23 October 2009

Nizar: Syarikat Kerajaan Berdaya Maju Akan Diswastakan: Mengurangkan Penglibatan Kerajaan

Kerajaan akan mewastakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan agensi kerajaan yang berdaya maju.

Gelombang kedua penswastaan ini bermatlamatkan untuk membolehkan syarikat dan agensi berkenaan, beroperasi dengan lebih cekap.

"Kesan penswastaan ini akan mengurangkan kebergantungan kewangan kepada kerajaan," katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan bajet di Parlimen hari ini.

Katanya, ini selaras dengan inisiatif penswastaan dengan mengurangkan secara beransur-ansur penglibatan kerajaan dalam aktiviti ekonomi yang bersaing.

Najib berkata kerajaan juga akan meningkatkan inisiatif projek perkongsian awam-swasta (PPP).

Menurutnya, kerjasama awam-swasta akan dipergiatkan dalam usaha untuk menjadikan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara.

"Pelaksanaan projek berimpak tinggi oleh sektor swasta akan dijalankan secara kerjasama dengan kerajaan.

"Dalam kerjasama ini, peranan kerajaan adalah untuk membantu menyediakan prasarana asas agar projek-projek swasta ini berdaya maju," tegas Najib.

Katanya, antara projek yang akan dilaksanakan tahun depan ialah pembangunan kompleks bersepadu imigresen, kastam dan kuarantin di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pembangunan pusat Matrade.

Nizar: Tahun Depan "Whistle Blower" Gaya Amerika Akan Diperkenalkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga langkah untuk memerangi rasuah di negara ini, termasuk memperkenalkan akta perlindungan pemberi maklumat tahun depan.

Langkah itu, tegas Najib, ialah untuk mewujudkan masyarakat yang bersih dan dihormati.

Menurutnya lagi, usaha tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan dan persepsi masyarakat dalam membanteras rasuah

di kalangan anggota penguatkuasa dan pentadbiran awam serta memastikan proses juga prosedur Perolehan Kerajaan dipatuhi.

Berucap membentang bajet hari ini, perdana menteri berharap langkah tersebut dapat memastikan negara berada di kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa.

Tiga langkah tersebut ialah pertama menggubalkan akta perlindungan pemberi maklumat bagi menggalak pemberi maklumat untuk tampil membuat pendedahan jenayah rasuah dan salahlaku yang lain.

Katanya, akta ini akan memberi kekebalan kepada pemberi maklumat dari diambil tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan.

Akta ini akan diperkenalkan pada tahun 2010.

Langkah kedua, kata perdana menteri ialah menubuhkan 14 buah lagi mahkamah sesyen khas rasuah dan empat mahkamah tinggi khas
rayuan rasuah.

Pada masa ini, katanya, hanya terdapat dua buah mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur dan dua lagi di Shah Alam, dan

Langkah ketiga, kata Najib ialah untuk meningkatkan usaha memperbaiki imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, ini termasuk mengadakan persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat.

Nizar-Pas: Coba Bayangkan Jika Pas Menang PRK Bagan Pinang

COBA bayangkan Jika PRK Bagan Pinang dimenangi PAS. Apa kah fenomena yang berlaku dalam parti Pas dan Pakatan sendiri?

Sebelum ini sudah ada telahan yang mungkin terlalu berlebih-lebih, iaitu jalan ke Putrajaya sudahpun terbentang luas.

Keseronokan, jika menang di Bagan Pinang, bukanlah tidak bersebab. Namun euforia kemenangan berterusan seperti ini boleh saja membawa pelbagai kesan.

Pertama, ia mencipta rasa yakin diri Pakatan Rakyat, khususnya PAS, dengan andaiannya bahawa orang bukan Melayu kini benar-benar bersama PAS.

Sekadar makluman, sebaik pengumuman Bagan Pinang diketahui, seorang kawan yang sangat yakin dengan pendapat bahawa "PAS itu sama saja dengan Umno" melontarkan pesanan ringkas: "Jangan pandang ringan Umno!"

Sebenarnya pelbagai perkara boleh diutarakan, diungkit dan direndangkan sebagai sebab musabab besar kenapa Pakatan Rakyat, khususnya PAS, tewas. Tapi bukan senarai sebab musabab itu yang mahu dibicarakan, kerana rasanya ada aspek lain yang elok dan lebih wajar diteliti dengan saksama. Ya, bermuhasabah.

Apakah kita selalunya rasional dengan tingkah kita selama ini? Untuk lebih jelas, 'kita' di sini membawa maksud PAS, bukannya komponen Pakatan Rakyat yang lain. Aspek "mempersoalkan kerasionalan kita, khususnya PAS dalam membuat sesuatu tindakan" ini kerap benar diulang-ulangi orang, khususnya dalam blog berbahasa Inggeris seperti Malaysia Today.

Lihat saja komen yang bertali arus apabila sesuatu peristiwa itu meletup dan dibesar-besarkan media arus perdana. Kita tentunya tidak hairan dengan telatah ini kerana manusia memberikan reaksinya berdasarkan maklumat dan tanggapan-persepsi yang menguasainya.

Dan persepsi itu umumnya dipengaruhi pelbagai faktor, antaranya pendedahan media arus perdana seperti akhbar dan TV yang umumnya dikuasai Umno-BN.

Ini bermakna keputusan seseorang manusia itu mungkin saja rasional, mungkin juga tidak. Berapa ramai manusia di dunia ini yang membuat keputusan semata-mata bersandarkan tanggapan-persepsi yang tidak rasional?

Berapa ramai yang kahwin lari walaupun yang memelihara dan membesarkan mereka sehingga dewasa itu adalah kedua ibu bapa? Apakah hasil sesuatu pilihan raya itu menjadi tidak sah jika para pengundi dicaj tinggi emosinya tatkala keluar mengundi?

Manusia membuat keputusan dengan bersandar maklum balas dan maklumat yang diperolehi. Dan salah satu daripadanya ialah bagaimana mereka diajar untuk melihat dan 'menilai' maklum balas yang diasak ke dalam kepala, setiap hari, setiap saat.

Teori pakar propaganda Hilter, Goebbels boleh dipakai sebarang zaman, kecuali mungkin jika manusia semua sudah mahir berfikir dan berpandukan kebenaran.

Perlu dinyatakan, sambil memohon maaf kalau ada yang merasakan saya bersikap kasar, bahawa saya cuba memberanikan diri untuk bercakap terus terang setelah saya puas mendengar orang berbisik di sana-sini tetapi tidak ada yang mahu tampil ke depan dan menyatakan apa yang sering disoksek-soksek merata-rata, hingga ke Sarawak itu.

Biarlah saya mengambil risiko dimarahi pihak tertentu, supaya kita semua tidak menerima hukuman (mala petaka berupa kekalahan dalam PRU-13) semata-mata kerana tidak ada yang mahu bercakap terus terang.

Mari kita teliti semula lima contoh benar lagi nyata yang amat memedihkan yang telah dan sedang berlaku dalam PAS. Dan jangan lupa untuk teliti kesan maklum balas yang diolah semula akibat perbuatan kita (baca: PAS) sendiri.

Kecuali isu kepala lembu, bukannya orang lain (baca: Umno/BN) yang memulakan. Kitalah yang memulakan semuanya. Umno dan seluruh bala tenteranya hanya memanfaatkan bola tanggung (meminjam istilah Azizi Abdullah), yang entah kenapa kita hulurkan. Tak ada beban batu digalas!

Apakah contoh-contoh tersebut? Pertama, gagasan besar Kerajaan Perpaduan. Kedua, kritikan terbuka seorang EXCO (dari parti kita) terhadap SELCAT; dan ketiga, tingkah kita dalam isu kepala lembu.


Yang terakhir kita seperti tidak tahu dan tidak mahu berhenti ialah penggempuran bala tentera kita (baca: PAS) terhadap maksiat konsert. Gempur maksiat konsert ini sama dengan semangat berkobar-kobarnya kita tatkala mahu menyelesaikan peristiwa beer.


Semua ini telah dihujah bijak oleh pandai PAS. Ada nas lengkap dalilnya. Kita tidak ingin teliti itu semua kerana tidak berupaya. Yang mahu dibentangkan ialah soalan dan pemerhatian berikut:

Telatah Unit Amal kita tatkala banjir besar di Johor kekal bersemadi di hati rakyat Johor. Apakah itu pencegahan maksiat atau satu contoh perbuatan mulia yang mesti diutamakan?

Bagaimanakah mahu kita ubati sakit ‘kehilangan kepercayaan’ sesetengah ahli dan penyokong PAS dan juga orang-orang bukan Melayu terhadap KESAN gagasan kerajaan perpaduan?

Kesannya (“Ini parti yang tak boleh percaya. Kasi sokong mahu belot!”) mesti dihadapi dengan nyata, dengan perbuatan.

Cakap dan hujah sudah tidak memadai. Kenapa? Contoh kesan penyakit kehilangan keyakinan ini telah begitu nyata dan cukup banyak di negara ini. Sejarah Umno/BN jelas sekali kepada seluruh rakyat. Kenapakah PAS tega mengikuti jejak-jejak seperti itu?

Apakah mengejar ‘beer’ tanpa sesuatu yang jauh lebih mantap itu, lebih utama daripada melawan rasuah yang berleluasa? Bagaimana mahu menjawab ini semua? Apakah saya, Ah Chong, sekarang tak boleh suka-suka minum?

Apakah kerja melawan maksiat konsert itu lebih besar daripada mengejar kes perceraian yang tidak selesai-selesai?

“Haiya, sekarang Taliban datang lagi cari konsert!” Bagaimana mahu dijawab semua tuduhan yang sangat menyakitkan hati ini? Namun inikah cara yang terbaik membawa mesej Islam – tukang kejar konsert? Adakah tidak boleh dipelajari kaedah Hassan dan Hussein menegur orang dewasa yang salah tatkala berwudhu’?

Kalau Johny bertanya “Apakah sekian banyak harta zakat tidak mampu perbaiki nasib ummah, termasuk yang bukan Islam?” Apakah jawapannya “Itu urusan Islam!”?

Siapakah yang benar-benar bangun berkata dengan lantang, jelas dan berani sekali bahawa peristiwa kepala lembu bukanlah cara Islam? Panglima besar? Atau hanya seorang laskar biasa yang bangun bersuara?

Sebenarnya senarai soalannya cukup panjang. Namun apakah keadaan sebenarnya cukup tenang dan aman dalam PAS? Apakah benar PAS tak ada masalah kerana umumnya baik orang-orang Islam maupun yang bukan-Melayu jelas akan terus menyokong kita?

Atau ada yang berhujah, “Kita berjuang kerana Islam dan Allah sentiasa bersama kita kerana kita yang berjuang demi agama-Nya. Soalan sokongan bukan masalah besar sangat.”

Mungkin apa yang dibentangkan ini berdasarkan pengalaman yang salah. Ini bermakna segala pengamatan yang diturunkan salah belaka. Mungkin. Syukurlah kalau semua ini tidak tepat dan PAS masih jelas kompasnya.

Tatkala ke majlis rumah terbuka PAS, ada teman yang memberikan komen, “Tahun ini tak banyak rakan-rakan orang Cina. Tahun sudah lebih ramai.”

Mari kita akhiri dengan meneliti apa yang ditinggalkan oleh orang-orang tua kita:

Kenapa dibiar tapainya cair, yang tertinggal tuak kelana
Biarpun sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina

Nizar-Pas: Nik Aziz Dapat Ilham Krisis MCA: Cadang Pecat Hadi Awang

Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa kepimpinan parti itu, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan mereka.

"Bila mesyuarat agung tidak mahu tukar presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi.

22 October 2009

Nizar: Undi Pos Lah Pas Kalah Teruk

Tindakan PAS untuk terus mempersoalkan ketelusan undi pos dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini adalah untuk menjaga perasaan penyokongnya yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan parti itu, kata calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad.

isa samad interview 150509Katanya ini kerana parti itu sudah menanam lebih awal keyakinan bahawa PAS akan menang kerusi tersebut, kepada para penyokong hingga mereka sanggup datang beramai-ramai dari seluruh negara.

"Bagi menjaga perasaan penyokongnya kononnya PAS kuat, parti itu terpaksa mencari alasan dan menjadikan undi pos sebagai 'kambing hitam'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pengedanlian hotel bajet anjuran Persatuan Hotel Bajet Malaysia di Port Dickson hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan PAS yang mempertikaikan ketelusan undi pos dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam dan bercadang memfailkan petisen mencabar kemenangan BN dalam pilihan raya tersebut.

Dalam pilihan raya kecil pada 11 Oktober itu, Mohd Isa menang dengan majoriti 5,345 undi mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Mohd Isa berkata tindakan PAS itu menyerlahkan sikap sebenar parti itu yang akan terus mempersoalkan sistem di negara ini sekiranya tidak memihak kepada mereka.

"Jika membawa untung, mereka akan menyokong. Ini adalah sikap sebenar PAS dan pembangkang," katanya.

Nizar-Pas: Ada Apa Dengan Pengundi Pos? Mereka Juga Warganegra

Tindakan PAS untuk terus mempersoalkan ketelusan undi pos dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini adalah untuk menjaga perasaan penyokongnya yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan parti itu, kata calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad.

isa samad interview 150509Katanya ini kerana parti itu sudah menanam lebih awal keyakinan bahawa PAS akan menang kerusi tersebut, kepada para penyokong hingga mereka sanggup datang beramai-ramai dari seluruh negara.

"Bagi menjaga perasaan penyokongnya kononnya PAS kuat, parti itu terpaksa mencari alasan dan menjadikan undi pos sebagai 'kambing hitam'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pengedanlian hotel bajet anjuran Persatuan Hotel Bajet Malaysia di Port Dickson hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan PAS yang mempertikaikan ketelusan undi pos dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam dan bercadang memfailkan petisen mencabar kemenangan BN dalam pilihan raya tersebut.

Dalam pilihan raya kecil pada 11 Oktober itu, Mohd Isa menang dengan majoriti 5,345 undi mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Mohd Isa berkata tindakan PAS itu menyerlahkan sikap sebenar parti itu yang akan terus mempersoalkan sistem di negara ini sekiranya tidak memihak kepada mereka.

"Jika membawa untung, mereka akan menyokong. Ini adalah sikap sebenar PAS dan pembangkang," katanya. - Bernama

Nizar-Anwar: Sekutu Mu Isreal-US Siap Sedia Serang Iran

Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan latihan pertahanan udara besar-besaran hari ini, yang disifatkan Radio Israel sebagai sebahagian persediaan untuk berhadapan dengan Iran.

Pegawai pertahanan berkata, sepanjang dua minggu latihan ketenteraan yang dinamakan operasi Juniper Cobra itu, kira-kira 1,000 anggota tentera AS akan 'bergabung' dengan kapal pemintas peluru berpandu laut serta daratan seperti Aegis, THAAD dan Patriot bersama-sama perisai balistik Israel, Arrow II.

Jurucakap bagi kedua-dua pihak berkata, latihan ketenteraan setiap dua tahun itu tidak mempunyai kaitan dengan kejadian lain di dunia, namun Radio Israel memetik seorang komander yang enggan didedahkan namanya sebagai berkata, ia dilancarkan 'untuk persediaan nuklear Iran'.

AS dan kuasa dunia lain berusaha berunding dengan Teheran agar republik Islam itu menggugurkan teknologi nuklearnya yang berpotensi menghasilkan bom atom, sementara Israel hanya melihat dengan penuh berhati-hati.

Israel yang dianggap sebagai satu-satunya negara memiliki teknologi atom di Asia Barat sebelum ini membayangkan, ia boleh mengambil jalan keluar dengan memaksa dan menghalang Iran dengan apa cara sekali pun yang mengancam kewujudannya.

Namun sesetengah penganalisis percaya taktik itu terbatas dan rasa ragu-ragu AS tentang serangan terlebih dahulu, boleh membuatkan Israel terpaksa menerima lebih pertahanan dengan bantuan sekutu utamanya. Iran menyangkal dakwaan negaranya menghasilkan bom atom dan mengancam untuk membalas sebarang serangan dengan melancarkan peluru berpandu jarak sederhana ke Israel.

21 October 2009

Nizar-Ngeh-Ngo: 28 Oktober: Tidak Peduli: Sivakumar Mesti Jadi Speaker

Seramai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak termasuk speakernya, V. Sivakumar secara rasminya memutuskan akan hadir ke persidangan DUN pada 28 Oktober ini.

ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dalam satu sidang media di parlimen petang semalam berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan oleh speaker yang sah, V. Sivakumar.

Kesemua ADUN Pakatan dan ADUN BN menerima surat daripada Sivakumar bertarikh 13 Oktober yang mengarahkan mereka hadir ke persidangan DUN pada 28 Oktober ini.

"Ketetapannya Pakatan telah buat keputusan untuk hadir di atas dasar peringatan mesyuarat yang dikeluarkan oleh speaker yang sah, V. Sivakumar, dan mesyuaratkan diteruskan.

"Kalau dulunya ada desas-desus kata kami (ADUN Pakatan) tidak akan hadir dan sebagainya, tapi hari ini kenyataan rasmi kami akan hadir,"katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sebelum menerima surat daripada Sivakumar, 59 ADUN termasuk 28 ADUN Pakatan telah menerima surat panggilan ke sidang dun bertarikh 12 Oktober.

Namun, Nizar menjangkakan dua orang ADUN BN, Osman Jailu dan Jamaluddin Md Razi tidak akan menghadiri sidang berkenaan kerana kes rasuah mereka masih dibicarakan dan hakim Mahkamah Sesyen Ipoh mengarahkan mereka hadir ke mahkamah pada tarikh itu.

Nizar turut menegaskan, Datuk Ganesan telah menyamar sebagai speaker dan tidak dilantik mengikut undang-undang tubuh negeri Perak. Sehubungan itu, Sivakumar telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Menurut Nizar juga, Ganesan yang juga ADUN Sungkai telah melanggar perkara 36A(5) undang-undang itu yang menyatakan bahawa seseorang yang memegang jawatan awam iaitu speaker mestilah melucutkan atau memberhentikan dirinya daripada menjawat atau mendaftar dengan mana-mana jabatan dan pertubuhan yang boleh memberikan keuntungan kepada dirinya.

Ini kerana ujarnya, dalam tempoh 3 bulan Ganesan mendakwa dirinya sebagai speaker, beliau masih lagi berdaftar dengan majlis peguam sebagai pengamal undang-undang yang aktif. Perkara ini disahkan oleh Majlis Peguam sendiri yang memberitahu beliau hanya mengangkat sumpah meletak jawatan pada 17 Ogos lalu.

"Ganesan telah melanggar perkara 36A(5), dan dia tidak layak memegang jawatan speaker. Dia tidak layak untuk panggil apa-paa persidangan dan surat dia tidak laku."tegasnya.

Dalam pada ada itu, Nizar mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai orang yang bertanggungjawab di atas krisis yang berlaku di Perak. Sehubungan itu, beliau mencabar Najib mengarahkan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir menghadap Sultan Perak memohon diperkenankan pembubaran DUN.

"Kalau betul Najib mengutamakan rakyat, beliau kena buktikan dan arahkan Zambry menghadap sultan untuk bubar dun. Kami rakyat Perak hormati undang-undang,"katanya lagi. Tegasnya, jika Najib enggan berbuat demikian, terbukti 1Malaysia yang diperkenalkan hanya pembohongan semata-mata.

Nizar-Nik Aziz: Kenapa Di Kelantan Harga Pokok Mahal

Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Laporan tersebut yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa kementerian telah membeli pokok dan tanaman senitaman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus.

Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

Sebagai contohnya, pokok kemboja dan pinang merah - bagi jumlah yang sama - masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

Oleh itu, kata laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membelanjakan antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali lebih mahal daripada harga pasaran.

Berdasarkan laporan tersebut, kementerian tersebut telah membayar RM37,450 bagi pokok-pokok tersebut, sedang ia sepatutnya dalam menjimatkan sekurang-kurangya RM31,000.

Nizar-Anwar:PKR Sabah Dalam Kemelut

Krisis Parti Keadilan Rakyat (Sabah) tidak lagi dapat disembunyikan. PKR yang telalu lantang mengkritik pemimpin Sabah dan Barisan Nasional di Sabah sudah terhantuk dan terngadah. Mereka perlu merenung ke dalam diri mereka dan sudah tidak “melayakkan” diri dan parti mereka untuk menyusun atur tindak-tanduk parti lain khasnya Barisan Nasional. Kata pepatah “cermin diri” dahulu.

Beberapa bulan yang lalu, DSAI datang ke Sabah dan “menegaskan” (perkataan favorite DSAI) bahawa PKR Sabah tidak menghadapi sebarang krisis termasuk krisis kepimpinan. Semua tahu dan dunia tahu bahawa “tiada siapa yang cuba membuka pekung di dada”. DSAI, seperti biasa, cuba menyembunyikan kepincangan parti pimpinannya itu.

Kekalahan teruk Pembangkang di Bagan Pinang sudah cukup untuk memadamkan keinginan Pembangkang, khasnya DSAI sendiri yang mengepalai Pakatan Rakyat. Keyakinan rakyat kepada BN mula dipancarkan di Bagan Pinang.

Dr Jeffrey, sebagai veteran politician, tentunya sudah dapat meramal bahawa PKR kini berada di ambang krisis. Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah. Berdasarkan keadaan ini, adalah lebih wajar krisis sebenar PKR Sabah tidak lagi disembunyikan di bawah permaidani atau Lebih baik ditangani secara terbuka dan “gantleman” oleh pemimpin PKR Sabah.

Ramai pemerhati politik melihat bahawa inilah masanya Jeffrey menghadapi kenyataan samada PKR benar-benar memerlukan kepimpinannya atau dia akan menyahut dan menerima jemputan YB. Albert Timbun Lagadan, Naib Presiden PBS untuk Jeffrey kembali ke pangkuan Parti Besatu Sabah-PBS.

Bila 16 Bahagian PKR bermesyuarat tidak resmi dan hanya dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PKR Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin. Manakala PKR Bahagian Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran tidak hadir. PKR Bahagian Sepanggar dan Sandakan pula digantung. Ini memang krisis besar PKR Sabah yang sudah lama ‘overdue”. Ramai yang melihat bahawa Dr Jeffrey pasti berada di sebalik tabir tindakan itu. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa krisis kepimpinan sebegini memang “trademark” Jeffrey bila ketokohannya didesak dan dipersoal.

Bahagian PKR yang 16 itu majoritinya sudah pasti di kalangan penyokong Jeffrey dari KDM secara majoriti. Pengaruh Jeffrey di kalangan KDM memang sukar dinafikan. Relevantnya Jeffrey kepada KDM sama seperti relevanya DSAI kepada PKR. Tetapi bila Jeffrey tercabar dengan tindakan Azmin Ali yang menamakan Tuan Haji Hamzah Amir sebagai bakal penggantinya bagi jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Jeffrey tidak lagi mampu bertahan atau berupaya menyembunyikan kehendaknya. Sebagai Naib Presiden PKR yang sudah menunjukkan komitment yang besar begitu lama, baginya dan penyokongnya dia lebih layak menduduki kerusi nombor 1 PKR Sabah itu.

Namun Azmin mungkin mempunyai perhitungan yang berlainan. Baginya, musuh yang perlu ditawan di Sabah ialah UMNO manakala pihak lain dianggap sudah dipertanggungjawabkan kepada DAP, PAS atau SAPP. Kerana itu dia memilih Haji Hamzah Amir. Perkiraan Azmin ini dilihat sebagai prelude kepada PRU13 di mana Jeffrey BUKANlah seorang yang mudah menuruti kehendak pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan. Jeffrey adalah “pemegang paten” Borneonisasi dan point 20. Terbukti apabila dia menidakkan dan menafikan camputangan Teresa Kok (DAP) semasa pemilihan calon dalam PRU12 yang lalu.

Komitment dan kepimpinan Haji Hamzah Amir pula belum terbukti. Gerakan ahli-ahli PKR Kalabakan dan Balung yang cuba menyingkir Haji Hamzah berpendapat, suatu waktu dulu bahawa, bahawa Haji Hamzah terlalu mudah disingkirkan dari memimpin kawasan itu. Inikan pula menjadi pemimpin PKR seluruh Sabah. Apapun. kualiti kepimpinan Haji Hamzah sebagai mantan penjawat awam yang berpengalaman belum teruji. Adalah tidak adil memberikan “grade” terlalu awal mangenai kemampuannya mempimpin sesebuah organisasi siasah.

Bagi kemp Jeffrey, mereka melihat Haji Hamzah dari sudut yang lain. Haji Hamzah adalah ipar Datuk Shafie Haji Afdal, Naib Presiden UMNO, Ketua Bahagian UMNO Semporna, Menteri Penbangunan Luar Bandar Malaysia dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Shafie sudah pasti akan membayangi kepimpinan Haji Hamzah dalam hampir semua sudut. Atas dasar ini, bagi mereka, sudah tentu Haji Hamzah tidak akan mampu mengguggat kedudukan UMNO di Sabah dan dalam masa yang sama, PKR akan kehilangan pengaruh di kalangan KDM apabila Jefrey diketepikan.

Kem Haji Hamzah juga mempunyai alasan kukuh. Mereka melihat kewibawaan Jeffrey dibayangi oleh pengaruh DSP Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Luarbandar Sabah, dan abang kandung Jefrey sendiri. Sebagai Huguan Siou, sudah pasti pengaruh Pairin dalam KDM mengatasi pengaruh Jeffrey. Alasan ini benar kerana hanya sekali sahaja Jeffrey menang dalam pilihanraya yakni di bawah tiket PBS dengan sokongan Pairin iaitu semasa Jeffrey bertanding di DUN Bingkor tahun 1994. Manakala pada PRU12, Jeffrey bertanding atas tiket PKR menentang PBS, Jeffrey kalah di DUN Bingkor kepada Gustin Gunka dari PBS, nama yang tidak berapa popuilar dalam arena politik Sabah.

Saya melihat, langkah Jeffrey bersembunyi di belakang tabir 16 bahagian PKR yang bermesyuarat secara tidak resmi ini adalah perjuadian terakhir baginya dalam PKR. Dia akan “gamble” menghadapi badai politik Sabah jika dia diberi peranan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. Jika tidak, perjuangannya dalam PKR mungkin akan berakhir di situ. Dia barangkali akan merehatkan diri dalam politik seperti yang selalu dilakukannya pada masa lampau. Dalam masa rehat, dia pasti merencana sesuatu demi masa depan perjuangannya, demi mengekalkan nama keluarga “Kitingan” dalam senario politik Sabah dan pengikutnya dari kalangan KDM.

Jika Jefrey diketepikan PKR, mungkin dalam masa terdekat dia tidak menerima pelawaan PBS. Baginya selagi YAB Musa Haji Aman (MA) menakhodai kapal Barisan Nasional Sabah, selagi itu dia merasakan bahawa MA adalah seteru atau musuh politiknya. Walaupun “politic is the game of possible” tetapi pertentangan politik antara Jeffrey dengan MA sudah terlalu jauh. Dalil 80+ dan beberapa kes rasuah yang diketengahkan Jeffry terhadap MA sudah tentu sukar bagi MA menerima dan memaafkan Jeffrey.

Jika Jeffrey disingkir dan berehat setahun dua, dia pasti akan kembali aktif menjelang PRU13. Hubungan rapatnya denga Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan Tan Sri Chong Kah Kiat, Mantan Presiden LDP sudah pasti mampu disuburkan Jeffrey. Mereka bertiga adalah ‘common political enemy” MA walaupun mereka lebih friendly kepada pemimpin BN yang lain. Seandainya pergolakan politik tanahair terus berlaku, tidak mustahil keadaan akan mendesak perubahan politik di Sabah. Jika MA membuat keputusan untuk tidak lagi mahu memimpin BN Sabah seperti tindakan Tun Pak Lah memberi laluan kepada DS Mohd. Najib Tun Razak, tidak mustahil Jeffrey akan bergegas menaiki perahu PBS atau bergabung dengan YTL dan CKK bagi melayari konsep 1Malaysia.

Persoalan yang masih terpampang di hadapan kita ialah, apakah Jeffrey hanya sekadar mencari alasan untuk meninggalkan PKR secara terhormat yang sudah lama melihatnya terlalu kerdil untuk berada di pentas politik tanahair? Masa akan menentukannya.

20 October 2009

Nizar-Zambry: 7 Tanda Najib Bubarkan DUN Perak

  1. SPR Pamerkan Daftar Pengundi Hanya Untuk Negeri Perak
  2. Program 1Malaysia besar-besaran di Perak
  3. Semua ADUN BN ambil gambar terbaru
  4. Najib kunjungi Sultan Perak
  5. Najib beri amaran kepada ADUN PR jangan buat kacau
  6. Kerajaan Perak pergiat usaha beri bantuan kepada rakyat
  7. Puashati dan merasakan kemenangan di Bagan Pinang petunjuk rakyat kembali sokong BN

Nizar-Pas-Anwar: Tidak Puas Hati Keputusan PRK Bagan Pinang: Salahkan Undi Pos

PAS sedang mengumpulkan bukti untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan PInang atas dakwaan berlaku penyelewengan undi pos.

Perkara itu sedang diuruskan oleh unit guaman parti tersebut yang dipengerusikan oleh Hanipa Maidin.

Ketua Dewan Pemuda parti itu, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengetengahkan dakwaaan berlakunya penyelewengan dalam kaedah pengundian pos di DUN tersebut.

Tambahnya, PAS telah melakukan pelbagai pendekatan berhubung perkara itu, termasuklah demonstrasi, laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak mendatangkan hasil.

"Unit guaman kita sedang kumpulan bukti yang kukuh. Kalau tidak ada bukti, tidak guna juga bawa ke mahkamah," katanya.

Selain itu, dakwaan penyelewengan itu akan turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok.

Ia bertujuan mendesak Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan berlaku penyelewengan undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Dalam pilihan raya DUN lalu, PAS membuat pelbagai desakan terhadap SPR berhubung prosedur dan pengendalian undi pos yang sering dicurigai pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, calon BN Tan Sri Isa Samad tetap menang besar dengan jumlah 5,345 undi. Beliau yang mendapat 8,013 undi mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan 2,578 undi.

Manakala bagi undi pos pula, BN mendapat 3,521 undi dan PAS mendapat 601 undi.

DUN Bagan Pinang mempunyai jumlah pengundi pos yang sangat ramai, 4,611 daripada keseluruhan 13,664 pengundi. Seramai 4,571 merupakan anggota tentera.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels