18 February 2011

Jawapan Dr Mahathir kepada Nik Aziz

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya. Daripada blog chedet.co.cc

Pairin terjebak politik pembangkang

PENAMPANG, 17 Feb — Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini berkata cadangan agar kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang di Sabah adalah wajar.

Katanya penubuhan suruhanjaya itu akan mencerminkan keikhlasan dan ketelusan kerajaan dalam menangani masalah pendatang di negeri ini secara muktamad.

“Semua orang tahu Sabah bergelut dengan masalah pendatang sejak sekian lama. Sudah tentulah rakyat ingin tahu punca timbulnya masalah ini dan cara untuk mengatasinya daripada pelbagai sudut.

“Sebab itulah kami dalam PBS menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini. Malah, ini bukan perkara baru. PBS telah memperjuangkan perkara ini sejak lama dulu,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Chap Goh Meh PBS di sini.

Pairin (gambar), yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Isnin mengenai penolakan penubuhan suruhanjaya itu.

Kata Pairin gesaan agar suruhanjaya itu ditubuhkan bukan bererti kerajaan persekutuan tidak mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Sambil menghargai usaha yang telah dilaksanakan kerajaan, Pairin berkata beliau berharap makmal mengenai pendatang tanpa izin di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan menghasilkan penyelesaian praktikal dan konkrit berhubung masalah itu dengan segera.

Mengenai isu “pertumbuhan luar biasa” penduduk Sabah sebanyak 500 peratus, Pairin berkata perkara itu perlu disiasat.

Semalam, ketua pemuda Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Arthur Sen berkata berdasarkan banci 1970, Sabah hanya mempunyai 636,431 penduduk dan apabila jumlah ini meningkat kepada 3.3 juta pada 2005, penduduk tempatan berasa terancam oleh kebanjiran “warganegara segera dan pendatang”. — Bernama

Mahkamah negara ini akan penuh sesak-mengendali saman pemilik kenderaan

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia mempunyai sebelas hari lagi untuk membayar saman tertunggak dan menikmati kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan berhubung kesalahan lalu lintas kerana tempoh itu tidak akan disambung, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang masih memiliki saman tertunggak untuk membuat bayaran di pejabat pos atau secara online melalui Portal MyEG.

"Tempoh dah nak habis. Tempoh ini tidak akan disambung. Sekarang ada 11 hari lagi. Jangan bayar pada saat-saat akhir," katanya kepada media selepas memberi penjelasan lanjut berhubung kadar baru kompaun bagi kesalahan lalu lintas yang akan berkuat kuasa 1 Mac ini.

Sebelum ini, kerajaan pada Ogos tahun lepas mengambil keputusan bagi menangguhkan sementara sekatan urusniaga (senarai hitam) bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu sehingga 28 Februari ini.

Solah berkata kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah ditangguhkan.

Selain itu, pesalah trafik juga tidak dikenakan mata demerit bagi saman yang diselesaikan dalam tempoh tersebut dan orang ramai diberi pilihan untuk melangsaikannya secara ansuran atau sekaligus.

Solah juga berkata sekiranya terdapat sebarang pertikaian, orang ramai boleh menghubungi agensi penguat kuasa yang mengeluarkan saman.

"Semuanya berkaitan disiplin. Jangan ingat kita mahukan duit. Pendapatan bukanlah keutamaan. Anda buat salah jadi anda perlu bayar. Itu peraturan. Kalau sudah makan nasi di restoranpun anda kena bayar," katanya.

Data yang dikeluarkan Pemandu sehingga 3 Februari lepas menunjukkan hanya 13.43peratus saman pada tahun 2000 hingga 2009 dilangsaikan daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM3.533 bilion.

Kutipan mulai Mei 2010 itu membabitkan tiga agensi iaitu JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pembayaran saman tertinggi atau 14.61 peratus, dilangsaikan kepada PDRM diikuti JPJ sebanyak 11.78 peratus dan DBKL 3.19 peratus yang berjumlah RM371.481 juta.

Solah berkata saman yang dikeluarkan PDRM boleh dibayar di JPJ mulai 15 Mac ini, dan sebaliknya, sebulan selepas itu.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, anggota Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan kompaun baru kesalahan lalu lintas bagi mengelakkan rakyat menanggung beban yang berlebihan.

Beliau berkata rakyat perlu diberi peluang untuk bersedia kerana bukan semua berpendapatan mewah dan mampu membayar saman.

"..harap kalau boleh kerajaan tangguh perlaksanaan. Kita tak nafikan tujuan baik kerajaan tapi bila tengok jadual denda, takut kalau tegas sangat rakyat akan tanggung beban. (bila tak dapat bayar saman) akhirnya diheret ke mahkamah, jadi bankrap.

"..bagi enam bulan lagi...kita bukan nak halang kemajuan tapi takut rakyat tak sedia sepenuhnya," katanya ketika mengulas keputusan Kabinet Rabu yang menyaksikan pengguna berdepan kompaun baru mulai 1 Mac ini berikutan penyusunan semula kesalahan lalu lintas. Beliau berkata dalam soal keselamatan jalan raya, aspek pendidikan perlu diberi lebih penekanan berbanding hukuman.

"Saya salah seorang yang meluluskan perkara ini di Parlimen, dan bagi saya, tak ada salahnya kalau tangguh dulu dan semak semula. Kalau perlu, bawa semula ke Parlimen. Soal pendidikan yang penting, bukan menghukum," katanya.

Pada Rabu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan kadar baru bagi empat kategori kesalahan berbanding tiga sebelum ini, dengan kompaun minimum sebanyak RM40 dan maksimum RM300, mengikut jenis dan kelas kenderaan, tahap keseriusan serta jenis kesalahan.

Tempoh pembayaran pula dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pembayaran pada hari pertama hingga hari ke-15, pada hari 16 hingga hari ke-30 dan pada hari ke-31 hingga hari ke-60.

Selepas hari ke-60, saman yang tidak dilangsaikan akan didaftar sebagai kes di mahkamah. - BERNAMA

17 February 2011

Gudang Ngo Misteri 1 Malaysia dikesan di KL

Pejabat atau gudang NGO misteri yang beroperasi atas nama 1Malaysia dan hanya muncul semasa pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan telah dikesan di Kuala Lumpur (lapor Malaysiakini)

Berikutan maklumat, Malaysiakini baru-baru ini terjumpa tempat operasinya di Plaza Mont Kiara yang dipercayai menjadi markas atau gudang NGO berkenaan.

Pejabat tersebut dikatakan telah diduduki sejak pertengahan tahun lalu dan menjadi tempat pembungkusan barangan keperluan seperti teh, susu, Milo dan juga set alat tulis yang diisi dalam sebuah beg oren sebelum diedarkan.

Pemeriksaan juga mendapati pejabat berkenaan didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat bernama Solar Shine Sdn Bhd tanpa kelihatan sebarang papan tanda nama yang lain.

Hanya terpampang di pintu pejabat ini adalah surat keizinan melakukan kerja-kerja pengubah-suaian yang tertera nama syarikat itu.

Sementara itu, semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak menunjukkan sebarang perkara yang luar biasa mengenai syarikat berkenaan. Nama yang tidak dikenali seperti Muhammad Zaki Ilias, Ramli Ag Karim dan Chin Sin Yuet disenaraikan sebagai pengarah.

Syarikat itu hanya memiliki modal RM2 (jumlah minimum untuk menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad).

Aktiviti 1Malaysia yang dikendalikan oleh Solar Shine dikesan hanya aktif beberapa minggu sebelum kempen pilihan raya kecil.

Malah, Isnin lalu, kelihatan beberapa pekerjanya yang kebanyakan mereka berbangsa Cina sibuk membungkus barangan di pejabat itu sebelum membawanya ke sebuah lori yang menunggu di luar pejabat.

1Malaysia ini pertama kali muncul pada kempen pilihan raya kecil di Galas, pada akhir tahun lalu dengan sejumlah sukarelawannya mengagihkan beg barangan itu kepada pengundi, khususnya di kawasan yang ramai pengundi berbangsa Cina.

Dengan memakai kemeja T dengan logo 1Malaysia tertera dengan jelas di belakang, mereka membanjiri sesuatu kawasan - seolah-olah satu kempen penjenamaan sesuatu projek ataupun barangan.

Keadaan yang sama juga disaksikan pada pilihan raya kecil Tenang pada bulan lalu.

Beberapa ahli politik pembangkang mendakwa usaha sedemikian sebagai pembelian undi dan berkata ia berkesan memancing undi di kalangan penduduk luar bandar bagi menyokong BN. Dipetik disini

PRK DUN Merlimau: Setiap pengundi dijaga oleh seorang jentera BN

PRK DUN Merlimau akan berlangsung ada 6 Mac depan. Penamaan calon pada 26 Februari ini.

Pengundi DUN Merlimau 10,600 dan majorotinya adalah pengundi melayu.

Pada PRK ini kita akan menyaksikan bahawa juru kempen hampir sama banyak dengan yang dikempen. Wanita Umno misalnya akan menurunkan 5,000 anggotanya dan dianggarkan Umno induk, pemuda dan putri akan juga mencecah jumlah yang sama.

Jika ini berlaku, maka setiap pengundi DUN Merlimau akan dijaga oleh seorang jentera BN.

16 February 2011

Akhirnya Khusrin angkat sumpah simpan rahsia

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamad Khusrin Munawi akhirnya mengangkat sumpah simpan rahsia hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Mohamad Khusrin berbuat demikian di hadapan beliau kira-kira 1.30 tengah hari ini.

Pelantikan Mohamad Khusrin pada mulanya menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, namun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamad Khusrin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada 6 Jan lalu.

Bagaimanapun, majlis angkat sumpah simpan rahsia ditangguhkan sehingga hari ini.

Menteri Besar sebelum ini mempertikaikan pelantikan Mohamad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Jan lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, menyatakan beliau tidak dirundingi sebelum pelantikan itu.

Berikutan itu, kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tetapi gagal memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan.

Kerajaan negeri menyatakan cadangan pindaan itu bagi mengembalikan semula kuasa kepada sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan awam di negeri itu iaitu setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri.- Bernama

Ahli Majlis Presiden PKR Sabah-benar-benar NO KICK!!!

Melihat senarai anggota Majlis Persiden PKR Sabah yang terdiri daripada 11 anggota-benar-benar NO KICK!!!

Semalam PKR Sabah bermesyurat bertempat di Pejabatnya di Jalan Bundusan Kota Kinabalu yang dipengerusikan oleh Presiden parti itu Wan Azizah Wan Ismail telah melantik 11 individu berikuut:-

1. Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi – Ahmad Thamrin Jaini

2. Pembangunan Luar Bandar – Datuk James Ghani

3. Pembangunan Infrastruktur – Christina Liew

4. Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Saidil Simoi

5. Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan – Awang Tengah Awang Amin

6. Pembangunan dan Pengurusan Tanah – Datuk Kong Hong Ming

7. Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna – Stephen Sandor

8. Belia dan Sukan – Jafery Jomion

9. Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar – Lukiah Indan

10. Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat – Datuk Hallik Zaman

11. Pertanian dan Industri Makanan – Datu Mustapha Hj Tambuyong

15 February 2011

Pulau Pinang Saman ADUNnya sendiri-Siapa bayar kos guaman?

Kerajaan Pulau Pinang akan menyaman ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia ekoran laporan yang mendakwa kerajaan negeri mengedarkan risalah yang memperlekeh sumbangan Melayu di Balik Pulau.

Untuk tujuan itu, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, syarikat guaman Karpal Singh & Co akan dilantik bagi menguruskan saman ekoran kenyataan berhubung risalah “My Balik Pulau” yang dimuat dalam akhbar pada 2 Februari lalu itu.

"Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu.

"Umno, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah “My Balik Pulau” tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun kerajaan negeri sudah menjelaskan perkara itu dan meminta ADUN Umno itu meminta maaf, beliau masih enggan berbuat demikian.

Malah, kata Lim, Utusan Malaysia meneruskan laporan yang terus membuat dakwaan itu, mesyuarat exco, dengan nasihat penasihat undang-undang negeri membuat keputusan untuk memfailkan saman malu terhadap kedua-dua pihak berkenaan. seperti dipetik di Malaysiakini.

Disebabkan DUN Betong adalah DUN di Pulau Pinang-siapakah akan tanggung kos guaman ADUN itu. Bagi Utusan-utusanlah yang tanggung.

Jika diikut kenyataan Khalid Ibrahim-MB Selangor- Kos guaman ADUN Sri Muda akan ditanggung oleh Kerajaan Selangor-kerana DUN Sri Muda adalah ADUN Selangor.

Kononnya PAS nak ganti UMNO!!!

Kononya PAS dan ganti UMNO!!!. Akan tetapi setiap kolaborasi PAS dan DAP maka setiap kali juga lah kita akan menyaksikan kebangkitan penyokong-penyokong mereka seperti politik ala rimba! Dari demonstrasi jalanan.., hinggalah amalan wala’ kepartian, tingkah laku sumbang PAS dan DAP semakin meloyakan.

Lihat sahaja ‘tingkah laku islamik’ yang dibawa oleh DAP yang dibimbing oleh PAS sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini. Semuanya menjanjikan aksi menjolok mata yang tak mampu diterima dengan akal waras. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan PAS.., mungkin jiwa mereka sedang sakit.., hati mereka penuh dengan dendam malahan nafsu untuk berkuasa mereka semakin membuak-buak.

HARI demi hari umat Islam dan Melayu dipertontonkan dengan pelbagai tingkah laku memalukan dan fatwa yang mengelirukan oleh parti PAS, hal ini bukan sahaja berlaku bermusim, tetapi ia berlaku sepanjang tahun. Ia semakin menjadi-jadi apabila berlakunya pilihanraya kecil yang menjadi kilang fatwa bagi lebai-lebai PAS.

Daripada perbuatan khianat terhadap agama, menjadikan bohong sebagai amalan, sanggup menjadi pecacai kafir DAP untuk menindas orang Melayu sehinggalah insiden mengkafirkan orang Islam lain. Semua ini dilakukan tanpa sebarang rasa bersalah terhadap pegangan hidup serta matlamat yang dituntut agama.

Lebih malang lagi, PAS kini sanggup membiarkan rakan politik bukan Islam mereka mengkafirkan orang Islam yang berbeza pandangan politik. Semuanya kerana kegilaan mereka untuk menumbangkan satu lagi kepimpinan umat Islam yang mereka sifatkan jahiliyah dan juga sekular.

Tetapi jika dibandingkan dengan tuduhan tersebut, apa bezanya dengan PAS yang mendakwa mereka lebih baik dari umat Islam lain didalam negara. Sebuah parti yang mengakui berlandaskan Islam, PAS sepatutnya lebih tahu dan sedar tentang kekhilafan perjuangan mereka apabila berkerjasama dengan musuh-musuh Islam.

PAS memilih jalan untuk mencari kemenangan dengan berpeleseran bersama rakan-rakan politik kuffar yang ada ketikanya dulu mahu direjam oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Ini secara tak langsung menunjukkan betapa PAS kini telah dikuasai oleh sifat riak dan takabbur yang mereka cipta.

Sikap taksub melampau dan keinginan yang menggila kepada jawatan dan kedudukan inilah yang menyebabkan sehingga hari ini PAS semakin kabur akan identiti perjuangan mereka yang sebenar. Pemimpin-pemimpin PAS sudah lupa apa yang hendak mereka perjuangkan hanya kerana pengaruh dari puak kuffar yang mereka jadikan rakan sebantal.

Di bawah jagaan arwah Fadzil Noor, PAS masih lagi sebuah parti berorientasikan perjuangan menegakkan perjuangan Islam. Namun kini jika dilihat dengan teliti, PAS telah bertukar menjadi sebuah parti haprak jalanan sehingga para pemimpinnya sendiri sanggup menjadi boneka kepada kumpulan manusia-manusia kuffar yang terang-terang anti kepada perjuangan serta pembangunan ukhwah Islam.

Jika arwah Fadzil Noor serta pengasas-pengasas PAS masih lagi hidup, mereka pasti tidak rela menyaksikan bagaimana pemimpin sebuah parti Islam menjadi pak turut dalam suatu agenda memusnahkan bangsa dan agamanya sendiri hanya kerana dendam dan gilakan kuasa. Apatah lagi untuk melihat bagaimana DAP boleh memijak-mijak serban pemimpin-pemimpin PAS dengan sewenang-wenangnya.

Namun itulah yang berlaku kini dengan disaksikan oleh jutaan umat Islam di Tanah Melayu ini. Umat Islam berbangsa melayu sekarang ini menjadi saksi bagaimana PAS menggadaikan maruah Islam mereka kepada DAP. Semua ini dilakukan dengan rela oleh kepimpinan PAS hanya kerana kepentingan politik mereka sendiri. Semuanya kerana kuasa, jawatan dan kedudukan yang tak mampu dibawa mati!

14 February 2011

Siapa Zafrul-mesti baca-pendedahan yang lengkap!

Blog Another Brick in the Wall membuat pendedahan yang terperinci dan lengkap siapa Zafrul-CEO Maybank Investment!.

Bloger ini juga mendedahkan disebalik sebab musabab kenapa Zafrul mendakwa bahawa perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda kononya mempengaruhi sentimen pasaran Saham BSKL.

Selain itu, blogger ini juga mendedahkan disebalik kes pertuduhan terhadap Tan sri Isa semasa pemilihan Umno tahun 2004.

Didedahkan juga-bahawa Zafrul adalah budak suruhan Khairy Jamluddin-Ketua Pemuda Umno, agar memalitkan noda terhadap Tan Sri Isa.

Sila baca pendedahan itu di sini

Sodomi II diteruskan Tanpa Karpal Singh

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini tanpa peguam Karpal Singh. Perbicaraan diterus dengan keteranngan ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheawe Feng berhubung borang perubatan pro-forma.

Pada sesi mahkamah yang lalu, Siew hanya mengemukakan borang pro-forma yang kosong untuk rujukan pihak pembelaan.

Doktor itu juga enggan merujuk kepada nota-nota perubatannya ketika disoal balas oleh pihak pembelaan tetapi kemudiannya sering-kali melihatnya semula ketika mahkamah berhenti untuk rehat.

Akibatnya, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah terpaksa mengarahkanya supaya menyerahkan nota itu kepada pihak pembelaan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga kembali beraksi di mahkamah selepas mengalami keretakan tulang di kakinya.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian perwakilan asing di negara ini termasuk daripada Finland.

LAPORAN LANGSUNG

9.07am: Perbicaraan ditangguhkan atas permintaan peguam Param Cumaraswamy dan Sankara Nair supaya hakim menunggu selama 10 minit lagi untuk menantikan kehadiran Karpal.

"Dia ada sekitar ini dan dijadualkan meneruskan soal balas kerana ini adalah bahagiannya,” kata Param.

Adalah difahamkan Karpal berada di perbicaraan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Teoh Beng Hock yang sedang bersidang di bilik yang berasingan di kompleks mahkamah berkenaan.

9.05am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Mohd Zabidin mengambil tempatnya.

Peguam Karpal Singh masih belum tiba, Galeri awam agak penuh dengan kehadiran kira-kira 70 orang.

9.01am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masuk dan bersalaman dengan orang ramai.

Juga berada di galeri awam adalah ahli parlimen Machang yang juga setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution.

8.41am: Peguam Sankara Nair tiba dengan ahli patologi Australian, Dr David Wells, yang ditugaskanmembantu pihak pembelaan.

8.39am: Anwar tiba bersaam isterinya yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama puluhan penyokongnya.

Juga berada di mahkamah adalah bekas ahli parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad dari PAS, yang pada Jumaat lalu, dilepaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan tuntutan memalsukan dokumen, sembilan tahun lalu.

8.36am: Seorang perwakilan dari pejabat Suruhanjaya Tinggi australia juga hadir bersama ahli parlimen PKR, Johari Abdul, yang mewakili kerusi Sungai Petani, Kedah.

Tidak ramai wartawan, khususnya dari media berbahasa Cina. Kemungkinan, tumpuan mereka adalah pada perbicaraan Suruhanjaya Siasatan kes Teoh Beng Hock.

8.35am: Tidak ramai orang di mahkamah setakat ini. Ini mungkin kerana Diasatan Diraja mengenai kes Teoh bermula hari ini juga diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Wartawan dan orang ramai dibenarkan masuk ke mahkamah. Pihak pendakawaan diketuai oleh Peguam Cara II Negara, DatukMohd Yusof Zainal Abiden yang masuk melalui pintu yang berasingan.

8.29am: Pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersama bapanya, Mohd Lazim berada di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

DUN Sarawak akan bubar hujung minggu?

Sumber-sumber yang boleh dipercaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dijangka mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Jumaat ini untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu Sumber Astana Sarawak memberitahu The Malaysian Insider, pejabat ketua menteri telah pun menghubungi minggu lalu untuk mendapatkan tarikh pertemuan dengan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bagi pembubaran, yang akan membuka laluan kepada pilihan raya negeri.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006.

Satu lagi sumber kerajaan negeri berkata pegawai-pegawai daerah juga telah diminta agar membekukan cuti kakitangan mereka mulai 19 Februari ini iaitu kemungkinan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan bulan ini, kemungkinan pilihan raya akan diadakan akhir Mac atau awal April.

Mandat semasa kerajaan negeri sepatutnya berakhir Julai ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari jika pembubaran diputuskan.


Bernama semalam membawa laporan bahawa BN dilihat tidak cenderung untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya umum nasional dan negeri Sarawak secara serentak meskipun beberapa pemimpin negeri itu membawa idea tersebut pada mesyuarat perikatan itu Jumaat lalu.

Sehubungan itu, difahamkan pilihan raya negeri Sarawak akan didahulukan dan dijangka berlangsung awal April ini atau kemungkinan akhir Mac.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat lalu turut membincangkan beberapa persediaan sebelum parti itu mengadakan Konvensyen BN Sarawak di Kuching pada 5 Mac ini.

Konvensyen itu nanti akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Najib juga memberitahu wartawan Taib sudah mendapat “inspirasi” untuk memanggil pilihan raya negeri.

Mengambil kira perkembangan terbaru ini tarikh pilihan raya negeri sudah semakin dekat.

aib pula akan menyambut ulang tahun ke-30 mengetuai kerajaan negeri pada 26 Mac ini dan kemenangan kali ini akan menjadikan beliau ketua menteri paling lama berkhidmat.

Ada pihak yang beranggapan bahawa beliau mahu melengkapkan tiga dekad itu dengan kemenangan dan mandat baru.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden komponen terbesar periktan itu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) terus meletakkan pemerhati-pemerhati politik dalam situasi terus meneka dan membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya negeri.

Selepas kembali dari menunaikan haji akhir tahun lalu, pemimpin berusia 74 tahun membayangkan bahawa beliau sudah menerima inspirasi bila perlu memanggil pilihan raya.

“Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu (tarikhnya),” kata beliau kepada pemberita November lalu.

Taib dikatakan berhadapan dengan tekanan daripada rakan-rakan dalam BN agar berundur ekoran kemerosotan popularitinya di sebalik dakwaan salah guna kuasa.

Kemenangan DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu Mei lalu - dilihat sebagai referendum ke atas kepimpinan Taib - telah menyebabkan BN mula bimbang mengenai tapak pengaruhnya di Sarawak, negeri yang selama ini dilihat sebagai deposit hayat perikatan itu.

BN Sarawak mempunyai 63 wakil di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi dengan 35 dimenangi PBB, 12 dipegang Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan lapan masing-masing oleh Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratk Progresif Sarawak.

Daripada baki lama kerusi, DAP mempunyai enam, PKR satu dan Bebas satu.

SPR mengumumkan kesediaan negeri itu mengadakan pilihan raya negeri Sarawak bila-bila masa dengan berkata pihaknya sudah lama membuat persediaan.

BN dijangka mengekalkan negeri itu dengan majoriti selesa meskipun ada yang mengatakan DAP kemungkinan boleh memperoleh lebih banyak kerusi di kawasan-kawasan bandar.

Seorang pemimpin DAP memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka juga mendengar kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri hujung minggu ini dan telah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri.

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri,” kata seorang pemimpin DAP negeri.

13 February 2011

Gua Musang: Remaja Perempuan-19 tahun dicekup kerana jual tubuh

Gambar Hiasan
GUA MUSANG: Aktiviti liar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang menjadikan hotel bajet di sekitar bandar ini sebagai tempat melepaskan nafsu dengan beberapa pasangan, akhirnya terbongkar apabila dia dicekup dalam satu serbuan, di sini, lewat malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, remaja terbabit bukan saja dicekup berkhalwat bersama pasangan bukan Islam di hotel bajet di Jalan Besar, di sini, malah didapati asyik melepaskan gian menagih dadah.

Remaja berasal dari Kota Bharu itu mempunyai rekod melahirkan anak luar nikah setahun lalu dan tinggal di Kampung Lembaga, Gua Musang.

Serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu dilakukan Skuad Amru bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Iman Muda Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Hazuari Che Hamid.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, pihaknya beberapa kali menyerbu hotel bajet berkenaan yang sering berlaku kegiatan khalwat.

Katanya, remaja terbabit tidak sempat melarikan diri manakala pasangannya terpaksa dibebaskan kerana bukan beragama Islam. Dipetik dari Metro Ahad

MERENUNG SEJARAH LAMPAU DAN ORANG YANG TIBA-TIBA MENJADI `SULTAN'.

Oleh ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN-abdnaddin@yahoo.com

Dengan berkirim salam kepada kita semua, Sultan Abdul Mumin menganugerahkan bahagian tertentu negeri dibawah kekuasaannya kepada Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent Esquire pada 29 Disember 1877.

Sultan menyatakan bahawa beliau `berasa perlu untuk menganugerahkan bahagian tertentu negeri di bawah kuasanya' kepada Overbeck dan Alfred Dent, yang disebutnya sebagai `sahabatnya yang setia serta dikasihi' dan bahawa semua itu dilakukan `atas kerelaannya sendiri'.

Entah kenapa beliau menyatakan begitu.Mungkinkah hanya basa basi diplomatik atau kerana beliau juga terpaksa menerima `balasan tertentu yang dipersetujui antara mereka sehingga beliau `berasa perlu' untuk melakukannya. Sejak itu, jalan sejarah negeri kita berubah. Gustavus Baron de Overbeck dilantik sebagai Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan `dengan kuasa hidup dan mati ke atas penduduknya'.

Kita semua tahu, 86 tahun kemudian, pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara baru diisytiharkan di Padang Merdeka. Sabah menjadi sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat,walaupun terdapat tuntutan tidak sah Filipina ke atas Sabah.

Tuntutan ini bermula apabila Presiden Diosdado Macapagal menerima penyerahan kuasa tuntutan de jure ke atas Borneo Utara daripada Esmail Kiram 1 pada tahun 1962 disebalik fakta sejarah yang menyatakan bahawa Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram II telah menyerahkan semua kuasa politiknya kepada Amerika Syarikat melalui perjanjian Carpenter pada 1915.

Sejak Sultan Jamalul Kiram II meninggal dunia pada 7 Jun 1936, semakin ramai yang membuat tuntutan bahawa mereka merupakan pewaris kesultanan Sulu. Masing-masing mereka memiliki keyakinan bahawa mereka pewaris Sultan menyebabkan kini terdapat lebih 300 orang di Filipina mendakwa diri mereka merupakan sultan Sulu yang sebenar.

Di Sabah sendiri, setakat ini, terdapat tiga individu yang mengaku bahawa mereka layak ditabalkan sebagai Sultan Sulu.

Malah pada 2 Februari lepas, seorang lagi menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu dalam satu majlis di Kampung Likas.

Banyak persoalan yang timbul mengenai keabsahan perisytiharan itu.

Persoalannya,bagaimana seseorang yang menjadi warganegara Malaysia boleh diisytiharkan sebagai Sultan Sulu ke-33 dan menubuhkan pula kerajaan Sulu dalam buangan di Sabah.

Sejarah tidak pernah berbohong. Sejarah hanya dimanipulasi pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka.Tetapi sejarah, jika kita pelajari secara saksama, merupakan rangkuman fakta sebenar dan tidak boleh dimungkiri mengenai berahi kuasa, ketamakan dan keserakahan, penjajahan dan kedaulatan, juga kebijaksaan dan kemerdekaan.

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa penjajahan, termasuk didalamnya penjajahan minda, melahirkan apa yang dinamakan `mentaliti terjajah'. Inilah yang menyebabkan kita menganggap bahawa dengan memiliki kekayaan, kedudukan atau kuasa, kita boleh menguasai fikiran dan mengaburi keupayaan orang lain dalam berfikir. Untuk dilihat berwibawa dan tinggi martabatnya, maka kita mengenakan busana dengan segala pingat dan pangkat di dada, dan menuntut pula orang lain untuk tunduk kepada kita.

Semuanya kerana ketamakan dan keserakahan. Sejarah Nusantara, hampir kesemuanya, berkisar mengenai bagaimana golongan penjajah, dari manapun asalnya, berebut harta, khazanah dan rempah-rempah dengan menjalankan pelbagai tipu muslihat untuk menguasai negeri kita. Mereka menerapkan faham kolonialisme, pecah dan perintah untuk menguasai wilayah kita dengan segala pujuk rayunya.

Barangkali inilah sebabnya, Sultan Abdul Mumin terpaksa memberitahu `seluruh negara di muka bumi' bahawa beliau berasa perlu untuk menganugerahkan bahagian tertentu di bawah kekuasaannya, dan sejak itu negeri kita terpisah pisah dan dipisah-pisahkan penjajah. Perkara ini, sudah tentu tidak terlepas dari taktik golongan penjajah untuk menguasai rantau ini.

Dalam prosesnya, banyak kerajaan, banyak kesultanan, banyak negeri yang kemudiannya dikalahkan, dan terhapus dalam tinta sejarah. Ini perlu diakui sebagai akibat proses sejarah yang panjang. Apa yang penting ialah kita memahami hakikat sejarah dan bangkit daripada ketertinggalan kita, dan kelemahan dan kedunguan kita.

Janganlah kita berfikir dan terpesona dengan kegemilangan lama. Sebaliknya marilah kita berfikir secara rasional dan bijaksana mengenai bagaimana seharusnya kita menata masa depan dengan lebih cemerlang. Kita memang perlu membaca sejarah tetapi kita hendaklah mengambil iktibar daripadanya.

Demikianlah, apabila seseorang tiba-tiba mengaku sebagai `Sultan' dengan segala kemegahannya, ramai di antara kita bukan saja terkejut atau mempertikaikannya tetapi juga khuatir, kalau kalau peristiwa itu akan menggalakkan lebih ramai lagi orang yang suka bermimpi dan menuntut yang bukan-bukan pada masa akan datang.

Pelbagai kerenah manusia telah kita pelajari dan saksikan sepanjang sejarah iaitu sejak Sultan Abdul Mumin Brunei menyerahkan surat tauliah pada 29 Disember 1877, semenjak Sultan Sulu, Jamalul Kiram II mangkat pada 1936 dan semenjak beliau menyerahkan kuasa politiknya mengikut Perjanjian Carpenter pada 1915. Tidak mustahil sekiranya muncul lagi orang-orang yang mengaku dan mengangkat dirinya `sultan', dan tidak mustahil sekiranya masih ada juga orang orang yang tidak tahu menahu menjadi pengikutnya.

Kalau Kerdau juga Bn menang-Harapan Pakatan LENYAP

PRK DUN Kerdau adalah PRK ke-16 selepas PRU-2008. 13 PRK disebabkan kematian-sementara tiga lagi kerana penyandangkan meletakkan jawatan-termasuk Pematang Pauh-Wan Azizah melepaskan kerusinya untuk suaminya Anwar Ibrahim.

Sebagai catatan 8 PRK awal-telah dimenangi oleh Pakatan-hanya PRK seterusnya BN Menang-termasuklah Tenang pada 30 Januari lalu.

PRK DUN Merlimau akan berlangusng pada 6 Mac-jika ada pertandingan.

Belumpun PRK Merlimau diadakan dan DUN Port Klang masih dalam pertikaian antara penyandangnya Badrul Hisyam dengan speaker DUN Selangor-kini pula menyusul PRK di DUN Kerdau-akibat kematian penyandangnya daripada Umno/BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Jika PRK DUN Kerdau dimenangi BN-alamat harapan Pakatan akan lenyap pada PRU-13 akan datang. Sebabnya-rakyat telah tahu bahawa Pakatan hanya petah bercakap dan membuat janji-namun apabila tiba pada pelaksanaan hanya debu-debu berterbangan.

Selain itu kayu pengukur BN adalah pada PRU-Sarawak, yang mungkin diadakan pada bulan Jun-2011 sempena pesta Hari Gawai Sarawak. Ada kemungkinan DUN Sarawak akan dibubar pada 30 April sesuai dengan Hari Jadi Taib Mahmud. Kempen sebulan diperkirakan akan diisythiarkan oleh SPR untuk memberi peluang kepada parti-parti yang bertanding mengemukakan manifesto mereka kepada penduduk Sarawak.

Jika BN Sarawak mampu mempertahankan kerusi yang sedia ada, (63 Kerusi)-sudah pasti harapan Pakatan menuju Putrajaya akan lenyap sepanjang zaman.

Menurut penganalis peluang Pakatan hanya pada kali ini- jika gagal-sirna lah sudah harapan itu.

Berasaskan kepada perkembangan semasa-namapknya harapan Pakatan-hanya tinggal harapan.

Pada PRU-13 akan datang-kita akan menyaksikan bertumbangannya pemimpin Pakatan- termasuk di negeri Nik Aziz-Kelantan.

12 February 2011

Jangan sibuk dengan hal pribadi saya-Dr George Chan

Timbalan Ketua Menteri Sarawak-Dr George Chan (74) yang juga Presiden SUPP komponen BN- Sarawak terkesan dengan perhatian ramai mengenai hal pribadinya. George dikatakan sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan- Lorna Enan Mullon.

Mubarak jatuh selepas 30 tahun-Nik Aziz telah 21 tahun- Bila kah rakyat Kelantan ikut jejak rakyat Mesir?

Parti PAS gembira sangat apabila Hosni Mubarak jatuh. Agak-agaknya bila pula rakyat Kelantan ikut jejak rakyat Mesir-minta pula Nik Aziz letak jawatan!

Asas kenapa Nik Aziz perlu letak jawatan: antaranya

Tandas di seluruh Kelantan Kotor- perkara ini diakui sendiri oleh Nik Aziz.

Masalah pelacuran di Kota Baharu-bukan berkurangan walaupun Bandar itu diistiharkan sebagai bandar islam.

Pembangunan Kelantan daripada semua segi masih terbelakang.

Ops Lalang 1987: Dr. M Akui Temui Kit Siang, Pemimpin Pembangkang

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK ( My Star)

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau pernah menemui Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersama sekumpulan pemimpin pembangkang lain bagi memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.

Malah Dr. Mahathir berkata, pertemuan berkenaan dibuat bagi menjelaskan mengenai kekhuatiran yang timbul di kalangan pemimpin pembangkang mengenai nasib mereka ketika itu.

"Saya masih ingat, saja jumpa dengan Lim Kit Siang dan kawan-kawannya.

"Saya jumpa mereka secara berkumpulan, bukan secara berasingan kerana mereka khuatir mereka akan dimasukkan dalam tahanan," katanya di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai cabaran Lim agar mendedahkan nama pemimpin pembangkang yang ditemuinya ketika itu.

Lim yang ketika itu merupakan Setiausaha Agung DAP sebelum ini menafikan bahawa beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir bagi membincangkan mengenai sebarang jaminan seperti yang dinyatakan bekas Perdana Menteri itu.

Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangkap mereka yangmengeruhkan suasana politik pada ketika itu.

Dalam operasi berkenaan, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pembatalan dua akhbar harian dan dua akhbar mingguan.

Lim turut mempertikaikan kenyataan Dr. Mahathir yang disiarkan menerusi buku terbaru tulisan wartawan veteren Amerika, Tom Plate menyatakan bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis dan beliau tidak dapat menghalangnya.

Bagaimanapun Dr. Mahathir tetap mempertahankan kenyataannya itu dan menegaskan bahawa penangkapan ahli politik menerusi Operasi Lalang berkenaan adalah atas keputusan polis demi keselamatan negara.

"Pada pendapat saya mereka tak perlu dimasukkan dalam tahanan, tapi polis (memberi) nasihat (kepada) saya berkenaan dengan keselamatan, saya tak boleh dengan sewenang-wenangnya tolak tindakan yang dianggap oleh polis adalah penting.

"Jadi saya tak boleh nak buat apa, ini keputusan polis. Dari segi keselamatan saya bergantung kepada polis untuk memberi nasihat.

"Pihak polis berpendapat bahawa mereka merbahaya, dan polis mengambil tindakan untuk tahan mereka," katanya.

Sementara itu ditanya mengapa beliau yang ketika itu juga Menteri Dalam Negeri melanjutkan tempoh tahanan selama dua tahun iaitu melebihi jangka masa 60 hari kepada Lim dan Timbalan Pengerusi DAP ketika itu, Karpal Singh, Mahathir berkata: "Perkara itu adalah perbincangan antara saya dan polis, saya tak fikir untuk perkatakannya."

Calon Penentu BN Kekalkan Kemenangan, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata calon yang disenangi rakyat, berwibawa dan tidak mempunyai masalah peribadi akan mencerahkan peluang Barisan Nasional (BN) menang menjadi kenyataan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kelak.

Najib yang juga Pengerusi BN, berkata calon yang terbaik di Merlimau penting kerana isu nasional yang diguna pakai sebagai serangan kepada BN tidak diterima rakyat.

"Nampaknya sokongan rakyat bertambah (kepada BN) tapi (kita kena) pastikan kita kerja kuat (untuk menang di Merlimau)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn di sini Jumaat.

Beliau berkata mesyuarat membincangkan persiapan untuk pilihan raya kecil DUN Merlimau dengan mendengar taklimat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dijadikan panduan di mana jentera pilihan raya sudah bergerak dan program tertentu sudah disusun.

"Umpamanya Timbalan Perdana Menteri turun (ke Merlimau) pada 14 Mac dan saya 19 Mac diikuti pemimpin lain turut serta membantu usaha mencapai kemenangan di Merlimau," katanya.

Kita juga ambil maklum laporan akhbar di mana Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Mohd Ali Rustam) menghabiskan masa enam jam sehari di DUN Merlimau," katanya.

Beliau berkata mesyuarat itu juga membincangkan prestasi peningkatan majoriti hampir 50 peratus tambahan pada kemenangan di Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Johor meskipun bilangan yang keluar mengundi menurun.

"PAS tak dapat bertapak di Johor walaupun letak calon dan pemimpin besar mereka (pembangkang) turun. Jelas ternyata Johor adalah kubu kuat Umno dan BN," katanya.

Najib berkata prestasi terbaik BN ialah di ketiga-tiga kawasan Felda yang menyumbang 2,500 majoriti daripada jumlah 3,707 undi yang diperoleh.

"Itu bererti bahawa isu yang dimainkan bahawa Felda bankrap (yang mana) ia satu pembohongan. Peneroka dan generasi kedua telah menolak apa yang ditohmahkan itu," katanya.

Beliau berkata bedah siasat itu juga mendapati sokongan bukan Melayu terhadap BN terus meningkat dan ini memberikan satu petanda menggalakkan dan memerlukan usaha-usaha berterusan supaya tahap sokongan kepada BN bertambah.

"Pada umumnya kita berpuas hati meskipun serangan bertubi-tubi oleh parti pembangkang yang membangkitkan pelbagai isu tetapi akhirnya, kesudahannya rakyat lebih yakin kepada BN daripada pembangkang," katanya.

Katanya jentera BN di Tenang lebih kepada konteks jentera tempatan dan negeri ditambah dengan bantuan pemimpin pusat yang turun, berjalan baik dan memberi kesan kepada kejayaan BN.

Sementara itu semasa menjawab satu soalan Najib berkata, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini sudah ada inspirasi dalam menentukan tarikh pilihan raya negeri.

"Dia sudah ada inspirasi," katanya semasa menjawab soalan sekiranya langkah mengadakan Konvensyen BN Sarawak pada 5 Mac ini dan lawatan beliau bersama pemimpin-pemimpin tertinggi BN ke negeri itu pertengahan bulan depan, adalah petanda bahawa pilihan raya negeri Sarawak sudah semakin hampir.

"Saya juga dijadual untuk melawat Sarawak sekali lagi pada pertengahan bulan Mac, di mana kami (pemimpin-pemimpin BN) akan turun beramai-ramai," katanya dan menambah lain-lain negeri juga sedang membuat persiapan untuk mengadakan konvensyen BN masing-masing tidak lama lagi.

Katanya beliau sebenarnya sudah memulakan lawatan-lawatan ke seluruh negara, dan menurutnya lawatan-lawatan itu akan diteruskan.

"Kami sebenarnya sudah turun padang. Saya sudah pergi ke negeri Sarawak dua kali, termasuk saya pergi ke kawasan Belaga dan Sungai Asap. Itu pun boleh disifatkan sebagai lawatan turun padang. Saya juga pergi ke negeri Kedah, itupun boleh disifatkan sebagai lawatan," katanya.

Perdana Menteri juga dijadualkan melawat Melaka pada 19 Feb.-- BERNAMA

11 February 2011

DUN Tenang: Sultan Johor murka tindakan sembayang dua imam

KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.

"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini.

Baginda, sebelum itu, merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot dan Exco kerajaan negeri.

Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor supaya tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.

Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.

Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Titah baginda, langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik. - BERNAMA

Mesir akan meletup: ElBaradei

Pemimpin utama pembangkang Mesir, Mohamed ElBaradei, memperingatkan potensi rusuhan dan kekerasan di negeri itu setelah Presiden Hosni Mubarak, Kamis (10/2/2011) malam, mengumumkan bahwa dia tidak akan mengundurkan diri sebelum pemilihan umum pada September mendatang.

"Mubarak berjudi dengan negaranya dengan tetap berkuasa," kata ElBaradei sebagaimana dikutip CNN. Dia mengulangi pesannya di Twitter, "Mesir akan meletup. Tentara harus menyelamatkan negara ini sekarang."

Rembokan antara rakyat dan tentara, yang secara tradisional diyakini rakyat Mesir berpihak kepada mereka, akan sangat menghancurkan, kata ElBaradei, pemenang Nobel Perdamaian dan mantan Direktur Badan Energi Atom Internasional. Pandangan ElBaradei berubah jam sebelumnya, ketika rakyat Mesir, termasuk ribuan orang di Alun-alun Tahrir, Kairo, berharap Mubarak mundur bukannya mendelegasikan kekuasaan kepada Naib Presiden Omar Suleiman.

Perubahan terbaru itu menggagalkan tuntutan para pemimpin pembangkang atau mereka yang telah berdemonstrsi di Alun-alun Tahrir selama lebih dari dua minggu. Satu protes massa sedang berlangsung pada masa tulisan ini sedang disiapkan, kemuncak tunjuk perasaan akan berkemungkinan berlaku setelah sembayang jumaat.

ElBaradei mengatakan kepada CNN, rakyat Mesir tidak akan menerima perubahan terbaru itu. "Suleiman dianggap sebagai perpanjangan tangan Mubarak. Mereka kembar. Tak satu pun dari mereka diterima oleh rakyat. Demi negara Mesir, mereka harus pergi," ujarnya. ElBaradei mengatakan, sebuah dewan pemimpin dan pemerintah sementara harus memimpin negara di Afrika Utara itu selama satu tahun dalam transisi menuju proses yang lebih demokratik.

Pernyataan Mubarak tentang intervensi asing dan tekadnya untuk melihat proses transisi bukan merupakan hal yang paling ingin didengar oleh kerumunan massa di Alun-alun Tahrir. "Mundur! Mundur!" teriak mereka saat ia berpidato.

Setelah pidato tersebut, Ketua Parlemen Ahmed Fathi Srour mengatakan kepada televisi negara, Nile TV, bahwa langkah Mubarak telah menempatkan wewenang untuk menjalankan pemerintahan sehari-hari di tangan Suleiman.

Sementara itu Suleiman menyebut unjuk rasa selama dua minggu terakhir sebagai "revolusi orang-orang muda". Dia meminta para pengunjuk rasa pulang ke rumah dan kembali bekerja.

Namun, hal itu tidak terjadi Jumat pagi. Yaser Fathi, salah seorang penyelenggara protes pasca-pidato Mubarak di kota Alexandria, mengatakan kepada CNN bahwa ratusan demonstran sedang bergerak ke pangkalan militer Mesir. Mereka meminta angkatan bersenjata untuk campur tangan. "Mereka berteriak, 'Militer harus turun tangan agar Mubarak turun'," kata Fathi.

halid Abdalla, demonstran di Alun-alun Tahrir dan bintang film The Kite Runner pada Jumat pagi mengatakan, "Sekarang merupakan saat yang sangat menyedihkan. Semua orang bingung. Orang-orang mencuba untuk mencari apa lagi yang mereka boleh lakukan."

Pemenang nobel dan calon potensial presiden Mesir, Ahmed Zewail, mengatakan, ia melihat "beberapa skenario yang berbeza" di mana transisi mungkin berlaku. "Yang penting adalah tentara akan melindungi transisi ini sampai sebuah perlembagaan baru wujud. Saya sangat menghargai fakta bahwa angkatan bersenjata mengendalikan apa yang terjadi," kata Zewail kepada CNN sebelum pidato Mubarak.

10 February 2011

Undi Pembangkang Kota Belud

Jika kita teliti undi pembangkang Kota Belud sejak pilihanraya umum 1999, berkisar pada angka tidak kurang 10 ribu undi. Kota Belud mempunyai jumlah pengundi berdaftar kini sebanyak 45 ribu lebih.

Peratusan yang keluar mengundi pada PRU-PRU yang lalu adalah 75 peratus.

Pada tahun 1999 BN mendapat undi 17,817, manakala pembangkang 10,848 undi. Tahun 2004, BN mendapat 19,290, manakala pembangkang 10,420 undi. Tahun 2008 yang dianggap sebagai tsunami politik bagi BN, BN mendapat undi 17,842, manakala pembangkang 14,822 undi.

Melihat kepada trend pengundian di kawasan parlimen Kota Belud-walaupun kawasan ini adalah kawasan tradisi BN- jumlah undi pembangkang tidak pernah turun di bawah paras angka 10 ribu, kecenderungan bertambah sepertimana tahun 2008 mungkin berlaku.

Walaupun BN diwakili oleh pemimpin terkuat Kota Belud-yakni Salleh Said, pun demikian pembangkang masih mampu memndapat undi diatas 10 ribu. Tahun 1999, misalnya Salleh ditentang oleh anak tempatan yang tidak mempunyai nama dalam politik Saidil Simoi, pun demikian Saidil mampu memdapat undi di atas 10 ribu. Demikian juga tahun 2004, Salleh sekali lagi ditentang oleh calon bebas-yang tidak aktifpun dalam politik Kota Belud, pun demikian calon bebas itu mampu meraih 10 ribu ke atas.

Demikian juga pada tahun 2008, Saidil Simoi sekali lagi turun gelangang-kali ini atas tikit PKR melawan calon BN-Rahman Dahalan. Saidil hampir membuat kejutan dengan mendapat undi 14,822 berbanding calon BN 17,842-hanya majoriti 3,020 undi.

Pada PRU-12 itu, ada yang mengatakan bahawa penigkatan undi pembangkang hampir 4 ribu disebabkan undi protes dikeranakan tidak turunnya ke gelanggang para pemimpin kawakan Kota Belud pada masa itu-antaranya Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar.

Undi protes itu sangat ketara di semua kawasan DUN- terutama di Tempasuk, Kedamaian dan Usukan. Rahman Dahalan dan Musbah Jamli-hampir menjadi mangsa protes, namun undi protes sepetimana ditunjukkan belum mampu mengalahkan mereka. Kemenangan mereka, hanyalah kerana kawasan Kota Belud selain tradisi BN, juga pihak pembangkang tidak mencalonkan calon yang ada sifat winabble candidate.

Pada PRU-13 akan datang, walaupun pihak pembangkang masih berada dalam tahap lama dari segi pendekatan, tambahan lagi ketandusan pemimpin- trend undi pembangkang diperkirakan tetap pada takok lama. Undi Pembangkang ada kemungkinan bertambah-ekoran beberapa isu pembangunan yang belum tertunaikan semasa PRU-12 lalu. Isu pembangunan Dam di Kg Tambuton yang diapi-apikan oleh pembangkang, isu pengagihan projek-projek yang tertumpu pada orang-orang tertentu, yang dikaitkan dengan kroni, akan menyemarakan undi protes, dan ini akan menyumbang kepada undi pembangkang, yang mempunyai undi deposit 10,000 undi.

Siapapun calon Bn akan datang akan berdepan dengan isu-isu tersebut, selain isu negeri yang berkisar kepada penumpukkan kekayaan oleh orang-orang tertentu yang dikatakan rapat dengan kepimpinan negeri.

Walaupun semua wakil rakyat Kota Belud mempunyai jawatan di peringkat kerajaan atau syarikat GLC kerajaan, nampaknya isu pengagihan peruntukan projek merupakan isu kedai kopi yang sukar ditepis.

Di samping itu-lifetyle yang ditunjukkan oleh para pemimpin baik diperingkat parti-mempunyai kencenderungan bagi pengundi melalukan undi protes kepada calon kerajaan.

Malah ramai dikalangan kakitangan kerajaan secara kumpulan melakukan protes dalam diam mengenai kelibat para pemimpin ini. Jangan lupa-para kakitangan kerajaan itu, mempunyai keluarga di akar umbi- ini lah salah satu faktor, bahawa undi pembangkang akan bertambah pada PRU-13 akan datang. Sukar diramal, apa kah undi protes itu akan menjadi bertompok, sehinggakan boleh menggugat undi BN? adalah sesuatu di luar perkiraan OKB.

Pemimpin muda yang diketengahkan oleh Bn pada tahun 2008, Rahman Dahalan, walaupun tidak mempunyai kapasti untuk dibebankan dengan isu pembangunan Kota Belud, namun anak muda itu berusaha dengan gigihnya selaku MP Kota Belud. OKB menyaksikan di Parlimen, di twitter, Facebook mahupun blog MP itu, bahawa hanya masa sahaja yang menentukan baginya kerana dibenaknya adalah untuk memajukan kawasan kota Belud. Jika isu yang dikaitkan dengan peruntukan parlimen misalnya- wakil rakyat itu memberi kuasa sepenuhnya kepada pejabat daerah kota Belud, untuk mengagih-agihkan peruntukkan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti. Idris Nanti sebagai pegawai perhubungan kepada MP itu beberapa kali mengsahkannya kepada OKB.

9 February 2011

Kos sara hidup telah melambung tinggi

Mutakir ini, OKB merasakan sangat terharu sekali melihat keadaan orang kita apabila balik ke Kampung yang sememangnya masih lagi ibarat KIAS PAGI MAKAN PAGI, KIAS PETANG MAKAN PETANG, KIAS MALAM MAKAN MALAM.

Sedangkan harga barangan sudah melonjak tinggi. Azmin Ali mendedahkan bahawa rakyat kini sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion'.

OKB sangat terasa, ketika sahaja musim persekolahan bermula sudah sekian banyak duit yang diperlukan untuk membolehkan bersekolah meskipun diperingkat sekolah rendah. Bayangkan jika keluarga itu dari keluarga yang sememangnya tidak berkemampuan. Natijahnya, anak-anak berkenaan tidak akan mengenal apa itu sekolah dan menjadi penyumbang kepada peratusan buta huruf dan taraf kemiskinan yang tinggi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion.

“Jelas sekali peningkatan lebih RM40 bilion ini hanya membebankan rakyat dan ini juga bermakna 27 juta rakyat di negara ini terpaksa menanggung beban hutang berkenaan,” jika beban hutan berkenaan dibahagikan sama rata dengan 27 juta rakyat di negara ini, bermakna setiap rakyat terpaksa membayar anggaran RM15,000 seorang untuk memikul beban hutang yang ditanggung oleh kerajaan.

Harga barangan keperluan harian yang sukar dikawal kerana implikasi kenaikkan harga minyak, sangat membebankan rakyat yang mempunyai pendapatan yang hanya cukup-cukup. Jika beberpa bulan lalu, penadapatan RM500 sebulan boleh mencukup untuk makanan suami isteri dengan satu anak kecil-kini pendapatan itu hanya cukup untuk setengah bulan.

Rakyat semakin hari semakin terdesak- apa kah ada pengakhirnya???.

200 bekas ahli PKR sertai Gerakan

IPOH: Kira-kira 200 bekas ahli PKR Bahagian Ipoh Barat dan Tambun mengumumkan menyertai parti Gerakan pagi tadi.

Kemasukan ke parti itu diketuai bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V Subramaniam. Subramaniam menyerahkan borang keahlian yang sudah siap diisi itu kepada Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn pada satu majlis ringkas di sini, pagi tadi. Twitter BHarian

Antara cita-cita dan angan-angan

"benarkah Kehidupan dan kejayaan bermula dari angan-angan?"

apa pendapat anda semua tentang persoalan ini?

berbicara tentang angan-angan, mungkin sebahagian manusia di muka bumi ini pernah berangan-angan. mungkin juga ada yang tak pernah berangan-angan. yang ada hanyalah cita-cita dan impian.

bila bercakap tentang saya, saya juga pernah berangan-angan. angan-angan tidak salah bagi seseorang manusia kerana dari angan-anganlah, mulanya tumbuh cita-cita dan dari cita-citalah akan tumbuh impian.

saya ambil diri saya sendiri. masa kecil-kecil dulu, saya berangan-angan ingin menjadi sasterawan Negara, pengembara dan angkasawan. lucu sungguh angan-angan saya kala tu dan tak kurang juga tingginya angan-angan. bila cikgu tanya saya apa cita-cita saya, saya cakap itulah. sebuah angan-angan yang kosong. mungkin. sehinggakan kawan-kawan saya ketawa.

saya katakan begitu sebabnya semua pelajar di kelas saya kebanyakannya mahu jadi polis, cikgu dan peguam. saya pun cakap lain dari yang lain. apa saya peduli. yang penting saya ingin buat angan-angan saya itu meniadi kenyataan walaupun hakikatnya agak sukar.

angan-angan adalah permulaan kehidupan kita. saya setuju kata-kata ni. bila kita ada angan-angan mestilah kita bercita-cita mahu menjadikan angan-angan kita itu menjadi realiti ataupun kalau tak menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya kita akan menjadi yang hampir dengannya.

selepas saya katakan berangan-angan macam tu, saya terfikir sesuatu. ya, sebelum menjadi seorang pengembara, Angkasawan dan Sasterawan, saya perlu mendapatkan banyak ilmu tak kira pengalaman atau pelajaran. hah, dari sinilah tumbuh cita-cita saya mahu memasuki Universiti lalu jadilah saya seorang mahasiswa.

walaupun juga pada hakikatnya, amat sukar untuk menjadi sasterawan negara tetapi saya akui profesion perguruan merupakan wadah yang terbaik untuk menjadikan saya seorang penulis sekurang-kurangnya. saya jadikan angan-angan saya itu untuk menggapai cita-cita saya. kalau tiada angan-angan macam mana kita boleh hidup kan. maksud saya, macam mana kita nak dapat sesuatu kalau kita tak berangan-angan.

namun, janganlah kita berangan-angan tahap zero sahaja. kalau angan-angan tu setakat berangan-angan tapi tak mahu mencapainya tak boleh juga. beranganlah setinggi manapun, yang penting kita ada usaha untuk mencapainya. dah saya katakan bahawa dari angan-angan tumbuhnya cita-cita dan dari cita-cita tumbuhnya impian.

bercakap tentang impian, ia amat luas skopnya. kalau cita-cita untuk duniawi, impian pula adalah untuk ukhrawi. semua orang mahu menggapai syurga kan jadi itulah namanya impian iaitu untuk ukhrawi. di dunia kita bercita-cita mahu jadi ini, manakala di akhirat pula kita impikan untuk menggapai syurga Allah SWT.

jadi marilah kita sama-sama fikirkannya. salam.

8 February 2011

Naib Presiden Mesir rapat dengan Yahudi-Wikileaks

Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara yang baru.

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.

Pada 2008, memo diplomatik Amerika yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman sesawang WikiLeaks melaporkan, penasihat kepada kementerian pertahanan Israel, David Hacham, memberitahu pegawai Amerika bahawa rejim Zionis itu menjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai "Soliman" akan mengambil alih sebagai presiden Mesir.

“Hacham amat menyanjungi Soliman," kata laporan itu.

"Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan," katanya.- AFP

6 February 2011

Pajudin masuk umno- Umno Tuaran alu-alukan

Dasar Umno tidak menolak sesiapa yang menerima dasar umno, tidak terkecuali Pajuddin. Walaupun Pajudin adalah Ketua PKR Sabah yang dilantik pada 10 Januari lalu, namun hakikatnya 18 ketua Cabang PKR menentangnya.

Pajudin yang diharapkan mampu memperkukuh PKR-ternyata gagal.

Seseorang yang gagal dalam kepimpinan-disambut hero oleh Umno Tuaran.. Tahniah.

Kerana Kuasa-maka pemimpin mudah lupa

Biasa kita alami kebanyakan pemimpin sebaik mendapat kuasa akan berubah dan akan mudah lupa tentang segala kesusahan dan pengorbanan yang membolehkan mereka berkuasa.

Masa ini kita menyaksikan revolusi dan pergolakan di beberapa negara Arab menunjukkan rakyat mahukan perubahan kerajaan atau pemimpin kerana mereka tidak gembira dengan pemerintahan autoritarian.

Gerakan revolusi rakyat itu telahpun berjaya di Tunisia dan sekarang dunia sedang menyaksikan pergolakan di Mesir.Mubarak telahpun tumbang. Dalam waktu terdekat akan terbentuklah kerajaan baru. Pertanyaannya apakah kerajaan baru akan lebih baik dibanding kerajaan yang telah ditumbangkan atau apa kah perubahan itu membawa kepada kebaikan?

Bagi rakyat yyang merasa tertindas kerana kelafaan pemimpin-maka revolusi ke arah perubahan adalah sesuatu yang di tunggu-sebabnya biarlah semuanya bermula daripada nol. Membiarkan pemimpin yang alfa diri-lebih mengarah kepada penindasan-oleh itu, keppimpinan yang kuat akan mencorakkan kepimpinannya kepada kepiminan kuku besi-rakyat lemah semakin lemah, sementara yang berkuasa semakin berkuasa.

Kita rasai sekarang, sementara mereka yang berkuasa dan berada kenaikan harga barang, seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa, sementara rakyat jelata-kehidpuan mereka semakin hari semakkin terdesak. Ketabahan dan kesabaran rakyat ada batasnya-suatu hari-revolusi akan juga datang menjelma.

Samada rakyat yang mahukan perubahan mempunyai idea tentang bentuk kerajaan baru yang akan diwujudkan-itu perkara lain, yang penting-menjatuhkan pemimpin yang lupa diri itu.`

Mengimbas keputusan PRU-2008 bagi DUN Sabah

Ada beberapa DUN Sabah pada PRU-2008 sebenarnya undi BN lebih rendah dibanding undi pembangkang, namun disebabkan peembangkang tidak sepekat one to one melawan BN, maka akhirnya kerusi itu di menangi BN.

Ada juga beberapa DUN Tradisi BN, namun undi yang diperoleh BN hanya cukup untuk menang.

Berikut adalah kawasan-kawasan DUN yang kemungkinan berlakunya saingan sengit antara BN dan pembangkang pada PRU-13 akan datang. Samada SAPP atau DAP atau PKR akan berembuk dengan BN.

N2: Tanjung Kapor undi BN: 6,629, Pembangkang 5,961.

N5: Tandek undi BN: 5,598, pembangkang 5,353.

N6: Tempasuk-kawasan tradiisi BN: BN:6,541, pembangkang 4,300.

N7: Kedamaian undi BN 5,383, ppembangkang 4,638.

N13: BN: 5,979 walaupun jumlah undi pembangkang (DAP+PKR) 7,353, namun BN Menang.

N14: Likas BN:4,097 (DAP+PKR) 5,305- BN Menang.

N15: Api-api BN:3,419, pembangkang 3,245.

N16: Luyang-SAPP 5,073 (DAP+PKR) 6,457.

N17: Tanjung Aru: Bn 6,430; pembangkang 5,768.

N19: Kepayan: BN 6,162 (DAP+PKR) 7,758-BN Menang

N47:Kuamut: BN 3,784, pembangkang 3,566.

N57:Sri Tanjong: BN 4,187, DAP 8,449

N58: Merotai: BN3,723; (DAP+PKR) 4,987-BN Menang.

Sekurang-kurangnya ada 13 DUN daripada 60 kerusi DUN Sabah- dalam keadaan bahaya. Berasaskan trend pengundian tahun 2008, para pengundi di kawasan-kawasan itu mungkin swing kepada BN atau pembangkang.

Berasaskan keadaan terkini, di mana harga barangan keperluan harian, sukar dikawal, maka ada kemnungkin 13 kawasan tersebut akan swing kepada pembangkang tanda potes kepada kerajaan yang memerintah.

5 February 2011

PKR Lumpuh.. BN Kota Belud yakin sapu bersih

Walaupun calon PKR semasa PRU-12 hampir melakukan upset terutama bagi kawasan Tempasuk dan parlimen, namun pada PRU-13 akan datang keadaan itu tidak akan berulang lagi.

Kali ini BN nampaknya tiada saingan lagi. Dengan saingan yang berkurang itu, harapan OKB semoga wakil rakyat yang masih wakil rakyat, agar menunaikan janji-janji yang telah ddijanjikan semasa PRU-12 lalu.

Bahagiakanlan rakyat yang menyokong anda-semoga sokongan berkekalan.

Kekacauan di Msir kerana gagalnya perisik Mesir beri amaran

Punca kekacauan politik di Mesir kerana gagalnya perisik negara itu memberi amaran kepada kerajaan Mubarak.

Jika sekiranya perisik kerajaan Mubarak mampu mengantisipasi gerakan penentangan kepada Mubarak, sudah tentu api kemarahan rakyat tidak akan memuncak.

Kekacauan di Tahrir Square-bukan sahaja diapi-apikan oleh media barat, malah ajen-ajen negara asing yang mempunyai kepentingan dengan rejim Yahudi, pasti telah menyusup masuk.

Peristiwa Mesir adalah amaran kepada perisik negara kita-jika biarkan bibit-bibit penentangan menjadi tidak terkawal, kerana jika sekira peristiwa sepperti di Mesir berlaku di negara ini, bukan sahaja kerajaan akan tumbang, malahan rakyat akan mengalami kerugian, kerana perekonomian akan menjadi lumpuh.

Tahun Baru Cina bagi ADUN Usukan

Pekan Kota Belud merupakan salah satu saluran mengundi bagi DUN Usukan. Di saluran ini jugalah semua pengundi kaum tinghua Kota Belud mengundi.

Kaum Tionghua Kota Belud cukup bijak berpolitik, kerana bagi mereka, siapa sahaja yang memerintah, mereka berdiri di belakangnya.

Atas sifatnya yang minoriti, maka kaum ini tidak mahu tersepit, bak kata orang, gajah sama gajah bertarung, semut menjadi mangsa.

Pada zaman Berjaya, kaum Tionghua Kota Belud menyokong sepenuhnya parti itu, demikian juga pada zaman Usno. Apabila parti Berjaya hampir dipenghujung tanduk, kaum tionghua Kota Belud, menyokong parti Bersatu Sabah (PBS)-pimpinan Tan Sri Pairin Kitingan. Kini kaum Tionghua Kota belud menyokong Umno/BN-malah ada kaum tionghua menang G7-dalam pemilihan Umno Kota Belud.

Kota Belud didiami oleh tiga suku kaum terbesar-Dusun/Kadazan-Sama-irannun. Persempadanan pilihanraya, mengakibatkan kawasan ini terbagi kepada 3 kawasan yang masing-masing diwakili oleh tiga suku kaum itu.

Kawasan Kedamain-didiami oleh suku kaum dusun/kadazan, Usukan oleh suku kaum sama, Tempasuk merupakan kawasan campuran, tiga suku kaum itu.

Kawasan DUN Usukan-secara tradisi diwakili oleh suku kaum sama atau suluk-sejak merdeka lagi, kecuali pada tahun 1982-DUN Usukan pernah diwakili oleh suku iranun-melalui Tan Sri Pandikar Amin atas tikit Usno.

Sejak keluarga Tun Mustapha tidak bertanding lagi di Usukan-maka Usukan senantiasa diwakili oleh suku kaum sama. Pada tahun 1990-2004, DUN Usukan diwakili oleh Datuk Salleh Tun Said, selepas itu diwakili oleh Datuk Japlin Akim sehingga kini.

Datuk Japlin adalah ADUN dua penggal dan menjadi pembantu menteri sejak tahun 2004.

Japlin sebelum menjadi ADUN adalah ketua Pemuda Umno bahagian Kota Belud, kemudian dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno negeri merangkap ketua pemuda BN negeri. Disebabkan usia telah melepasi syarat untuk menerahjui pemuda-Japlin bertanding sebagai Naib ketua bahagian Kota Belud dan menang.

Kedudukan Japlin di Usukan sebelum ini dikatakan cukup selamat, berikutan "bersaranya" Datuk Salleh dalam dunia politik untuk sementara waktu, namun apabila Datuk Salleh menerajui semula Umno Bahagian Kota Belud-ramai penganalisis politik Kota Belud, malah Sabah-ada kemungkinan Datuk Salleh akan bertanding di DUN Usukan, jika mantan Ketua Menteri itu, yang kini menjadi Speaker DUN Sabah, ingin kembali sebagai wakil rakyat.

Jika Datuk Salleh kembali sebagai ADUN Usukan, kemana Japlin akan bertanding? Apa kah Datuk Musbah akan memberi laluan kepadanya di Tempasuk? atau Datuk Rahman Dahalan memberi laluan bagi MP Kota Belud? Bagi kerusi Kedamaian- rasanya tidak akan berlaku, kerana kawasan itu adalah kawasan PBS-komponen BN Sabah, lagipun Kedamaian adalah kawasan majoriti bumiputera bukan islam.

Persoalannya ke mana Datuk Japlin? mungkin kah sempena Tahun Baru Cina tahun ini digunakannya sebagai pembuka mata selain kaum sama-iranun, bahawa Japlin boleh menjadi wakil bukan berasas suku itu? OKB masih teraba-raba!!!

Harga barang terus meningkat-apa akan jadi seterusnya?

Harga barang keperluan harian terus melambung. Ada yang mengatakan kenaikkan harga berikutan kenaikan harga minyak sejak 1 Februari lalu. Nampaknya pihak berkuasa setakat ini belum mampu mengekang kenaikan barang. Rakyat mula gundah gulana-nampaknya kerajaan tidak prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

Bagai rakyat yang berpendapatan lumayan-kenaikan harga barang tidak terasa sangat-namun mereka yang berpendapatan cukup-cukup,kenaikan harga barang cukup membebankan.

"Perayaan memang kita rasa sangat harga terlalu tinggi. Hari biasa jauh kadar perbelanjaan.Bayangkan harga bawang menjadi RM25.00 sekilo. Biasanya paling tinggi dalam lingkungan RM15.00. Keadaan ini seolah-olah tiada siapa yang ambil peduli.

Memandangkan kenaikan harga minyak menjadi punca peningkatan harga barang, OKB menyarankan kerajaan perlu bertindak agar harga minyak tidak menjadi kambing hitam kepada keadaan ini.

PRK Melimau Melaka-6 Mac 2011

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) bakal diadakan berikutan kematian ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu. Penamaan calon akan diadakan di Politeknik Merlimau Melaka pada 26 Februari 2011 manakala mengundi pada 6 Mac 2011.Pilihanraya kecil Merlimau merupakan yang ke-15 sejak Mac 2008. Daripada14 PRK 8 dimenangi Pembangkan dan 6 oleh Umno/BN. Namun yang mengembirakan UBN-PRK akhir-akhirnya ini semuanya dimenangi UBN.

Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir telah menewaskan calon parti PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154.

Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. DUN Merlimau mempunyai 7 peti undi iaitu Ayer Merbau, Chincin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai, Pengkalan Samak.

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011. 10,679 pemilih berdaftar. 10,643 pengundi biasa. 36 pengundi pos.

4 February 2011

Berita Penting dari Cairo Mesir-Sebarkan

Dari kiri; Duta Malaysia di Mesir – Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, Ketua Delegasi Misi Ke Mesir Yb Senator Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Hj Abd Azeez, Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay, Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato Sahlan Ismail.

SIDANG MEDIA KHAS DARI PEJABAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI CAIRO

Ketua Delegasi Misi Khas ke Mesir, Yb Senator Dato Sri Jamil Khir terpaksa membuat satu Sidang Media Khas bagi menangkis pelbagai khabar angin mengenai proses membawa keluar semua pelajar pelajar Malaysia dari Mesir.

Kerja kerja jahat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu bahawa pelajar pelajar Malaysia yang dibawa ke Jeddah terpaksa membayar tambang untuk pulang ke Malaysia... Ini membuatkan ramai pelajar disini keliru dan enggan keluar dari tempat tinggal masing masing sekaligus menyukarkan proses membawa mereka pulang. Diwaktu yang sama, ramai ibu bapa pelajar pelajar juga semakin risau dan bimbang seandainya anak anak mereka masih berada disini, sedangkan keadaan semakin tidak selamat..!!

Dato Seri Jamil Khir menegaskan usaha usaha kerajaan mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Air Asia, MAS dan TUDM. Pihak Kedutaan dan Kementerian Luar bekerja “round the clock” untuk pastikan semua proses berjalan lancar..

Sehingga ke saat ini, seramai 760 pelajar sudah selamat berada di Madinatul Hijjaz Jeddah dan spec ial arrangment sudah dibuat seperti memberikan mereka Visa On Arrival dan mana mana pelajar yang menghadapi sebarang masalah dokumen pasport, pihak Kementerian Luar mengeluarkan Emergency Certificate. Hari ini dijangkakan, lebih 3,000 lagi pelajar akan dibawa Jeddah.

Datuk Ismee yang berada di Jeddah mengesahkan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk penginapan pelajar pelajar di Madinatul Hijjaz, termasuklah makan minum mereka..

Dato Seri Jamil Khir mahu segala khabar angin diberhentikan segera! Jangan dipolitikkan isu ini kerana Kerajaan Malaysia mahu proses ini berjalan lancar.

Dato Azeez kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak faham dengan maksuh Penerbangan Ihsan... “bukankah maksud ihsan itu percuma..? Kenapa bila mahu mempersoalkan isu Wang Ihsan mereka tafsirkan sebagai percuma...? “ soal Abd Azeez.

Kepada ibu bapa pelajar di Malaysia, mohon janganlah percaya kepada semua khbar angin yang sedang disebarkan...

Blogmaster Medan info Kita melaporkan dari Kedutaan Besar Malaysia di Cairo.

Menyelamat rakyat Malaysiapun dipolitikkan

Kerajaan hanya satu tujuan, menyelamat rakyat negara ini yang terperangkap di Mesir yang sedang bergolak ketika ini.

Sepatutnya siapa sahaja rakyat negara ini yang mempunyai kapasiti untuk kerja-kerja menyelamat hendaklah berganding bahu membawa keluar rakyat Malaysia ke tempat selamat-tidak semesti terus di bawah ke tanah air.

Pengakutan udara sahaja yang boleh digunakan dengan masa yang sesingkat-singkatnya-oleh sebab itu- penerbangan yang diatur oleh kerajaan dengan menggunakan MAS, AIRASIA, TUDM hendaklah dimaksimumkan penggunaannya dalam masa sesingkat-singkatnya.

Keputusan pihak kerajaan yang sedang beroprasi di Cairo-menerbangkan rakyat untuk keluar daripada Mesir ke negara Jiran seperti Arab Saudi adalah tepat, dengan demikian-maka masa dan pesawat yang digunakan boleh mengangkut sebanyak mungkin rakyat negara ini dibawah keluar dalam tempoh masa yang singkat.

Pihak pembangkang perlulah berkerjasama dengan pihak kerajaan yang mengatur semua ini, kerana anda yang pandai bercakap-tanpa berbuat apapun.

3 February 2011

Apa yang rakyat Kota Belud mahu?

1. Sumber pendapatan yang mapan.

2. Masuknya sumber air bersih di semua kampung.

3. Masuknya api litrik di semua kampung.

4. Tanahnya yang sesuai untuk pertanian-dijadikan model pertanian kalaupun bukan bagi negara tetapi negeri..

5. Pantai yang cantik jadi sumber pendapatan rakyat melalui pelancongan.

6. Boleh menjadi tapak loji TNB untuk menggantikan Lahad Datu yang menolak pembinaan janakuasa.

7. Tugas para pemimpin Kota Belud adalah mengwujudkan itu semua-bukannya saling menikam belakang antara satu sama lain. Sokonglah idea-idea pemimpin lain yang berdaya maju, kalau ada cadangan yang lebih baik, caadanglah, jangan arahkan pegawai kerajaan, agar jangan buat itu ini, kerana itu menampakkan kelemahan pemimpin politik itu sendiri. Zaman tikam belakang telah berlalu-rakyat kini telah celik, jangan beranggapan penduduk Kampung, tidak celik. Zaman telah berubah. Ikutlah peredaran zaman.

2 February 2011

Pakatan mahu Pertukaran Kerajaan ikut cara Tunisia dan Mesir

Pakatan mahu agar pertukaran kerajaan di negara ini ikut cara Tunisia dan Mesir. Kerana itu-semasa berkempen di Tenang-mereka mengapi-apikan rakyat agar ikut rakyat dua negara itu.

Rakyat di negara ini tidak akan ikut cara rakyat Tunisia dan Mesir-atas sebab-rakyat di negara tidak mengalami apa yang dialami oleh rakyat dua negara itu.

Rakyat Tunisia dan Mesir sedang berhadapan dengan pemerintah Kuku besi-sedangkan rakyat negara bebas sebebasnya.

Contoh palling ketara adalah Makrof Mutalib-seorang guru yang dibayar oleh kerajaan, demikian juga isterinya Normala Sudirman-berkerja dengan kerajaan-akan tetapi kedua-duanya adalah pembangkang kepada kerajaan.

Normala merupakan Ketua Muslimat Pas Labis sejak tahun 2000, namun sejak itu-walaupun kerajaan tahu- Normala itu pembangkang-namun tetap sahaja dibenarkan berkhidmat dengan kerajaan.

Jadi, kehendak Pakatan agar melakukan penentangan (unrest) gaya rakyat Tunisia dan Mesir tidak akan berlaku di negara ini.

Rakyat telah faham dan tahu sejak tahun 2009, Pakatan mencuba mengapi-apikan rakyat agar melakukan penentangan-misalnya melalui BERSIh, HIDRAFF-namun usaha Pakatan itu tidak berjaya.

Benar-pada PRU-12 lalu- Pakatan mampu menawan-Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Perak, namun itu tahun 2008. Pada keadaan sekarang dan pada Pru-13 akan datang- OKB yakin rakyat akan mengembalikan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang kepada pemerintahan Barisan Nasional. Kelantan-biarkan- kerana Kelantan menunggu Nik Aziz tidak menjadi MB lagi.

Kenapa BN Menang bergaya di Tenang?

Pertama-rakyat melihat bahawa kepimpinan Najib dan Muhiyiddin benar-benar ikhlas dengan konsep Mendahulukan rakyat.

Kedua-kempen bersepadu jentera Bn yang diketuai oleh Pengarah Jentera BN-Datuk Ghani Othman yang juga Menteri Besar Johor,

Ketiga- Faktor calon

Keempat-Peneroka Felda masih berdiri teguh di belakang BN (tiga kawasan Felda menumbang 2,336 daripada majoriti 3,707)

Kelima- pembangkang tidak mempunyai keyakinan untuk menang-tujuan mereka hanya mengurangkan majoriti BN.

Keenam-calon Pas mempunyai skandal pribadi, manakala suaminya bermasalah.

Melalui keputusan PRK Tenang, di mana BN mendapat 6,699-manakala Pas 2,992 dengan majoriti 3,707-menunjukkan bahawa rakyat telah kembali kepada BN.

1 February 2011

Akibat Pas kalah di Tenang-Mazlan Aliman tidak yakin lagi pada dirinya

Mazlan Aliman tidak yakin lagi pada dirinya. Kekalahan Pas di Tenang-mengubah pendiriannya.

Sebelum pembuangan undi Mazlan cukup yakin bahawa anak-anak Felda akan menyokong Pas, namun sebaliknya berlaku-anak-anak felda mmenyokong Tok Ai.

Mazlan yang sebelumnya begitu bongkak dan sombong-yang kononya memperjuangankan nasib peneroka felda-hal hasilnya semuanya terburai melalui keputusan PRK Tenang-peneroka Felda-tidak termakan lalakkan Mazlan.

Kini-Mazlan telah mengaku kalah,dia sebaliknya menyeru Calon Pas yang kalah Normala Sudirman menggalas tugasnya di Johor amnya dan Labis khasnya.

31 January 2011

Makrof tiada pilihan selain letak jawatan

Jika Makrof gentleman-dia perlu letak jawatan guru. Kredibiliti Makrof bukan sahaja tercemar-akan tetapi juga tidak lagi sesuai sebagai guru.

Kepada Makrof-lepaskan lah jawatan guru mu itu- sepenuh masa lah jadi orang politik.

Mazlan Aliman yang tahu berkokok-Bukti pengundi Felda-sokong BN

Kokok Mazlan Aliman hanya mengganggu orang yang tidur nenyak. Kokok Mazlan bukan untuk membangunkan orang untuk sembayang subuh, tetapi kokok Mazlan adalah kokok yang tidak ikut waktu.

Sepanjang kempen PRK Tenang-Mazlan hanya tahu berkokok tanpa berbuat apapun. Kokok Mazlan salah satu faktor penyumbang kekalahan dan menurunnya undi Pas yang diterima Pas.

Sepanjang tempoh kempen PRK Dun Tenang-tidak habis-habis Mazlan mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat. Cabaran itu tidak dilayan atas sebab-siapa Mazlan? Mazlan bukan sesiapa pada peneroka Felda DUN Tenang, Mazlan adalah pengacau tidak bertempat, yang hanya mencari publisiti murahan untuk dirinya, agar supaya, mendapat perhatian daripada Nik Aziz dan Hadi Awang.

Melihat keputusan PRK DUN Tenang yang berpihak kepada BN-jelaslah-pengundi itu di situ tahu membezakan mana satu kaca dan mana satu intan.

Para pengundi Felda tidak terkelabu mata-kerana Pas mengatakan batu itu intan berlian.

Kepada Mazlan, berhenti lah, menabur fitnah, semakin banyak fitnah yang ditaburkan, maka semakin jelaklah peneroka felda, terutama generasi kedua dan ketiganya.

Kaum melayu yang menghuni rancangan felda-tahu berterima kasih, tahu mengenang budi, tahu mana satu kaca dan mana satu intan. Peneroka Felda, tidak akan mencurahkan air ditempayan-dikala mendengar guruh di langit.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels