30 August 2010

Boleh kah suku iranun belajar dan adaptasi fenomena baru?

Suku Iranun adalah suku pemimpin. Kenapa OKB katakan demikian, menurut cerita orang tua-tua, perahu yang ditumpangi bersama akan dibiarkan tenggelam, kerana tiada yang sanggup "mengayong air" yang masuk dalam perahu.

Memimpin buka perkara baru daripada suku tersebut. Jika kita membaca sejarah, suku tersebut mempunyai andil yang cukup ketara dalam isu mempertahankan tanah air di masa penjajahan.

Di ambang kemerdekaanpun suku iranun tetap berperanaan, namun kerana jumlahnya yang minoriti, maka nama-nama para pejuang tersebut tidak dicantumkan dalam sebarang dokumen bagi menggambarkan peranan kaum itu.

Disebabkan sifatnya yang suka memimpin, maka media politiklah yang menjadi sasaran perjuangan.

Diambang kemeredekaan, pengelibatan kaum tersebut dalam politik sudah bermula. Pada kongress USNO pertama di Kudat, nama Haji Mulia Sharif Takupan merupakan orang dari suku iranun yang terlibat.

Dikeranakan peranan kaum iranun dalam parti Usno tidak diambilkira oleh pemimpin tempatan masa itu, maka muncullah salah seorang dari suku iranun berjuang dalam politik, yakni Pinjaman Hassin. Tokoh politik veteran iranun itu, pernah menubuhkan USAP( United Sabah Action Party). Apabila parti itu dibubarkan kerana sebahagian para pemimpinnya berjaya dibeli oleh USNO, maka Pinjaman menyertai parti PEKEMAS, parti Semenanjung pimpinan Dr Tan Chee Khon-Ayah kepada Tokoh DAP Dr Tan Sing Giow-MP Kepong hingga kini.

Politik boleh dikatakan sangat sinonim dengan suku itu, kerana itu hingga kini sebahagian besar suku kaum itu sangat akrab dengan politik, baik diperingkat akar umbi mahupun nasional.

Disebabkan sifatnya yang suka berpolitik, maka tidak ramai daripada suku tersebut berjaya dibidang lain, misalnya perniagaan.

Sesungguhnya menjadi pemimpin itu, tidak hanya terletak pada bidang politik.Pemimpin dalam agama juga adalah pemimpin. Pemimpin dalam perniagaan juga pemimpin. Pemimpin dalam pendidikan juga pemimpin. Selain itu pemimpin dalam keluarga juga pemimpin.

Pendeknya, menjadi pemimpin itu, mempunyai definisi luas.

Namun bagi maksud tulis ini; sanggupkah suku iranun menjadi pemimpin dibidang lain selain politik?

Adalah sukar dan memerlukan masa yang panjang mempelajari sesuatu yang bukan bidang; umpamanya bidang perniagaan. Bidang perniagaan adalah bidang yang kurang didekati oleh kaum iranun, kerana itu, kaum ini tidak mahir dalam bidang ini; sedangkan dalam perniagaanlah, sumber pendapatan yang terbanyak bersumber.

Membangun iranun agar supaya kaum yang minoriti tersebut berkembang maju, ada baiknya diarahkan kepada bidang perniagaan.

OKB rasa, apabila bidang perniagaan kaum tersebut berkembang, secara otomatik, penyatuan dan kesatuannya akan ternoktah.

Melalui perniagaan jalinan (net working) antara satu sama lain berkembang. Sesuatu perniagaan tidak akan berkembang tanpa jalinan.

Semakin rancak jalinan, maka semakin majulah perniagaan itu.

Datuk Musa Aman sebelum menjadi Ketua Menteri Sabah memperggunakan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah untuk maju. Jika Musa Amanpun mempergunakan DPBS untuk maju dan membuat rangakain, kenapa tidak suku iranun?

Sesuai dengan pendapat veteran pemimpin iranun Tuan Haji Jabarkhan Napi, Dewan Perniagaan iranun perlu ditubuhkan agar supaya melaluinya, penyatuan dan kesatuan iranun dapat dirungkai.

OKB merasakan WADAH penyatuan dan kesatuan iranun boleh dicapai melalui DEWAN tersebut.

Dalam politik, iranun telah mempunyai WADAH... dalam PBS ada, dalam UMNO ada, dalam PAS ada, dalam PKR ada.. entah dalam DAP pun mungkin ada.. apatak lagi SAPP!!.

Melalui WADAH perniagaan, semua iranun akan terlibat, baik pemimpin kawakan, mahupun akar umbi.

Melalui wadah perniagaan adalah mudah bertemu MATA dengan sesiapapun, termasuk pimpinan negeri, kerana tiada siapapun yang menolak, jika jaringan perniagaan dikembangkan. Dalam perniagaan yang ada hanya konsep MENANG-MENANG, berlainan dengan politik, yang mengamalkan konsep WIN or LOSE.

Melalui Wadah perniagaan juga, tiada yang akan emosi, kerana, sesiapapun akan berfikiran postif. Jika aku masuk jaringan, maka aku adalah part of the game. Bersediakah kaum iranun meneroka sesuatu yang baru ini?.Fikir-fikirkan lah.

29 August 2010

Setiausaha BN Sabah gagal rungkai plot jatuhkan Musa Aman

Plot untuk jatuhkan Musa Aman telah mula terbongkar. Semalam Timbalan Pengerusi Umno Negeri Sabah, DSP Salleh Said telah mendedahkan  adanya plot tersebut, malah; mantan Ketua menteri itu mendakwa LDP bersekongkol dengan pihak ke-3 untuk menjatuhkan Musa Aman.

Persekongkolan LDP dan pihak ke-3 itu kononnya mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Musa sebagai pengerusi BN Sabah.

Gerakan ini merupakan tamparan hebat kepada Setiausaha BN Negeri Datuk Rahman Dahalan, kerana gagal mengesan apa tak lagi membendungnya.

Seharusnya sebagai setiausaha BN telah awal-awal lagi telah dapat merungkai perkara ini, kerana usaha seperti ini akan menganggu gugat keutuhan BN negeri, yang dikatakan sebagai Fixed deposit BN.

Datuk Rahman yang mengetuai urus setia BN negeri sepatutnya dapat mengetahui lebih awal lagi plot seumpama ini, jika dianya mempunyai jalinan yang kuat terhadap komponen-komponen BN.

Pada Selasa lalu, Timbalan Presiden LDP-Sabah Chin Su Phin telah mengeluarkan kenyataan bahawa partinya tidak lagi menyokong Musa Aman, namun tetap menyokong Umno dan kepimpinan Najib Razak.

26 August 2010

Pemimpin ada akar umbi dan pemimpin sebagai pemain

Tun Mustapha adalah contoh pemimpin yang ada pengikut akar umbi. Maksud pengikut akar umbi di sini, bukan terhad pada satu kawasan sahaja, tetapi menyuluruh.

Datuk Harris Salleh adalah contoh pemimpin sebagai pemain politik. Pemimpin sebagai pemain adalah pemimpin yang berpeluang menggunakan masa, situasi, sentimen pada masa yang tepat.

Setelah Tun Mustapha, hanya Datuk Pairin yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang mempunyai sokongan akar umbi yang menyeluruh.

Bagi OKB, setakat ini belum ada pemimpin Sabah yang mempunyai sokongan akar umbi yang menyeluruh.

Namun sebagai pemimpin yang mahukan agar rakyat yang dipimpinnya maju jaya, sifat-sifat itu ada terdapat pada ketua menteri Sabah sekarang ini, yakni Datuk Musa Aman.

Atas sebab sifat-sifatnya tersebut, maka jika dahulu ada beberapa pemimpin Sabah yang tidak sehaluan dengannya; akhirnya, para pemimpin tersebut kini bergandingan bahu dengannya demi kemajuan negeri Sabah.

Jika Tun Mustapha mempunyai sokongan padu daripada akar umbi secara menyeluruh, Musa Aman mempunyai sokongan padu daripada para pemimpin akar umbi secara menyeluruh.

Hanya pemimpin yang mempunyai sokongan akar umbi yang menyeluruh yang boleh bertahan dalam politik.

Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris kalah dengan mudah kerana Datuk Harris tidak mempunyai sokongan padu daripada akar umbi. Para pemimpin yang menyokong beliau masa itu juga tidak mempunyai sokongan akar umbi. Hanya 6 kawasan yang boleh bertahan pada PRU-Sabah tahun 1985 yang menggunakan tikit Berjaya menang; dan kesemua pemimpin itu adalah mereka yang mempunyai sokongan akar umbi.

Kepimpinan Musa Aman adalah fotokopi kepimpinan Tun Mustapha, yang berbeza hanya dalam bentuk sokongan.

Sang Pemimpin

Ketika mana seseorang memutuskan (baik secara sadar atau tidak) untuk mengikuti kepemimpinan anda,

keputusan itu terutama karena satu atau dua hal berikut:

karakter anda atau kemampuan anda. Mereka ingin memastikan apakah anda adalah seseorang yang pantas mereka ikuti, atau apakah anda memiliki kemampuan untuk membawa mereka pada keberhasilan. Tentu ada banyak pertimbangan, namun kali ini kita akan memusatkan perhatian pada diskusi untuk mengetahui macam-macam karakter yang membuat orang lain mengikuti kepemimpinan anda.

1. Integriti.
Integriti adalah melakukan sesuatu sesuai dengan apa yang anda katakan akan anda lakukan.

Integriti membuat anda dapat dipercaya. Integrii membuat orang lain mengandalkan anda.

Integriti adalah penepatan janji-janji anda.

Satu hal yang membuat sebagian besar orang enggan mengikuti anda adalah bila mereka tak sepenuhnya merasa yakin bahwa anda akan membawa mereka menuju ke tujuan yang anda janjikan. Apakah anda dikenal sebagai seseorang yang mempunyai integriti? Bila ya, maka anda layak menjadi seorang pemimpin.

2 Optimisme.
Takkan ada orang yang mahu mengikuti anda bila anda memandang suram masa depan. Mereka hanya mahu mengikuti seseorang yang dapat melihat masa depan dan memberitahukan pada mereka bahwa di depan sana terbentang tempat yang lebih baik, dan mereka dapat mencapai tempat itu.

Apakah anda melihat gelas itu separuh kosong? Bila ya, anda adalah seorang pesimis. Apakah anda melihat gelas itu separuh berisi? Bila ya, anda adalah seorang optimis.
Apakah anda melihatnya sebagai segelas penuh; yaitu separuh berisi air dan separuh lagi berisi udara? Maka anda adalah seorang yang super optimis. Apakah anda dikenal sebagai seorang yang optimis? Bila ya, anda layak menjadi seorang pemimpin yang luar biasa.

3. Menyukai perubahan.
Pemimpin adalah mereka yang melihat adanya keperluan akan perubahan, bahkan mereka
bersedia untuk memacu perubahan itu. Sedangkan pengikut lebih suka untuk tinggal di tempat mereka sendiri. Pemimpin melihat adanya kebaikan di balik perubahan dan mengkomunikasikannya dengan para pengikut mereka. Jika anda tidak berubah, anda takkan tumbuh.

Apakah anda anda dikenal sebagai seseorang yang memacu perubahan? Jika ya, anda layak menjadi seorang pemimpin yang luar biasa.

4.Berani mengambil risiko
Kapan pun kita mencuba sesuatu yang baru, kita mengambil risiko. Keberanian untuk mengambil risiko adalah bagian dari pertumbuhan yang teramat penting.Kebanyakan orang menghindari risiko.

Karena itu, mereka bukan pemimpin. Para pemimpin menghitung risiko dan keuntungan yang ada di balik risiko. Mereka mengkomunikasikannya pada pengikut mereka dan melangkah pada hari esok yang lebih baik. Apakah anda dikenal sebagai seorang yang berani mengambil risiko? Jika ya, anda layak menjadi seorang pemimpin yang luar biasa.

5. Rajin/Tidak kenal putus asa.
Kecenderungan dari pengikut adalah mereka menyerah saat sesuatunya menjadi sukar. Ketika mereka mencuba untuk yang ke dua atau ke tiga kalinya dan gagal, mereka lalu mencanangkan motto, "Jika anda gagal di langkah pertama, sudahlah menyerahlah dan lakukan sesuatu yang lain."

Jelas saja mereka melakukan itu, karena mereka bukan pemimpin. Para pemimpin itu tahu apa yang ada di balik tembok batu, dan mereka akan selalu berusaha menggapainya. Lalu mereka mengajak orang lain untuk terus berusaha.

Apakah anda dikenal sebagai seseorang yang rajin, tangguh, dan berdaya tahan tinggi? Jika ya, anda layak menjadi seorang pemimpin yang luar biasa.

6. Katalistis.
Seorang pemimpin adalah seseorang yang secara luar biasa mampu menggerakkan orang lain untuk melangkah. Mereka bisa mengajak orang lain keluar dari zone kenyamanan dan bergerak menuju tujuan mereka. Mereka mampu membangkitkan gairah, antusiasme, dan tindakan dari para pengikut. Apakah anda dikenal sebagai seseorang yang mampu menggerakkan orang lain? Jika ya,anda layak menjadi seorang pemimpin yang luar biasa.

7. Berdedikasi/komited.
Para pengikut menginginkan seseorang yang lebih mencurahkan perhatian dan komited ketimbang diri mereka sendiri. Pengikut akan mengikuti pemimpin yang senantiasa bekerja dan berdedikasi karena mereka melihat betapa pentingnya pencapaian tugas-tugas dan tujuan. Apakah anda dikenal sebagai seseorang yang komit dan senantiasa mencurahkan perhatian anda pada tujuan? Jika ya,anda layak menjadi seorang pemimpin yang luar biasa. Fikir-fikirkan lah

24 August 2010

Sindrom mandul perasaan

Alhamdulillah,,segala puji2 pujian dipanjatkan kehadrat Allah swt yg memiliki sekalian alam,,selawat dan salam kepada Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW yg membawa rahmat kepada sekalian alam.

Baru-baru ini masyarakat dunia diterjah dengan satu peristiwa kerakusan yahudi laknatullah yang bertindak menghalang bantuan kemanusiaan yg di bawa melalui kapal mavi marmara sehingga mengakibatkan beberapa org aktivis syahid akibat tembakkan peluru jahanam yahudi laknatullah.seluruh masyarakat dunia mengecam tindakkan zalim dan hina yahudi dan kecaman tersebut dilontarkan melalui perhimpunan dan ada yg memutuskan hubungan diplomatik dengan negara HARAM tersebut..

Menurut ulama' yahudi,bangsa selain bangsa yahudi adalah hina dan halal ditumpahkan darahnya dan dilihat setaraf dengan binatang,,ini satu fahaman yg tersemai subur dalam generasi yahudi dan ini yg dipraktikkan keatas orang awam palastine,sehinggakan wanita,,kanak-kanak,,mahupun bayi yg masih didalam kandungan juga tidak dilepaskan.

Pemimpin-pemimpin dunia khususnya pemimpin-pemimpin liga arab dilihat sudah parah dengan sindrom mandul perasaan sehingga mereka tanpa segan silu membiarkan rakyat palastine yg sudah 62tahun ditindas dan dizalimi di negara mereka sendiri oleh pendatang HARAM israel,walhal kebanyakkan mereka merupakan jutawan minyak yg mewah tetapi mereka lebih rela menyalurkan wang tersebut kepada kelab2 bola sepak,sungguh mandul perasaan mereka,,tanpa rasa malu mereka membiarkan anak-anak palastine yg berlapar dahaga,wanita-wanita yang menahan derita melihat rengekkan anak yg kelaparan dan mereka juga mampu tidur lena sedangkan saudara di palastine duduk dalam keadaan ketakutan tanpa mengatahui masih ada hari eosk untuk mereka,,,SUNGGUH MANDUL PERASAAN KALIAN!!!!

kini jendela piala dunia dibukakan dan perhatian masyarakat terhadap isu palastine yg sudah dizalimi sekian lama seolah-olah terpadam dari memori yg sebelumnya melahirkan kebencian yg amat kuat keatas kezaliman yahudi laknatullah,,ribuan malahan ratusan ringgit dilaburkan semata-mata memenuhi kehangatan PIALA DUNIA sedangkan PIALA AKHIRAT dibiar sepi tanpa rasa ingin memperbaiki mahupun menambah kehangatan PIALA AKHIRAT yang melibatkan seluruh umat manusia,,begitu mandul perasaan kita,,,adakah dengan membawa sepanduk,,mencaci yahudi laknatullah memadai apa yg yahudi laknatullah lakukan keatas rakyat palastine,,dan lebih menyedihkan lagi ada sekelompok manusia yang sebangsa dengan kita membuka peluang BERJUDI sempena PIALA DUNIA dan ini merupakan satu penghinaan terhadap ALLAH SWT dan Rasulullah SAW,,,sesungguhnya telah terang lagi bersuluh bahawa arak,judi,bertenun nasib adalah HARAM dan ia merupakan amalan syaitan mengapa amalan syaitan ini dilaksanakan sedangkan hudud,qisas, dan syariat Allah swt yg lain belum ditegakkan,,,tetapi ramai yg mengambil sikap acuh tidak acuh dalam isu berat yang dilihat remeh,,MANDUL SUNGGUH PERASAAN!!

sesunggunhnya Rasulullah saw dan para sahabat bergadai darah dan nyawa bagi menegakkan syariat ISLAM di muka bumi ini,,sehingga ada sahabat yg dilapah hatinya,,dibunuh dan disembelih semata-mata ingin menegakkan Ayat-ayat ALLAH,,,tetapi masyarakat kini mendapat islam dengan cara yang mudah sehingga nilai islam itu diletakkan serendah2nya setaraf tandas,,oleh sebab itu jika kita melihat rata-rata surau yg dibina di mall atau pusat beli belah semuanya berhampiran dengan tandas...mana letakkan ketinggian dan kesucian agama ISLAM?? tetapi berapa ramai yg terpukul dengan situasi ini??MANDUL SUNGGUH PERASAAN!!

22 August 2010

Santan emas kaum Iranun kenampakkan sudah

Kalau bukan idea "nakal" segelintir anak-anak bangsa Iranun pada 7 Ogos lalu, santan emas suku bangsa ini sukar menjelma.

Mahaguru "pendikar chahaya" telah keluar daripada pertapaannya setelah setahun menyempuranakan ilmu-ilmu yang perlu disemadikan dalam diri dan pada gilirannya dihebahkan kepada kaumnya.

Yang menjadi perdebatan adalah "Perlu wadah baru" bagi suku kaum iranun. Pengertian wadah baru ini adalah bermaksud luas, bukan sempit sepertimana ulasan-ulasan suku kaum tersebut samada melalui FB mahupun blog, malahan di kedai-kedai kopi.

Malah ada bloger yang menulis khasnya mengenainya, dengan mengetengahkan tajuk "jangan salah tafsir". Tajuk ini ada hubungan dengan tulisan pendakar chahaya yang membawa konotasi, ada kecurigaan terhadap "wadah baru" iranun itu, yang masih belum berbentuk dan masih dalam tahap penjelmaan.

Adalah sungguh malang membicarakan sesuatu yang belum berupa, apa tak lagi memperkecilkannya.

Masih perlu masa yang panjang untuk mengwujudkan "wadah" itu. Para penyaja masih memerah otak, mencuba memerah otak geliga mereka untuk menjitukan wadah itu.

Alangkah eloknya, jika wadah diwujudkan dahulu. Dari situ, bermula kita suku iranun memerah otak, menyatukan pengalaman, fikiran serta semua yang ada dalam sanubari kaum iranun, ditapis, diayak, disaring, disuling agar supaya santan emas dapat menjelma.

Peranan pendekar chahaya bagaikan intan berlian dalam wadah ini, tiada yang terfikir mengenepikan pendekar chahaya. Pendekar chahaya adalah salah satu daripada intan itu. Wadah baru ini ingin menemukan intan-intan lain; jika ada untuk disusun dan mengharapkan kilauan yang terang lagi menerangi; umpama intan-intan yang menghiasi sebentuk cincin permata, indah dan cantik.

19 August 2010

Kenapa marah?

Semua orang ada sifat marah tetapi jika marah tanpa sebab-musabab atau terlalu mengikutkan perasaan itu..mungkin menyebabkan kebencian kepadanya dan manusia seperti ini selalunya kurang senang jika kehendaknya tidak dapat dipenuhi.tidak terkawal dan mudah menyimpan sifat dendam tanpa beliau sedari...dan paras mukanya juga akan menunjukan seseorang itu kelihatan tidak tenteram dan sentiasa kelihatan marah dan muram...

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.

Kadangkala mereka terpaksa bersifat sedemikian kerana takut tempatnya digantikan dengan oranglain....Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.Inilah lumrah hidup manusia seperti kita semua pasti mudah terlupa dan terlalu bangga diri...

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan dan santun serta ia memaafkan Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.

Kenapa kita perlu marah?

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya' allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam.

Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana uap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan uap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-banyakanlah.. beristighfar itulah senjata orang-orang mukmin..namun sabar adalah sebahagian dari iman..pastinya setiap kali selepas solat meminta keampunan serta memberi kita taufik dan hidayat kepada kita insan yang selalu menlakukan silap dan salah..mudah-mudahan ALLAH dapat membantu diri kita...tapi kita haruslah berusaha juga sebagai membuat langkah pertama dahulu kerena langkah pertama adalah langkah pemulaan untuk sampai ke destinasi kita yang jauh beribu-ribu batu..insya'allah yang penting kita selalu memohon kepadanya tidak kira waktu susah mahupun waktu senang..

Suara suara sumbang parti KDM-BN Sabah

Suara-suara sumbang parti KDM komponen BN Sabah telah mula kedengaran. Ahad lalu Presiden UPKO Bernard Dompok mendakwa umno adalah penghalang kepada konsep IMalaysia tajaan perdana menteri dan presiden umno sendiri.

Sebelum itu parti PBS telah memberi kata dua kepada kerajaan agar isu PTI perlu dinoktahkan pada tahun 2012. Seolah-olah PATI bertimbun di sabah adalah angkara kerajaan.

Parti KDM melihat bahawa umno terlalu dominan dalam kerajaan negeri. Mereka mendakwa bahawa akar umbi KDM terpinggir dalam pemerintahan BN Sabah yang ditulangi oleh umno.

Perlu difahami dalam umno sendiri ramai pemimpin KDM. Ada beberapa ketua bahagian umno daripada suku KDM.

Selain itu KDM "well represent" dalam kabinet negeri. Bukan itu sahaja ramai ketua-ketua jabatan adalah daripada suku KDM.

Pun demikian parti-parti KDM agaknya belum berpuas hati. Mereka ingin kembali kepada kegemilangan PBS tahun 1985-1994, di mana di semua peringkat kaum KDM lah yang mengambil peranan.

Syarikat-syarikat GLC pada tahun kegemilangan PBS boleh dikatakan seluruhnya dikuasai kaum KDM. Pada masa itu rumpun bajau, dan bumiputera islam lainnya bagaikan warganegara kedua kecuali keluarga Abu bakar Titingan di mana masa itu diwakili Datuk Baharom Titingan.

Umno masuk Sabah dan bertapak, bukan kehendak umno. Umno masuk Sabah kerana angkara para pemimpin KDM sendiri.

Tahun 1990 semasa pilharaya sedang berlangsung, PBS yang merupakan komponen BN telah keluar BN, sehinggakan gelaran kepada parti itu adalah peristiwa TIKAM BELAKANG abad ini dalam sistem demokrasi negara.

Pada masa ini pemimpin KDM yang menyuarakan ketidak puas hatian kepada Umno adalah pemimpin yang sama yang menikam BN pada masa itu.

Kalaupun inginkan bahagian yang lebih besar, jangan lah menuntut yang bukan hak. Minta lah sesuai dengan kapasiti dan latarbelakang sendiri.

OKB berharap kempimpinan umno yang diberi mandat membela bumiputera islam dan bukan islam yang menerima konsep umno, jangan teragak-agak dalam pendirian.

Memang diakui ada pemimpin Umno yang bersifat arogant dan tidak penduli terhadap mereka yang bukan ahli umno. Ini bukan salah umno dan bukan juga salah pemimpin itu. Masing-masing mempunyai parti. Pemimpin Umno bertanggungjawab kepada ahli-ahli umno. Salah kah itu?

18 August 2010

Akan ada tikam belakang lagi kah?

Semasa PRU-1990 tepat diambang pembuangan undi, PBS komponen BN Sabah keluar BN dan bersatu dengan Barisan alternatif (BA) pimpinan Tengku Razalegh Hamzah.

Para pemimpin PBS yang mendesak Pairin Kitingan agar PBS keluar BN antara lain Yong Teck Lee dan Bernard Dompok.

Alasan yang diberikan mereka, jika PBS kekal dalam BN ada kemungkinan besar calon-calon Cina PBS akan tewas kepada calon-calon pembangkang khasnya DAP. Alasan kedua adalah menurut pemerhatian para pemimpin PBS, bahawa BA dan APU mempunyai peluang untuk menguasai 50% kerusi parlimen di Semenanjung, kerana itu PBS adalah penentu kepada gabungan itu untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Dalam satu perjumpaan di Audotirum Yayasan Sabah yang dihadiri oleh Presiden S-46 Tengku Razalegh dan Setiausaha Agong DAP Lim Kit Siang dan sudah tentu Pairin sendiri, semasa berucap- Lim Kit Siang dengan nada cukup yakin.. telah mengistiharkan bahawa Tengku Razalegh ada "the next prime minster of Malaysia".

Namun tindakan PBS tersebut telah menyedarkan kaum melayu di Semenanjung, bahawa kuasa mereka akan punah, jika memberi peluang kepada BA dan APU. Benar juga, BA dan APU telah kalah teruk di Semenanjung.

Sebaliknya PBS menyapu bersih semua kawasan yang ditandinginya, dan PBS seterusnya membentuk kerajaan negeri.

Akibat tikam belakang PBS tersebut, maka UMNO masuk dan dirasmikan pada Februari 1991.

Pada PRU tahun 1994, UMNO-LDP-AKAR ternyata belum berjaya menumpaskan PBS, namun PBS hanya sebulan dapat bertahan setelah pilhanraya itu dan akhirnya tumbang apabila kehilngan majoriti di dewan undangan negeri disebabkan keluarnya Lajim Okin dan Robin Balang untuk menyertai UMNO.

Apabila PBS kehilangan kuasa, maka PBS terpecah tiga, yakni PBS-PDS-PBRS. PDS kini UPKO diketuai oleh Dompok, PBRS oleh Joseph Kurop.

PBS akhirnya diterima ke dalam BN pada tahun 2006.

Tindakan Dompok pada tahun 1990 kini berulang kembali apabila pada Ahad lalu semasa mersamikan Zon C bahagian UPKO menyalahkan Para pemimpin Umno yang mengelilingi presiden Umno tidak ikhlas untuk menjayakan konsep 1Mlaysia cetusan Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Dalam blognya Timbalan pengerusi perhubungan umno negeri Salleh Said Keruk telah menyuarakan bahawa UMNO Sabah kesal dengan kenyataan seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membayangkan UMNO menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia.

Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menegaskan UMNO Sabah benar-benar memahami dan komited sepenuhnya terhadap konsep itu.

"Oleh itu tidak perlu bagi presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mempersoalkan sama ada UMNO memahami maksud sebenar atau semangat konsep 1Malaysia," katanya dalam blognya ssk.blogspot.com

Katanya sebagai menteri Kabinet pusat dan presiden parti komponen BN, Dompok seharusnya tahu UMNO komited sepenuhnya kepada konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO.

Salleh berkata demikian ketika mengulas laporan media yang memetik Dompok sebagai berkata sama ada Najib akan dibenarkan oleh partinya dan mereka yang mengelilinginya melaksanakan konsep itu.

Dompok dilaporkan berkata demikian semasa merasmikan Konvensyen UPKO Zon C (Penampang, Kota Kinabalu, Sepanggar dan Putatan) di Penampang, Ahad lalu.

Pada konvensyen tersebut, pemimpin bahagian UPKO mengulangi rasa tidak puas hati berikutan permintaan pemimpin UMNO untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum termasuk satu kerusi yang disandang oleh UPKO.

Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan masalah pendatang tanpa izin di negeri itu yang sudah berlarutan sekian lama.

Salleh berkata adalah menjadi kebiasaan bagi mana-mana parti politik menuntut bilangan agihan kerusi yang banyak tetapi akhirnya keputusan muktamad terletak di tangan pucuk kepimpinan BN.

Mengenai isu pendatang tanpa izin, Salleh, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, berkata adalah tidak adil bagi memberi persepsi salah kepada rakyat bahawa kerajaan pusat dan negeri tidak berbuat apa-apa bagi menyelesaikan masalah itu.

"Jutaan ringgit dibelanjakan bagi pasukan keselamatan dan pembelian peralatan canggih untuk digunakan di sepanjang pesisir pantai bagi tujuan pengawalan dan pemantauan.

"Kita semua mahu isu ini diselesaikan. Biar jangan satu pihak sahaja mendakwa menjadi wira dalam usaha ini," katanya.

17 August 2010

Benar kah janji itu hutang?

Teringat kata seorang pensyarah semasa saya menutut dahulu: Janji itu Hutang! ringkas hanya satu perkataan, setiap janji adalah hutang. Setiap hutang perlulah dibayar.

Hutang kepada siapa sahaja perlu dibayar. Kalau hutang tidak dibayar maka namanya mungkir janji, kalau hutang pada bank, kalau tidak bayar adalah pasti bank akan minta siberhutang dimufliskan.

Demikian juga janji politik, setiap janji politik mesti dikotakan, jika tidak ianya menjadi asas kepada penolakan kepada sesiapa yang membuat janji itu.

Janji pemimpin apa lagi. Sebagai manusia dan invididu yang telah membuat janji, namun ingkar kepada janjinya, maka manusia dan individu itu tergolong manusia munafik.

Atas sebab itu jangan suka membuat janji jika tidak mampu menunaikannya.

Biasanya dalam dunia politik, pemimpin politik lah yang suka membuat janji. Atas sebab apa, agar pemimpin itu mendapat sokongan. Sokongan untuk mendapatkan tempat dalam dunia politik dan sekaligus kuasa.

Sebelum mendapat kuasa, pemimpin itu menabur 1001 macam janji, namun setelah mendapat kuasa yang diingini, maka janji hanya tinggal kenangan.

Malangnya apabila penyokong yang menyokong membangkitkan isu janji kepada pemimpin yang telah ada kuasa itu,maka si ponyokong pula dikatakan bermasalah kerana tidak berusaha memajukan dirinya.

Kenapa janji itu adalah utang! Kerana itu, janji harus dibayar!” Itu kan konsep Customer Satisfaction atau Kepuasan Pelanggan.

Ketika orang berpikir bahwa service adalah ”keramahan” atau ”senyum”, maka kenyataannya bukan begitu. Ada banyak orang yang berpikir bahwa service adalah ASS atau after sales service. Apalagi, di industri otomotif ada istilah ”3S” (sales, service, and sparepart)!

Kalau sudah begitu, erti service itu menjadi ”kecil”. Sebab, bahagian sales bertanggung jawab jualan produk. Service untuk ASS, sedangkan sparepart yang menyiapkan suku cadang. Padahal, pengertian service bukan seperti itu.

Menurut penyelidikan intensif yang dijalankan Leonard Berry, Valarie Zeithaml, dan Parasuraman, mereka menemukan bahwa elemen terpenting dalam service adalah reliability. Deliver what you have promised! Berikan apa yang Anda sudah janjikan!

Statemen pensyarah saya itu ketika itu bahkan lebih keras lagi yang mengatakan bahwa janji adalah hutang! Bererti, kalau Anda sudah janji, sudah langsung hutang! Padahal, waktu itu, CS masih istilah baru di dunia marketing.

Berusahalah selalu reliable atau memenuhi janji. Sebab, biaya memuaskan orang yang marah karena merasa tidak dipenuhi apa yang dijanjikan menjadi lebih mahal. Itulah bunga dari hutang yang harus dibayar! Pada saat ini saja, masih banyak orang hanya mengambil mudah soal janji, tetapi tidak bisa melaksanakan.

Kalau orang menunaikan janji ada tiga kebaikkanya: penyokong tidak akan berpaling tadah atau pelanggan tetap setia, para penyokong komited terhadap kemimpin sang pemimpin atau parti dan ketiga parti atau pemimpin tidak perlu bersaing atas sebab apa semuanya ada ( all gotten). Fikir-fikirkan lah.

16 August 2010

Empangan Kg Tambatuon Kota Belud

Projek Jelapang Padi Kota Belud tidak akan berjaya tanpa pembinaan empangan Kg Tambatauon Kota Belud.

Pada 30 julai lalu, Menteri Pertanian Persekutuan Noh Omar telah menyatakan bahawa projek tersebut perlu diteruskan, jika tidak Jelapang padi kota belud tidak akan berjaya.

Pembinaan empangan Kg Tambatoun sangat mustahak, kerana itu pengorbanan rakyat yang berada di kampung itu sangat di sanjung tinggi oleh rakyat yang menghuni sebahagian besar penduduk Kota Belud.

Projek Jelapang padi Kota Belud akan menguntungkan lebih 50 ribu penduduk, di banding penduduk kampung itu yang tidak mencapai 500 orang.

Akibat pembinaan empangan itu, penduduk yang terlibat akan ditempatkan semula ke kawasan yang sustanible dan menguntungkan mereka secara jangka panjang.

Penduduk kg Tambatoun akan diberi peluang seluas-luasnya dalam arus pembangunan dan ekonomi, ini bermakna melalui pembinaaan empangan di situ akan wujud keadaan menang-menang, di mana rakyat majoriti akan mengecapi tempias jelapang padi dan pada masa yang sama penduduk kg itu juga akan mengecapi pembangunan ekonomi.

Projek empangan itu akan menelan kos lebih RM450 juta dan kemungkinan akan bertambah apabila ianya akan bermula.

Pembinaan empangan tersebut mendapat bangkangan daripada parti pembangkang terutama SAPP dan NGO yang berafiliasi kepada kontra pembangunan.

Pandangan SAPP dan NGO-NGO tertentu adalah bermotifkan politik, sehingga mereka sanggup mengorbankan kepentingan rakyat yang lebih ramai.

Dalam proses pembangunan, rakyat perlu berkorban, kerana tanpa pengorbanan pembangunan tidak akan berjalan.

Kepada penduduk kg Tambatuon, cuba lah berfikir rasional dan ke depan, kerana melaluinya, maka Kota belud akan menjadi pemangkin ekonomi yang tersohor di negeri ini.

Beras adalah komoditi stratigik, kerana beras adalah makanan utama negara ini.

Ada lah dipohon kepada penduduk kg Tambatuon meredeka kan lah minda anda daripada dibelengu politik sempit parti pembangkang.

Wakil rakyat Kota Belud Datuk Rahman Dahalan mempuyai tugas berat untuk memberi penerangan kepada penduduk kg yang terlibat. OKB yakin melalui net working wakil rakyat itu, maka pada akhirnya penduduk kg Tambatuon akan menerima pembangunan empangan tersebut dengan tangan terbuka demi pembangunan Kota Belud secara keseluruhan.

14 August 2010

Tidak mudah menyatukan bangsa!!!!

Menyatukan bangsa untuk menuju pucak tidak mudah. Terlalu banyak ranjau yang perlu dilalui.

Ranjau bukan sahaja apa yang ada dihadapan, tetapi ranjau yang dalam bangsa itu sendiri.

Tepat 4.30 petang tadi di restoran citarasa kota belud telah berlangsung pertemuan kedua para pencetus ilham untuk mengwujudkan wadah baru menyatukan bangsa dan dijadikan asas untuk menuju puncak.

Walaupun kehadiran tidak memberangsangkan, namun agenda membentuk jawatankuasa penaja tetap dapat dilaksanakan.

Jawatankuasa penaja ini bukanlah bermaksud mewakili seluruh masyarakat iranun, namun hanya sebagai pengerak pertama. Tiada yang bermula,kalau tiada yang memulakan.

Jawatankuasa penyaja ini diketuai oleh Sdr Almudin Kaida dan timbalannya adalah sdr Roslan Haji Mansor.

Dalam perbincangan dan percambahan pendapat petang tadi telah disepekati bahawa melalui wadah baru ini, semua kesilapan para pemimpin iranun terdahulu dinoktakan sebaliknya hanya kebaikan yang diambilkira dan dijadikan asas untuk menuju pucak.

13 August 2010

Apabila gambar pengganti diri

Bulan puasa datang saja, pasti ada gambar besar dipampang di persimpangan jalan sebagai pengganti diri. Itu bagi pemimpin. Bagi rakyat biasa pada bulan puasa, bazaar ramadhanlah tempat pertemuan atau surau-surau atau masjid.

Lain pula kalau musim pilihanraya, apa jua pilhanraya, yang datang ada lah calon sekurang-kurang wakil calon, pengganti diri tak main. kenapa ya?

12 August 2010

PRU-13 kemana halatuju pengundi Kota Belud?

Pernah berlaku di Sabah. Tahun 1985 kekuatan parti Berjaya di bawah pimpinan Datuk Harris, tiada yang menduga boleh ditumbangkan.

Tahun itu boleh dikata parti Berjaya tiada saingan. Tiada parti yang menonjol demikian juga "figure" seseorang pempimpin yang boleh bersaing dengan Datuk Harris. Usno pada masa itu masih sebuah parti, masih layak bertanding dan masih komponen BN. Namun sandaran parti Usno hanya kawasan bumiputra islam, berjaya pula adalah multiracial parti. Ertinya berjaya menaungi semua kaum Sabah, termasuk bukan bumiputra-kaum cina.

Namun kemunculan parti bersatu sabah (PBS) yang ditubuhkan menjelang PRU-1985 itu berjaya menumbangkan berjaya. PBS menang 25 kerusi- Usno 17, Berjaya 6. PBS menang dengan majoriti mudah. Pada masa itu juga hampir berlaku huruhara, kerana Tun Mustapha dipangruhi oleh Datuk Harris agar ke istana untuk angkat sumpah sebagai Ketua Menteri. Namun berasaskan demokrasi, Musa hitam ketika itu sebagai menteri dalam negeri, merestui agar Datuk Pairin Kitingan di lantik sebagai Ketua Menteri.

Pada tahun 1985-Kota Belud hanya kehilngan Kedamaian, manakala Tempasuk dan Usukan masih berpihak kepada BN- Usukuan (usno)- Tempasuk (berjaya).

Namun tahun 1986- Tempasuk berjaya dimenangi PBS dan hanya pada tahun 1994 dimenangi BN melalui tikit AKAR- calonnya ada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Pada PRU-13 akan datang ke mana kah halatuju pengundi Kota Belud?.. Kawasan Usukan.. pasti Umno yang menang.. Namun Tempasuk dan kedamaian adalah kawasan tidak selamat bagi BN.

Pada PRU-12 kaum KDM mengundi BN.. alasannya.. tiada sebab ikut rentak kaum bajau dan iranun di mana hampir 50% menolak BN.. alasan kaum KDM.. kawasan bajau dan iranun telah maju.. kawasan KDM terbengkalai disebabkan menjadi kubu pembangkang.

Selepas sahaja PRU-12, kawasan KDM Kota belud mendapat perhatian yang luarbiasa daripada para wakil rakyat yang ada. Jalan-jalan gravel telah bertar. Sumber air minum telah disambung. Sumber pendapatan telah dihamburkan di kawasan KDM. Pembasmian kemiskinan telah terarah di kawasan KDM. Ini bermakna, berbaloi juga para pengundi KDM di kawasan tersebut mengundi BN.

Perlu dingat.. siapa kata Datuk Mohd Noor Mansor dan Yapin Gimpoton tidak membangun Tempasuk dan Kedamaian? pada masa-masa kerajaan berjaya? Pada masa itu, boleh dikatakan kadar pembangunan bagi kawasan-kawasan tersebut terlalu cepat dibanding kawasan Usukan (disebabkan kawasan Usno).

Pun demikian, pada PRU-Sabah tahun 1985, Kedamaian jatuh ke tangan PBS sebagai parti pembangkang dan tahun 1986-giliran Tempasuk jatuh ke pangkuan PBS.

Apa kah senario ini tidak berulang pada PRU-13? Dalam politik semuanya boleh berlaku.

Pada masa kini ada ura-ura terutama di kawasan majoriti KDM, bahawa pada PRU-13 akan berlaku "tukar baju". Sebabnya mereka terasa muak dengan kelibat BN dan para pemimpinnya.

Masyarakat KDM tidak lagi mahu menyadarkan masyarakat mereka kepada kepimpinan Pairin atau Bennard Dompok apa tak lagi Joseph Kurup.

Bagi mereka kesemua pemimpin tersebut adalah pemimpin "yesterday" dan tindak tanduk para pemimpin tersebut hanya mahu mempertahankan kedudukan diri sendiri- mereka terlupa membela kaum mereka, disebabkan telah terbuai dengan kedudukan dan kemewahan yang mereka kecepai.

Jika senario ini benar-benar berlaku? siapa yang akan menjadi mangsa? para pengundi kah atau para pemimpin daerah Kota Belud? atau kah ada pemimpin yang ikut juga salin baju seperti yang lalu-lalu?

Dalam bisik-bisik wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli masih yakin bahawa undi KDM masih lagi kepada BN, atas sebab itu, jika beliau masih jadi calon mewakili BN, maka N6-Tempasuk masih dalam gengaman BN. Namun, jika calon lain yang akan dikemukakan, kemungkinan N6- Tempasuk akan bertukar baju. Penyebab kepada senario tersebut, mungkin keadaan pada PRU-12 akan berulang, yakni undi sabotaj dan protes.

Bagi Kedamaian, jika Herbert Timbun Lagadan masih dicalonkan, menurut akar umbi di kawasan tersebut, besar kemungkinan kawasan tersebut pasti hilang daripada gengaman BN- penyebabnya adalah- para pengundi kawasan tersebut telahpun memberi peluang yang secukup-cukupnya kepada Naib Presiden PBS itu, dan telah sampai masanya kawasan tersebut diwakili oleh pemimpin lain.

Senario ini mungkin telah dicium oleh pengarah BN Kota Belud- Datuk Salleh Tun Said.Ura-ura memperkenalkan sistem 2:1:1 adalah penyelesaian. Namun dalam sistem itu hanya melihat secara tersirat untuk menyelesaikan isu kaum antara bajau dan iranun, bukan penyelesaian kepada kaum KDM. Masalah KDM bukan hanya isu setempat tetapi secara keseluruhan. Kaum KDM mahu agar seluruh negeri dikuasai oleh parti yang condong kepada pembelaan kaum mereka termasuk agama anutan mereka.

Jika dilihat melalui tulisan-tulisan dalam blog, kebanyakan blog yang ada kaitan dengan KDM mengarah kepada "salin baju" pada PRU-13.

Apa kah gandingan Musa-Salleh dalam Umno berjaya menongkah arus itu. Atau kah Safie Apdal dan Pandikar perlu ikut sama? Jika kesemua pemimpin bumiputra islam tersebut bergandingan, siapa pula regu mereka di pihak KDM? yang menonjol ketika ini adalah Masidi Manjun (Umno), di pihak PBS siapa? Upko siapa? PBRS siapa? Ini lah yang perlu jawapan sebelum PRU-13.

11 August 2010

Solat tarawih dan fadhilatnya

Salam Ramadhan buat semua pengunjung-pengunjung Blog OKB

disini sedikit info sempenan bulan ramadhan untuk direnungi bersama....

Hukum solat Tarawih ialah sunat muakakad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan banyak pahalanya.

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah SAW solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjamaah di masjid atai disurau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa lebih afdal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjamaah.

Rasulullah pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjamaah. Pada malam keduanya baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggap solat Tarawih itu sebagai wajib. Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjemaah bersama Rasulullah SAW. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadah solat itu sebagai wajib, bukan tidak mahu berjemaah.

Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar Ibnul Khattab, beliau merasa tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok kelompok di sana-sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan soalt sunat Tarawih itu dalam satu jamaah sahaja yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.

Perubahan yang dibawa oleh Saidina Umar ra. itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman khalifah Umar ra., keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam serta suasana masyarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut) bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan itu, sudah pasti mereka akan sentiasa mengharapkan agar semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Hadis)

9 August 2010

Semerakan jati diri bangsa

Mengembalikan Jati Diri Bangsa iranun adalah harga mutlak yang harus dimiliki sebagai bangsa yang memiliki identiti.

Yang membedakan antara bangsa satu dengan lainnya adalah tergantung bagaimana suatu bangsa mampu mempertahankan ciri dan khazanah kebudayaannya sebagai kebanggaan dan kekayaan.

Jika melihat realitas saat ini, memang kondisi bangsa relatif sangat memprihatinkan. Dalam hal tertentu kita dituntut untuk berkompetisi dengan bangsa lain, seperti pentingnya mengejar kesamaan serta kemampuan di bidang teknologi dan informasi. Tapi dilain pihak justru kita harus mampu memfilterisasi dari apa saja pengaruh asing yang dapat mendegradasi nilai-nilai yang justru telah menjadi keunggulan dan keunikan yang tidak dimiliki oleh bangsa lain.

Untuk itu, Mengembalikan jati diri bangsa itu penting. Menjadi diri sendiri seebagai Bangsa iranun itulah pada intinya. Dalam artian nilai yang kita anut dan miliki tidak perlu kita ganti dengan hal-hal baru yang belum tentu baik bahkan jelas-jelas mengarah pada keburukan dan kehancuran bangsa ini. Semua itu semata demi tidak mempertaruhkan Jati diri bangsa.

7 August 2010

Irranun dan halatujunya

Petang tadi beberapa orang pemimpin irranun termasuklah Timbalan presdien PBS Encik Alimudin Kaida dan pemimpin veteran Tuan Haji Jabarkhan Napi telah berkumpul di Citarasa restoran, Kota Belud.

Ramai juga yang datang termasuk AJK Umno bahagian dan pemuda, beberapa pegawai kerajaan berketurunan Irranun juga datang. Selain itu, ada juga kontraktor dan peniaga turut juga hadir dan mengambil bahagian dalam sesi percambahan minda.

Setiausaha bahagian Umno Kota Belud Sdr Adlan Lunoh telah membuka mukadimah dan seterusnya perjumpaan itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PBS itu  dari permulaan hinggalah ke acara penutup.

Setelah percambahan pendapat didengar dan semua yang hadir tiada seorangpun yang terlepas memberi hujah dan pandangan, seperti mana anggapan generasi muda sdr Mohd Pkaruddin, bahawa pertemuan tidak rasmi itu, agak bersifat melepas “geram”.

Bagi OKB, sangat bersetuju dengan persepsi anak muda itu, kerana ada kemungkinan “percambahan” antara “pemimpin” irranun sudah lama tidak kedengaran, setelah PISBA sirna.

Semasa kewujudan PISBA pada tahun 90-an, suara-suara percambahan pendapat masih boleh terdengar, namun setelah persatuan irranun itu dimuktamadkan, maka hanya petang tadi ada pertemuan yang bersifat informal, namun boleh juga dikatakan formal, atas sebab itulah, kebanyakan hujah bersifat melepaskan geram.

Sebenarnya tiada yang dicari lagi pada masyarakt irranun. Dari segi pendidikan, ramai yang berpendidikan. Kerana adanya pendidikan maka berjaya dilantik ke jawatan tertentu dalam kerajaan. Dari segi ekonomi, ada juga suku irranun yang berjaya dalam segi ekonomi,namun jumlahnya yang sangat sedikit, kerana itu tidak ketara. Ertinya belum boleh disandarkan untuk membawa suku tersebut ke mercu kejayaan secara keseluruhan.

Dari segi politik, ada juga suku irranun yang berkerjaya dalam bidang politik, namun jumlahnya terlalu sedikit, malah sukar dilihat.

Titik pertemuan para pemikir irranun petang tadi adalah untuk menentukan WADAH bagaimana suku irranun yang sedikit itu menjadi mudah dilihat dan dengan meminjam kata-kata politik adalah menjadi PENENTU.

Sedikit kesimpulan daripada percambahan pendapat suku irranun petang tadi adalah- agar sesiapa sahaja individu daripada suku tersebut mendapat tempat baik dari segi jawatan, ekonomi mahupun politik, hendaklah memberi sumbangan kepada masyarakatnya. Jangan terbuai dengan semuanya semasa ada kuasa, kerana semuanya itu akan hilang apabila tiba masanya. Atas dasar itulah, mereka-mereka yang berkesempatan tersebut perlulah menampilkan pelapis, penerus dan hadiah kenang-kenangan kepada suku bangsanya.

6 August 2010

Sedikit mengenai parti Pas

Di bawah ini saya salin sebuah artikel tulisan bernas saudara Anuar Ibrahim berkenaan PAS. Elok rasanya dibaca untuk membuka minda kita semua.

1. PAS ‘mengamuk’ bila mereka dikatakan sesat oleh Dato Seri Shafie Apdal. Para ‘ulama’ PAS yang sebelum ini giat melabel UMNO sebagai sesat dan kafir ini tidak boleh menerima hakikat bila orang melabel mereka panggilan yang sama. Amukan PAS bukan main-main kerana mereka kini mengugut akan mengadakan solat hajat dan bacaan yasin jika Shafie tidak menarik balik tuduhan tersebut.

2. Melihat dari amukan PAS sehingga sanggup membawa yasin dan solat di dalam permainan politik, sudah cukup untuk mengesahkan betapa sesatnya PAS itu.

3. PAS adalah Parti Ajaran Sesat dan tidak layak sama sekali memakai nama Islam kerana akar permulaan PAS itu sendiri sudah bertentangan dengan Islam iaitu memecahbelahkan ummah yang sebelum ini bersatu padu di bawah satu bumbung.

4. PAS menanam sifat buruk ke dalam diri umat Islam di Malaysia seperti suka menilai dan menghukum sesama sendiri yang mana adalah hak Allah semata-mata. PAS membawa pendekatan mengukur dan mengira dosa pahala dan iman manusia lain di dalam kehidupan seharian. Ini menyebabkan umat Islam di Malaysia mula bersyak wasangka, tuduh menuduh serta bermusuhan sesama sendiri. Pendekatan ini juga menggalakkan sifat prejudis, takbur dan riak.

5. Akibatnya, masyarakat Islam di Malaysia menjadi masyarakat yang mementingkan kulit dan bukan isinya kerana terlalu bimbang dengan pandangan orang lain.

6. Bertitik tolak dari situ lahirlah generasi yang memakai tudung, bertudung litup tetapi rendah moral dan tidak beradab serta manusia keji yang berjubah ketayap, sembahyang tunggang terbalik tetapi sanggup merogol anak sendiri.

7. PAS sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.

8. Nama Islam tercemar dengan sifat pemimpin-pemimpian seperti Nik Aziz mahupun Hadi Awang bukannya berdakwah tetapi berpolitik. Kedua-dua manusia yang menggelar diri sendiri ulama ini bertungkus lumus siang malam bukannya untuk membuat kebajikan mahupun menyebarkan agama, tetapi seluruh hidup manusia berdua ini dipusatkan ke arah memenangi pilihanraya. Matlamat utama hidup mereka bukan kejayaan akhirat tetapi kuasa semata-mata. Mereka juga tidak malu untuk menanam sifat membenci terhadap musuh-musuh politik mereka.

9. Orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja.

10. Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala ‘menemui’ Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun.

11. Hanya Muslim yang sesat sahaja yang sanggup menuduh orang yang mengucap syahadah sebagai kafir. Siapa yang tidak ingat akan fatwa mengkafirkan UMNO oleh Hadi Awang. Fatwa Hadi Awang ini akan tetap menghantui dirinya dan dia akan tetap dipertanggungjawabkan ke atas kehancuran rumahtangga dan nyawa yang melayang akibat dari berpegang kepada fatwa tersebut.

12. Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa dengan kenyataan demi kenyataan sesat yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa UMNO adalah parti assobiyah dan menyekutukan Allah serta mengasingkan agama dari politik. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa Allah juga mencarut demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad. Kenyataan sedemikian berupa penyambung kepada ‘lidah’ syaitan selaras dengan kata-kata Nik Aziz sendiri yang menghalalkan bekerja dengan syaitan untuk mengalahkan UMNO.

13. PAS tersesat semakin jauh bila memilih untuk bersahabat dengan kafir harbi DAP yang terang-terangan menindas umat Islam di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, PAS juga bersahabat dengan sahabat Zionis iaitu Anwar Ibrahim yang bukan sahaja peliwat tetapi sanggup menandatangani perjanjian Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel. Sehingga kini, PAS gagal membela umat Islam di Pulau Pinang dan langsung tidak berupaya membela umat Islam Palestin. Apa yang PAS mampu lakukan ialah memperlekeh usaha kerajaan, memfitnah, membuat bising serta membakar bendera.

14. PAS adalah pemangkin kehancuran umat Melayu Islam di Malaysia apabila mereka bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Melayu serta PKR yang bersahabat dengan musuh Islam. Walaupun mungkin ada lagi dari para penyokong PAS yang menafikan bahawa mereka menyokong DAP, tetapi hakikatnya satu undi untuk PAS adalah juga satu undi untuk DAP kerana kedua-dua parti itu bersatu di bawah ikatan Pakatan Rakyat.

15. Orang berpolitik mereka pun nak berpolitik. Mungkin kerana seronok disanjung oleh penyokong serta bangga memegang kuasa, para pemimpin PAS ini terus bermain politik walaupun mereka sebenarnya tidak punya ilmu yang cukup untuk mentadbir apatah lagi memerintah negeri jauh sekali negara. Kedua-dua negeri yang dikuasai PAS iaitu Kedah dan Kelantan mengalami keadaan beku atau statik di mana tiada kemajuan langsung selain dari yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat. DAP sedar Kelantan mundur dala serba serbi cuma orang PAS sahaja yang perasan Kelantan sebagai paling maju di Malaysia.

16. Semua ini adalah bukti kesesatan PAS. Sesatnya PAS adalah terlalu jauh dan sukar sekali untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Sebagai saudara seagama, kita tidak putus asa berdoa agar PAS kembali ke pangkal jalan sebelum agama, bangsa dan negara kita hancur akibat dari kesesatan.

4 August 2010

Juara rakyat, bersama rakyat yang lesu

Majlis bersama rakyat Kota Belud yang dihadiri Datuk Noh Omar, Datuk Musbah Jamli, Datuk Japli Akim. Sambutan rakyat terhadap majlis ini sungguh dingin, ekoran pengajuran yang di ketuai Jap Omar yang kurang berkesan. Belanja pengajuran majlis tersebut mencecah RM 180,000.00.(Gambar atas). Sementara gambar tengah adalah majlis juararakyat yang berlangsung pada 29 Julai 2010 di dewan Tun Said Kota Belud. Pemimpin yang hadir termasuklah ADUN Usukan dan Ketua Bahagian Umno Kota Belud Datuk Salleh Said Keruak.

Gambar bawah adalah majlis juararakyat anjuran Datuk Tawfik Titingan di Tawau. Majlis tersebut dihadiri oleh lebih 5000 rakyat.

1 August 2010

Ada kah pemimpin Kota Belud parasit? jika ada Siapa?

Sedutan daripada blog Datuk Salleh "Kita sebagai pemimpin perjuangan bangsa harus menampilkan nilai-nilai dan moral politik yang luhur, telus dan ikhlas. Amalan politik “lempar batu sembunyi tangan” hendaklah dielakkan kerana ia boleh melahirkan “parasit” yang akan membunuh seluruh sistem perjuangan."

Bagi OKB keluhan Ketua Bahagian Umno Kota Belud ini mungkin ada asasnya. Jika keadaan ini tidak berlaku, tidak lah mungkin sebagai mantan ketua menteri dan sekarang ini memegang jawatan penasihat sains dan teknologi kepada ketua Menteri Sabah, sanggup melontarkan pandangan demikian.

Kota Belud adalah kawasan unik. Cara berpolitikpun unik. Amalan politik Kota Belud, sejak sekian lama penuh dengan warna-warni. Jarang benar, politik Kota belud tidak ditandai pelangi.

Politik Kota Belud jarang ada yang to the point. Politik Kota Belud, penuh dengan rasa dendam, jatuh menjatuh.

Politik Kota Belud penuh dengan kesukuan. Lihat sahaja, bagaimana kaum minoriti jarang ada peluang untuk diketengahkan. Kalaupun ada, hanya kebetulan. Dan yang diketengahkanpun, bukannya ada apa-apa.

Pada masa kini, politik kesukuan ini cuba diminimakan, namun masih ada pemimpin yang masih membangkitkan soal-soal kesukuan, soal-soal sejarah dengan tujuan meminggirkan sesama pemimpin dalam pasukan atau perahu yang sama; mungkin inilah yang dimaksud oleh Salleh sebagai parasit politik?

Malah Salleh menzahirkan bahawa amalan lempar batu sembunyi tangan dan parasit politik telah dibuktikan oleh sejarah. Dalam sejarah; sikap berkelompok-kelompok mudah mewujudkan fitnah dan boleh mencetuskan perpecahan dan kehancuran.

Jadi, jika ingin menjadi pemimpin, maka bersedialah menjadi penyokong, kerana suatu hari nanti kita juga perlu disokong.

Jadilah penyokong yang setia, jangan pula sokong membawa rebah. Namun, ada juga pemimpin daerah ini yang hanya mahu disokong, apabila penyokong mahu disokong, maka berbagai dalih dan alasan dikemukakan. Penyokong yang mengharap sokongan terpaksa melutut, bagaikan pengemis, pun demikian, sokongan tidak kunjung tiba.

Seorang kawan berborak dengan OKB sebelum tulisan ini ke udara. Kawan itu menceritakan pengalaman pahitnya berhadapan dengan para pemimpin Kota Belud.OKB kenal benar kawan satu ini, dia memang pejuang bukan sahaja masa, tenaga malah harta benda, namun pada masa ini, kawan ini hidup merimpat tanpa batuan atau sokongan daripada pemimpin yang pernah disokongnya. Malah satu ketika, kawan yang dimaksudkan pernah berbulan-bulan mengejar-ngejar pemimpin yang disokongnya, kerana telah dijanjikan bulan dan bintang. Akhirnya, wang KWSP yang telah dikeluarkan semuanya sirna, janji tinggal janji. Kawan itu kini tiada harapan lagi.

Nasihat kawan itu kepada OKB, jangan lah bergantung harap, siapakah saudara? kenapa pemimpin itu mahu bantu saudara?

OKB juga teringat kisah seorang kawan.Kata kawan tersebut, sebelum ini ada seorang wakil rakyat yang beria-ia sangat nak tolong kawan, sebab apa nak tolong, kerana kawan tersebut merasakan bahawa YB yang satu ini yang dapat tolong, atas sebab apa? kerana YB ini kononya adalah jenis YB yang mudah menolong, atas propaganda tersebutlah, kawan ini cuba mendapatkan pertolongan. Pertolongan bukan mahu meminta wang ringgitnya, namun meminta pertolongan kuasa yang ada pada YB berkenaan. Namun kata kawan tersebut, kini sudah genap setahun pertolongan yang sangat diharapkan tidak kunjung datang.

Jika dahulu YB itu mudah menjawab panggilan katanya; kalau pun tidak ontime menjawab, maka akan membalas panggilan. Namun kini, semuanya itu sirna, mungkin YB itu telah merasa secure, kerana YB itu tahu, bahawa politik Kota Belud adalah politik wang begitulah komen kawan itu.

YB itu yakin jika masih dipilih sebagai calon, maka wang ada akan ditabur, sudah tentu, YB ini akan menang lagi. Jika bertanding jawatan parti, maka wang juga akan ditabur, maka menang lagi. Kesimpulannya bagi YB yang satu ini, untuk berkuasa, maka perlu wang. Wang akan menentukkan segala-galanya. Bagi YB satu ini istilah "Apabila kita mengharapkan sokongan dari orang lain, kita juga harus terlebih dahulu atau sedia menyokong orang lain" tidak jalan, tiada dalam kamusnya.

Parti seharusnya tampil sebagai ejen perubahan sikap, budaya dan sosial. Pengurusan dan pentadbiran yang cekap, cepat dan tepat hendaklah menjadi amalan, baik dalam pentadbiran kerajaan mahupun pengurusan politik bukan matalamatnya, matalamatnya adalah bagaimana mengumpul wang banyak untuk mencipta kuasa. Power given by money!!! demikian pengakhir keluhan kawan juga teman OKB itu.

31 July 2010

Majlis bersama rakyat yang lesu

Siapa sebenarnya yang disanjung dalam majlis bersama rakyat? pemimpin kah atau rakyat?

Majlis bersama rakyat MOA yang berlatar bersama rakyat, sebenarnya majlis pemimpin bukanlah rakyat.

Pagi tadi di padang Pekan Kota Belud yang ternampak adalah para pemimpin parti dan para pegawai kerajaan.

Ada juga rakyat yang datang, tetapi yang terlibat dalam acara kebudayaan.

Sungguh malang, jauh-jauh menteri pertanian dan asas tani persekutuan Datuk Noh Omar datang dari Kuala Lumpur hanya menyaksikan perbarisan para pemimpin parti komponen barisan nasional dan para pegawai kerajaan, bukannya menyaksikan perhimpunan rakyat.

Benarlah istilah BERSAMA RAKYAT hanya retorik.

29 July 2010

Kenapa Pemimpin Sabah yang itu-itu juga?

OKB terbaca komen seorang penggiat teater asal Kota Belud yang mempersoalkan bahawa para pemimpin Sabah kini yang itu-itu juga yakni mereka-mereka ini adalah juga pemimpin parti Usno yang telah dibubarkan, pemimpin parti Berjaya yang telah terkubur dan pemimpin PBS.

Penggiat itu bertanya pada dirinya sendiri dan kawan-kawannya apa kah tiada lagi pemimpin yang boleh di ketengahkan selain para pemimpin yang hampir luput itu?

Bagi OKB, para pemimpin Sabah yang boleh menjadi pemimpin adalah mereka yang mempunyai beberapa ciri: Pemimpin itu mesti kayaraya; pemimpin itu banyak penyokong daripada kontraktor-kontraktor atau pembalak dan pemimpin itu sanggup melabur wang untuk mendapat kedudukan politik.

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam ciri-ciri tersebut dan mahu mencebur diri dalam politik pasti berjaya dalam politik.

Para pemimpin Sabah yang dikatakan telah berdekad masih merupakan pemimpin adalah mereka yang mempunyi 3 ciri yang disebutkan di atas.

Bagi daerah Kota Belud telah menjadi rahsia umum bahawa para pemimpin daerah ini adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri sepertimana yang disebutkan. Para pemimpin muda secara perlahan-lahan menghampiri 3 ciri tersebut dan akan mewarisi ciri-ciri pemimpin terdahulu.

Mengganti pemimpin tidak sama dengan salin baju, kecuali penggantian pemimpin akan berlaku dengan cepatnya jika parti yang dinaungi oleh pemimpin-pemimpin tersebut di tolak oleh rakyat secara mutlak.

Jika keadaan ini berlaku, maka akan ada gelombang baru para pemimpin. Yang mereka kejar adalah 3 ciri sepertimana yang disebutkan. Jika ini yang berlaku maka rakyatlah jadi mangsa. Lihat sahaja apa yang terjadi di Sabah. Para pemimpin Usno yang kayaraya ditolak rakyat. Apabila berjaya mengambil alih, maka wujud orang-orang kaya baru, demikian juga zaman PBS, telah wujud orang-orang kaya baru. Apabila Umno-sabah mengambil alih, maka kewujudan orang-orang kaya baru agak perlahan. Sebab apa? para pemimpin Umno-Sabah adalah mantan-mantan pemimpin Usno, berjaya dan Pbs yang telah kayaraya.

Kini dikatakan bahawa rakyat Sabah terutama kaum cina dan bumiputra intelek dikatakan akan menolak kerajaan BN Sabah yang ada. Mereka terpedaya dengan isu merit dan kesama rataan yang diketengahkan oleh Anwar Ibrahim. Bagi OKB, bumiputra intelek ini cuba berjudi, mana lah tahu giliran mereka mendapatkan 3 ciri yang disebutkan. Jika gagal sekalipun, bagi mereka tidak membawa apa-apa kerugian dalam jangka pendek, kerana periuk nasi mereka tetap berasap, atas sebab kebanyakan mereka adalah kakitangan bergaji bulanan.

Dua hari lalu apabila KSN menumumkan bahawa guru-guru dalam gred DG41-DG48 dibenarkan berpolitik dengan syarat mendapat kelulusan daripada ketua masing-masing disambut dengan gembira oleh mereka yang termasuk dalam bumiputra intelek tersebut.Belumpun kebenaran itu diwartakan apa tak lagi kebenaran daripada ketua mereka masing-masing, mereka sudah mula mengagungkan Parti Pas dan PKR. Bagi mereka, hanya parti Pas dan PKR akan boleh membantu menghapuskan para pemimpin yang ada sekarang yang dikatakan gila penghormatan, gila harta dan gila kuasa.

Bagi OKB sebagai seorang penyokong Umno terlalu sukar mempertahan para YB-YB daerah ini daripada tomahan mereka itu, atas sebab OKB tidak mengetahui secara pasti darimanakah sumber pendapatan para YB tersebut, sehinggakan menjadi kayaraya secara tiba-tiba; sedangkan ramai yang mengetahui kedudukan mereka sebelum mejadi Yang Berhormat.

Bagi OKB penanda aras kepada YB-YB daerah ini samada terus dipertahankan oleh rakyat adalah melalui pilihanraya. Inipun jika mereka masih diberi kepercayaan oleh parti mewakli parti.

Parti Umno baik, tiada cacat celah, yang bermasalah adalah para pemimpinnya. Para pemimpin yang dipilih oleh ahli-ahli parti tersebut, menjadi khayal apabila duduk pada kerusi empuk yang menyediakan segala-galanya. Akibat keseronokan tersebut, pemimpin yang terbuai tersebut alfa kepada mereka yang menyokognya, menjadi net workingnya, tukang propagandanya menaikkan nama bakal pemimpin tersebut. Ini lah sifat-sifat yang memuakan golongan intelek bumiputra tersebut.

Merokok dilarang di sekolah?

Gambar hiasan
Di sekolah manapun di negara ini merokok dilarang. Namun, di luar pagar sekolah tiada peraturan yang mengatakan merokok adalah dilarang. Mungkin ini lah yang dimanafaatkan oleh pelajar sekolah menengah Taun gusi (semtasi. Maaf bukan semua pelajar sekolah itu merokok, tetapi ada yang merokok di luar pagar sekolah.

OKB saban hari meliwati sekolah itu. Setiap meliwati sekolah itu ada sahaja pelajar merokok di warung-warung kecil bersebelahan jalanraya beberapa meter daripada pintu masuk sekolah.

Bukan calang-calang yang merokok adalah pelajar yang segak berseragam sekolah.

Nampaknya walaupun iklan rokok telah lama dilarang di TV milik kerajaan atau swasta, namun sistem pemasaran pengusaha-pengusaha rokok cukup hebat, sehingga pelajar sekolahpun sudah mula terjangkit.

Warung-warung yang beroperasi berdekatan sekolah secara sembunyi-sembunyi menjual rokok secara batangan. Rokok pilihan warung-warung ini adalah rokok yang tidak berbayar cukai, misalnya rokok berjenama premuim, LA, Era, John serta rokok kritik indonesia.

Seorang guru yang mengajar di sekolah itu malah cukup pelik, bagaimanakah pemilik warung-warung tersebut boleh menjual rokok kepada para pelajar tanpa dapat dipantau.

Salah siapa kah? pemilik warung? Guru-guru? atau Ibu bapa?

25 July 2010

Pembangunan Sabah Siapa Yang Kuasai?

Pembangunan Sabah Siapa yang kuasai? Pertanyaan ini bukan sahaja menjadi isu kepada rakyat akan tetapi juga YB-YB.

Bajet pembangunan Sabah 70% bersumber daripada kerajaan persekutuan,manakala 30% digenerate oleh kerajaan negeri.

Memang benar berbilion ringgit disalurkan kepada pembangunan negeri daripada persekutuan, namun wang yang disalur itu tidak dikuasai oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri hanya dilantik sebagai pemantau dan mengenal pasti bentuk pembangunan yang diperlukan. Namun apabila tiba kepada pelaksanaan dan pelaksana Sabah tidak mempunyai peranaan langsung.

Projek-projek pembangunan yang dibiayai oleh persekutuan diatur sendiri oleh persekutuan. Bermula daripada pemberian kontrak dan kontraktor pelaksana seluruhnya dipilih oleh persekutuan.

Pelaksanaan dan pemberian kontrak pembangunan yang dikuasai oleh persekutuan tersebutlah yang menjadi isu di kalangan rakyat Sabah pada masa ini.

Ketua menteri dan jemaah menteri Sabah diasak dari berbagi sudut mengenai projek-projek pembangunan yang diperlukan oleh rakyat di kawasan-kawasan tertentu, namun baik ketua menteri apa tak lagi jemaah menteri, tidak mampu memberikan atau meluluskan projek-projek yang diperlukan. Para YB ini hanya mampu meluluskan peruntukan-peruntukan ADUN dan Parlimen, di mana jumlahnya sangat terhad.

Sebagai contoh, kawasan parlimen Kota Belud, wakil rakyatnya hanya mampu meluluskan pembinaan-pembinaan bastop dan pembaikan-pembaikan lorong kaki, kerana itu sahaja yang termampu diberikan melalui peruntukan 1.5 juta setiap kawasan parlimen setahun.

Sementara ADUN pula, dana bagi ADUn pula hanya 750 ribu setahun. Apa yang boleh dilakukan dengan dana sekecil itu?

Kawasan Kota Belud sama luasnya dengan Negeri Perlis, pun demikian hanya menerima tempias pembangunan sebanyak RM 3.75 juta setahun.

Namun apabila diambilkira projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan yang umumnya bersangkut paut dengan dunia pendidikan, jalan-jalan luar bandar, maka jumlahnya beratus juta. Untuk kawasan Tempasuk sahaja pada tahun 2009, jumlah projek di kawasan Datuk Musbah tersebut telah menjangkau 500 juta ringgit.

Malangnya seluruh pelaksana projek-projek yang bernilai ratusan juta tersebut,kurang daripada 5% dilaksanakan oleh kontraktor tempatan.

Disebabkan pelaksana adalah bukan orang tempatan, maka projek pembangunan tersebut terbengkalai. Sebagai contoh pembangunan sekolah SK Tamau, Labuan, Timbang Dayang dan banyak lagi.

SK Sembirai kebetulan dilaksanakan oleh kontraktor tempatan, kita menyaksikan sendiri bagaimana cepatnya penyiapan sekolah tersebut. Kata orang penyiapan SK Sembirai terlalu kedepan,kenapa? kerana orang tempatan merasakan sense of belonging.

Jika keadaan penguasaan pengagihan projek-projek pembangunan persekutuan ini tidak diperturunkan kepada kerajaan negeri, OKB sangat khuatir ianya menjadi isu utama rakyat negeri ini menolak BN. Jika ini berlaku, bukan sahaja Sabah sirna sebagai Fixed Deposit, malah kemungkinan menjadi pembangkang.

22 July 2010

Umno Kota Belud Tidak Berpuak

Dari jauh ada yang mengatakan bahawa Umno Kota Belud bergolak. Tetapi apabila didekati rupanya pergolakan itu hanya fatamorgana.

11 Julai lalu semasa mesyuarat Bahagian itu berlangsung, semua para pemimpin Umno daerah ini telah berkumpul di Dewan Tun Said bagi menghadiri persidangan itu.

Dari dekat terserlah kemesraan antara pemimpin daerah ini. Satu faktor lagi yang menampak bahawa kepimpinan daerah ini sangat akrab adalah semasa perasmian MTQ peringkat kebangsaan yang diadakan di dewan saadah Wisma Muis.

Jika sebelum ini terdapat anggapan bahawa ekoran pertandingan merebut ketua bahagian umno tahun 2008, maka berlaku jurang yang amat besar antara Datuk Salleh Said dan Datuk Musbah Jamli. Namun melalui pengamatan OKB, sejak masa itu, kedaan itu sebenarnya tidak wujud. Hubungan antara Salleh dan Musbah sebenarnya baik.

Musbah pada masa ini mempunyai agenda membangunkan daerah Kota Belud atas kapasitinya sebagai ahli jemaah menteri, sementara itu Salleh memperkukuh kekuatan parti atas kapasitinya sebagai Ketua Bahagian dan Timbalan Pengerusi Umno negeri.

Bagi OKB antara Musbah dan Salleh mereka tergantung antara satu sama lain.

Jika kadar kemiskinan berkurang dan taraf ekonomi Kota Belud meningkat yang dilihat adalah kejayaan Musbah. Musbah mewakili parti yakni parti Umno. Kejayaan Musbah adalah juga kejayaan Parti.

Persepsi bahawa ada perbalahan antara Musbah dan Salleh pada masa ini tidak wujud lagi. Ibarat kata peribahasa perahu lalu kiambang bertaut semula.

Musbah dan Salleh pada ketika dan waktu ini adalah satu pasukan dengan Musa Aman. Agar pasukan berjaya dalam satu-satu pertandingan, bahawa perlu bergerak secara berpasukan.

Tiada pasukan yang berjaya disebabkan primadona dalam pasukan itu, buktinya pasukan Brazil, Argentina, gagal memang piala dunia, kerana pasukannya menghandalkan kepada primadona, akan tetapi sepanyol yang menghadalkan pasukan, dan setiap anggota pasukan adalah asset, maka Sepanyol menang piala dunia, walau hanya 1 goal baik di final mahu diperingkat saringan.

Dalam politik semuanya boleh berlaku. Dalam politik tiada musuh selama-lamanya, demikian juga tiada kawan-kawan selama-lamanya. Dalam politik yang utama adalah rakyat. Kemahuan rakyatlah yang boleh menyatukan pemimpin politik, bukan sebaliknya.

Pada masa dan ketika ini rakyat mahukan Salleh menjadi pemimpin parti Kota Belud, sementara itu, rakyat juga mahukan Musbah membahwa pembangunan ekonomi. Pilihan rakyat ini sangat berasas kerana kemampuan Salleh memang dalam politik, sementara itu Musbah dalam dunia ekonomi. Saling sokong menyokong antara Salleh dan Musbah akan menjadikan Kota Belud membangun dalam masa terdekat; yang mendapat manafaat adalah rakyat.

Sebagai anak watan Kota Belud, OKB mahukan Kota Belud majujaya.

21 July 2010

Sabah dan Sarawak Tetap Kubu Kuat BN: Hisham

KOTA MARUDU: UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah menyiapkan benteng ampuh untuk mempertahankan Sabah dan Sarawak, selain merampas semula Selangor daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata berikutan itu pembangkang sukar menawan hati pengundi Sabah dan Sarawak berikutan keadaan politik di kedua-dua negeri itu berbeza dengan Semenanjung, manakala Selangor pula sukar dipertahankan oleh pakatan pembangkang.

Namun, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri, mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO serta parti komponen BN Sabah tidak leka dengan kemenangan besar pilihan raya umum 2008, sebaliknya terus menggiatkan usaha menawan hati pengundi dengan pendekatan menyelesaikan masalah rakyat.

Hishammuddin berkata, pembangkang berhasrat menawan Sabah dan Sarawak kerana menyedari tidak mampu menawan Parlimen jika gagal memperoleh sokongan pengundi di kedua-dua negeri berkenaan.

“Kita jangan leka. Jangan fikir kedudukan kita kuat... kita tidak peduli masalah rakyat. Kita akan terus mendapat kepercayaan rakyat jika kita tidak bertelagah sesama sendiri. Dalam menyiapkan diri menghadapi pilihan raya umum akan datang, kita harus lihat bagaimana UMNO dan BN dapat memenuhi cita rasa rakyat dan bagaimana transformasi yang dilakukan benar-benar mendapat tempat di hati rakyat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Marudu, di sini semalam.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian, Wetrom Bahanda dan Ketua UMNO Kota Belud, Datuk Salleh Said Keruak selaku wakil Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Ditanya mengenai perbincangan antara UMNO dengan PAS, Hishammuddin berkata, kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, supaya PAS berhenti daripada menghina UMNO harus dilihat secara ikhlas oleh PAS sebagai landasan kedua-dua parti berbincang mengenai perpaduan Melayu dan umat Islam.

20 July 2010

Senario politik Sabah diambang PRU-13

Datuk Harris Salleh keluar USNO untuk tubuhkan Berjaya adalah tindakan berani, kerana sebelum itu dalam pilihanraya negeri parti USNO menyapuh bersih semua kawasan DUN Sabah.

Memecat Datuk Pairin Kitingan dalam parti Berjaya serta menurunkan status Tambunan daripada daerah kepada daerah kecil juga tindakan berani Datuk Harris-walaupun Datuk Pairin merupakan ketua suku kaum terbesar bumiputera bukan islam.

Menyerahkan 95% hasil minyak dan gas negeri Sabah kepada kerajaan persekutuan juga salah satu keberanian Datuk Haris Salleh.

Memberi status wilayah persekutuan kepada Pulau Labuan sehinggakan mantan perdana menteri dr Mahathir mengeluarkan kata-kata “sink and swim with Berjaya” juga terserlah keberanian Datuk Harris.

Kenapa Datuk Harris Salleh Berani?

Keberanian seorang ketua kerajaan terserlah apabila mendapat mandat yang kuat daripada rakyat yang menaikannya ke tampuk pemerintahan. Harris memanfaatkan sokongan rakyat yang diberikan kepada parti Berjaya bahawa pada dua kali pilihanraya-Parti pimpinannya menang 2/3 kerusi dalam DUN Sabah (masa itu hanya 48 kerusi DUN), dan bakinya oleh parti USNO. USNO dan Berjaya berlawanan diperingkat negeri-tetapi kedua-duanya parti komponen BN di peringkat persekutuan.

Sebelum pilihanraya kecil Tambunan tahun 1984- kegagahan Harris dan Partinya kelihatan di luaran sungguh kuat. Datuk Harris mewakili Tenom di mana majoriti adalah kaum murut bumiputera bukan islam- bukan penghalang baginya- melalui dua piliahanraya- Datuk Harris menang besar.

Tahun 1984- apabila ada pilihanraya kecil Tambunan- Parti Berjaya di wakili oleh Roger Ongkili adik-beradik dengan James Ongkili mantan menteri persekutuan dan Dr Maximus Ongkili (Timbalan presiden PBS) dan masa ini merupakan menteri Sains dan Inovasi Persekutuan telah kalah teruk. Datuk Pairin Kitingan dinobatkan sebagai pemenang. Datuk Harris merasa tercabar- setahun kemudian beliau membubarkan DUN Sabah untuk membolehkan piliahanraya negeri. Umum mengetahui- pada pilahanraya tersebut- parti Berjaya yang ternampak begitu kuat kecundang di tangan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ditubuhkan belum setahun jagung.

Parti PBS memerintah pada awalnya sebagai parti pembangkang dan kemudian diterima masuk dalam barisan nasional. Empat pilahanraya DUN Sabah- PBS terus maju dan tidak pernah kecundang.

Keberanian Datuk Pairin Kitingan

Akibat pertandingan antara Team A dan Team B dalam UMNO pada tahun 1987- UMNO diharamkan-kemudian tertubuh UMNO BARU dan Semangat 46. UMNO Baru diketuai dr Mahathir-Ghapar Baba- Manakala Semangat 46 oleh Tengku Razalleh Hamzah dan Rais Yatim. Selama dua tahun sebelum pilahanraya UMUM 1990- di semanjung secara luaran kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (Semangat 46 dan PAS) dan Angkatan Rakyat ( Semngat 46-DAP) mempunyai peluang membentuk kerajaan persekutuan. Berpaksi kepada anggapan ini- maka pada pilihanraya umum (PRU) 1990 sebelum pembuangan undi PBS keluar Barisan Nasional untuk bergabung dengan Angkatan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah. Akibat tikam belakang PBS ini- Dr Mahathir mengumumkan kemasukan UMNO ke Sabah atas persetujuan Tun Mustapha-melalui pembubaran USNO. Keputusan PRU-1990 masih memihak kepada BN di Semanjung dan Sarawak, sedangkan Di Sabah- Kesemua kawasan yang ditandingi PBS: PBS menang besar.

Sebelum PRU-1994, telah berbagai strategi dilalui oleh BN melalui parti UMNO di Sabah- antaranya: jika BN menguasai negeri-maka pengiliran ketua menteri akan dilaksanakan. Dalam tempoh empat tahun- parti BN Sabah- yang dianggotai AKAR-LDP dan UMNO mengembeling tenaga dan startegi untuk menumbangkan PBS. Keberanian Datuk Pairin Kitingan benar-benar tercabar dan teruji. Parti UMNO yang sebelumnya diterajui oleh Gafhar Baba, diganti oleh Tun Mustapha dan kemudian oleh Datuk Sakaran Dandai.

Pada PRU-Sabah tahun 1994- PBS menang dengan majoriti mudah. Datuk Pairin tetap Ketua Menteri. Usaha BN melalui PRU tidak berjaya. Tindak tanduk pemimpin BN pusat melalui pintu belakang yang dirancang oleh Anwar Ibrahim telah berjaya. Datuk Lajim Ukin dan Rubin Balang keluar PBS dan masuk UMNO. PBS kehilangan majoriti mudah DUN dan tumbang. Keberanian Datuk Pairin terjawab dengan kehilangan kuasa memerintah- bukan kerana penolakan rakyat tetapi secara licik dan kotor.

Kebangkitan Pemerintahan Semula BN-Sabah

Datuk Sakaran Dandai mengangkat sumpah jawatan ketua menteri sabah di hadapan Tun Said Keruak- Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang sebelumnya menolak permintaan Datuk Pairin membubarkan DUN Sabah bagi memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan. Tidak sampai setahun Datuk Sakaran meletakan jawatan Ketua Menteri kerana dilantik sebagai TYT Sabah. Datuk Salleh Tun Said ADUN Usukan Kota Belud mengambil alih jawatan Ketua Menteri untuk tempoh dua tahun dalam sistem pengiliran Ketua Menteri. Dua Tahun Bumiputera Islam- Dua Tahun untuk Kaum Cina- Dua Tahun untuk bumiputera bukan islam. Sistem pengiliran Ketua Menteri terus berjalan sehingga tahun 2004. Malangnya setelah Datuk Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri- sistem ini dihapuskan- dan kebetulan ketua menteri Sabah pada masa itu adalah Datuk Musa Aman./ Datuk Musa terus menjadi ketua menteri sehingga kini.

Taring Musa Aman

Pada awal kepimpinan Musa Aman- taring atau keberanian beliau belum terserlah. Musa Aman terus melangkah, mengatur langkah- memastikan bahawa Datuk Abdullah Badawi benar-benar mempercayainya sebagai pemimpin Sabah yang tidak berganti. Sistem mengampuh sepertimana yang dilakukan Datuk Harris kepada dr Mahathir-dilakukan oleh Musa Aman terhadap Datuk Abdullah. Di Sabah- tiada lagi pemimpin kepercayaan Abdullah-kecuali Musa Aman. Kepercayaan Datuk Abdullah terhadap Musa Aman begitu jelas dan nyata- apabila pada PRU-12,Musa Aman yang menentukan calon-calon BN yang mewakili UMNO di Sabah. Musa Aman dalam memilih calon-bukan berpaksi kepada latarbelakang calon-dalam senerio politik awal kemasukan UMNO ke Sabah dalam usaha menumbang PBS. Musa Aman memilih calon yang beliau rasakan dalam “inner circle” beliau.

Keberanian Datuk Musa Aman

Kepercayaan penuh yang diberikan oleh Datuk Abdullah dan hasil keputusan PRU-11 di mana semua kawasan baik DUN maupun parlimen dimenangi oleh BN- maka, pada PRU-12- Musa Aman menunjukan keberaniannya. Tiga pemimpin yang dianggap sangat sinonim dengan kepimpinan negeri selepas generasi Datuk Harris Salleh- digugurkan.

Datuk Salleh Tun Said- dimana ayahandalah yang menyebabkan bermulanya permerintahan BN yang diterajui UMNO di Sabah digugurkan. Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia- melalui parti AKAR yang sejak awal-awal lagi merupakan titik-tolak melemahnya kekuatan PBS kerana para pemimpin AKAR adalah mantan-mantan pemimimpin PBS dan kemudian membubarkannya untuk menyatu dengan UMNO digugurkan. Datu Amir Kahar Tun Mustapha- dimana ayahnya berkorban membubarkan USNO untuk menggantikannya dengan UMNO digugurkan.

Walaupun tiga pemimpin yang besar-besar ini digugurkan- mereka tetap bersama UMNO dan bertungkus-lumus memastikan bahawa kawasan-kawasan yang pernah mereka wakili memperoleh kemenangan. Walaupun, pada ketika itu-para pemimpin ini merasakan bahawa mereka- telah tidak berfaedah lagi dikaca mata Musa Aman- mereka tetap setia kepada parti mereka- yakni UMNO. Mereka tahu- pemimpin bersilih ganti- tetapi jika parti kalah dan terkubur- adalah lebih sukar mengembalikannya kerjayaannya. Mereka sedar- parti-parti yang telah terkubur- sukar untuk dipulihkan semula. Berpaksikan kepada asas ini-mereka tetap menyokong UMNO dan BN.

Setelah PRU-12- dimana keputusannya sangat memeranjatkan di Semenanjung- jika tiada Sabah dan Sarawak- sudah pasti kerajaan persekutuan telah berganti. Di Semenanjung: kepiminan Datuk Abdullah kehilang lima negeri- termasuk negari asalnya Pulau Pinang. Manakala di Sabah- Musa Aman terus menyerlah- kerana semua calon UMNO telah menang-walaupun majoriti agak merosot. Parlimen Sabah- hanya kalah satu- melalui calon PBS- yang dikalahkan oleh DAP- begitu juga ADUN- calon PBS kalah kepada DAP. Walaupun- BN Sabah yang dianggotai oleh: UMNO-LDP-SAPP-MCA-MIC-PBRS-UPKO-Gerakan menang besar- tetapi disebabkan tiupan angin perubahan di Semenanjung- menyebabkan pergolakan politik dalaman BN- Sabah. SAPP- pimpinan Datuk Yong Teck Lee- keluar BN- kerana alasannya- hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Abdullah. Majoriti pemimpin SAPP baik yang berjawatan dalam kerajaan Musa Aman- keluar BN- kecuali Timbalan Presidennya- Datuk Raymond Tan yang akhirnya masuk parti Gerakan untuk mempertahankan jawatan menterinya dalam kabinet Musa Aman.

Datuk Raymond Tan pada satu ketika sehingga setahun - walaupun tidak berparti- masih dipertahankan oleh Musa Aman- atas dasar- bahawa Datuk Raymond Tan- masih menyokong dan menang kerusi ADUN melalui parti BN. Selama setahun Datuk Raymond Tan-masih tidak berparti- tetapi masih Timbalan Ketua Menteri.Jika tidak desakan LDP melalui Timbalannya, kemungkinan besar Raymond Tan masih berjawatan Timbalan Ketua Menteri.

Keberanian Musa Aman- tidak berganjak dalam isu Datuk Raymond Tan- walaupun bercanggah dengan konsep barisan nasional pada masa itu- dan konsep beliau sendiri. Dr Jeffery Kitingan- pada suatu ketika mengistiharkan dirinya adalah ahli adun bebas penyokong BN- Musa Aman dengan lantang bercakap- tidak ada istilah demikian.

Keberanian Musa Aman- luarbiasa. Parti komponen BN-Sabah seperti LDP- komponen tertua BN-Sabah- menyuarakan konsep pembentukan kabinet yang berpaksikan kepada konsesus komponen parti BN- tetapi kerana keberanian Musa Aman- beliau hanya menjawab- bahawa beliau bersedia mendengar maklum-balas dari parti-parti ini sebelum beliau membuat sebarang keputusan- mengenai kedudukan Datuk Raymond Tan.

Keberanian Musa Aman- membuat keputusan bukan didorong oleh kuasa yang dimilkinya melalui kuasa rakyat- tetapi berpaksi kepada ‘ apa yang saya mahu” “saya ini pemimpin”. Falsafah ini- pernah dilakukan oleh Datuk Harris Salleh semasa memasuki penggal kedua kepimpinannya. Datuk Musa Aman- pada masa ini- membuat keputusan menurut kehendak hati nuraninya- untuk kepentingan kuasanya. Sebagai misalan- keputusan awam yang diketahui adalah perlantikan CEO IDS. Hasnul Datuk Ayub Aman adalah anak saudaranya- yang tidak berkelulusan PhD- seperti amalan sebelum ini- bahawa CEO IDS- yang merupakan think-tank negeri Sabah diterajui oleh mereka yang berkelayakan PhD. Bermula dengan Dr Jeffery Kitingan, Dr Maximus Ongkili, Dr Richard Gunting dan kemudian Dr Yakob.

Bibit-bibit keberanian Musa Aman ini secara perlahan mengundang kebencian dan geramnya rakyat biasa, sepertimana yang terajadi terhadap kepimpinan Datuk Harris Salleh. Sebelum PRU- Sabah 1985- Kekuatan Datuk Harris Salleh seolah-olah tidak dapat dibendung. Ahli politik berpengalamanpun seperti dr Mahathirpun mengakuinya sehingga beliau mengatakan “sink and swim with Berjaya”. Secara luaran pada masa ini- kekuatan Datuk Musa Aman- sangat kuat- ini terbukti dengan undi kedua tertinggi dalam majlis tertinggi UMNO bersama-sama Dato Noh Omar- Tanjung Karang Selangor. Musa Aman- terlupa- bahawa kekuatan yang pada dirinya pada masa kini adalah gabungan tenaga dan usaha daripada para pemimpin komponen maupun para pemimpin yang tidak berkedudukan dalam parti. Datuk Musa lupa- bahawa Sabah ini terdiri dari berbagai etnik yang ketara jumlahnya setiap etnik.

Terfikirkah oleh Datuk Musa- jika seandainya sokongan dari etik kadazan-dusun yang diketuai oleh Datuk Pairin- Datuk Bernard Dompok; melalui etnik biasaya bersatu menentang kepimpinan beliau- apakah keberaniannya ini dapat berfungsi? Sejarah telah terbukti- apakah melalui parti USNO- Parti Berjaya- sekarang di Semenanjung apabila Anwar Ibrahim tidak berada dalam UMNO- BN hampir tumbang- dan mempercepat turunnya Datuk Abdullah Ahmad Badawi. daripada kerusi nombor wahid negara.

Pemimpin USNO dan kemudian menjadi UMNO seperti Datuk Rahim Ismail, Datuk Karim Bujang yang mewakili pantai barat Sabah- diketepikan dalam Kabinet negeri- walaupun mereka ini berkemampuan dan menunjukan kepimpinan yang disenangi rakyat. Apakah Datuk Ghafur Salleh- yang merupakan pemimpin ulung daerah Tawau yang diketepikan dalam sebarang jawatan- jika bergabung tenaga dengan pemimpin kelompok yang disebutkan- dapat dicegah oleh keberanian Musa Aman.

OKB suka mengingatkan, jangan anggap air yang tenang tidak berbuaya. Percaya atau tidak, kaum KDM pada masa ini bukan lagi menyebelahi parti-parti KDM yang dalam BN. Bukti dan fakta dapat dilihat melalui blog-blog atau FB milik suku kaum ini. Rata-rata KDM pada masa ini hanya menunggu peluang untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Musa Aman.

Isu-isu pribadi dan kepimpinan Musa Aman saban hari disiarkan secara bersiri oleh blog-blog yang ada kaitan dengan KDM. Nampak senerio tahun 1985 akan berulang. Kecuali para pemimpin BN yang tidak peka sahaja mengabaikan keadaan dan fenomena ini.

KDM adalah kaum sama seperti kaum cina, apabila mereka diberi sesuatu demi sokongan balik, mereka akan terima, namun apabila membuat keputusan terutama pada pilihanraya, biasanya mereka akan bersatu. Usno tumbang, Berjaya Tumbang kerana larinya sokongan kaum KDM.

BN negeri tidak lagi dapat bersandar kepada Pairin, Dompok, Maximus. Bagi kaum KDM, mereka ini adalah pemimpin KDM yang telah luput dan tidak berupaya lagi memewakili mereka di peringkat negeri.

Fakta-fakta ini perlu diambilkira oleh Datuk Musa Aman dalam menikmati kuasanya yang ada kini. Musa Aman perlu tahu- bahawa dalam politik- tidak ada yang mustahil. Bahawa dalam politik tidak ada kawan yang senantiasa bersama, dan begitu juga sebaliknya- tidak ada musuh politik selamanya.

Semasa Datuk Harris keluar USNO pada tahun 1976 dan menubuhkan Berjaya- isu utama masa itu adalah isu Datuk Syed Kechik- yang didakwa oleh parti Berjaya telah membolot berjuta-juta hasil balak Negeri Sabah. Parti Berjaya menuduh Tun Mustapha membolot kekayaan Negeri. Tetapi tuduhan-tuduhan ini tinggal tuduhan. Seandainya Tun Mustapha telah membolot kekayaan Negeri- maka mungkin hingga kini- kita dapat menyaksikan istana-istana besar milik bapak kemerdekaan Sabah ini. Semasa pemerintahan Tun Mustapaha- seluruh rakyat menikmati saban tahun hasil pembalakan waktu itu melalui Amanah Tun Mustapha.

Semasa usaha menjatuhkan kerajaan PBS yang dicanangkan oleh Parti AKAR pada tahun 1989- isu masa itu tentang kehilangan wang Yayasan Sabah, konsesi Balak yang dimonopoli oleh pemimpin PBS dan konco-konco nya. Walaupun berbagai usaha walaupun AKAR bersama-sama UMNO dan LDP berganding tenaga melalui konsep BN-Sabah- gabungan ini tidak berjaya menumbang kerajaan PBS melalui peti undi.

Kejatuhan Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris selain isu rakus kuasa tanpa mengambil kira pandangan akar umbi- tetapi juga ada kaitan dengan kebencian rakyat kepada Datuk Harris Salleh yang bersifat pengampuh kepada kerajaan persekutuan. Datuk Harris menyerahkan 95% hasil minyak dan gas kepada persekutuan- menyerahkan pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan-untuk dijadikan Wilayah Persekutuan, menyerahkan jabatan Kastam dan imigeresen kepada persekutuan serta tanah-tanah prime yang ada di bandar terutama bandar kota kinabalu- misalnya bangunan KWSP yang ada sekarang. Datuk Harris menjelang kejatuhannya telah melantik kawan-kawan rapatnya samada menjadi anggota kabinetnya atau pengerusi agensi-agnesi kerajaan negeri tanpa mengira taburan etnik negeri Sabah. Pengagihan projek-projek kerajaan yang diberikan kepada mereka yang berakhir nama khan atau para pemimpin kaki ampuh atau angkat kaki. Jabar Khan bin Napi- dahulu semasa di kampung-hanya bernama Jabar bin Napi- agar supaya tertempias projek- terpaksa menambah nama Khan di hujung namanya.

Gejala ini - seakan-akan berulang di masa pemerintahan Musa Aman. Pemerintahan Musa Aman- ramai yang mengelarnya pemerintahan satu sen- kerana sekecil-kecil projek kerajaan pun- pasti pelaksananya ada kaitan dengan orang Musa Aman atau Anifah Aman. Pemotong rumput ditepi jalan misalnya- apabila ditelusuri di mana syarikat itu berasal- pasti berasal dari daerah Sandakan. Malah dalam dewan undangan negeri pun perkara ini dibangkitkan oleh ADUN Kuamut Masiung Banah- walaupun ADUN ini tidak menyebut secara spesifik tetapi melalui kiasan “ jangan sentuh: ini orang atas punya”.

Rakyat diperingkat akar umbi sekarang ini telah mula beralih arah- terutama generasi muda- di mana bilangannya menguasai daftar undi pemilih untuk PRU-13. Mereka-mereka ini menyaksikan kerakusan para pemimpin termasuk anak-anak pemimpin dan juga sanak saudara pemimpin. Generasi ini menyaksikan dengan ketara antara mereka yang sama-sama membesar dengan anak-anak para pemimpin ini telah terjadi lonjakan perbezaan yang sangat ketara dalam segi penghidupan. Anak-anak para pemimpin yang rapat dengan Musa Aman- dengan cepat mempunyai kekayaan yang luar biasa- memandu Ninja King V-8 sekurang-kurangnya. Jika taburan pengagihan kekayaan ini merata- tidak lah menjadi persoalan- tetapi pengagihan kekayaan ini hanya tertumpu- kepada mereka yang hanya rapat dengan Musa Aman.

Kebencian rakyat bermula dengan menyaksikan keadaan ini. Musa Aman tidak dapat membendung kebencian ini. Rakyat tidak boleh menerima- apabila pemimpin mereka diketepikan- kerana bagi mereka- pemimpin itu adalah wadah untuk meminta pertolongan di kala tersepit- dikala terdesak. Datuk Musa Aman- masa ini hanya dikelilingi oleh para pemimpin yang berjuang untuk kepentingan pribadi- jauh sekali kepentingan rakyat. Ramai pemimpin yang dicipta oleh Musa Aman- dengan sekelip mata punya rumah mewah-punya kereta berjenama berbuah-buah- jika dahulunya hanya makan di kedai-kedai mamak- sekarang ini- cuma berselera di hotel-hotel mewah seperti Hotel Le Meridian milik Anifah Aman.

Apakah kebencian rakyat ini akan meledak melalui PRU-13. Berasaskan kepada keadaan ini- saya yakin ledakan ini akan terjadi melalui PRU-13 kerana bibit-bibitnya telah ternampak melalui PRU-12. Calon-calon BN yang dianggap ternama hanya ditentang oleh calon-calon bidan terjun- tetapi memberi saingan sengit kepada calon-calon BN. Keadaan ini mesti dibendung- kerana kata bidalan: marahkan nyamuk kelambu dibakar. Keadaan ini mesti disusul dengan tindakan yang segera oleh pemimpin BN- Sabah yang berada di luar kelompok Musa- kerana jika tidak- kapal yang sama-sama kita tumpangi akan tenggelam dan karam bersama Musa Aman. Tiada yang sanggup menerima padah- kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit, kerana nila setitik susu sebelanga rosak. Tindakan Musa Aman memberi keutamaan kepada orang-orang dekatnya dan yang ada kaitan saudara dengannya dalam agensi-agnesi startegik menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Musa. Selagi Musa Aman menerajui Parti BN- Sabah- maka rasanya pertukaran kerajaan akan terjadi di negari di bawah bayu ini pada PRU-13. Kuasa silent majority amat sukar di ramal- kerana air tenang- jangan disangka tiada buaya.

Ikhrar Datuk Salleh Tun Said mempertahankan bahawa Sabah merupakan simpanan tetap BN hanya angan-angan selagi Musa mempunyai kata putus muktamad dalam segala pekara baik kerajaan maupun parti.

Melalui paparan di atas BN Sabah kemungkinan dapat diselamatkan jika terjadi perubahan kepimpinan jika memang BN mahu mengotakan slogannya RAKYAT DIDAHULUKAN.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels