kehadiran pada sesebuah ceramah politik, boleh membangkitkan emosi pihak lain yang melihat. 

Sehingga kini, relevansi antara kehadiran ceramah politik dengan jumlah undi yang diperolehi seseorang calon belum dibuktikan, kerana kerap kita melihat, pada ceramah-ceramah atau perjumpaan politik sebelum ini, sebagai contoh pada awal era reformasi pada tahun 1998, lautan manusia yang menghadiri perjumpaan Dato Seri Anwar, namun pada PRU 1999, parti yang menyokong beliau, tidak juga mendapat kerusi yang banyak, malah hanya menang di kawasan tradisi beliau Permatang Pauh.

Di Sabah di ambang PRU-13, perjumpaan Anwar di Sepanggar dipenuhi ribuan manusia, namun pada PRU-13, Sepanggar dimenangi calon Bn dengan majoriti yang cukup besar.

Pemimpin Pakatan Harapan, mendakwa, bahawa tsunami melayu akan berlaku, kerana kehadiran begitu ramai pada ceramah politik Tun Dr Mahathir di Guar Cempedak, Kedah. 

Kehadiran pada sesebuah ceramah politik, merupakan peristiwa "homogen" di mana mereka yang sefahaman berkumpul pada suatu masa, namun mereka itu tidak menggambarkan jumlah undi di sesebuah kawasan.

Sistem pengundian negara berasaskan Pusat Daerah Mengundi, berasaskan first the past post, bukan berasaskan undi popular.

Sebab itu, kehadiran ceramah politik, tidak menggambarkan jumlah undi yang diperolehi seseorang calon atau parti.

Banyak contoh di negara ini, di mana ceramah politik yang dibanjiri hadirin, namun selepas pengiraan undi, jumlah kehadiran itu tidak diterjemahkan kepada jumlah undi.

Sebenarnya, kemenangan seseorang calon atau parti pada sesebuah kawasan, sangat bergantung kepada penyokong "homogen" pada sesebuah kawasan. Jika jumlah yang berfahaman sama itu majoriti, maka calon atau parti yang disokong akan menang.

Membuat kesimpulan, bahawa kehadiran menggambarkan sokongan, tidak semestinya betul. Jika andaian dibuat berasaskan kehadiran, maka analog dengan mengira anak ayam sebelum telur menetas.

Kehadiran yang begitu ramai pada ceramah parti lawan, sebenarnya boleh menjadi pembakar semangat kepada jentera Bn untuk berkerja lebih kuat lagi.

PRU-14 SABAH: PEMBANGKANG MEMBANGKITKAN SENTIMEN DAN EMOSI

Bangunan Jadi Rebutan
Berita palsu yang dikaitkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan 30,000 dokumen kepada warga asing kononnya untuk melayakkan mereka mengundi, dakwaan Tun Dr Mahathir Mohammad, bahawa undi pos disorokkan dengan undi palsu, selain isu persempadanan merupakan isu yang membangkitkan sentimen dan emosi.

Pada PRU-13, berita palsu yang dikaitkan dengan 40ribu pengundi Bangla, isu padam lampu semasa pengiraan undi, isu pembakaran kitab injil, jika Bn menang juga telah menimbulkan sentimen & emosi.

Selain daripada itu tujuan jangka panjang kaum cina untuk menguasai politik tanah air, telah mendapat jolokan "tsunami cina" pada PRU-12 & 13.

Kaum cina telah sedar daripada awal, setiap daripada mereka yang cukup umur untuk mengundi, maka mereka mendaftar sebagai pengundi, berbeza dengan kaum melayu, yang masih terpaku bahawa negara ini mempunyai majoriti penduduk melayu, maka tidak kurang 3 juta di seluruh negara yang layak mengundi, tidak mendaftar sebagai pengundi.

Jika pada PRU-12 &13 telah berlakunya tsunami kaum cina, yang menyebabkan kehilangan kuasa 2/3 bagi Bn dan pada PRU13, undi popular, maka parti-parti yang melawan Bn mengharapkan tsunami melayu pula pada PRU-14.

Harapan untuk tsunami melayu disandarkan kepada faktor Tun Dr Mahathir, sebab itu di Semenanjung parti tajaan beliau diberikan 52 kerusi daripada 165.

Apa yang dimbil kira oleh parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan (DAP-PKR-PPBM-Amanah) bahawa pada PRU-12 & 13, faktor penyokong Pas adalah sebahagian daripada mereka.

Pada PRU-14, jika betul-betul berlaku, bahawa Pas akan bersendirian, maka harapan PH berkaitan tsunami melayu hanya tinggal angan-angan.

Di kawasan majioriti kaum melayu, selain Bn dan PH, PAS juga akan bertanding. Undi Pas akan tetap mengundi PAS, demikian juga pengundi Bn. Memang tidak dinafikan ada pengundi Bn (khususnya Umno) akan mengundi PH (menerusi PPBM), demikian pengundi PAS mengundi PH (menerusi Amanah), namun jumlahnya tidak akan menyebabkan Bn atau Pas kehilangan undi yang signifikan.

Bagi kawasan sedemikian, maka parti yang menonjol adalah samaada Bn atau Pas. Namun bagi kerusi tradsisi Umno (74 di Semenanjung) jika berlaku pertembungan tiga penjuru, akan berpihak kepada Bn. Jika demikian, maka impian PH berkaitan tsunami melayu, hanya angan-angan tidak kesampaian.

Pemimpin seperti Tun Dr Mahathir tahu bahawa tsunmai melayu tidak akan berlaku pada PRU-14, sebab itu beliau sanggup membuat cerita-cerita karut, seperti SPR bakal menipu pilihanraya, semata-mata untuk membangfkitkan sentimen dan emosi.

Di Sabah pula, parti yang berkolaborasi dengan PH, parti Warisan Sabah, membangkitkan sentimen agama dan suku bangsa, selain isu dakwaan fitnah, misalnya berkaitan tanah dan pembalakan, selain membangkitkan MA63.

Pendek kata, pada PRU-14, akan diwarnai dengan isu sentimen & emosi, melawan fakta kemajuan & pembangunan.

Jika majoriti rakyat negara ini akan memilih berkaitan sentimen & emosi, maka ianya merupakan malapetaka kepada sistem politik negara, kerana dalam dunia moden ini, akal dan fikiran tidak digunapakai.

PRU-14 SABAH: ANTARA SENTIMEN DAN KEMAJUAN

Pengalaman rakyat Sabah mengubah kerajaan kerana sentimen adalah pada tahun 1976 dan tahun 1985.

Paling menonjol sekali pada tahun 1985, apabila sentimen mengatasi kemajuan. 

Rakyat negeri ini yang berusia antara 40-an ke atas sudah tentu masih ingat bagaimana rentak kemajuan negeri antara tahun 1976-1985, di bawah pemerintahan parti Berjaya yang diterajui Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri).

Dalam tempoh masa 9 tahun, bukan sahaja pembangunan fizikal akan tetapi penyediaan peluang-peluang pekerajaan disediakan, kerana kerajaan negeri banyak mengwujudkan berbagai agensi kerajaan, seperti KPD, SAFODA, Ko-Nelayan, Safma, SFI, Sabah Shipyard, Cement Industry, SEDCO dan banyak lagi.

Hanya kerana sentimen, kerajaan yang membawa begitu banyak kemajuan dan pembangunan, cukup mudah dikalahkan.

Demikian juga apabila Parti PBS yang menjadi parti pembangkang kepada Bn bermula tahun 1990, meskipun kerajaan negeri dan rakyatnya dinafikan daripada segi kemajuan & pembangunan oleh Persekutuan semasa era Dato Seri Dr Mahathir Mohammad (kini Tun) sejak tahun 1985, namun hanya kerana sentimen, pada pilihanraya negeri sehingga tahun 1994, kerajaan parti PBS terus mendapat sokongan rakyat Sabah.

Terlihat sungguh menerusi rekod itu, bahawa rakyat Sabah lebih cenderung kepada sentimen berbanding kemajuan.

Hanya kerana pesempadanan semula tahun 2002 yang diguna pakai pada PRU-2004, maka nisbah kerusi negeri bertukar daripada 20:20:8 kepada 32:20:8, telah menyebabkan parti yang membawa sentimen mengalah dan menyertai semula parti yang ditinggalkan pada tahun 1990.

Kini, isu sentimen dimainkan semula, khususnya oleh parti Warisan Sabah, pimpinan Datuk Shafie Apdal. 

Cara parti itu mempengaruhi rakyat Sabah meniru kombinasi antara cara parti Berjaya menumbangkan Usno dan cara PBS menumbangkan parti Berjaya.

Parti itu mempergunakan suku bangsa dan agama, mempergunakan isu-isu sentimental seperti isu tanah, selain isu kongkongan pemimpin Semenanjung terhadap pemimpin Sabah.

Sejauh mana kah isu sentimen mewarnai PRU-14? Apa kah rakyat Sabah masih menggunapakai cara lama? atau kah rakyat Sabah telah mengalami transformasi minda, bahawa kemajuan & pembangunan merupakan penentu kepada pilihan mereka.

Parti pembangkang, sebenarnya ketandusan isu jika berkaitan kemajuan & pembangunan, kerana kerajaan Bn telah memajukan Sabah sejak tahun 1994. 

Fakta bahawa kemajuan & pembangunan Sabah dilandasan betul, apabila kadar kemiskinan berjaya diturunkan. Cuba bayangkan kadar kemiskinan tahun 2009 adalah 19.7%, walaupum dalam tempoh masa 15 tahun kerajaan Bn membawa begitu banyak kemajuan & pembangunan. Kadar kemiskinan telah turun kepada 2.9% pada tahun 2016, dan dijangka kadar itu akan menurun seterusnya ke angka di bawah 2% dalam sedikit masa lagi.

Menjelang PRU-14 yang sudah diambang pintu, rakyat negeri ini, hanya akan menunggu keputusan itu, apa kah SENTIMEN merupakan penentu atau kah KEMAJUAN & PEMBANGUNAN!!!.

Jika KEMAJUAN & PEMBANGUNAN merupakan pilihan, bermakna, rakyat Sabah telah mengalami transformasi dalam segi politik, yang membawa erti, bahawa rakyat Sabah sudah menuju politik matang.

18 February 2018

Semporna Bakal Pusat Produk Pelancong- Ramlee

Semporna adalah satu kawasan pelancongan di Sabah, kerana Pulau Sipadan yang terkenal di dunia terletak di kawasan itu.

Sesuai dengan jenama itu, pada Sabtu diadakan Expo Usahawan Aspirasi Sabah yang diadakan di Padang Pekan Semporna yang dirasmikan pelancarannya oleh Datuk Ramlee Marahaban Pembantu Menteri Kewangan Negeri merangkap ADUN Bugaya.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Ramlee berkata program seumpama itu memang tepat pada masanya, bagi memacu ekonomi bumiputera khususnya dalam perniagaan peruncitan dan perkhidmatan.

Sebagai kawasan tumpuan pelancong, sudah tentu kuasa beli pelanggan atau pengguna terhadap produk pelancongan dan perkhidmatan cukup tinggi, dengan demikian maka dapat mempertingkat perekonomian kawasan itu secara umumnya.

Timbalan Ketua Biro Penerangan Umno Sabah itu menekankan, bahawa rezeki ( pendapatan atau kekayaan) 9/10 bersumber daripada perniagaan.

ADUN Bugaya itu mengharapkan penduduk Semporna khususnya dan Sabah amnya dapat memanfaatkan jenama Semporna sebagai kawasan peranginan dalam perniagaan peruncitan dan perkhidmatan, kerana selain menyumbang kepada pendapatan perkapita rakyat kawasan itu, juga Negeri dan Negara.Sudah tiba masanya rakyat Semporna membuka mata berkaitan potensi Semporna sebagai pusat peruncitan dan perkhidmatan yang berkaitan pelancongan.

Pelanongan menurut Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah itu merupakan sektor utama dalam halatuju Sabah menuju Negeri Maju pada tahun 2025 yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman.

17 February 2018

Perkukuh Semporna Sebagai Tumpuan Pelancong- Ramlee

Semporna akan terus diperkukuhkan sebagai tumpuan pelancong dalam dan luar Negara. Mesej itu disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban semasa melancarkan Kayuhan Basikal Patriot & Jalinan Silaturahim Semporna anjuran Biro Tata Negara (BTN) dan Umno Semporna di Pekan Semporna pada Sabtu.

Program itu disertai 400 peserta yang datangnya dari Semporna dan kawasan berhampiran. Antara pesereta Kayuhan itu adalah ADUN Kunak, Datuk Nilwan Kabang, dan Pengarah BTN Pusat- Datuk Ibrahim Saad.

Ramlee dalam ucapan beliau semasa melancarkan program itu, aktiviti sedemikian akan mendorong beliau untuk meningkat prasarana di kawasan Semporna termasuk prasarana sukan.

Aktiviti berbasikal seumpama ini, dapat menjalinkan perpaduan dan kesatuan yang kukuh pada masyarakat Semporna dengan mereka yang menyertainya.

Beliau berharap, aktiviti seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang.

10 February 2018

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI BERGERAK (CTC) SEMPORNA DILANCAR

DATUK Ramlee Maharaban Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN Bugaya melancarkan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (CTC) Semporna pada Sabtu.

Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile CTC merupakan perkhidmatan bergerak yang menghimpunkan perkhidmatan utama mengikut keperluan tempatan serentak di satu lokasi yang dikenal pasti oleh agensi kerajaan. Ia merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang bertujuan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan utama / tertentu (key touchpoint services) yang diperlukan kepada penduduk luar Bandar atau komuniti pedalaman.


Semporna dipilih bagi pelancaran CTC, sebagai pemudah cara Kawasan itu maju, seiring dengan kemajuan di Kawasan-kawasan lain.

Semporna sebagai Kawasan pelancongan antarabangsa, memerlukan pusat seumpama ini, bagi memudahkan rakyat Kawasan itu bagi mengembangkan aktiviti masing-masing.

4 February 2018

SEMPORNA BERUBAH WAJAH


Datuk Ramlee Semasa Melancarkan Internet Berkelajuan Tinggi unifi TM 
RAHMAT kepada rakyat Semporna, apabila Datuk Shafie Apdal bukan lagi pemimpin Umno dan Bn di kawasan itu, pembangunan dan kemajuan kawasan itu semakin rancak.

Membangun dan memajukan kawasan itu dirancang kepimpinan negeri yang diterajui Tan Sri Musa Aman dan diterjemahkan oleh Datuk Ramlee Maharaban, semakin hari semakin menjadi kenyataan.

Jika pada awal tahun 2017, dilaksanakan pecah tanah pembinaan Pasar Sejahtera Pekan Semporna, dan kini projek itu sudah berjalan, semalam pula di Pekan itu telah dipasang internet berkelajuan tinggi (High Speed Broadband) UNIFI oleh Telekom Malaysia Berhad (TM).

Kemudahan internet berkelajuan tinggi itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri, merangkap ADUN Bugaya- Datuk Ramlee Marahaban.

Dengan adanya internet berkelajuan tinggi di kawasan itu, ianya boleh mendorong kemajuan kawasan itu, selain sebagai pemudah cara kemajuan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Kemudahan internet, sudah merupakan sebahagian keperluan rakyat masa kini, bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat, akan tetapi sebagai perantara untuk menjalankan perniagaan.

Kemudahan internet berkadar laju, memang diperlukan bagi kawasan seperti Semporna, kerana kawasan itu merupakan destinasi pelancongan baik pelancong dalam negara akan tetapi pelancong antarabangsa.

Ramlee melihat keperluan dan pentingnya kawasan Semporna mempunyai internet berkadar laju, kerana kemudahan seumpama itu merupakan satu keperluan untuk menjadikan rakyat kawasan itu sebagai sebahagian daripada dunia digital.

Inisiatif beliau tahun lalu, agar kawasan Semporna mempunyai internet berkadar laju, tidak sampai setahun sudah menjadi kenyataan.

Dunia digital bukan sahaja merupakan sebahagian daripada gaya hidup, akan tetapi juga sudah menjadi sebahagian daripada keperluan harian masyarkat di seluruh pelosok dunia.

Kemudahan internet, boleh menjadi perantara bagi penguasa atau peniaga atas talian, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan juga boleh menjadi perantara sebagai media mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka dengan kadar kos yang termurah.

Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dilancarkan semalam, memang untuk sementara hanya meliputi kawasan Pekan dan sekitarnya, akan tetapi di masa yang terdekat akan diperluas di kawasan-kawasan lain termasuk kawasan-kawasan pulau.

Tergambar sungguh, bahawa kawasan Semporna akan semakin maju, selepas Shafie tidak lagi menjadi pemimpin kerajaan di kawasan itu, apabila pada acara perasmian UNIFI TM itu, Ramlee turut mengumumkan Peruntukan Sebanyak RM 2 Juta Bagi Menaik Taraf Padang Pekan Semporna.

Umum mengetahui, bahawa padang pekan semporna begitu nostalgia dan bersejarah kerana lahirnya atlet-atlet Semporna yang hebat dan terkenal adalah kerana padang pekan Semporna yang begitu sinonim dengan masyarakat setempat.Bukan sahaja sebagai tempat untuk bersukan dan melahirkan atlet terkenal, padang pekan semporna turut menjadi tempat majlis keraian dan majlis-majlis ilmu serta rasmi kerajaan seperti sambutan hari kebangsaan. sambutan maulidur rasul, sambutan regata lepa dan sebagainya.

Peruntukan sebanyak RM 2 Juta itu akan merangkumi 2 komponen utama, pertama padang bola sepak dengan dilengkapi kemudahan padang sintetik bertaraf olimipik, manakala yang kedua adalah padang bagi jenis yang tahan lasak ( heavy duty ) bagi menampung kenderaan berat atau majlis berbentuk pameran. Selain itu, komponen-komponen lain turut akan di naik taraf seperti tandas awam, kawasan tempat duduk, pagar dan pentas utama padang pekan semporna.

Lanskap Semporna pasti berubah 360 darjah melalui kerja-kerja penaiktarafan padang pekan semporna yang akan berubah wajah sedikit masa lagi, Inilah sumbangan Kerajaan Barisan Nasional ( BN ) terhadap kesejahteraan rakyat semporna khususnya dan banyak lagi, yang sentiasa memahami aspirasi terutamanya anak muda dan masyarakat umum. Komitmen pemimpin kita dalam menyuarakan keperluan dan suara kita untuk diangkat bagi perhatian pucuk pimpinan sentiasa diberi laluan mudah untuk direalisasikan, inilah kerajaan bertunjangkan rakyat untuk rakyat yakni Kerajaan Barisan Nasioanl dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri Sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels